Makan Malam di Kaki Lepak Barber Cafe Marina Island


Makan Malam di Kaki Lepak Barber Cafe Marina Island | Assalamualaikum. Malam terakhir kami sekeluarga di Marina Island Pangkor Resort & Hotel, kami decide untuk makan dekat dengan kawasan hotel je. Malas nak keluar jauh-jauh. So malam tu kami Makan Malam di Kaki Lepak Barber Cafe Marina Island saja.
Kaki Lepak Barber Cafe
Kaki Lepak Barber Cafe 
Makan Malam di Kaki Lepak Barber Cafe Marina Island 

Kaki Lepak Barber Cafe ni korang boleh nampak dengan mudah sebab terletak di deretan kedai berhadapan jalan besar Marina Island ni. Lagi-lagi bila malam, dengan kafe yang berwarna terang lagi mudah nak jumpa. Setahu Ana cafe ni beroperasi dari petang sampai malam je. To be exact 6 petang sampai 2 pagi. Hari beroperasi pula Khamis - Selasa. Hanya ditutup pada hari Rabu.
Kaki Lepak Barber Cafe
Kaki Lepak Barber Cafe 
Konsep kafe ala ala kafe hipster yang tengah trend sekarang ni. Simple dan kemas. Memang anak muda je yang jadi pekerja dekat sini. Dan yang datang makan pun orang-orang muda belaka termasuk orang yang buat entri ni. Hehe. Orang tua? What to expect. Kawasan kampung kan.
Kaki Lepak Barber Cafe
Kaki Lepak Barber Cafe 
Ana perasan ramai anak-anak muda datang lepak dekat sini sebab dorang boleh hisap shisha. Ye kafe ni ada jual shisha korang.  Tapi pada yang datang bawa anak kecik boleh makan dekat bahagian dalam kafe macam Ana ni. Dorang yang pakat hisap shisha semua dekat meja kawasan luar tu je. Nak gunting rambut pun boleh. Hanya naik dekat tingkat atas tu je. Seawal pukul 3 petang kedai dah di buka. Hari Jumaat ada harga istimewa. Bersedekah agaknya. Bagus bagus. 

Tentang menu pula, Kaki Lepak Barber Cafe menawarkan pelbagai masakan tempatan dan Barat termasuk masakan hotplat dan samyang yang tengah hot juga masa tu. Price range pula bagi Ana semuanya reasonable. Kebanyakan dalam belas belas ringgit satu kecuali menu nasi goreng semua tu lebih murah harganya. Jom lah kita tengok apa yang Ana sekeluarga order malam tu. 
Kaki Lepak Barber Cafe
Kaki Lepak Barber Cafe
- Yee Mee Claypot
Kaki Lepak Barber Cafe
Kaki Lepak Barber Cafe
- Chicken chop
Kaki Lepak Barber Cafe
Kaki Lepak Barber Cafe
- Chicken grill
Kaki Lepak Barber Cafe
Kaki Lepak Barber Cafe
- Meatballs 
Kaki Lepak Barber Cafe
Kaki Lepak Barber Cafe
- Lamb Grill
Kaki Lepak Barber Cafe
Kaki Lepak Barber Cafe
- Spicy Samyang
Kaki Lepak Barber Cafe
Kaki Lepak Barber Cafe
- Nasi Goreng Ayam
So far makanan yang kami order semua sedap dan memuaskan especially yee mee claypot dan lamb grill tu. Cuma cik esah je lah tak berapa nak boleh masuk. Maybe sebab dah masuk waktu tido masa tu. Hehe. 

Bab servis pun agak pantas. Kurang dari 10 minit makanan dah mula sampai atas meja satu persatu. Kecuali samyang je lambat. Maybe sebab baru landed dari Korea kan. Haha. Pekerja pun bagus dan cepat respond bila kita request itu ini. Friendly dan tersenyum sokmo. Bagus anak-anak muda dekat kafe ni. Teruskan bekerja macam tu ye adik-adik semua. Nanti kalau ada rezeki kak Ana ke sana lagi nanti kak ana singgah ye. Hehe. 

Dan korang yang balik kampung atau akan bercuti di area Marina Island atau nak ke Pulau Pangkor, boleh lah cuba try test makan dekat sini pula ye. InsyaAllah korang akan puas hati. 





Makan Malam di Kaki Lepak Barber Cafe Marina Island Reviewed by Ana Suhana on November 22, 2018 Rating: 5

14 comments:

  1. nampaksedap tu, senang makan dkat2 dekat hotel, kan

    ReplyDelete
  2. Nama cafe pun dah unik kak...suka pula tengok deco dalamannya.Nak ajak En Suamilah...hehe.

    ReplyDelete
  3. Meriahnya menu dia.. tak pernah tahu pun pasal cafe ini.. nice sharing Ana..

    ReplyDelete
  4. amboiiii...sedap2 lah menunya ana...terliur kita hehe

    ReplyDelete
  5. Bergendang gendut perut gendut mama tgk gambar makanan sesedap ni aa

    ReplyDelete
  6. wahh bestnya. terliur tgk semua menu. seronoknya lepak kat sini. hihi

    ReplyDelete
  7. Siap ada Samyang lagi kat cafe ni. Menarik!!

    ReplyDelete
  8. ha...dah ada dah tempat nak dituju kat Pangkor nanti :)

    ReplyDelete
  9. Wah... menarik... Hidangan yang Kak Ana order tu pun sedap-sedap je tengok.. Hmmm...ni kalau ke Pangkor ni, boleh save dlm list untuk singgah nanti.. Hehehe..

    ReplyDelete
  10. menarik la cafe ni kak ana.. rare.. suka tngok. makanan nya pun menyelerakan..

    ReplyDelete
  11. Wah nampak sedap menu yang Ana order.. kalau ke area sana boleh singgah nanti nie..

    ReplyDelete
  12. Kafe ala hipster ni memang comel kan, nampak bersih design pun cun. Makanan diaa tuu hurmm. Kapankah bisa makan bersama lagi 😋😁🤣

    ReplyDelete
  13. Fuhh berselera tengok hidangan semua tu. Nasib baik tengok entri ni lepas lunch hehee

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.