Lunch Date di Pak John Steamboat BBQ IOI City Mall Putrajaya
Lunch Date di Pak John Steamboat BBQ IOI City Mall Putrajaya | Assalamualaikum. Lama rasanya tak makan steamboat sambil BBQ ni. Last rasanya 5-6 tahun lepas. Lama giler kan. Sabtu lepas ada rezeki Ana sekeluarga lunch date di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya.
Lunch Date di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya
Sebelum ni Ana dengar ramai kata best sangat makan dekat Pak John Steamboat & BBQ ni. Ana pun bila dah dengar tu tetiba lah rasa teringin nak makan. Tapi masa tu Pak John Steamboat & BBQ ni takde sijil Halal lagi. So Ana hold lah dulu. Ni bila dah dapat sijil Halal, terus Ana tempah untuk lunch di sini. Ye korang, kena tempah awal ok sebab restoran ni full house sokmo. Kalau korang saja nak test nasib dengan walk in, jangan balik kemurungan sudah lah ye bila takde tempat kosong.
Orang kata kalau nak layan makan steamboat dengan BBQ ni kena bawa geng mak jemah. Baru syok. Sambil grill, sambil steamboat, sambil membawang masa depan seorang blogger gitchuw. So kali ni Ana lunch dengan blogger Kak Suria Amanda, Nora dan Kak Rozita. Kami semua duduk semeja kecuali Kak Ita duduk meja belakang.
Cakap pasal meja, Ana suka dengan susun atur meja dekat sini - kemas dan teratur. Jarak antara satu meja dengan meja yang lain memang luas. Takde lah kes ko bangun dari kerusi, kerusi ko berlanggar dengan kerusi orang belakang. Meja kerusi yang disediakan pun banyak. Belah luar ada belah dalam pun ada. Ana pilih belah dalam sebab ada aircond. Hehe. Dah lah makan benda panas, tak kan nak duduk luar berpanas semua lagi kan. Mau ada yang lencun dengan peluh nanti. Haha.
Once korang dah duduk dekat meja, nanti akan ada pekerja restoran datang tanya korang nak kuah steamboat yang mana. Selalu kalau kita pergi restoran steamboat, kuah steamboat mesti ada 2 kan - sup atau tomyam. Tapi dekat sini ada 5 jenis kuah steamboat. Korang pilih mana yang korang nak. Ana pilih sup sebab ada Syafi. Bosan!! Selamat meja sebelah amik kuah tomyam. Ana pun tumpang semangkuk dua kuah tomyam tu. Sedap nya lah hai.
Oh ya pekerja dekat Pak John Steamboat & BBQ ni semua friendly and helpful belaka. Senyum sampai ke telinga. Dari korang mula masuk sampai lah korang tengah makan. Senyum saja. Kerja pun cekap. Baru je Ana letak pinggan kosong dekat tepi, bila pusing sekali lagi hilang dah pinggan tu. Pantas!!!
Ok sekarang masa untuk tengok apa yang ada dekat kaunter makanan. Part ni Ana paling excited sebab rata-rata kata bahan-bahan steamboat dan BBQ dekat sini banyak. Lebih dari 160 pilihan makanan. Banyak giler kan. Lepas tu kaunter makanan sangat tersusun dan bersih. Lightning pun seterangnya. Sedap mata nak pilih makanan tu. Apa dah habis makanan dalam box tu? Jangan risau sebab sekejapan je pekerja dia akan refill. Eh cakap banyak pun tak guna. Moh ler kita tengok makanan yang ada tu.
Memula Ana ke kaunter makanan bergoreng dulu. Sebab nak cari makanan untuk bos kecik tu dulu. Dekat kaunter ni hari tu ada nasi goreng, Spaghetti Carbonara, sayur campur goreng, sambal sotong, ayam masam manis dan juga pelbagai makanan sejuk beku bergoreng. Nasi putih pun ada kalau korang nak. So untuk Syafi, Ana amikkan dia nasi goreng dengan bebola goreng.
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Next Ana ke kaunter bahan-bahan 'basah' pula. Rasa macam nak shopping stok barang dapur je pula. Banyaknya pilihan. Rambang mata kejap.
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Bayangkan ayam yang diperap je ada 6-7 pilihan yang berbeza. Masing-masing ada rasa yang tersendiri.
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Belum masuk daging dengan seafood lagi. Oh ya bahan-bahan steamboat pun dekat bahagian ni juga. Sila lah pilih dengan berhemah.
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Kalau nak set kambing atau itik korang boleh amik di kaunter belakang. Jangan kata takde pulak ye.
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Dekat kaunter sebelah pula ada pelbagai jenis sayur-sayuran. Ada salad, cendawan, tauhu dan banyak lagi. Ana amik salad je sebab nak makan ala orang Korea. Bungkus ayam atau daging panggang dalam tu. Hehe.
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Kalau teringin nak makan mee ke ramen ke udon ke boleh ke kaunter noodles bersebelahan kaunter makanan bergoreng tadi. Ana pilih udon je sebab lately ni suka sangat makan udon.
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Dah selesai shopping bahan-bahan untuk di BBQ-kan dan steamboat moh ker kita pulang ke meja. Boleh lah mula kan kerja kerja memanggang. Part ni En Suami yang punya kerja. Ana hanya perlu tadah pinggan je. Hehe.
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Istimewa dekat Pak John Steamboat & BBQ ni, kalau kata tempat korang grill tu dah bertukar hitam, nanti pekerja bertugas akan tukar kan tempat grill tu kepada yang baru. So lebih cepat lah makanan korang tu masak.
Makan punya makan sekali tekak haus tetiba. Jangan segan silu untuk ke kaunter air di bahagian belakang. Pilih je air apa yang korang nak. Dari air berkarbonat sampai ke air lemonade. Ana recommend korang try lemonade dia. Serius sedap giler. Hilang rasa muak makan tadi.
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Kalau rasa teringin nak makan pencuci mulut, korang boleh cuba ABC Pak John. Tak pun cuba fruit cocktail, jelly summy atau cendol santan yang disediakan. Nak kek pun ada. Pilih je. Untuk anak-anak boleh bagi aiskrim dekat dorang. Nak makan dengan waffle pun boleh.
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Amacam, lengkap kan makanan dekat Pak John Steamboat & BBQ ni. Semua ada. Memang berbaloi dengan harga yang dibayar. Boleh makan selama mana korang nak. Kalau nak bawa seisi keluarga pun sesuai sangat. Tempat selesa dan berhawa dingin. Nak buat private event atau celebrate birthday pun boleh. Siap ada nyanyian lagu hari jadi lagi dari pekerja-pekerja Pak John. Harga per person rujuk gambar dekat bawah ni :
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya |
Untuk maklumat lanjut tentang restoran Pak John Steamboat & BBQ IOI Mall Putrajaya ni korang boleh layari website atau laman sosial mereka atau hubungi nombor di bawah :
Pak John Steamboat & BBQ
GE 11, Ground Floor
IOI City Mall
Putrajaya
☎️ 012-251 8289
Lunch Date di Pak John Steamboat BBQ IOI City Mall Putrajaya
Reviewed by Ana Suhana
on
October 10, 2018
Rating:
Wow nampak lazat sgt semua makanan Di Pak john. Suasana cozy Dan staff pun superfriendly mmg pakej laa
ReplyDeleteBest kan..rasa x puas la ari tu walau lama gak dari 12-3pm kan..kalau dapat berkumpul geng kita ramai2 lagi best...lagi meriah kan..next year kita kita create birrhday bash nak? birthday je kita celebrate kat Pak John
ReplyDeletemeriah btul..byk pilihan tu..akak tk pernh try lg steamboat & bbq kt pak john ni
ReplyDeletebanyaknya pilihan! sha lagi sedih takpernah gi makan steamboat tak reti haha
ReplyDeleteallahu. kami yg melihat melalui gambar ni pun tergoda. apatah lagi yg tengok depan-depan mata :D
ReplyDeleteTengok susunaturnya..kekemasan..mesti selesa..banyak pula tu pilihan kuahnya..biasa sup atau tomyam je..puas hati ni dapat bawa keluarga..
ReplyDeletealahai....rasa teringin nak pegi lagi lah ana...sedapnyer,dah terasa kat tekak ni..
ReplyDeleteNampak fresh je semua... best ni...da lama tak makan steamboat...
ReplyDeletewah, best juga ni, macam-macam ada ...boleh singgah nanti
ReplyDeleteWah, terliur pulak rasanya steamboat nie... Tunggu gaji la nak pegi..
ReplyDeleteWow...macam kena masuk wishlist ja ni, tapi tak tahulah bila tu
ReplyDeleteSeronoknya sebab banyak sangat pilihan. Ada time limit tak, kak Ana?
ReplyDeleteTakde farah. Makan sampai rasa tak mampu dah. Hehe
DeleteADUHHH sedapnya tengok variati makanan dia..Liez suka yang gril tu dr soupy..tapi klau sedap bedal jugak.. leh cuba pak john dkt wangsa walk nnt
ReplyDeleteWahhhhh sedappppnya.. rabia ajak jugak my family pergi makan steamboat.sebab tak pernah makan steamboat.
ReplyDeleteWahhh sedap2 belaka, lama tak layan bbq steamboat
ReplyDeletewahhhhh bnyk pilihan food.. grill tu nmpk sedap.. bolh cuba nanti
ReplyDeleteMacam sedap je semua menu tu. Hijan hujan ni syok layan steamboat.. Harga pun berpatutan tu
ReplyDelete