Sakit Hati Menyekat Rezeki?
Sakit Hati atau Dengki Menyekat Rezeki? |Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua. Ana doakan semoga kita semua beroleh keberkatan hari yang penuh barokah hari ini. Jangan lupa perbanyakkan salam dan selawat ke atas Nabi junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. Moga kita beroleh syafaat Baginda di sana nanti. Lama rasanya tak share tentang info keagamaan untuk rujukan semua terutama untuk diri Ana sendiri. Bar u-baru ni Ana terbaca satu pesanan yang memberi kesan dalam diri Ana - Sakit Hati Menyekat Rezeki?. Jadi Ana suka sangat nak share dengan semua moga menjadi ikhtibar bersama.
Sakit Hati Menyekat Rezeki?
Sesiapa pun akan sakit hati bila sesuatu yang tak di ingini terjadi. Sukar rasanya nak kawal perasaan tu. Tanpa sedar asbab sakit hati tu telah menyekat rezeki kita. Jadi apa solusi yang terbaik agar membuka segala halangan pintu-pintu rezeki yang masih tertutup di kalangan kita?
Menyakiti dan disakiti itu Dosa!!!! Walau sebesar kuman kita menyakitkan hati orang, kita sudah berdosa.
Kita yang merasa sakit hati dengan orang yang menyakitkan hati kita, kita juga berdosa. Maka kedua-dua pihak rezeki tersekat. Tapi kita tak pun perasan hal ini kan??!
Kerana kita ada secara sengaja dan tak sengaja menyakiti hati orang sama ada dengan lisan atau perbuatan. Sebab itu, dalam Islam sangat dianjurkan antara kita bermaaf-maafan supaya DOSA sesama manusia bebas berterbangan, tiada lagi yang bersarang.
Selalu kita dengar ibu bapa berkecil hati dengan anak. Dalam kes ni ibu bapa berdosa, anak juga berdosa. Sebab apa??? Sebab Islam tak ajar kita untuk menyimpan rasa sakit, marah dan dendam di hati.
Terasa hati, sakit hati dengan anak, akan mengakibatkan rezeki anak tersekat. Menyebabkan hidup anak kesusahan. Anak-anak pula degil, ego, selalu menyakitkan hati ibu bapa menyebabkan makin menggunung dosa. Kesannya adakah hidup ibu bapa bahagia dan tenang??? Tak kan..?
Bahagia Itu Rezeki
Ingat, dosa antara manusia, ALLAH tak campur. Itu antara sesama kita. Jika tak bermaafan, tanggunglah akibatnya pada perbicaraan akhirat yang panjang kelak. Lautan manusia mahu percepatkan hisab. Tapi kita..? Kerana marah, kerana sakit hati, lebih rela melambatkan hisab sendiri dan orang lain.
Yang mana-mana terbuku marah di dalam hati antara ibu bapa dan anak-anak, suami dan isteri, sesama adik-beradik, saudara-mara jiran tetangga, kawan-kawan, guru-guru dan seluruh manusia lepaskanlah sekarang. Bebaskanlah hati. Jangan ditambah lagi dosa diri.
Selagi ada di dalam dada,
Selagi itu kita sedang mengumpul dosa.
Jangan ambil alih tugas ALLAH dengan mengadili, menghukum kesalahan manusia. Kita tak layak buat kerja Allah. Kerja kita fokus pada ibadah dan ikut perintah DIA.
Islam mengajar agak kita bersangka baik, tidak berdendam, pemaaf, pemurah dan saling mendoakan. Mari lah sama-sama kita bebaskan jiwa-jiwa yang sakit itu supaya tenang dan sabar. Dan keajaiban terbesar...
Dengan itu Aba ingin memohon maaf pada semua dan tolong maafkan Ana. Dan Ana juga maafkan korang semua. 💕💕💕
Rezeki melimpa ruah akan tertarik kepada manusia yang suka memaafkan.
Sakit Hati Menyekat Rezeki?
Reviewed by Ana Suhana
on
October 12, 2018
Rating:
Perkongsian yang ohsem Ana..
ReplyDeletesemoga dijauhkan dari perasaan hasad dengki..
ReplyDeletesemoga kita semua dijauhkan dari perasaan sakit hati dan hasad dengki..
ReplyDeletetq sharing.. semoga kita semua dilindungi.
ReplyDeleteWaalaikumussalam.semoga kita dijauhkan daripada sifat iri hati hasad dengki ini. tq for sharing
ReplyDeleteBetul sangat-sangat.Ringankan lisan mohon maaf.Lapangkan hati memaafkan.InsyaAllah sama-sama mudah urusan dunia hingga akhirat.Aamin.
ReplyDeleteBetul tu ana,tak paham bila ada yang cemburu dengan rezeki orang lain...insyaallah kalau kita redha terselit juga rezeki kita nanti...
ReplyDeletesemoga kita terhindar dari perasaan hasad dengki
ReplyDeletesangat bermanfaat 💖 bahagia tu mmg rezeki tapi rezeki yang orang selalu tak sedar
ReplyDeleteSemoga terlindung dari penyakit hati ni.. Kalau tak silap pernah baca satu dalil ni ia seperti membakar amal baik kita. Maknanya sia sia jelah kalau buat amalan tapi tak diterima.
ReplyDeleteJadinya kena banyakkan istighfar semoga hati kita bersih dan tenang
thanks for the info ana..memang rasa sakit hati itu ada tapi kita kena lah kawal. Banyakkan istighfar dan ingat rezeki manusia tak sama dan Allah Maha Adil
ReplyDeletein shaa Allah, ana.
ReplyDeleteitu la yg sebaiknya kan.
sakit hati ni mcm virus.
kalau tak dibuang, akan menjangkiti organ yg lain!