FamilyMart Prima Sri Gombak Kini Dibuka


FamilyMart Prima Sri Gombak Kini Dibuka | Assalamualaikum. Akhirnya convenience store terkenal Jepun, FamilyMart Prima Sri Gombak Kini Dibuka pada 20 Julai baru-baru ni. Kalau tak, outlet paling dekat dengan Ana ialah di Wangsa Maju. Tak pun dekat Sunway Putra Mall. 
FamilyMart Prima Sri Gombak
FamilyMart Prima Sri Gombak
FamilyMart Prima Sri Gombak Kini Dibuka

Nak jadi cerita Sabtu lepas Ana ke NU Sentral teman En Suami ke Touch N Go. Alang-alang dah sampai sana, ajak lah dia ke FamilyMart dekat bawah tu je. Teringin sangat nak makan "cucuk-cucuk" yang femes tu. Sekali amik ko. Punya lah ramai orang beratur. Cancel terus. Balik tu cerita dekat adik Ana, sekali dia cakap yang FamilyMart Prima Sri Gombak Kini Dibuka. Bersinar-sinar lah mata kejap bila tau tentang tu.

Esoknya balik dari rumah mak mertua ajak En Suami ke FamilyMart Prima Sri Gombak. Bila tengok waze, rupanya sederet dengan Nasi Vanggey dan Secret Recipi. Tau sangat lah Ana. Kawasan permainan kot tu. Hehe. 

Dekat sini nak dapatkan parkir kosong memang mencabar. Nak jadi rezeki ada parkir kosong dekat sana. Tak perlu nak menunggu. Nampak memang mengizinkan sangat nak dapat makan "cucuk-cucuk" tu kan. Keluar je kereta terus laju-laju jalan ke FamilyMart tu.
FamilyMart Prima Sri Gombak
FamilyMart Prima Sri Gombak
Sekali amik ko sekali lagi. Punya lah ramai orang beratur dalam tu. Semua yang beratur sebab nak beli Oden. Kalau setakat nak beli aisrkim atau nak bayar barang-barang lain boleh je terus ke kaunter. Tak perlu beratur pun. 

Ramai pun ramai lah. Kali ni Ana nekad nak beratur juga dengan harapan laju lah barisan tu bergerak. En Suami redho je lah. Serabut dekat dalam tu dia beratur kat luar. Nak dekat 15 minit beratur akhirnya lagi 3 orang untuk turn Ana. Sekali staff tu cakap Oden habis ye. Nak tunggu masak lagi 20 minit. Ana was like....... Amoi depan Ana cancel terus beratur. Ana pula 50-50 nak ke tak nak. En Suami dah gelak sakan. Kuang asam betul. Ana decide nak balik je lah. Tapi En. Suami kata alang-alang dah sampai depan ni tunggu je lah. Apa lagi, tergedik-gedik lah hati kat dalam ni kegembiraan. Haha.
FamilyMart Prima Sri Gombak
FamilyMart Prima Sri Gombak
Lepas 20 minit tu, Oden pun masak. Yeee....nama "cucuk-cucuk" tu Oden. Harga dia bermula RM0.59sen - RM3.00. Korang pilih lah apa yang korang nak. Kuah ada dua jenis;  tomyam dan sup. Ana beli satu tomyam satu sup.
FamilyMart Prima Sri Gombak
FamilyMart Prima Sri Gombak
Kuah tomyam tu bagi Ana sedap lah juga. Pedas dia tak berapa kuat. Bagi yang tak kuat pedas boleh je makan. Manakala kuah sup dia memang tak pedas langsung. Sebab tu Ana beli kan untuk si kecik tu.
FamilyMart Prima Sri Gombak
FamilyMart Prima Sri Gombak
Bukan main melazat dia makan sebab ada yee mee dalam tu. Dia sedut yee mee tu sampai ke titisan akhir. Yang bebola dan tofu cake dalam tu dia tak usik langsung. Memang Ana lah kena perabiskan. Suprisingly Ana lagi suka kuah sup dia. Cuma bila lama-lama sup tu jadi masin sebab air dari bebola tu dah turun.
FamilyMart Prima Sri Gombak
FamilyMart Prima Sri Gombak
FamilyMart Prima Sri Gombak
FamilyMart Prima Sri Gombak
Tak lengkap kalau ke FamilyMart kalau tak beli aiskrim dia yang sama femes dengan oden tu. Ana beli satu aiskrim matcha satu aiskrim melon. Rasa dia serius sedap. Memang pure rasa green tea dan melon tu. No wonder ramai yang suka makan aisrim FamilyMart ni. Harga aiskrim satu RM2.90. Tapi sempena pembukaan outlet baru ni ada diskaun 25% dengan syarat kena tunjuk yang kita dah like Fb FamilyMart Malaysia dekat Hp kita.
FamilyMart Prima Sri Gombak
FamilyMart Prima Sri Gombak
Nampaknya makin kerap lah Ana akan ke FamilyMart lepas ni. Next visit nak beli onigiri pula sebab hari tu habis licin rak onigiri tu. Dan for sure nak repeat beli aiskrim matcha dan melon tu.

Bagi warga Selayang, Batu Caves dan Gombak, korang boleh lah terjah FamilyMart Prima Sri Gombak ni. Tapi kalau pergi weekend harap bertabah ye. Lagi-lagi outlet ni baru di buka kan. So memang ramai orang berjemaah beratur di sana. Kalau nak ke sana hello hello lah Ana. Boleh tepuk Sama-sama nanti.

FamilyMart  Prima Sri Gombak,
No 13G Ground Floor, 
Jalan Prima SG 1,
Prima Seri Gombak,
68100 Batu Caves, 
Selangor. 

FamilyMart Prima Sri Gombak Kini Dibuka Reviewed by Ana Suhana on July 26, 2018 Rating: 5

17 comments:

  1. hah dkt sgt bila akak blk gombak...adik akak dh update aritu..die pn dh pi rasmi..kemain die..akak pn tk pernh try tp slalu la tgk kwn2 dok cite psl familymart ni..nanti try la sbb dh ada yg dkt kn

    ReplyDelete
  2. Paling suka pergi Family Mart ni sebab nak makan aiskrim dia. Sedap!

    ReplyDelete
  3. puas sangat makan aiskrim ne syedappp

    ReplyDelete
  4. ooo dekat sangat ni... ada eh! tak perasan pulak kitew

    ReplyDelete
  5. tgk petang2 gini mulalah craving....lina peminat setia family mart ni hehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.....syukur...akhirnya berezeki juga kak Ana merasa...lega...berkat bertabah tunggu extra 20 minit..kalau PC pun..PC tunggu kak...hehehe...

    ReplyDelete
  7. Wahh best... something new in da market. Tah bila lah mart tu nak dtg miri 🤔🤔

    ReplyDelete
  8. Sedapnya aiskrimm. Aipp rilek dulu tunggu suara ada haha. Kan best bukak satu kat sini. Oden tu apa isi dia kak ana

    ReplyDelete
  9. wahhh menarik ni. macam-macam ada dekat Family Mart erk. hamboiiii sedapnya ais krim tu..

    ReplyDelete
  10. wahhhhh bestnya orang batu caves! Bila dah pindah baru nak bukak dekat sana grrr

    ReplyDelete
  11. semuanya sedap. cuma bab menunggu je yg mencabar kesabaranku...

    ReplyDelete
  12. Akak suka ais krim tuh..oden tak berapa minat tapi Hannah sukaaaa sangat oden. Hehehe~

    ReplyDelete
  13. Aiskirm green tea paling sedap, dah lama tak makan family mart

    ReplyDelete
  14. Hana paling tak boleh bawak besabar kalau bab beratur ni hehehe so tahniahh sebab tak cancel hahaha >_<
    .
    Happy Weekend kak Ana <3

    ReplyDelete
  15. Beruntung warga Sri Gombak ada Family Mart ni. Pernah tinggal di sri gombak 13 tahun, last di fasa 2 dekat je dgn Prima Sri Gombak ni. Ok, next time klu lalu nak juga singgah Family Mart ni.

    ReplyDelete
  16. dekat Cyberjaya pon selalu habis menu ni...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.