Resipi Agar-agar Jeli Tembikai - Mudah dan Sedap


Resipi Agar-agar Jeli Tembikai Mudah | Assalamulaikum. 2 hari lepas Ana dah kongsi 30 Resipi Menu Berbuka Puasa, so hari ni Ana nak share resipi pencuci mulut paling mudah untuk disediakan iaitu Resipi Agar-agar Jeli Tembikai Mudah. 
Resipi Agar-agar Tembikai Mudah
Resipi Agar-agar Jeli Tembikai Mudah
Resipi Agar-agar Jeli Tembikai Mudah

Bila masuk bab berbuka, selalunya Ana kurang makan yang berat ni. Sebab perut kenyang minum air. Tapi kalau ada pencuci mulut macam agar-agar ke kuih muih ke Ana suka je makan. Especially kalau yang sejuk-sejuk macam Agar-agar Jeli Tembikai Mudah ni. Rasa lega sangat bila dapat makan. Nak buat pun senang je. Lagipun elok makan buah-buahan kan masa puasa ni. Dapat kembalikan hidrasi dalam badan dan pada masa yang sama badan dapat serap khasiat yang ada dalam buah-buahan tu. Jom kita tengok cara nak sediakan Agar-agar Tembikai Mudah ni. 

BAHAN-BAHAN

1. Buah Tembikai
2. Buah Nenas
3. Buah Kiwi
4. Anggur
5. Buah Naga
6. Agar-agar - 20 gram
7. Air - 1 liter
8. Gula - 200 gram

Baca juga : Resipi Puding Telur Karamel Mudah dan Sedap

CARA-CARA
Resipi Agar-agar Tembikai Mudah
Resipi Agar-agar Jeli Tembikai Mudah
1. Keluarkan isi tembikai terlebih dahulu.

2  Kemudian guna garfu buat garisan di bahagian dalam tembikai. Ini supaya agar-agar yang dituang nanti dapat melekat dengan baik.

3. Potong dadu kesemua buah-buahan di atas dan masukkan ke dalam buah tembikai yang kosong tadi.

4. Panaskan agar-agar di atas periuk sehingga cair. Masukkan gula dan kacau gula sehingga larut. 

5. Tuang agar-agar ke dalam buah tembikai dan biarkan sejuk seketika sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.

6. Sedia dihidang. 
Resipi Agar-agar Jeli Tembikai - Mudah dan Sedap Reviewed by Ana Suhana on May 19, 2018 Rating: 5

7 comments:

  1. Betul la kak Ana. Berbuka biasanya nak makan yang ringkas dan rasa segar pada tekak. Ni salah satunya..

    ReplyDelete
  2. Ooo senang je rupanya agar-agar ni. Nak cuba la nanti.

    ReplyDelete
  3. sedapnyer mkn time cuaca panas ni kan...

    ReplyDelete
  4. nampak menarik. nanti nakpi beli tembikai

    ReplyDelete
  5. Betabahlah... lagi berapa jam lagi nak buka ni T^T
    .
    Thank you sudi kongsi resipi!! ^^

    ReplyDelete
  6. nampak nikmat sgt ni sis...ya Allah sedapnya..buah2an pun nampak segar semuanya...

    ReplyDelete
  7. suka tembikai tp agar2 camni tk pernh buat..yummmyyy nmpk

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.