40 Resepi Berbuka Puasa Yang Sedap dan Mudah Disediakan
(Dikemaskini Mac 2023) 40 Resepi Menu Berbuka Puasa Yang Sedap dan Mudah Disediakan l Assalamualaikum. Lagi beberapa hari kita masuk bulan Ramadan kan. So dikesempatan ini, Ana nak ucapkan selamat berpuasa buat semua rakan-rakan blogger dan pembaca yang beragama Islam. Didoakan semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. InsyaAllah.
Resepi Menu Berbuka Puasa |
40 RESEPI BERBUKA PUASA YANG SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN
Macam biasa, asal nak masuk bulan puasa ni mula lah para ibu dah start plan nak masak apa. Bukan apa, selalunya asal bulan puasa je, para ibu akan mula pening dan takde idea nak masak apa untuk berbuka. Otak sama letih dengan badan katanya. Hehe.
Takpe, bagi yang takde idea nak masak apa, ni Ana share dengan korang 40 Resepi Menu Berbuka Puasa yang sedap dan mudah disediakan. Kot ada yang berkenan di mata untuk dicuba. Mana tau menjadi resepi tu. Sampaikan suami dan anak-anak tak berhenti puji sedap masakan korang tu.
1. Ketam Masak Lemak Cili Api
1. 250g ketam (dibersihkan)
2. 7 biji cili hijau
3. 1½ cawan santan kelapa yang di parut
4. 1 keping asam gelugur
5. ½ sudu kecil serbuk kunyit
6. ½ sudu besar garam secukup rasa
7. ½ sudu kecil perasa
Cara Masakan
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2. Masak selama 5-7 minit.
3. Siap, angkat dan hidangkan.
Baca juga : 10 Resipi Pencuci Mulut Yang Menyegarkan Tekak
2. Ayam Sos Lemon Madu
1. Dada ayam 500g (potong ikut suka)
2. Tepung serbaguna (secukupnya)
3. Telur sebiji (kacau)
4. Madu 4 sudu besar
5. Lemon 2 biji (ambil jus)
Cara Masakan
1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!
3. Ikan Pari Asam Pedas
Resepi Menu Berbuka Puasa 📷 : Selerasa |
Bahan-bahan
1. 6 biji bawang merah - ditumbuk
2. 2 ulas bawang putih - ditumbuk
3. 1 inci halia - ditumbuk
4. ½ inci kunyit - ditumbuk
5. 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
6. ½ cawan air asam jawa
7. 3 cawan air
8. 250g ikan pari (dipotong kecil)
9. 2 tangkai daun kesum
10. bende
11. 3 sudu minyak masak
12. garam, gula dan sedikit lada hitam
Cara Masakan
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari dan air. Biarkan mendidih dan kecilkan api.
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.
4. Ayam Goreng Kunyit
1. Isi ayam - 250-300g (dipotong dadu)
2. Bawang besar - 1 biji (dipotong bulat)
3. Bawang putih - 2-3 ulas (dihiris kasar)
4. Kacang panjang - 2-3 batang (di potong)
5. Cili merah - 1 biji (dihiris)
Cara Masakan
1. Perap ayam dengan kunyit, garam dan aji.
2. Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih dengan api yang sederhana.
3. Bila bawang dah naik bau baru masukkan ayam.
4. Bila ayam dah sedang elok masak, masukkan kacang panjang dan cili merah. Kacau seketika dan tutup api.
5. Sambal Cili Ikan Bilis Petai
Resepi Menu Berbuka Puasa 📷 : Tiffin Biru |
Bahan-bahan
1. Ikan bilis - 300g
2. Petai - 2 papan
3. Bawang besar sebiji - dihiris
4. Bawang putih 3 ulas - ditumbuk
5. Cili merah sebiji - ditumbuk
6. Cili padi 20 biji - ditumbuk
7. Garam secukup rasa
Cara Masakan
1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan garam, gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!
6. Daging Paprik
1. Daging - dihiris kecil
2. 2 ulas bawang putih - dicincang halus
3. 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
4. 1 biji cili merah - dihiris serong
5. 2 helai daun limau purut - disiat-siat
6. Bunga kobis - dihiris kecil
7. 2 biji putik jagung - dihiris serong
8. 1/2 biji karot - dihiris serong
9. 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
10. 2 sudu makan cili kering kisar
11. 2 sudu makan cili sos
12. 2 sudu makan tomato sos
13. 1 sudu makan sos tiram
14. Garam
15. 1 cawan air
Cara Masakan
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging. Kacau rata hingga daging masak.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
8.Tutup api dan hidangkan.
Bahan-bahan
1. 1 paket perencah tomyam
2. 4 biji tomato
3. 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
4. 3 batang serai – diketuk
5. 4 helai daun limau purut
6. 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
7. 2 ulas bawang merah
8. 2 biji bawang besar
9. 1 cm lengkuas
10. Lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
11. 2 sudu besar sos tiram – optional
12. 2 sudu besar sos cili dan sos tomato
Cara Masakan
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang
8. Sambal Tumis Daging
1. Daging
2. Bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
3. Cili kering (direndam dan dimesin)
4. Air asam jawa
5. Sedikit gula dan garam
1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kacau biar sebati.
3. Masukkan gula, kacau.
4. Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga agak garing.
5. Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan terbit minyak.
9. Ayam Masak Halia
1. 500 gram ayam, potong kecil
2. 4 ulas bawang putih, hiris nipis
3. 2 cm halia, dihiris halus memanjang
4. 1 sudu besar kicap cair
5. 1 sudu besar sos tiram
6. 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
7. 1 biji cili merah, hiris nipis
8. 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
9. 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
10. Minyak masak, untuk goreng ayam
11. Sedikit lada sulah atau lada hitam
12. Sedikit garam dan kunyit
13. Garam dan gula, secukup rasa
Cara Masakan
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas.
10. Sup Ikan Merah
Resepi Menu Berbuka Puasa |
Bahan-bahan
1. Ikan merah
2. 4 ulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. Sedikit halia
5. Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
6. Lada hitam biji - tumbuk
7. Sup bunjut ikan Adabi
Cara Masakan
1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
4. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.
11. Sambal Paru
1. Paru - 1 kg
2. Cili kering - 200 gram * (direbus)
3. Bawang besar - 1 biji *
4. Bawang putih - 2-3 ulas *
* di kisar
Cara Masakan
1. Rebus paru sehingga empuk. Kemudian potong kecil dan gaulkan dengan kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing.
3. Tumis bahan-bahan yang di kisar sehingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan aji.
4. Masukkan paru dan gaul rata.
12. Ayam Goreng Madu
Resepi Menu Berbuka Puasa 📷 : FOX-ID |
Bahan-bahan
1. Ayam 8 ketul (direbus)
2. Bawang merah 5 biji (dikisar)
3. Bawang putih 6 ulas (dikisar)
4. Halia 1 inch (dikisar)
5. Kicap cair 1 sudu besar
6. Kicap pekat 1 sudu besar
7. Sos tiram 1 sudu besar
8. Madu 1 sudu besar
9. Minyak untuk menggoreng.
Cara Masakan
1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam.
3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam sudah separuh masak.
5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
13. Telur Mata Goreng Bawang dan Cili
Resepi Menu Berbuka Puasa 📷 : DapurMalaysia.com |
Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.
Bahan-bahan
1. Telur 3 biji
2. Bawang besar sebiji (dihiris)
3. Cili padi 8 biji (belah 2)
4. Kicap secukupnya
5. Garam secukupnya
6. Minyak untuk menggoreng
Cara Masakan
1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!
14. Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
1. 1kg siput sedut
2. 5 ulas bawang merah - kisar halus
3. 3 ulas bawang putih - kisar halus
4. 2 inci kunyit hidup - kisar halus
5. 2 inci halia - kisar halus
6. 15 tangkai cipi padi - kisar halus
7. 2 batang serai - di titik
8. 500ml santan
Cara Masakan
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.
15. Siakap Stim Limau Nipis
Bahan-bahan
1. 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
2. 1 labu bawang merah/besar
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 inci halia
5. 2 batang serai
6. 5 biji cili padi
7. 1 biji limau nipis ambil jus
8. 1sdm sos tiram
9. Sepokok daun ketumbar
10. Setengah batang carrot
11. Semangkuk bunga kobis
12. Setengah biji Lada bengala
13. Garam dan gula secukup rasa
Cara Masakan
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap.
16. Ikan Masak Taucu
1. Ikan Kembong / Tenggiri - 3-4 ekor / ketul
2. Bawang Besar - 1 -2 biji (belah dua dan hiris tebal)
3. Bawang putih - 2-3 ulas (hiris nipis)
4. Halia - 1-2 inchi (hiris nipis)
5. Cili api - 6-7 biji
6. Cili hijau / merah - 1-2 biji (belah empat)
7. Taucu - bergantung pada kuantiti ikan
Cara Masakan
1. Ikan di perap dengan kunyit dan garam kemudian di goreng. Dah masak ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai baik bau. Kemudian masukkan taucu dan sedikit air dan kacau rata.
3. Masukkan sedikit gula dan perasan makanan.
4. Masukkan cili merah / hijau dan cili api.
5. Masukkan ikan dan kacau rata.Siap.
17. Ayam Percik Bakar
1. Ayam
2. Cili kering (suka pedas lebihkan) - dikisar
3. Bawang kecik - dikisar
4. Bawang putih - dikisar
5. Halia - dikisar
6. Lengkuas - dikisar
7. Serai (titik)
8. 3 beradik
9. Santan
10. Gula
11. Garam kasar
12. Asam keping
Cara Masakan
1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar.
3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
5. Siap untuk dihidang.
18. Sup Ayam
Bahan-bahan
1. Ayam
2. 4 beradik atau Sup Bunjut
3. Bawang besar - 1/2 biji *
4. Bawang Putih - 3 ulas *
5. Halia - sedikit *
6. Kentang - 2 biji
7. Lobak Merah - 1/2 biji (optional)
8. Tomato - 1 biji
9. Daun sup dan daum bawang
* Dikisar atau ditumbuk halus
1. Tumis 4 beradik dan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
* Jika guna sup bunjut, tumis bahan yang dikisar terlebih dahulu.
2. Masukkan air, ayam, kentang dan lobak merah. Jika guna sup bunjut, masukkan sup bunjut sekali.
3. Perisakan dengan garam dan kacau rata.
4. Bila sup dah mendidih, kecikkan api dan biarkan seketika.
5. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.
6.Taburkan daun bawang daun sup di atas.
19. Daging Masak Black Pepper
Resepi Menu Berbuka Puasa 📷 : Resipi Periuk NoxxA |
*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.
Bahan-bahan
1. 500g daging (bahagian batang pinang)
2. 4 ulas bawang putih
3. 2 sudu besar sos tiram
4. Kicap manis
5. 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
6. 2 tangkai cili merah (potong kasar)
7. Bawang besar holland
8. 2 sudu kecil tepung jagung
Cara Masakan
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging.
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemudian tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.
20. Sambal Tumis Kerang
1. 3-4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
2. 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
3. 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
4. 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
5. 2 biji bawang besar - dihiris
6. 1 cm (sedikit saja) belacan (jika suka) - kisar / tumbuk bersama bawang
7. 1 sudu besar air asam jawa
8. Garam dan gula secukup rasa
9. Minyak untuk menumis
10. Sedikit air jika perlu.
Cara Masakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.
21. Udang Goreng Butter Telur Masin
Bahan-bahan
1. 500 gm udang
2. 1/2 sudu kecil garam
3. 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
4. Minyak
5. 3-5 sudu besar butter
6. 6 ulas bawang putih - dicincang
7. 15 biji cili padi - dihiris serong
8. 4 tangkai daun kari
9. 2 biji telur masin - direbus & hancur
10. 2 sudu kecil gula
11. 10 sudu besar susu cair / susu segar
12. 1 sudu kecil tepung jagung
Cara Masakan
1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.
22. Kari Ayam Nyonya
1. Ayam 1/2 ekor
2. Santan 1 bungkus kecil
3. Bawang merah 6 ulas
4. Bawang putih 4 ulas
5. Serai 3 batang hiris
6. Lengkuas 1 inci
7. Halia 1 inci
8. Kunyit hidup 1 inci
9. Buah keras 4 biji
10. Cili kering ikut pedas
12. Cili masak 2 biji
13. Serbuk rempah daging 1 sudu besar
Cara Masakan
1. Blend semua bahan kecuali ayam dan rempah.
2. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun kari.
3. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut.
4. Siap untuk dihidangkan.
23. Singgang Sotong
1. 10-13 ekor sotong
2. 3 ulas bawang merah
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 batang serai
5. 2-3 biji cili hijau
6. Garam,gula dan pasti sedap knor secukup rasa
Cara Masakan
1. Bersihkan sotong. Buang dakwat hitam dan isi perutnya. Masukkan dalam periuk.
2. Hiris bawang merah + putih dan ketuk serai. Masukkan semuanya dalam periuk sotong. Masukkan juga cili hijau.
3. Masukkan air. Jangan banyak sangat, agak-agak tenggelam sotong. Masak hingga menggelegak. Tambah garam, gula dan pasti sedap knorr secukup rasa.
24. Siakap Tiga Rasa
1. 2 ekor ikan siakap
2. Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
3. Serbuk Pasti Sedap Knoor
4. Minyak untuk menggoreng ikan
Bahan Untuk Kuah
1. 2 biji bawang besar - dipotong dadu
2. 6 biji bawang putih - dititik
3. 10 biji cili padi - dipotong kecil
4. 1 inci halia - dihiris halus
5. 1 biji tomato - dipotong dadu
6. 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
7. Kiub nanas - boleh beli yang siap ditinkan
8. 4 sudu besar sos tomato
9. 4 sudu besar sos cili thai
10. 2 sudu besar sos tiram
11. 2 sudu besar sos ikan
12. 2 batang serai - dititik
13. beberapa helai daun limau purut
14. Daun sup/daun bawang untuk hiasan
15. Garam dan gula
16. Minyak untuk menumis
Cara Masakan
1. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
4. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
5. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
6. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa.
7. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.
25. Sup Telur
1. 4 biji telur
2. 2 biji kentang (potong kecil)
3. 1 batang carrot (potong kecil)
4. 1 pokok sawi minyak atau kailan (potong pendek)
5. Air secukupnya
6. Minyak
7. Garam
Bahan tumis (tumbuk kasar)
1. 3 ulas bawang merah
2. 1 ulas bawang putih
3. 1 s/k lada hitam
Cara Masakan
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak. Bila dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
26. Daging Goreng Berempah
1. 250 g daging lembu (dipotong)
2. 1 labu bawang besar (saiz kecil)
3. 1/2 inci halia (dihiris)
4. 1 biji cili merah (dihiris)
5. 2 ulas bawang putih (dihiris)
6. 1 sudu makan penuh serbuk kari
7. 1 biji tomato (potong 6)
8. Daun bawang (dipotong)
9. 1 sudu besar sos tiram
10. 1 sudu kecil kicap manis
11. Sedikit garam dan serbuk kunyit
12. Sedikit minyak
Cara Masakan
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.
27. Telur Bungkus
1. 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
2. 1/2 biji bawang holland dicincang halus
3. 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
4. 1/2 batang daun saderi didadu kecil
5. 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
6. 1 biji cili merah
7. 2 sudu sos tomato
8. 2 sudu sos cili
9. 1 sudu sos tiram
10. Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
11. Secubit garam jika perlu
12. Minyak untuk menumis
13. 2 biji telur ayam
Cara Masakan
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.
28. Ikan Percik
Bahan-bahan
1. Ikan kembung/bawal
2. Santan pekat
3. 6 batang cili kering (rebus sekejap)
4. 5 biji bawang merah
5. 1 biji bawang putih
6. 1 inci halia
7. 2 batang serai
8. 1 keping asam keping (optional)
9. Kunyit
10. Garam & gula
Cara Masakan
1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian bakar dan asingkan
2. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili kering, dan halia dengan santan.
3. Masakkan di dalam kuali/periuk
4. Masukkan serai yang diketuk dan asm keping
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan kuah percik yang dimasak benar-benar pekat.
7. Setelah masak curahkan ke atas ikan yang dibakar tadi.
29. Gulai Daging Kerisik
1. 450gm daging | hiris nipis
2. 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
3. 1 labu bawang besar | hiris
4. 3 ulas bawang merah | tumbuk
5. 2 ulas bawang putih | tumbuk
6. 1/4cm halia | dipotong panjang
7. Air secukupnya
8. 1/2 cawan santan pekat
9. 2 sudu kerisik
10. 2 sudu besar minyak
11. 1 sudu besar minyak sapi
12. 3 sudu besar rempah kari daging
13. 3 kuntum bunga cengkih
14. 3 biji buah pelaga
15. 2 kelopak bunga lawang
16. 1 cm kulit kayu manis
Cara Masakan
1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
6. Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.
30. Ayam Goreng Lemon
1. 3 sudu minyak zaitun
2. 6 ketul peha ayam
3. Garam & lada hitam
4. 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
5. 2 ulas bawang putih (dicincang)
6. 6 biji kentang (dihiris halus)
7. 1 cawan air rebusan ayam
8. ½ epal cider
9. 2 sudu perahan lemon
10. Beberapa batang rosemery
11. Herba thyme
Bahan Hiasan
1. ½ hirisan keju parmesan
2. 6 – 10 hirisan lemon
Cara Masakan
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.
31. Udang Kicap Bersos Pedas
Resepi Menu Berbuka Puasa |
Bahan-bahan
1. 500gm udang saiz besar - disiang dan cuci bersih
2. 9 biji cili api dititik
3. 3 ulas bawang putih - ditumbuk
4. Sedikit lada putih - ditumbuk
5 Sedikit kicap masin
6. Sedikit kicap manis
7. Sedikit sos tomato
8. Sedikit sos tiram
9. Sedikit sos cili
10. Sedikit serbuk kunyit
11. Secubit garam
Cara Masakan
1. Lumurkan udang dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kulit udang kemerah-merahan.
2. Dengan menggunakan minyak goreng udang tadi kalau banyak boleh kurangkan, tumislah bawang putih dan lada putih hingga naik bau.
3. Masukkan kicap masin, kicap manis, sos tomato, sos cili dan sos tiram serba sedikit. Kacau sebati.
4. Masukkan udang yang telah digoreng tadi, gaul dengan mesra. Biarkan di atas api seketika.
32. Lala Masak Pattaya
Resepi Menu Berbuka Puasa |
Bahan-bahan
1. 1/2 kg lala
2. 3 sudu minyak masak untuk menumis
3. 3 biji cili hidup ditumbuk kasar
4. 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
5. 1 inci halia diketuk
6. 2 batang serai dibelah 4
7. 5 sudu sos tiram
8. 2 sudu sos tomato/sos cili
9. 3-5 helai daun limau purut
10. 1 biji perahan limau nipis
11. 1 ulas bawang besar
12. 1 biji tomato belah 4
13. 1 gelas air…..ikut kepekatan kuah
14. Daun bawang
15. Garam & gula secukup rasa
Cara Masakan
1. Tumis serai hingga wangi.
2. Masukkan halia dan cili hidup yang telah ditumbuk bersama bawang putih.
3. Masukkan sos tiram dan sos tomato/sos cili
4. Masukkan 1 sudu gula.
5. Masukkan lala.
6. Masukkan bawang besar dan daun limau purut, dan kacau rata.
7. Tutupkan lala dengan tudung kuali selama 2 minit.
8. Buka tudung kuali. Lala tadi akan terbuka kulitnya dan sebagai petanda ia sudah masak.
9. Perahkan air limau nipis.
10. Masukkan tomato. Tambahkan garam jika kurang masin (sos tiram memberi rasa masin pada masakan).
11. Hidang dengan daun bawang.
33. Ketam Tumis Cili
Resepi Menu Berbuka Puasa |
Bahan-bahan
1. 10 ekor ketam - saiz besar
2. 2 batang serai - dititik
3. Daun bawang & sup - diracik
4. Air secukupnya - anggaran 1 cawan
Bahan-bahan Dikisar Halus
1. 4 biji bawang merah
2. 2 ulas bawang putih
3. 3 cm halia
4. 2 batang serai
5. 1 inci belacan
6. 4 biji cili kering - direndam dalam air panas sampai kembang
7. Garam secukup rasa - jika perlu
Bahan-bahan Sos
1. 5 sudu besar sos cili
2. 4 sudu besar sos tomato
3. 4 sudu besar sos tiram
4. 3 sudu sos plum - utk masam manis
5. 2 sudu besar sos ikan nampla - boleh ditambah kalau kurang masin
6. Sedikit minyak bijan
Cara Masakan
1. Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi.
3. Masukkan semua bahan sos dan serai. Terus kacau sambil rasa jika ada bahan yang terkurang rasa boleh ditambah ikut pada cita rasa kita.
4. Masukkan semua ketam tadi serta air secukupnya dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak.
5. Buka penutup kuali dan kalau. Nak kuah lebih tambah lagi air.
6. Masukkan daun sup atau daun bawang dan terus kacau. Bila ketam dah masak boleh lah ditutup api dapur dan hidangkan dalam bekas yang sesuai.
34. Udang Masam Manis
Resepi Menu Berbuka Puasa |
Bahan-bahan
1. 7 ekor udang besar
2. Cili kering 2 /3 sudu besar - dikisar
3. Bawang kecik 3 ulas - dikisar
4. Bawang putih 2 ulas - dikisar
5. Sedikit air asam
6. Sedikit sos cili
7. Sedikit kicap manis
8. Sedikit halia hiris nipis untuk tumis
9. Kiub ayam setengah ketul
10. Sedikit garam
11. Sedikit gula
12. Sedikit daun kari
13. Sedikit daun bawang
14. Cili padi 6 biji
15. Sebiji bawang besar utk hiasan
Cara Masakan
1. Tumis halia dengan bahan² yg dikisar sampai pecah minyak.
2. Masukkan udang, air asam jawa, cili sos, kicap manis, kiub ayam, gula dan garam. Masak sampai kuah pekat.
3. Kemudian masukkan bawang besar, daun kari, daun bawang dan cili padi. Tutup api dan sedia dihidang.
35. Daging Briyani
Resepi Menu Berbuka Puasa |
Bahan-bahan
1. 1 kg daging lembu / kambing - dipotong
2. 3 ulas bawang besar - dihiris nipis
3. 3 sudu besar minyak sapi atau boleh gantikan dengan minyak masak
4. 4 sudu besar rempah briyani
5. 1/2 cawan bawang goreng
6. 1 senduk kecil tomato puree
7. 3 biji tomato - dihiris
8. 3 sudu besar serbuk badam
9. 1/2 cawan tairu atau susu cair
Bahan Untuk Dikisar
1. 4 ulas bawang putih
2. 2 inci halia
3. 4 biji cili hijau
4. 4 biji cili merah
Bahan Untuk Ditumis
1. 5 kuntum bunga cengkih
2. 4 kuntum buah pelaga
3. 1 batang kayu manis
Cara Masakan
1. Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
4. Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.
36. Kembong Masak Pedas Ala Thai
Resepi Menu Berbuka Puasa |
Bahan-bahan
1. 6 ulas bawang putih - dikisar
2. 3 batang serai - dikisar
3. Cili merah besar 2 batang - dikisar
4. Cili hijau besar 2 batang - dikisar
5. Cili padi hijau 5 biji - dikisar
6. Cili padi merah 5 biji - dikisar
7. 1 sb sos tiram
8. 5 sb sos cili
9. 1 sb sos ikan
10. Bawng besar holland
11. Daun limau
12. Ikan kembong
Cara Masakan
1. Ikan kembung digoreng kunyit. Ketepikan.
2. Tumis bahan yang dikisar sampai masak.
3. Kemudian masukkan semua sos dan perasakan dengan gula, garam dan aji. Kalau kuah pekat, masukkan air sedikit.
4. Akhir sekali masukkan bwng holland dan daun limau. Siap untuk dituang di atas ikan kembong.
37. Ayam Percik Kelantan
Resepi Menu Berbuka Puasa |
Bahan-bahan
1. 1 ekor ayam - potong 4
Bahan Perap
1. 5 ulas bawang merah
2. 3 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. Garam secukupnya
Bahan Kuah
1. 2 pek santan pekat
2. 10 ulas bawang merah
3. 1 inci halia
4. 1 batang serai
5. 3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
6. Garam secukupnya
7. Gula - kena ada rasa manis
8. 1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara Masakan
1. Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.
2. Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
3. Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.
4. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
38. Tomyam Thai Istimewa
Resepi Menu Berbuka Puasa |
Bahan-bahan Pes Tomyam
1. 15-20 biji cili kering - dibuang biji dan rebus
2. 1 biji bawang besar - dihiris kasar
3. 5 ulas bawang putih - dihiris kasar
4. 2 inci lengkuas - dihiris kasar
5. 2 inci halia - dihiris kasar
6. 5 helai daun limau purut - dihiris kasar
7. 1 sudu besar serbuk ketumbar
8. 2 sudu besar udang kering - rendam dengan sedikit air sehingga lembut
9. 1 cawan air asam jawa
10. 2 sudu besar gula perang - gula pasir biasa pun boleh
11. 2 batang serai - dihiris nipis
12. 2 sudu besar sos ikan Thai
13. 1 senduk minyak untuk menumis
Bahan Untuk Kuah Tomyam
1. 3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap)
2. Isi ayam - bahagian dada dihiris nipis
3. Udang - dibuang kepala
4. Sotong - potong ikut suka
5. 1/2 batang karot
6. 1 biji tomato - potong 4
7. Cendawan tiram - jika suka
8. 1 batang serai
9. 4 helai daun limau purut
10. 10-15 biji cili padi - belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
11. 2 sudu besar sos ikan
12. 2 biji limau nipis, ambil justomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
13. Sedikit daun ketumbar
14. 1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4
Cara Masakan
Cara Masakan Untuk Pes Tomyam
1. Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20-30 minit. Angkat dan sejukkan.
Cara Masakan Untuk Tomyam
1. Panaskan air. Masukkan pes tomyam (separuh dari pes tomyam yang dimasak di atas).
2. Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan.
3. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.
Tips:
Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih.
39. Ikan Keli Masak Lemak Cekur
Resepi Menu Berbuka Puasa |
1. 5 ekor ikan keli
2. Sebiji bawang besar - ditumbuk
3. 3ulas bawang putih - ditumbuk
4. Seinci belacan - ditumbuk
5. Ubi cekur dalam sebesar ibu jari tangan - ditumbuk
6. Cili api 5-10 biji (ikut kepedasan)
7. Asam keping
8. Santan kotak kecik
9. Sedikit lada hitam
10. Garam, gula dan aji
11. Daun cekur dihiris - dihiris
12. Daun limau purut dihiris (tak bubuh pun takpe) - dihiris
13. Daun kunyit disimpul (tak bubuh pun takpe) - dihiris
Cara Masakan
1. 5 ekor ikan keli dicuci bersih. Gaulkan bersama garam dan kunyit kemudian dibakar hingga masak. Boleh juga digoreng. Ketepikan.
2. Dalam kuali masukkan sedikit minyak dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan asam keping dan santan tambahkan sedikit air. Perasakan dengan garam,gula,aji dn sedikit lada hitam.
4. Masukkan ikan keli yang dibakar tadi. Tambahkan air jika perlu.
5. Kemudian masukkan daun-daun yang dihiris. Masak seketika dan siap.
40. Sotong Sumbat Telur
Resepi Menu Berbuka Puasa |
1. 6 ekor Sotong saiz medium
2. 1 bawang merah saiz medium - potong dadu kecil
3. 4 telur gred A *
4. 3 ekor Udang XL * (optional) - potong kecil
5. Daun ketumbar * (Jangan banyak sangat) - cincang halus
6. Carrot * - cincang halus
7. Maggi cukup rasa
8. Pencungkil gigi / lidi
Cara Masakan
1. Masukkan semua yang bertanda * & kacau sebati. Lepas tu, panaskan minyak sikit dan goreng bawang merah sampai garing sikit.
2. Masukkan adunan telur tadi dan masak seperti telur hancur. Lepas tu masukkan garam, gula kalau dan maggi cukup rasa.
3. Sumbat telur ke dalam sotong. Sumbat biar sotong jadi gemuk buncit semuanya.
4. Ambil kepala sotong & letak kat tempat asal dia. Lepas tu cocok sotong dengan lidi ke pencungkil gigi ke, dekat tempat kepala sotong. Tak nak telur terkeluar je.
5. Dah siap sumbat telur, kelar manja sikit sotong tu supaya sotong tak mengecut sangat.
6. Nak masak sotong tu, atas kesenangan korang. Boleh bakar atas arang, masak atas kuali ataupun guna air fryer. Masak sehingga sotong masak je. Jangan lama sangat, nanti sotong jadi kering. Tak sedap nak makan.
Bahan Sos Thai Serbaguna
1. Sos thai yang ada gambar makcik tu
2. Bawang putih - cincang halus
3. Cili padi merah - potong kecil
4. Daun ketumbar
5. Sos ikan
6. Gula
7. Air limau nipis
Cara Masakan
1. Campur kesemua bahan di atas dan gaul sebati. Siap untuk dituang di atas sotong sumbat.
uish kakana 😍😍😍😍 esok sha nak print la senang nak rujuk
ReplyDeletehah.. senang la menu untuk sebulan terus...xyah pening2 lagi...
ReplyDeleteWow perfect. Lengkap 30 hari. Nak bookmark la hihi. Thanks kak ana
ReplyDeleteIdea ini untuk 30 hari..
ReplyDeletemcm2 idea masak ni.. rajin gan tak rajin je hahaha
ReplyDeletemudah nak rujuk ada 30 resepi terus hehe]
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Sangat teruja dengan segala macam resepi Ana share..
ReplyDeleteSimple dan semua sedap-sedap belaka.. In shaa Allah akan ku cuba.
By the way, thanks for sharing..
Hamboiiiii byknya... tp time puasa ni liez mmg xmasak mcm ni.. just menu biasa je
ReplyDeleteBoleh refer sini, kalau idea tak mari 😉
ReplyDeletetudiaaa..lengkap sebulan. Senang kan
ReplyDeletewah senang lah macam ni. tq sharing. terus Qekra bookmark siap2 hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum & salam ramadhan dari ibu. Semoga amalan ibadat kita di terima Allah swt. Amin.
ReplyDeleteIbu singgah blogwaking blog sis ana. Amboi banyknya menu berbuka
Banyaknya Ana.. Ya Allah nasib tengok ni dah petang.. Hahaa kalau husniey wajib ada lauk sambal2.. 😍
ReplyDeleteFuh...1 hari 1 menu...cantik...masak lebih bawa ke sahur...hehe..
ReplyDeletehah mcm2 menu ada ni..nk ngan tknk je cuba kn..selamat berpuasa ana
ReplyDeleteAlhamdulillah, x payah pening kepala nak pikir2 masak apa harini...👍
ReplyDeleteMudahnya nak rujuk 30 hari puasa.. tq for sharing kak ana.. smua makanan ni sedap2
ReplyDeleteWow banyak menu tu
ReplyDeleteThank U, Ana! Your cooking recipe helps a lot . Memang nombor 1! :)
ReplyDeleteHaha suka semua resepi ni! Tq ana
ReplyDeleteayam sos lemon madu. okay nak buat yg tu
ReplyDeleteWah seperti directory resepi.
ReplyDeleteSemua lauk best aunty.
Aduhaiiii sedapnya tengok lauk pauk tu... Bolehlah try nanti, banyak lagi yg belum cuba tu
ReplyDeleteterima kasih banyak2...sangat membantu..moga murah rezeki awak dan dipermudahkan segala urusan... aaameeen.
ReplyDelete