Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com


Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com | Assalamualaikum. Bila cakap tentang kereta, bab kos servis adalah yang paling memeningkan. Kalau kata kos tu boleh dirancang seperti kos servis berjadual boleh lah kita bajet duit untuk kos tersebut kan. Tapi kalau bab kos yang datang secara tiba-tiba seperti tayar kereta bocor atau paling haru tayar kereta kena curi lagi-lagi di musim perayaan ni macam Ana pernah kena dulu, boleh terduduk sekejap dibuatnya. Tayar bukan boleh beli sebiji macam tu je, at least kena beli satu set (2 biji). Dah berapa kan kos dekat situ. Kalau beli dekat kedai yang salah, silap hari bulan kos yang dibayar tak setanding dengan jenama tayar yang kita beli tu. Tu dulu lah. Sekarang ni Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com.
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com

Pernah dengar tentang mytayar.com? mytayar.com yang ditubuhkan pada tahun 2014 adalah merupakan laman web pasaran automotif yang menawarkan jualan tayar dan pakej servis kereta daripada 120 bengkel yang dipercayai di sekitar Lembah Klang, Johor Bharu dan Ipoh. So takde lah isu kita akan ditipu oleh bengkel-bengkel yang tidak bertanggungjawab ni.

Menariknya tentang mytayar.com ni, selain dapat mengelakkan kita di tipu, kita juga boleh berbelanja dengan bijak di mana di bengkel-bengkel yang mengambil bahagian akan memaparkan harga tayar dan pakej servis mereka sendiri mengikut piawaian harga yang telah ditetapkan. Senang kata kita boleh lihat pelbagai harga dalam satu laman web. Jadi secara langsungnya, kita boleh memilih mana-mana bengkel yang menawarkan harga mengikut bajet jenis tayar atau servis yang kita nak berdasarkan jarak atau lokasi bengkel tersebut.

Cara Membeli di mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com

Senang je nak shopping tayar di mytayar.com ni. Berdasarkan gambar dekat atas,  hanya dengan beberapa langkah saja korang dah boleh beli dan tukar tayar kereta.

1. Pilih kategori produk
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Layari laman web mytayar.com dan  log masuk sebelum korang mula memilih produk apa yang korang nak. Antara produk yang ditawarkan ialah  pelbagai jenis tayar kereta dan tayar komersil, bateri atau minyak enjin.

2. Pilih Jarak Bengkel
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Selesai memilih produk yang diinginkan, tetapkan jarak bengkel dari lokasi korang pula. Jarak bermula dari 20km hingga 50km. Lagi jauh jarak lagi banyak pilihan bengkel untuk korang pilih.

3. Masukkan lokasi
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Lepas tetapkan jarak bengkel di atas, korang masukkan lokasi korang tu. Kalau guna telefon mudah alih, lokasi korang akan auto detect.

4. Pelbagai Jenama Produk Dari Hasil Carian
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Dari langkah pertama di atas, seterusnya korang boleh pilih jenis kelebaran dan diameter tayar kereta yang korang nak. Kemudian pilih jenama tayar yang korang pakai atau korang nak survey dan klik "Search".
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Nanti korang akan dipaparkan dengan pelbagai jenama tayar berdasarkan pilihan korang tadi beserta dengan perincian tentang tayar tersebut mengikut harga dan lokasi yang korang set sendiri. Masa ni lah korang boleh survey mana jenama dan bengkel yang korang rasa kena dengan bajet korang.

5. Pilih dan Bayar Deposit
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Selesai memilih daripada hasil carian tadi, korang boleh proceed untuk proses pembayaran. Istimewanya menempah dengan mytayar.com ni ialah korang hanya perlu bayar deposit sahaja sebanyak 5% (kalau ada kod promosi boleh masukkan juga). Tapi korang kena ingat yang deposit ni non-refundable ok. Pembayaran boleh dibuat melalui Online Transfer atau bayar di outlet 7Eleven berdekatan.

6. Isi Butiran Temu Janji

Satu email pengesahan tempahan akan dihantar untuk korang isi butiran tarikh temu janji dengan bengkel yang dipilih.

7. Hantar Kereta Untuk Dibaiki dan Bayar Baki Selebihnya

Akhir sekali hantar kereta korang ke bengkel untuk diservis dan selepas kerja-kerja servis selesai baru korang bayar selebihnya. Selesai.

Kelebihan Membeli di Mytayar.com

1. Banding dan Pilih

Melalui hasil carian yang kita set sendiri, korang boleh membuat perbandingan antara satu jenama dengan jenama yang lain dari bengkel-bengkel yang terlibat. Sebagai contoh bengkel A menawarkan tayar Continental yang lebih murah berbanding bengkel B. Tapi untuk tayar jenama Michelin, harga di bengkel B jauh lebih murah berbanding di bengkel A.  Jadi korang boleh banding dan pilih ikut bajet yang korang ada.

2. Penjimatan Sebanyak 15%

Mytayar.com yakin harga yang ditawarkan di laman web mereka adalah antara yang terendah berbanding dengan harga walk-in bengkel-bengkel di luar sana. Malah harga yang ditawarkan adalah serendah 15% lebih murah. Untuk perbandingan korang boleh klik SINI.

3. Jimat Masa dan Tenaga

Hanya dengan menempah di laman web mytayar.com korang tak perlu bersusah payah membazir masa dan tenaga keluar terjah satu bengkel ke satu bengkel yang lain semata untuk dapatkan harga terendah. Semua tu boleh jadi mudah dengan mytayar.com.

4. Proses Menempah Yang Mudah

Proses menempah di mytayar.com adalah sangat mudah dan hanya dengan beberapa langkah seperti yang Ana terangkan dekat atas tadi korang dah boleh menempah tayar kereta yang ingin dibeli pada harga yang murah.

5. Elak Dari Di Tipu Bengkel Tidak Bertanggungjawab

Kes ni Ana pernah terkena. Sebab terdesak nak beli tayar kereta yang kena curi, Ana terbeli tayar kereta yang takde jenama pada harga yang agak mahal. Tapi di mytayar.com korang tak perlu risau kerana harga yang tertera semasa menempah adalah harga yang perlu bayar. Takde kos tersembunyi atau kos tambahan akan dikenakan.  Sekiranya perkara tersebut berlaku, korang boleh buat laporan terus ke mytayar.com untuk tindakan seterusnya.

Macam mana?  Menarik kan laman web mytayar.com ni.  Lepas ni korang yang plan nak tukar tayar kereta dan sebagainya boleh lah cuba menggunakan perkhidmatan mytayar.com. Buat apa nak berbelanja lebih kalau korang boleh berjimat dengan mytayar.com kan. Benda baik jangan simpan sorang-sorang. So kongsilah tentang mytayar.com ni dekat ahli keluarga dan kawan-kawan korang semua. Boleh sama-sama berjimat. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh ke laman web mereka di sini ➡ mytayar.com.
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com Reviewed by Ana Suhana on June 25, 2018 Rating: 5

17 comments:

  1. wah bagusnya.. boleh simpan ni bebila nak guna senang..

    ReplyDelete
  2. Sangat memudahkan dan berguna. Tq ana atas info. Terbaik.

    ReplyDelete
  3. Sekarang dah tak susah, nak beli tayar pun boleh beli online je😍

    ReplyDelete
  4. wah bestnya.. segalanya di hujung jari je

    ReplyDelete
  5. Senang...akk ni mmg cenderung online. Nk jimat masa

    ReplyDelete
  6. Mudah kan..akak dh baca pasal mytayar ni..sounds reliable

    ReplyDelete
  7. Salam petang isnin dari Mama Hakim. Semoga sis ana sihat. Wah seronoknya dapat tayar murah

    ReplyDelete
  8. Mmg mudahnya.. siap kena isi details so boleh tahu lebih details.. bagusnya

    ReplyDelete
  9. Ala kenapa baca lepas raya kita hari tu cari gak kedai tukar tayar last2 beli online jer wakakaka..

    ReplyDelete
  10. Nak tukar tayar pun ada laman web sendiri, Senangnya

    ReplyDelete
  11. wahh mudahnya sekarang ni. online je. mudah dan pantas!

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, salah rabu dari mama. Senang tukar tayar lepas ni

    ReplyDelete
  13. Terima kasih kerana berkongsi, Ibu singgah ke mari. Penting jaga tayar sebab nyawa penumpang perlu ambil kira

    ReplyDelete
  14. Good sharing nie Ana, Abang Man memang nak tukar tayar juga nie nanti..

    ReplyDelete
  15. Bagus info ni.. thanks sharing Ana. Boleh usha ni nanti.

    ReplyDelete
  16. smuanya mudah dgn mytayar. tq for sharing kak ana..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.