Indomie Salted-Egg Chicken Menu Killer di IndoBowl Bowl Sungai Besi


Indomie Salted-Egg Chicken Menu Killer di IndoBowl Cafe Sungai Besi | Assalamualaikum. Kemain tajuk hari ni. Sampai killer bagai. Haha. Kalau nak apa tu Indomie Salted-Egg Chicken Menu Killer di IndoBowl Sungai Besi kena lah baca apa yang Ana nak share dekat bawah ni.
IndoBowl Sungai Besi
IndoBowl Sungai Besi
Indomie Salted-Egg Chicken Menu Killer di IndoBowl Cafe Sungai Besi

Sabtu lepas An dan beberapa rakan blogger berkesempatan untuk ke IndoBowl Cafe Sg Besi untuk review menu yang dijual di sini. Senang je nak cari cafe ni sebab boleh nampak dari jalan utama. Sure korang tak kan sesat punya. 

Konsep IndoBowl Cafe ni lebih kepada santai. Kalau korang tercari tempat untuk hang out dengan kawan-kawan atau adik-beradik, this is the best place to choose. Dengan dekorasi ruang cafe yang minimal, sure korang akan selesa sepanjang lepak dekat sini. Lagi-lagi staff dekat sini semua sempoi.
IndoBowl Sungai Besi
IndoBowl Sungai Besi
IndoBowl Sungai Besi
IndoBowl Sungai Besi
Dekat IndoBowl Cafe ni korang berpeluang untuk merasa pelbagai menu berasaskan mee segera Indomie. Bila tau je tentang ni Ana jadi teruja sebabnya Indomie ni antara favorite instant noodle zaman belajar dulu. Fuhhh nostalgic pulak rasanya. Ada yang suka Indomie juga tak? 
IndoBowl Sungai Besi
IndoBowl Sungai Besi
Ok lah malas nak bebel panjang, moh kita tengok menu yang disajikan hari tu. Total ada 4 buah menu yang Ana dah cuba. Let's check it out!!

Indomie Salted-Egg Chicken - RM11.90 
IndoBowl Sungai Besi
IndoBowl Sungai Besi
Dalam banyak-banyak menu yang disajikan hari tu, Ana paling suka Indomie Salted Egg Chicken ni. Memang sedap. Kena dengan selera Ana. Semua yang ada hari tu pun setuju yang menu ni yang paling best. No wonder lah menu ni merupakan menu top di sini.

Siapa sangka gabungan indomie dengan salted egg chicken memang ngam. Part ayam tu yang the best. Bayang kan isi ayam yang lembut disalut dengan telur masin yang lemak lemak masin, padu beb. Tak memuakkan langsung. Bau telur masin bergabung dengan daun kari tu je pun dah tak boleh tahan. Ngences orang jawa cakap.

Indomie Mumbo Jumbo - RM59.00
IndoBowl Sungai Besi
IndoBowl Sungai Besi
Nama pun Mumbo Jumbo kan, so menu ni boleh makan untuk 2-3 orang. Memang meriah lah set ni. Tengok pun tahu kan. Mana taknya dalam set ni Indomie dihidang dengan telur mata, chicken madura, lamb rack, rib rye dan chicken satay. Dalam banyak-banyak tu Ana paling suka for sure lah lamb rack. Sedap sebab daging kambing tu lembut dan diperasakan dengan secukupnya.

Perasan tak kat tepi Indomie tu ada something berwarna-warni?? Korang wajib cuba setiap satu sambal yang ada tu. Rasa dia....pun padu beb. Tahan dengan tak tahan je. Makan pula dengan set western tu, confirm layan habis. Ni artis femes lalu tepi pun korang tak perasan. Hehe.

Mumbo Jumbo Chicken Soto - RM39.90
IndoBowl Sungai Besi
IndoBowl Sungai Besi
Kalau kata korang teringin bangat nak makan something yang berkuah atau bersup, this is the right menu to order. Selautan makanan laut berenang dalam Mumbo Jumbo Chicken Soto ni. Meriah sangat dik non. Ada udang, crab stick, fish ball dan sotong. Tak cukup dengan tu dia masukkan lagi chicken chop dengan telur. Ko ghase?? Ibaratnya kalau bawa pancing confirm mengena selalu umpan ko. Haha.

Untuk menu ni sama macam menu Mumbo Jumbo dekat atas which is boleh makan untuk 3-4 orang. Nampak je macam pedas sebab ada sambal cili atas tu tapi tak pedas pun. Budak-budak pun boleh makan. Selalu style Ana kalau menu berkuah macam ni Ana akan makan dengan cili sos. Hehe. Terbaik beb.

Indomie Cheesy Chicken Chop - RM14.90
IndoBowl Sungai Besi
IndoBowl Sungai Besi
Bagi yang kaki cheese, korang boleh try order menu ni. Walau Ana sejenis kaki cheese tapi bagi pendapat peribadi Ana menu ni sedap makan asing-asing. Ana rasa chemistry antara Indomie dengan cheesy chicke chop tu sedikit kurang. Tak seperti menu pertama dekat atas. But still worth to try.

Soda Gembira & Es Cendol - RM8.90 setiap satu
IndoBowl Sungai Besi
IndoBowl Sungai Besi
Memang gembira lah lepas sedut air ni. BE CAUTION masa sedut sebab kalau korang sejenis yang sedut laju-laju lagi-lagi tengah haus, sure korang akan culture shock. Haha. Macam Ana kena. Memang bergembira sungguh lepas tu. Haha. Mana taknya, Soda Gembira ni rupanya air berkarbonat yang dicampur dengan sirap bandung. Boleh rasa lah cetusan-cetusan manja dekat dalam hidung kejap. Tapi air ni sesuai dihidang dengan menu-menu dekat atas sebab boleh hilang kan rasa muak.

Es cendol tu pula Ana tak sempat rasa tapi boleh agak lah kan rasa dia macam mana. Yang pasti korang akan enjoy minum air ni. Takde elemen suprise macam Si Soda Gembira tu. Huh.

Ok lah tu saja yang Ana nak kongsi kan dengan korang semua hari ni. Overall Ana dan kawan-kawan puas hati dan enjoy dengan semua menu-menu yang disajikan. Pada yang tertanya menu dekat sini mee semata ke? Harus lah tak. Menu nasi pun ada. Jangan risau naa.
IndoBowl Sungai Besi
IndoBowl Sungai Besi
InsyaAllah Ana plan nak ke sini lagi dalam masa terdekat sebab adik-adik Ana dah merengek nak try makanan dekat sini. Sebagai kakak yang solehah kita kena lah tunaikan rengekan dorang tu walau rasa nak pang kan je. Haha. Kalau ada menu baru yang Ana order nanti, Ana share dengan korang lagi. Daaaa...


IndoBowl Cafe
72, Jalan Tasik Utama 7
Lake Fields
Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur

IndoBowl Cafe Cawangan Subang
66, Jalan Ss 15/4c
Ss 15
47500 Subang Jaya
Selangor

Waktu Operasi :
11 pagi - 10.30 malam
Setiap Hari

Telefon :
019-5426869


Indomie Salted-Egg Chicken Menu Killer di IndoBowl Bowl Sungai Besi Reviewed by Ana Suhana on October 03, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. hadoiii...terliur tengok makanan tu..x sabar akak nak makan kat sana..

    ReplyDelete
  2. mengancam diet betul semua makan tu haha.. fuhhh mesti sedap ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. Mumbo Jumbo Chicken Soto tu menarik perhatian sungguh la kak..hehe...

    ReplyDelete
  4. macam-macam menu boleh di jadikan dari Indomie ye...kreatif nya

    ReplyDelete
  5. mumbo jumbo tu mcm bolh mkn dua orang je.. nmpk sedp la ana

    ReplyDelete
  6. Macam-macam ada ha kat Indobowl tu..pernah ternampak kedai ni tp x pernah singgah..merecik la semua makanan dia

    ReplyDelete
  7. Portion dia nampak banyakk.. Sedapnyaa Ana.. 😍

    ReplyDelete
  8. mumbo jumbo tuhh aiiii...telan air liur tengoknyaa..

    ReplyDelete
  9. WAHHH....SEDAPNYER ANA...DAHLAH HUJAN2 NI...BERKERIUK PERUT KITA HIHI

    ReplyDelete
  10. Terliur tengok makanan sedap-sedap belaka!

    ReplyDelete
  11. Menarik semua menu-menu kat sini kan Ana. Nanti kalau ada rezeki boleh lah cuba makan kat sini..

    ReplyDelete
  12. Mumbo Jumbo Chicken Soto tu meriah sungguh.. berenang-renang je bahan-bahan dia..

    ReplyDelete
  13. dah lama tahu pasal indobowl ni tapi tak pergi2.. ahad ni kita serbu lak..

    ReplyDelete
  14. Sedapnya semua makanan tuh~!Terliur akak nengoknya. Teringin nak makan macam2..tapi semenjak pakai braces ni kan. Rasa kurang excited nak makan itu ini. Kang tersangkut berjumbaian mee maggie indomee tu di celah wayar braces ku! HAHAHAHA~~~~

    ReplyDelete
  15. biasa dgr mee segera indomie tu..ni ada cafe plak ye..mcm2 menu tu

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap semuanya. Nora suka indomie goreng. kenyal2 mee nya. xsangka ada restoran ni. boleh try nanti.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.