Kembara Thailand : Ao Manao Beach Antara Pantai Tercantik di Wilayah Prachuap Khiri Khan


Kembara Thailand : Ao Manao Beach Antara Pantai Tercantik di Wilayah Prachuap Khiri Khan | Assalamualaikum. Hari ni Ana nak sambung cerita Kembara Thailand. Pada hari ke-2 kami di bawa menikmati keindahan Ao Manao Beach Antara Pantai Tercantik di Wilayah Prachuap Khiri Khan yang terletak di kawasan selatan Thailand. Pantai ni antara tempat menarik yang ada di wilayah Prachuap Khiri Khan ni. 
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Kembara Thailand : Ao Manao Beach Antara Pantai Tercantik di Wilayah Prachuap Khiri Khan

Dalam entri sebelum ni Ana bertolak dari Dannok dalam pukul 7 malam macam tu. Dalam pukul 5 pagi kami sampai di wilayah Prachuap Khiri Khan ni. Lepas mandi, solat dan sarapan kami terus di bawa ke Ao Manao Beach Antara Pantai Tercantik di Wilayah Prachuap Khiri Khan ni.

Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Khiri Khan
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Nak masuk ke kawasan pantai ni kena daftar dulu dekat pondok tentera di pintu masuk. Pondok tentera??? Ye pondok tentera. Sebabnya pantai di terletak di dalam kawasan Tentera Udara Di Raja Thailand, 5 km dari bandar Prachuap Khiri Khan ni. Menarik kan?? Nak lagi menarik siap lalu atas landasan kapal terbang lagi. Hehe.
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach 
Sebelum masuk tu kita bergambar dulu dengan replika kapal terbang yang ada depan pintu masuk tu.  Katanya replika ni merupakan replika kapal terbang asli yang di guna semasa Perang Dunia Ke-2 dulu.
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Ni lah salah satu kawasan pantai yang ada dalam kawasan tentera ni. Memandangkan Ana datang ke sini masa hari bekerja, so orang tak ramai langsung. Tenang je rasa.  Kalau ada beberapa couple mat salleh je tengah sunbathing dan mandi laut.
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Kawasan pantai ni sangat bersih tau. Tak jumpa pun sampah bersepah dekat pasir pantai tu. Sebabnya dikatakan setiap hari askar-askar akan bersihkan kawasan pantai ni.
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Lagi satu takde penjual penjual haram berkeliaran sebab mereka tak dibenarkan untuk berniaga di dalam kawasan kem ni. So korang boleh enjoy layan view pantai yang cantik dengan keindahan batu kapur yang wujud dari laut. Nak selesa boleh sewa tempat duduk yang disediakan ni. Harga Ana tak sure berapa sebab Ana berjalan je dekat sini.
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach 
Next kami ke kawasan pantai lagi satu yang ada dalam kawasan kem ni. Tak silap kena daftar sekali lagi dekat sini sebab ada pondok pengawal juga.
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach 
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Pantai yang ni lebih kepada macam pantai nelayan. Tapi view dia tetap cantik dan menenangkan. Untuk anak-anak ada beberapa replika kapal terbang untuk dorang tengok.
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Lepas puas layan view laut kami diberi pilihan sama ada nak tengok kuil atas bukit atau teruskan perjalanan. Sebulat suara decide untuk teruskan perjalanan. Ana ok je sebab nak kejar masa kan.
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Tu lah kuil yang Ana maksudkan. Based on review, ramai kata senibina kuil tu biasa biasa je tapi view dari atas tu yang luar biasa. Boleh nampak  keseluruhan bandar dekat bawah termasuk pemandangan pantai tadi. Dan banyak monyet monyet berkeliaran di atas tu.

Seterusnya kami bergerak ke Rajabhakti Park di daerah Hua Hin di utara wilayah Prachuap Khiri Khan. Taman ini dibina pada tahun 2015 dan merupakan tarikan terbaru di Hua Hin.
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Menarik tentang taman ni ialah ianya dibina  di atas tanah tentera Thai oleh Angkatan Tentera Diraja Thailand dengan dana kira-kira 1 bilion baht (AS $28juta) yang disumbangkan oleh sektor awam dan swasta. Taman ini berkeluasan 355,200 m2 dan membawa maksud 'taman yang telah dibina atas kesetiaan rakyat kepada raja-raja'.
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Terdapat 7 buah patung dengan ketinggian 14 meter setiap satu sebagai tanda memperingati pemerintahan raja-raja dari era Sukhothai, Ayutthaya, Thonburi dan Rattanakosin. Setiap patung membawa plat dengan nama Raja dan tempoh pemerintahan mereka.
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Ana stop dekat sini kejap sangat je sebenarnya cuaca terlalu panas. Boleh kena strok haba kalau berdiri lama-lama dekat luar tu.
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Selesai aktiviti di wilayah Prachuap Khiri Khan kami meneruskan perjalanan ke wilayah Kanchanaburi. Perjalanan mengambil masa dalam 4-5 jam sejauh 300km. Sampai-sampai di Kanchanaburi dalam pukul 8 malam macam tu. Terus kami check in resort di sana. Resort ni antara resort tercantik di sini. Nature base sangat. Cerita lanjut Ana share dekat next entri ok. Bye.

















Kembara Thailand : Ao Manao Beach Antara Pantai Tercantik di Wilayah Prachuap Khiri Khan Reviewed by Ana Suhana on November 30, 2018 Rating: 5

15 comments:

  1. Ya Allah..dalam gambar pun dan cantik pantainya...kalau live apatah lagi.SubhanaAllah..

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. seronoknya Ana.. cantik view pantai tu..

    ReplyDelete
  3. cantiknya, teringin nak jelajah Thailand. simpan semua ni dulu as reference

    ReplyDelete
  4. nmpk sngt pnas menterik tu.. terang semacam hihihii

    ReplyDelete
  5. Subhanallah memang sangat cantik view pantai tu kan... terlihat bersihnya.
    Ialah baca entry AS siap kena register dulu baru boleh masuk haruslah terjagakan.

    ReplyDelete
  6. Cantiknya Ana.. kalau ada rezeki boleh lah Kak Sue datang sini juga nanti..

    ReplyDelete
  7. Subhanallah, cantik sangat. Langit pulak tengah biru cantik. Memang cuaca yang perfect untuk bergambar. Hehe

    ReplyDelete
  8. Subhanallah, cantiknya view dia. Perpect sangat

    ReplyDelete
  9. Subhanallah. Memang cantik pantai tu Ana .Nasib baik cakap pantai ni more pada pantai nelayan kalau tak memang fikir kalau pergi nak mandi manda dah . hahahaha

    ReplyDelete
  10. SubhanaAllah.. memang cantik sungguh.. bilalah nak berpeluang ke sini..

    ReplyDelete
  11. ya Allah cantiknya permandangan nya...

    ReplyDelete
  12. SubhanaAllah cantiknya pemandangan kat pantai tu..beruntung ana dapat bercuti dan jelajah ke Thailand..ciktom teringin jgk nak ke sana lagi..mmg best pergi berjalan ke negara org n tgk budaya diorg..

    ReplyDelete
  13. Suka pergi Thailand ada Pulau cantik dan banyak makanan sedap!

    ReplyDelete
  14. cantiknyaa, perfect view. perfect weather <3

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.