Pata Tok Kite Pantai Chendering - Alternatif Untuk Pantai Batu Buruk | Assalamualaikum. Hari ni Ana nak sambung cerita bercuti raya di Kuala Terengganu baru-baru ni. Kalau balik sana, aktiviti wajib buat ialah rehlah di tepi pantai. Ada beberapa lokasi menarik yang korang boleh terjah dan salah satunya ialah Pata Tok Kite Pantai Chendering - Alternatif Untuk Pantai Batu Buruk.
|
Pata Tok Kite Pantai Chendering |
Pata Tok Kite Pantai Chendering - Alternatif Untuk Pantai Batu Buruk
Kalau sebut pantai di Kuala Terengganu, Pantai Batu Buruk adalah yang paling popular. Kalau korang datang hujung minggu, korang boleh nampak betapa meriah dan crowded nya kawasan di sepanjang Pantai Batu Buruk ni. Sebab tak sanggup nak bersesak, Ana ke Pata Tok Kite Pantai Chendering.
Pata Tok Kite Pantai Chendering ni hanya 10 minit je dari Pantai Batu Buruk. Pantai ni terletak bersebelahan dengan Pantai Pandak. Walau tak semeriah Pantai Batu Buruk, tapi bagi Ana Pata Tok Kite Pantai Chendering ni dah cukup best dah. Masih ada pengunjungnya yang tersendiri untuk menikmati bayu laut waktu petang.
|
Pata Tok Kite Pantai Chendering |
Sekarang ni, hampir semua pantai di Terengganu dah ada buai gergasi tau. Termasuk lah di Pata Tok Kite Pantai Chendering ni. Cuma bezanya kalau di Pantai Batu Buruk peluang korang nak dapat berbuai tu agak nipis. Tapi dekat sini, sebab pengunjungnya tak ramai so korang boleh lah berbuai lama mana korang nak. Dari masa Ana sampai hinggalah masa Ana nak balik, banyak je buai yang kosong.
|
Pata Tok Kite Pantai Chendering |
Ana perasan ada je yang bawa anak-anak mandi laut dekat sini. Mungkin ombak dekat sini tak tinggi dan deras macam di Pantai Batu Buruk sebab kawasan Pata Tok Kite Pantai Chendering ni agak terkepung di antara pantai-pantai yang lain. Tapi still kena berhati-hati lah. Kena perhatikan anak-anak yang mandi laut tu sebab dekat sini takde pengawal pantai macam di Batu Buruk. Risiko semua kita yang tanggung sendiri.
Macam Syafi, dia tak suka mandi laut. Dan kalau ikut sejarah dia sebelum ni, Syafi paking tak suka pantai. Dia geli kaki dia kena pasir pantai. Memang jenuh lah pujuk dia dulu. Bila kita paksa dia jalan atas pasir, sebolehnya dia akan pijak kaki kita. Janji kaki dia tak kena pasir pantai. Tak tau apa yang digelikannya. Suprisingly masa di Pata Tok Kite Pantai Chendering ni, tetiba Syafi jadi suka pasir pantai pula. Ana tak suruh apa pun, dia sendiri duduk pegang pasir tu dengan tangan dia. Siap duduk bersila atas pasir tu yang paling Ana tak boleh hadam. Haha. Lepas tu siaplah, semua kasut dia masukkan pasir dalam tu. Sabar je lah onde dia ni.
|
Pata Tok Kite Pantai Chendering |
|
Pata Tok Kite Pantai Chendering |
|
Pata Tok Kite Pantai Chendering |
Kalau tetiba korang terasa haus ke apa, dekat Pata Tok Kite Pantai Chendering ni ada satu kedai untuk korang membasahkan tekak. Kedai ni ada jual makanan celup tepung juga kalau korang teringin nak makan.
Baca juga :
Kedai Celup Tepung di Mengabang Telipot
|
Pata Tok Kite Pantai Chendering |
|
Pata Tok Kite Pantai Chendering |
Macam Ana hari tu, Ana sempat lah rasa sotong celup tepung dekat sini. Harga seekor ialah RM7. Ok lah harga tu bagi Ana. Rasa pun not bad. Tapi yang paling Ana suka dekat kedai ni ialah air coconut shake dia - RM4 secawan. Sedap sangat tau. Rasa lagi sedap dari yang dekat Klebang tu. Terasa kemanisan air kelapa tu. Memang nikmat lah dapat minum coconut shake masa cuaca panas. Sekejapan kosong cawan tu. Hehe. Aishhh tertelan air liur sendiri pula bila teringat coconut shake ni. Huhu.
|
Pata Tok Kite Pantai Chendering |
|
Pata Tok Kite Pantai Chendering |
|
Pata Tok Kite Pantai Chendering |
Ok lah tu je Ana nak kongsi dengan korang kali ni. Pada yang nak bercuti di Kuala Terengganu nanti, boleh lah plan amik angin petang dekat Pata Tok Kite Pantai Chendering ni. Tak crowded dan tenang je. Boleh layan view laut dengan penuh nikmat. Tapi jangan lupa ucap syukur atas nikmat tu juga tau. InsyaAllah bertambah manis rasa nikmat tu nanti. Ok bye.
PC tak pernah sampai Terengganu lagi kak..teringin juga..nak tengok dan bersiar-siar di pantainya..selalu dengar cerita saudara mara dan kawan-kawan je...kalau keropok lekor atau losong dari terengganu keraplah makan sebab suka kirim kawan bila dia balik kampung..hehe..insyaAllah diusahakan nanti..
ReplyDeletepernah sekali je ke terengganu kat intan terengganu.. x ingat nama pantai situ. hehe
ReplyDeleteSedapnyaaa coconut shake tu kak Ana. Bestnyaaa melepak tepi pantai macam ni.
ReplyDeletesuka sangat view kat pantai.. cantikkkkkk..
ReplyDeletewah seronoknya tgk view pantai.. sgt menenngkan
ReplyDeleteAda plan nak ke Terengganu. Tunggu settle semua hal baru jalan. Bestnya kak ana. Nanti boleh singgah sini. Thahirah mesti suka
ReplyDeleteKak Ana beraya di Terengganu ke..? huhu kalu cakap awal2 boleh jumpa sebab tahun nie saya pun beraya di Terengganu, takde rezeki nak jumpa dengan akak..
ReplyDeletecantik pantai ni. akk suka pantai. tp Dzal dah fobia ms kena obor2 aritu
ReplyDeleteselalunya pi ke ke rumah kak long di Dungun. Umah dia dekat benar dgn pantai.
ReplyDeleteNanti datang kat terengganu lagi tau.bolehlah jumpa kak
ReplyDeleteSalam sabtu dari Ibu Zaid. Ibu pun suka duduk tepi pantai
ReplyDeleteLamanya tak pegi pantai.. jeles pulak tengok Syafi main pasir haha >_<
ReplyDeleteAikk orang terengganu sendiri ni tak tahu pun ada wujud warung kat situ hahaha aiyoooo
ReplyDeleteMmg seronok dpt santai2 makan2 pekena coconut shake mcm tu.. syok! hehe. Pantai2 kt Terengganu mmg cantik2. Klu ke sana lg teringin juga nak ke sinilah.. menarik.
ReplyDeleteAduhai dah lama juga ni tak ke pantai..terubat rindu bila tengok gambar2 pantai dari Ana ni.. bersih dan cantik juga pantainya tu :)
ReplyDeletecantik2lah view dia. gambar yg ana shoot pun nice sgt.. teringin nok sampa pantai chendering
ReplyDeleteLawonya.masuk lorong mana nak ke pntai ni ana.tak pernah pulak pegi.pantai pandak je pernah sampai.
ReplyDeleteAna pun main masuk je Iza. Tau-tau sampai dah. Nak senang waze je Warung Tok Kite tu.
Deletesyok die ke pantai ganu..layan celop tepung ngan coconut shake tu
ReplyDeleteSeronoknya main pasir dan makan makanan laut celup tepung..
ReplyDelete1st time dengar
ReplyDeleteselalu dok pergi pantai batu buruk tu je sampai buruk jadinya
hahahaha
nanti ada rezeki leh singgah pantai chendering pula
Cantik pata tu. Lame tak pegi Ganu...
ReplyDeletedah bertahun tak ke Ganu, rindu nak ke Pasar Payang, nak beli kopok, nak makang sata haha
ReplyDeletekenapa x jmpe sy pun.. huhuhu
ReplyDeleteDulu pernah dengar kawan Terengganu cakap pasal Batu Buruk. Yang tau, pantai-pantai di Terenggau sangat nice, orang-orang suka spend time di sana.
ReplyDeleteYour pictures tell everything. Harap 1 hari boleh pergi pantai di sana dan makan,minum d kedai tersebut.
Thanks for sharing.
www.itslynstory.blogspot.com
cantiknya kak ana tempat ni.. lama busyra tak ke pantai.. tenang ja tengok. suka <3
ReplyDelete