Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor | Assalamualaikum. Macam yang dijanjikan dalam entri
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 Jam yang lepas, hari ni Ana nak kongsi info menarik tentang Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor.
|
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor |
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Kalau korang nak tau, Masjid Seribu Selawat ni
juga dikenali dengan nama Masjid Al Badr atau Masjid Terapung oleh penduduk kampung Pulau Pangkor. Dan merupakan
masjid terapung pertama di negeri Perak yang diilhamkan oleh bekas MB Perak iaitu Datuk Seri Dr Zambry And Kadir yang juga merupakan anak jati Pulau Pangkor ini.
Macam biasa lah nak masuk masjid kena lah berpakaian sopan. Tak kan tak faham lagi kan. Kalau kata tak berapa nak molek pakaian tu jangan risau sebab ada jubah berhud disediakan di hadapan pintu utama. Sila lah pakai.
|
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor |
Kalau datang sebagai pelawat, rajin-rajin kan diri isi buku pelawat tu. Tak wajib pun tapi isi je lah kan. Nampak lah ramai yang dah datang ke sini. Support lah sikit kan.
|
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor |
Kenapa di namakan Masjid Seribu Selawat? Haa kalau korang dah pernah masuk masjid ni mesti korang dah tau kan sebab
terdapat ukiran seni halus ayat-ayat suci Al-Quran dan juga 1000 kaligrafi selawat di seluruh dinding masjid dan juga di syiling di ruang solat.
|
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor |
Kenapa tak perasan Masjid Seribu Selawat ni dulu?? Tahun bila korang pergi tu? Kalau tahun 2016 ke bawah memang korang tak kan jumpa lah sebab nya masjid ni
siap dibina pada awal Januari 2017. dan telah dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. So sehingga ke hari ni kira usia masjid ni baru 1 tahun 9 bulan lah.
Memang sangat indah Masjid Seribu Selawat ini kerana seni bina dan kubahnya
diilhamkan seperti masjid di Turki dan Timur Tengah namun masih mengekalkan identiti tempatan.
|
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor |
Apa yang buat Ana tertarik dengan Masjid Seribu Selawat ni ialah ianya dikatakan dibina dengan
mengetengahkan unsur kesenian negeri Perak pada setiap geometri hiasan dalaman dinding masjid. Buktinya ukiran bunga dan kerawang pada ruang masjid diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang menjadi simbol negeri Perak.
|
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor |
Tadi Ana ada bagitau yang terdapat 1000 kaligragi selawat dekat dinding-dinding masjid kan? Kalau korang nak tau, kaligrafi-kaligrafi tersebut
dicetak menggunakan mesin cetak. Manakala
ayat Al-Quran pada marmar di bahagian mimbar pula ditulis dengan tangan sepenuhnya.
|
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor |
Masjid yang
berkeluasan 1,708.8 meter ni boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa. Di bahagian atas masjid menempatkan pejabat dan bilik mesyuarat manakala bahagian bawah merupakan ruang solat utama yang berhawa dingin dan terbuka.
|
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
📷 : orangperak.com |
|
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
📷 : orangperak.com |
Menarik kan Masjid Seribu Selawat ni. Korang kalau ke Pulau Pangkor make sure singgah dekat sini dan lihMasjid Seribu Selawatat sendiri keindahan seni bina Islam yang ada. Dari jeti korang dah boleh nampak ikon terbaru pulau ni tersergam indah di pesisir laut. So jangan lupa singgah tau.
menariknya masjid ni ada 1000 kaligragi selawat
ReplyDeleteSubhanaAllah...
ReplyDeleterupanya itu salasilah nama masjid ni... semoga muslimin dan muslimat yg bersolat di masjid ini sentiasa dirahmatiNya...
ReplyDeletecantik tempat ni :)
ReplyDeleteCantiknya masjid ni :)
ReplyDeleteya Allah cantiknya masjid ni!
ReplyDeletememang dah lama giler tak pegi pangkor ni.. nmpknya kena repeat nih
ReplyDeletecantiknya masjid, masjid terapung di kat pangkor pula.. lamanya tak ke sana.
ReplyDeleteKena carilah Masjid ni kalau pergi Pangkor nanti 👍👍👍
ReplyDeleteCantiknyaaa masjid ni Ana. Unik sangatt seni binanya lain dari masjid lain 😍
ReplyDeleteSubhanAllah. Kagum gila dengan seni bina dalaman masjid tu. Segenap pelusuk memang akan buat mata dan mulut kita berkata dan ingat tentangNya.
ReplyDeletesubhanAllah.. :D
ReplyDeletelama tak ke pangkor..last datang masa honeymoon lps kahwin hehe
ReplyDeleteCantiknya Ana masjid nie.. InsyaAllah ada rezeki boleh lah pergi nanti. Last Kak Sue pergi anak-anak kecik lagi..
ReplyDeleteSubhanallah cantiknya
ReplyDeletesubhanallah cantik & uniknya seni bina & kaligrafi dan tulisan tgn tu. owhh baru lagi ye tahun 2017 mmg patutlah blm ramai yg tahu. TQ kak ana sharing info. nti bila2 boleh nak pergi sana hehe
ReplyDeleteSampai sekarang saya tak pernah sampai ke Pangkor padahal kerap ke utara balik kampung apa semua. Tengok gambar kat post ni terus teringin nak ke Pangkor.
ReplyDelete