Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah | Assalamualaikum. TV AlHijrah kembali menemui penonton pada Ramadan 1439H ini dengan menghidupkan semula tema Ramadan yang lalu iaitu Rapatkan Saf.
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Tema Rapatkan Saf Ramadan 1439H ini tidak datang hanya sebagai slogan, namun tema ini dilihat kekal releven sebagai iktizam dan tekad sebuah stesyen televisyen berkonsepkan Islam untuk menyatukan ummah dalam menghayati erti Ramadan serta menggerakkan fizikal dan minda para penonton kearah kejayaan dalam perjuangan mereka di bulan yang mulia ini.
Oleh yang demikian, TV AlHijrah menyusun strategi yang komprehensif untuk menyajikan program- program terbaik yang mampu menyemarakkan Ramadan semua.
Lima Sajian Eksklusif Rancangan-rancangan Dari Pelbagai Genre
Ramadan tahun ini memperlihatkan susunan strategik rancangan-rancangan TV AlHijrah dengan mengambil kira komen serta permintaan penonton pada ramadan yang lalu.
Antara rancangan baru yang diperkenalkan ramadan ini adalah seperti Jalan Amanah, Siri Animasi Farhaa, Kapsul Majlis Hafazan Antarabangsa 2018, Selingan Hasrat, Masjid Ke Masjid dan lain-lain.
Namun begitu, 5 program utama yang dipilih stesen ini dan dijangka bakal mendapat tontonan tertinggi adalah Seruan Berzakat, The Chosen, Cooking With Colors, Poket Akhirat, Iringan Illahi, Singahan Abdi.
📌 Seruan Berzakat - Setiap Isnin | 6.30 petang
Sepanjang Ramadan ini, penonton akan dipandu untuk memahami perihal Zakat menerusi Lembaga Zakat Kedah. Rancangan ini akan membawa penonton menelusuri sejarah bermulanya era pengenalan pembayaran zakat sebagai sebuah institusi negeri. Turut dimuatkan peranan institusi zakat terhadap lapan golongan asnaf di negeri Kedah.
📌 The Chosen Setiap Isnin | 6.30 petang | Mulai 11 Jun 2018
The Chosen adalah sebuah dokumentari Bahasa Inggeris terbitan dalaman TV AlHijrah.
Menerusi rancangan ini, penerbit rancangan iaitu saudara Fitri Musa akan berkongsi kisah dilema, trauma dan harapan masyarakat Palestin di Lubnan yang masih lagi dinafikan hak kemanusiaan mereka walaupun sudah menetap di negara itu selepas terjadinya peristiwa Nakbah sekitar tahun 1948.
Dokumentari ini juga akan mengimbas semula tragedi pembunuhan beramai-ramai Sabra Shatila pada sekitar tahun 1982 menerusi kaca mata mangsa yang melalui sendiri peristiwa pahit tersebut.
📌 Cooking With Colors - Setiap Hari | 5 Pagi, 10 Pagi, 11.30 Pagi, 4 Petang, 5.15 Petang
Cooking With Colors adalah sebuah program masakan yang dihoskan oleh Chef Shahrim, seorang chef bertaraf antarabangsa, juga seorang doktor dan pelukis.
Berbeza dengan program masakan yang disiarkan sebelum ini, Chef Shahrim akan menggabungkan seni masakan dan seni lukisan dalam persembahan beliau. Menarik sekali apabila Chef Shahrim akan terlebih dahulu melukis gambar menu masakan yang akan beliau sediakan
Seterusnya, penonton akan dibawa bersama-sama ke pasar-pasar terpilih untuk membeli bahan mentah. Chef akan berkongsi tips-tips pemilihan bahan mentah yang terbaik. Pelbagai tempatan dan antarabangsa yang mudah dan cepat untuk disediakan pada bulan Ramadan istimewa untuk penonton TV AlHijrah.
📌 Poket Akhirat - Setiap Jumaat & Sabtu | 6.30 Petang
Poket Akhirat adalah sebuah rancangan berbentuk drama dokumentari tajaan Lembaga Zakat Kedah yang berkongsi kisah golongan asnaf dalam meneruskan kehidupan seharian menggunakan sumbangan zakat.
Penonton berpeluang untuk memahami secara mendalam tentang fungsi dan peranan agihan zakat sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi kepada umat Islam khususnya di negeri Kedah.
📌Iringan Ilahi - Setiap Selasa | 6.30 Petang
Iringan Ilahi adalah sebuah program travelog dakwah kendalian Ustaz Ashraff Suarin yang disiarakan setiap Selasa, jam 6.30 petang.
Sambil menikmati keindahan alam, Ustaz Ashraff Suarin akan mengambil pendekatan berbeza dalam mendekati Umat Islam Malaysia yang keciciran dari arus perdana.
Antara yang disantuni Ustaz Ashraff Suarin adalah seperti umat Islam yang keciciran antaranya kaum Bajau Laut di Sabah.
📌 Singgahan Abdi - Setiap Khamis | 6.30 Petang
Singgahan Abdi membawa penonton menelusuri Kota Mekah dan Madinah bagi melaksanakan ibadah Umrah.
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah |
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah |
Selain daripada penerangan tentang ibadah Umrah, turut dimuatkan dalam rancangan ini adalah tips dan panduan untuk memilih agen perlancongan berdaftar bagi mengelakkan penonton menjadi mangsa penipuan.
Acara Lapangan Sepanjang Ramadan
Selain susunan program yang merangkumi pelbagai genre seperti Kerohanian, Majalah, Drama Dokumentari, Travelog, Masakan, TV AlHijrah turut melaksanakan pelbagai aktiviti lapangan untuk penonton setianya.
Antara yang sudah direncanakan adalah Bubur Lambuk, Bubur lambuk Antarabangsa, Qiamulail dan Quran Hour.
Tradisi pengagihan bubur lambuk di bulan Ramadan diteruskan untuk tahun ketiga. Sebanyak sepuluh trak saji akan bergerak dari AlHijrah Big Studio (ABS) menuju ke enam destinasi setiap hari bagi mengedarkan 7000 bungkusan bubur lambuk. Sedikit kelainan, pada tahun ini, bubur lambuk resepi turun temurun Restoran Pak Monek Kampung Baru akan dimasak secara bergotong royong setiap hari di AlHijrah Big Studio (ABS).
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah |
Program edaran bubur lambuk TV AlHijrah ini turut mendapat kerjasama Persatuan Foodtruck Putrajaya, Persatuan Food Truck Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang.
Pada tahun pertama diperkenalkan program bubur lambuk international, hanya lapan negara sahaja dipilih sebagai lokasi agihan sepanjang Ramadan. Namun begitu, atas respons positif dan sambutan hangat masyarakat luar negara, krew Bubur Lambuk International akan menjelajah keempat belas buah negara baru pada Ramadan kali ini.
Negara-negara tersebut adalah Morocco, Korea, Indonesia, Perancis, Ethiopia, Jordan, Turki, Scotland, Mekah, Rusia, Oman, Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat. Aktiviti yang mampu mengeratkan ukhwah umah, melipat gandakan pahala, serta mempromosikan makanan tempatan Malaysia ini mendapat sokongan penuh pihak Kedutaan Malaysia, pelajar-pelajar universiti dan juga penduduk tempatan.
📌 Qiamullail
TV AlHijrah turun padang untuk bersama penonton setia TV AlHijrah bagi mengimarahkan sepuluh malam terakhir Ramadan.
Qiamullail yang dibawakan secara langsung dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan dilaksanakan pada Sabtu, 9 Jun 2018 bermula jam 3 pagi hingga 8 pagi.
Antara pengisian yang telah dirancang adalah termasuk memberikan pengisian rohani seperti Majlis Tazkirah sebelum Berbuka Puasa, Solat Terawih berjemaah, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan, Solat berjemaah, Sahur dan Kuliah Subuh. Selebriti TV AlHijrah turut turun padang untuk sama-sama merapatkan saf.
Bacaan al-Quran secara beramai-ramai akan dilaksanakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadan 1439H.
Acara yang digerakkan oleh Kumpulan Media Karangkraf menerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas ini akan disiarkan di stesen TV AlHijrah
Program ini mampu menggalakkan umat Islam untuk lebih menghayati Al Quran sekaligus membuka mata orang bukan Islam akan keindaham Islam serta amalannya.
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Reviewed by Ana Suhana
on
May 26, 2018
Rating:
Banyak program sempena Ramadhan ni...
ReplyDeleteSuka tonton tv al hijrah ni, byk panduan dan pengalaman boleh kita amek dan pelajari daripada siarannya kan ana .
ReplyDeleteBanyak program yg TV AlHijrah dah sediakan..kena lock date utk Quran Hour tu
ReplyDeleteAkk suka tonton tv al hijrah ni, byk yg boleh kita dapat dan belajar drp siarannya kan ana..
ReplyDeleteBanyak rancangan menarik. Nt akk tgk siaran ni ye ana
ReplyDeleteWahh bagus usaha tv al hijrah ni, husniey pun suka tengok banyak program berfaedah
ReplyDeleteTV Al Hijrah byk pengetahuan agama yang blh kita pelajari. Sesuai utk seisi keluarga.
ReplyDeleteBanyak program pengetahuan agama ye.. Kalau dlu bln puasa tau tgk Jejak Rasul je. TV Al Hijrah buat pengisian macam ni sesuai utk semua.
ReplyDeleteBanyak juga pogram TV Al Hijrah. Dulu tim puasa tengok Jejak Rasul kali ji dha banyak pilihan rancangan
ReplyDeleteBanyak juga program kat TV Alhijrah .Sesuai dengan bulan ramadan Yang mulia ni kan.
ReplyDeleteLiez suka rancangan2 bulan ramadhan sbb byk yg islamic dan kebanyakkan boleh tgk la..
ReplyDeleteBanyak juga program menarik sempena Ramadhan ni ye. Teringin nak tonton dokumentari pembunuhan ramai-ramai sabra shatilla tu. Macam menarik je
ReplyDeleteHana jarang tengok TV alhijrah T^T huhuhu so nak dikecam ke macam mana ni?! hahah >_< btw Thank you for sharing kak Ana ^^ Inshaallah lepas ni akan rajin2 bukak Tv al hijrah :3
ReplyDeletebanyak bwtul program time ramadhan sampai tak tertengok😅
ReplyDeleteBanyak ya program yang menarik, bagus kan Ana..
ReplyDeleteMemang banyak siaran yang menarik dari TV Al-Hijrah... LeYa pun suka tengok.
ReplyDeletebest2 ye program..
ReplyDeletetapi mana yang sempat je lah dapat tgk. kena record kot. lps raya nanti boleh tengok. hehehe
bagusnya banyak program islamik. Tajuk program pun power :D
ReplyDeletebagus program islamik ni.
ReplyDeletebagus program-program nya
ReplyDeleteBonde suka tengok Tv alhijarah memang menarik sekali program yg di adakan sempena bulan Ramadan.
ReplyDeletebanyak program yang disediakan, xda lah masa terbazir macam tu jerk, menonton tv pun boleh beribadah jugak
ReplyDeleteBanyaak sangat kan program yang best bermanfaat boleh kita tengok bulan Ramadhan ni.
ReplyDeletebagus sngt program mcm ni. banyak manfaatnya pada kita smua apatah lagi dibulan ramadan. <3
ReplyDeletebagus prgram2 macam ni.. harapnya berkekalan sampai lepas ramadhan. tapi AlHijrah memang best =)
ReplyDeleteBanyak program menarik sempena Ramadhan. Memang best sgt
ReplyDelete