St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub Membantu Mengatasi Masalah Blackhead di Wajah


St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub Membantu Mengatasi Masalah Bintik Hitam di Wajah | Assalamualaikum. Menyampahnya lah kan bila ada masalah blackhead dekat muka. Lagi-lagi bila kulit muka kita cerah. Ketara nampak kot. Boleh rasa down dibuatnya especially bila perlu berdepan dengan orang ramai. Dah jangan sedih sedih sebab hari ni Ana nak kongsi dengan korang tentang St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub Membantu Mengatasi Masalah Bintik Hitam di Wajah.
St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub
St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub
St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub Membantu Mengatasi Masalah Bintik Hitam di Wajah

Korang tau tak apa sebenarnya blackhead atau bintik hitam tu? Menurut kajian nama perubatan untuk blackhead ialah Open Comedo. Ianya terjadi apabila terdapat lebihan minyak dan kulit mati berkumpul di dalam kelenjar Sebaceous sehingga menyebabkan kulit bertukar berwarna hitam. Blackhead selalunya muncul di sekitar hidung, pipi, tepi bibir dan dagu.

Bagaimana blackhead terjadi? Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya blackhead. Antaranya ialah:

1. Sebum Berlebihan

Pengeluaran sebum adalah berbeza antara setiap orang. Bagi korang yang kuat berpeluh, potensi untuk korang ada masalah blackhead adalah tinggi.

2. Kurang Air Dalam Badan

Seperti yang kita tahu, badan kita memerlukan sekurangnya 3 liter air sehari. Jika badan kekurangan air, proses detox tidak dapat berjalan dengan sempurna.

3. Produk Make up Yang Salah

Korang tau tak ada sesetengah produk make up yang kita pakai itu berminyak dan akan membuatkan kulit muka kita semakin berminyak.  Ini akan  menyebabkan minyak berlebihan tersebut terperangkap di dalam kulit dan akhirnya wujud lah blackhead.

4. Hormon Tidak Stabil

Setiap orang mempunyai tahap hormon yang berbeza. Ketidakseimbangan hormon akan mengakibatkan pengeluaran sebum badan yang berlebihan dan akhirnya menyebabkan penghasilan blackhead yang berpunca dari jerawat.

5. Pemakanan dan Persekitaran

Pemakanan dan persekitaran juga menyumbang kepada kemunculan blackhead dekat wajah kita. Oleh itu seeloknya elakkan makan makanan yang berminyak serta elakkan terdedah kepada persekitaran yang berhabuk.

Kelebihan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub
St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub
St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub
Memahami masalah blackhead yang dialami hampir pada setiap orang, St Ives kini mengeluarkan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub Membantu Mengatasi Masalah Bintik Hitam di Wajah. Ana yakin korang semua mesti dah familiar dengan jenama St Ives ni kan. Macam Ana sendiri dah bertahun gunakan skrub dari St Ives ni. Dari zaman belajar sampai dah beranak satu - tetap setiap dengan St Ives Kalau sebelum ni Ana gunakan St Ives Apricot, tapi kali ni Ana beralih arah kepada St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub pula. Apa kelebihan skrub kali ini?

1. Teh Hijau Yang Diproses Secara Tradisional

St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub ni dihasilkan menggunakan dari Daun Teh Hijau dari negara China dan istimewanya ianya diproses secara tradisional untuk mendapatkan kualiti yang terbaik.

Antara kebaikan teh hijau ialah ianya baik untuk merawat masalah jerawat dan kulit berminyak, melembapkan kulit dari masalah kulit kering, melindungi kulit dari sinar matahari, menghalus dan melembutkan kulit muka serta menyegarkan kulit dan membantu menghilangkan masalah blackhead.

2. Skrub Yang Lebih Halus
St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub
St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub 
Kalau korang perasan, ramai yang komen kata St Ives Apricot yang sebelum ni skrub dia terlalu kasar dan tak sesuai untuk orang yang berkulit sensitif. Tapi untuk St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub ni, korang dah tak perlu risau sebab skrub yang dihasilkan kali ini sangat halus dan sesuai untuk kulit muka yang sensitif. Takde dah masalah kulit rasa sakit atau pedih semasa skrub. So korang dah boleh skrub muka tu dengan selesa dan asyik.

3. Bersifat Antioksidan & Anti-radang

Teh hijau yang digunakan di dalam St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub penuh dengan antioksidan dan bersifat anti-radang. Skrub ini juga mampu untuk menghilangkan sel-sel kulit mati, kotoran dan minyak yang terkumpul di permukaan kulit yang menyebabkan terjadinya blackhead.

4. Paraben-free & Dermatologist-tested

Rata-rata antara kita sekarang kini lebih teliti tentang bahan-bahan yang ada dalam sesuatu produk ini termasuk isu paraben. Ada sesetengah mengatakan paraben yang ada dalam satu-satu produk tu adalah pada tahap yang minima dan selamat untuk dignbakan. Namun masih ada yang paranoid tentang isu paraben tu.

Memahami masalah itu, kesemua produk di bawah St Ives dihasilkan dengan paraben-free dan telah diuji secara dermatologi. Ini menunjukkan bahawa produk-produk St Ives adalah selamat untuk digunakan tanpa was-was.

5. Bau Skrub Yang Harum

Dihasilkan dari daun teh sebenar dan diproses secara tradisional menjadikan skrub berbau sangat harum dan wangi. Rasa macam nak makan je skrub tu tau. Kini masa skrub antara masa yang Ana paling nanti-nantikan. Tak caya korang cuba lah.


Cara Guna St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub

1. Picit skrub dan sapu kan ke dua-dua belah pipi, dahi, hidung dan dagu.

2. Basahkan tangan dengan sedikit air dan mula mengurut secara membulat di setiap bahagian wajah.

3. Bilas dengan air suam atau air bersih sehingga bersih.

4. Skrub wajah 3-4 kali seminggu mengikut keperluan korang.

5. Lepas tu cuba rasa pipi korang.  Confirm licin dan segar.

Macam Ana bagitau dekat atas, Ana memang dah lama gunakan jenama St Ives ni. Memang Ana puas hati sangat dengan hasilnya - kulit jadi semakin kurang berminyak dan masalah jerawat tak seteruk dulu. Wajah pun jadi lebih bersih, segar dan bersinar. I like. Keluar tanpa make up pun takde masalah. Nampak tak betapa tinggi confident diri tu lepas berskrub.
St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub
St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub 
So korang kalau nak cuba boleh dapatkan produk St Ives dengan wajah baru ni di pasaraya-pasaraya serta farmasi-farmasi yang terdekat. Maklumat lanjut tentang produk St Ives korang boleh terjah FB dan IG St Ives Malaysia seperti di bawah ni :

Facebook :

Instagram :




St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub Membantu Mengatasi Masalah Blackhead di Wajah Reviewed by Ana Suhana on August 03, 2018 Rating: 5

25 comments:

  1. Best kan lepas cuci rasa mulus jer muka😁

    ReplyDelete
  2. Anak dara Kak Sue, Kakak pun guna nie juga. Dengan ibu sekali terjebak.. memang best kan..

    ReplyDelete
  3. Akk pn dr zaman belajar pakai hat apricot

    ReplyDelete
  4. zie pun pakai.. elok sgt kluar segla daki2 muka hahahaha

    ReplyDelete
  5. Hebat la ana, dah cantik dan nampak bersih muka ana tu...boleh cuba ni kot2 sesuai ngan kulit muka akk..

    ReplyDelete
  6. ada nampak dekat watson hari tu teringin nak cuba ramai yang update kata best. Kalau wangi memang Bonde suka sangat.

    ReplyDelete
  7. segar jew muka lepas scrub lagi-lagi bau wangi green tea

    ReplyDelete
  8. Kinah pun guna yang green tea ni. Memang best kak ana. Nanti habis yang ni boleh cuba yang lain pulak

    ReplyDelete
  9. Paling best yang green tea ni kan, Nani pun guna yang ni jugak.

    ReplyDelete
  10. baru je bulan lepas try, suka gila dengan bau dia

    ReplyDelete
  11. Cantik cantik packaging dia Ana.. Teringin try yang gini pulak. Husniey selalu try st ives jenis Aprikot tu je.. Husniey suka scrub st ives memang menjadi, jerawat kasar cepat je kecut.. Banyak jugak function scrub ni yer.. Good product 💕

    ReplyDelete
  12. wah sangat berkesan ke untuk blackhead? nanti nak try scrub ni.

    ReplyDelete
  13. comelnya packaging diaaa.. mmg bnyk dh feedback positif nnti busyra nak cuba.

    ReplyDelete
  14. Ramai share produk ni bagus utk blackhead kan. reen pun ada jugak. kena dptkan produk ni cpt

    ReplyDelete
  15. so cute kak ana ni.heheh..comey je pakai st.ives ni kan..

    ReplyDelete
  16. St Ives ni mmg jenama yg dipercayai. Mmg tak was-was klu guna dan pasti berkesan, cpt atau lambat je hasilnya kpd yg menggunakannya.

    ReplyDelete
  17. St Ives memang best. Tapi st ivea green tea nih cepat sangat sold out tau

    ReplyDelete
  18. Pakai waktu mana lepas cuci muka ka boleh x kalau saya pakai pencuci muka hada labo yg hidration then baru pakai skrub ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya pakai scrub ni saja dah cukup untuk mencuci muka. Tak perlu pakai pencuci muka yang lain. Tapi saya pakai seminggu 2-3 kali saja.

      Delete
  19. Kalau jenis kulit yg bermnyk dan berjerawat elok pkai yg jenis ap ye. St Ives ni bnyk jenis .

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try yang st ives acne control sebab dia sesuai utk kulit yg berjerawat.

      Delete
  20. Kalau jenis kulit yg bermnyk dan berjerawat elok pkai yg jenis ap ye. St Ives ni bnyk jenis .

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.