Solekan Bercapuk Akibat Sel Kulit Mati? Jom Singkirkan Dengan Sentuhan Lembut Buih Buih Susu Milk Peel Cream Mask Althea


Solekan Bercapuk Akibat Sel Kulit Mati? Singkirkan Dengan Sentuhan Lembut Buih Buih Susu Milk Peel Cream Mask Althea l Assalamualaikum. Nyampahnya lah kan bila berjam-jam bersolek, end up muka nampak bercapuk. Frust sangat kan! ! Bila Google punya Google, rupanya solekan bercapuk tu disebabkan oleh sel kulit mati yang berkumpul dekat permukaan kulit kita. Korang pun alami Masalah Solekan Bercapuk Akibat Sel Kulit Mati? Jom Singkirkan Dengan Sentuhan Lembut Buih Buih Susu Milk Peel Cream Mask Althea.
Milk Peel Cream Mask Althea
Milk Peel Cream Mask Althea
Solekan Bercapuk Akibat Sel Kulit Mati? Jom Singkirkan Dengan Sentuhan Lembut Buih Buih Susu Milk Peel Cream Mask Althea

Sebenarnya masalah sel kulit mati ni bukan perkara baru sebab kajian dah menunjukan setahun secara purata sebanyak 4kg sel kulit mati terkumpul di atas permukaan kulit kita. Banyak kan? Macam  tak percaya pulak.

Macam mana nak tau sama ada kulit kita ada masalah sel kulit mati ni atau tak? Senang je sebenarnya sebab kita boleh nampak tanda-tanda tersebut. Antaranya solekan nampak bercapuk, kulit jadi kusam, bersisik dan kering serta kemunculan jerawat dan bintik-bintik hitam (black head) akibat pori-pori tersumbat.

Nampak tak kenapa penting untuk kita singkirkan kulit mati ni? Kalau dibiarkan ianya akan menggangu proses penumbuhan sel kulit baru dan juga kebaikan daripada produk-produk penjagaan kulit seperti pelembap dan losyen harian tidak dapat diserap ke dalam kulit. 

Habis tu nak buat macam mana ni? Hari-hari kot basuh muka. 2-3 kali sehari lagi. Macam-macam jenis pencuci muka dah cuba. Help me please!!!

Kalau korang nak tau, mencuci muka sahaja tak cukup nak singkirkan sel kulit mati di atas permukaan kulit kita tu. Tapi ada beberapa cara mudah untuk korang dapatkan kulit yang sihat bersih dari masalah sel kulit mati seperti dengan memakai face mask atau skrub muka. 
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Sebab tu lately ni Ana jadi addicited dengan face mask. Kalau boleh hari-hari nak pakai mask. Tapi memang boleh pun dengan produk terbaru dari Althea ni. Khas untuk singkir sel kulit mati dengan Milk Peel Cream Mask.



5 Sebab Kenapa Korang Kena Beli Milk Peel Cream Mask Althea?


1. Produk Penjagaan Harian Sel Kulit Mati

Milk Peel Cream Mask merupakan produk penjagaan harian sel kulit mati yang  korang boleh guna setiap hari untuk mencuci muka. Produk ini bertujuan untuk membersihkan wajah, meminimumkan liang roma serta mengeluarkan sel-sel kulit mati dari dalam.


2. Menghapuskan Kulit Mati Secara Lembut

Bagi yang memiliki kulit jenis sensitif, sesetengah produk penggelupasan akan menyebabkan kulit jadi terengsa dan pedih. Tapi bukan dengan Milk Peel Cream Mask Althea ni.
Milk Peel Cream Mask Althea
Milk Peel Cream Mask Althea
Dengan tekstur masker ala lumpur yang lembut dan kemudian berubah menjadi buih buih susu yang ringan, fluffy dan berbau seperti sabun bayi, masker ni mampu bertindak mengeluarkan sel kulit mati di permukaan wajah, sebum yang tersumbat di dalam liang roma dan kotoran yang melekat pada wajah daripada pencemaran udara dengan efektif tanpa merengsakan kulit wajah.


3. Kesan Berganda Dengan Ekstrak AHA dan BHA
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Salah satu sebab kenapa Ana tertarik dengan Milk Peel Cream Mask ni ialah kerana kandungan kedua-dua ekstrak AHA dan BHA di dalamnya. AHA berfungsi untuk menyingkirkan sel kulit mati yang tebal manakalan BHA berfungsi untuk mengeluarkan kekotoran dan menanggalkan liang-liang roma tersumbat.

Bayangkan bila kedua-dua esktrak ni bergabung, segala masalah kulit yang menghantui kita selama ni dapat diselesaikan dengan mudah. Hasilnya permukaan kulit jadi kulit bersih dan licin. Takde dah masalah kulit kasar. Bila sentuh tu kulit kita rasa lembut je tau.

4. Mengandungi Protein Susu dan Kaolin
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Selain itu, Milk Peel Cream Mask ini juga dirumus dengan protein kasein dari susu dan kaolin.

Ekstrak protein susu berfungsi untuk melembap, menyegar serta meransang penumbuhan semula kulit. Manakala kaolin bertindak sebagai ejen detox dengan mengeluarkan segala kekotoran pada liang-liang roma yang tersumbat.

Hasilnya kulit wajah nampak lebih berseri, lembap dan anjal kerana kandungan proteinnya yang tinggi.

5. Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Bagusnya tentang Milk Peel Cream Mask ni ialah ianya sesuai untuk semua jenis kulit terutama untuk kulit jenis kombinasi. Dan kalau korang mempunyai masalah pori-pori besar, kulit kasar & sensitif dan kulit yang kering selepas penggelupasan, korang juga amat digalakkan untuk cuba produk dari susu ni.


Cara Penggunaan Milk Peel Cream Mask
Milk Peel Cream Mask Althea
Milk Peel Cream Mask Althea
1. Sapu Milk Peel Cream Mask pada kulit yang lembap.

** Nak lagi baik, tuamkan dulu muka kita dengan tuala hangat sebelum sapu Milk Peel Cream Mask supaya liang liang roma terbuka untuk mudahkan singkir sel kulit mati. 

2. Urut dengan perlahan sehingga tektur masker bertukar menjadi buih-buih lembut.

3. Biarkan selama 30-60 saat and enjoy the moment.

4. Bilas dengan air suam sehingga bersih.

5. Nikmati kulit yang lebih bersih dan segar.


Untuk Membeli Milk Peel Cream Mask

Ana dah cuba sendiri Milk Peel Cream Mask ni dan berpuashati dengan kesannya. Pada awalnya Ana hanya perasan kulit jadi lebih bersih. Tapi lepas beberapa hari pakai Ana nampak kulit jadi lebih licin dan lembut. Happy sangat tau.

Masa pakai tu paling syok. Bayangkan buih buih susu yang terbentuk sangat lembut, ringan dan berbau seperti sabun bayi bubbling dekat pipi kita. Fefeeling dimanjakan gitu. Rasa nak menari pun ada. Lepas dah bilas, boleh rasa yang kesan-kesan minyak dan kekotoran semua hilang. Bila pegang pipi rasa macam pegang cermin yang beru lepas di cuci. Licin selicinnya. Terasa kulit tu boleh bernafas dengan sepuasnya.
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Pada yang berminat untuk mencuba boleh lah ke laman web Althea atau download aplikasi Althea secara percuma. Harga Milk Peel Cream Mask ni ialah RM36 dengan saiz 50ml. Tapi korang boleh dapatkan kini dengan diskaun 10%. Dan jangan lupa masukkan kod PBSHIP untuk nikmati penghantaran percuma dari Korea terus ke rumah korang. Selamat mencuba.

Solekan Bercapuk Akibat Sel Kulit Mati? Jom Singkirkan Dengan Sentuhan Lembut Buih Buih Susu Milk Peel Cream Mask Althea Reviewed by Ana Suhana on November 28, 2018 Rating: 5

15 comments:

  1. Oh baru tau sebab bercapuk tu sel kulit mati...juju pun jarang pakai mask jenis krim...selalu guna mask tisu tu je...

    ReplyDelete
  2. Seronoknya..bila sel kulit mati dah bersih..solekkan lebih cantik.

    ReplyDelete
  3. aduh semua tanda tanda kulit mati tu ada kat kita lah!!

    ReplyDelete
  4. Baru tau juga pasal sel kulit mati. Althea milk mask ni memg best.. Magic sebab keluar buih pastu jadi mask..

    ReplyDelete
  5. akak pun suka milk peel cream mask ni tau...best sangat

    ReplyDelete
  6. Selamat tinggal kulit mati. Patutlah muka ana semakin berserberseri-seri

    ReplyDelete
  7. apa ni hasut orang membeli ni. heheheh. jom sama sama cantikkkk

    ReplyDelete
  8. Memang best pakai kan kak.. Bau pun sedap

    ReplyDelete
  9. Kita pun suka Mask ni. Best sangaat

    ReplyDelete
  10. wah bestnya memanjakan kulit dgn althea

    ReplyDelete
  11. lama tak singgah blog kak Ana! tau,tau kak Ana dah makin flawless dah skarang! heheh >_<

    ReplyDelete
  12. Wah.. Bestnya.. nesti lebih segar muka lepas singkirkan kulit mati..

    ReplyDelete
  13. Wah bestnya bau baby plus kulit pun cantik. Kak Sue pun dah mula kerap pakai mask juga.. rasa best ja kulit muka kita kan..

    ReplyDelete
  14. Tak best kan kadang kadang mekap jadi bercapuk .Selama ni tak tahu pun semua tu punca dari kulit mati. Bila dah ada milk peel cream mask Althea ni kena amalkan supaya tak ada kulit mati kan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.