30 Resipi Kerabu Yang Pasti Membuka Selera dan Penuh Khasiat
30 Resipi Kerabu Yang Pasti Membuka Selera dan Penuh Khasiat| Assalamualaikum. Sebut je kerabu dah boleh buat kecur air liur kan. Makan dengan nasi panas saja pun dah sedap. Bagi yang tengah diet pun tak jadi masalah makan kerabu sebab kerabu penuh dengan khasiat dan boleh diratah begitu saja. Pilih je mana-mana Resipi Kerabu Yang Pasti Membuka Selera dan Penuh Khasiat yang korang nak cuba.
30 Resipi Kerabu Yang Pasti Membuka Selera dan Penuh Khasiat
Kerabu antara menu favorite di rumah mak Ana. Kami adik beradik memang hantu kerabu. Kalau ada kerabu, confirm laku seperiuk nasi hari tu. Kerabu ni walau nampak simple tapi dia ada charm nya yang tersendiri.
Selalunya bahan-bahan yang digunakan dan cara nak buat kerabu tu lebih kurang sama je. Cuma beza dekat isi utama tu je. Ada orang suka buat kerabu yang ada sumber protein seperti daging, ayam. Ada pula yang suka kerabu yang banyak menggunakan sayuran dan buah-buahan sebab tinggi sumber probiotik. Terpulang pada selera masing-masing. Yang pasti setiap satu tu ada khasiatnya yang tersendiri.
Macam dekat rumah Ana, antara favorite kerabu yang selalu kami sediakan ialah kerabu daun selum dan kacang botol. Wajib ada kerang dan kelapa parut. Fuhh memang sedap yak mat. Ni kalau jadikan menu masa berbuka memang terbaik. Confirm tak pandang lauk lain dah.
Baca juga : 30 Resipi Menu Berbuka Puasa
Bagi peminat kerabu atau yang tercari-cari resipi kerabu yang sedap dan mudah disediakan, nah Ana dah siap senaraikan Resipi Kerabu yang korang boleh cuba. Nak mudahkan korang, Ana dah siap-siap asingkan ikut kategori bahan utama kerabu tu seperti ayam, daging, perut, maggi dan seafood. Selamat mencuba.
Resepi Kerabu Sayuran & Buahan
1. Kerabu Daun Selom
2. Kerabu Kacang Botol
3. Kerabu Mangga
4. Kerabu Taugeh
5. Kerabu Jantung Pisang
6. Kerabu Bunga Kantan
7. Kerabu Bayam Brazil & Kacang Botol
8. Kerabu Bayam Brazil & Mempelam
9. Kerabu Pucuk Paku
10. Kerabu Peria & Udang
11. Kerabu Belimbing Buluh & Daun Selom
12. Kerabu Buah Gajus
13. Kerabu Tembikai
14. Kerabu Nenas
Resepi Kerabu Maggi
1. Kerabu Maggi
2. Kerabu Mi Segera Chiangmai
Resepi Kerabu Ayam
1. Kerabu Kaki Ayam Ala Thai
Resepi Kerabu Daging
1. Kerabu Daging
2. Kerabu Daging & Mangga
Resepi Kerabu Perut
1. Kerabu Perut Lembu
Resepi Kerabu Sotong, Udang, Kerang & Ikan Bilis
1. Kerabu Sotong Suhun
2. Kerabu Kerang
3. Kerabu Ikan Bilis
4. Kerabu Kerang Ala Thai
5. Kerabu Suhun & Udang Panggang
6. Kerabu Sotong
7. Kerabu Sotong Ala Taiwan
Resepi Kerabu Telur
1. Kerabu Telur Masin Ala Thai
Resipi Kerabu Sayur-sayuran dan Buah-buahan
1. Kerabu Daun Selom
Bahan-bahan
1. Daun selom - 2 ikat *
2. Kelapa - 1/2 biji
3. Bawang merah - 1-2 biji **
4. Bawang putih - 2 ulas**
5. Udang kering - 2 sudu**
6. Cekur sedikit **
7. Kunyit hidup sedikit**
8. Bawang besar - 1-2 biji untuk hiasan
* Dihiris Nipis
** Dikisar
Cara Masakan
1. Panaskan minyak sedikit kemudian tumis semua bahan yang di kisar. Masukkan garam, perasa tambahan dan gula sedikit. Tumis sampai garing.
2. Kemudian masukkan kelapa dan goreng sehingga naik bau. Jangan sampai hangus.
3. Tutup api dan masukkan daun selom dan bawang besar. Gaul sebati dan sedia untuk di hidang.
2. Kerabu Kacang Botol
Bahan-bahan
1. Kacang Botol - 15 batang *
2. Daun selum - 1 ikat kecil *
3. Kelapa - 1/2 biji
4. Kerang - 1/2 kilo
5. Bawang merah - 2 biji **
6. Bawang putih - 2 ulas**
7. Udang kering - 3 sudu**
8. Cekur sedikit **
9. Kunyit hidup sedikit**
10. bawang besar - 1-2 biji untuk hiasan
* Dihiris Nipis
** Dikisar
Cara Masakan
1. Kerang di rebus kosong kemudian di ambil isinya
2. Panaskan minyak sedikit kemudian tumis semua bahan yang di kisar. Masukkan garam, perasa tambahan dan gula sedikit. Tumis sampai garing.
3. Kemudian masukkan kelapa dan goreng sehingga naik bau. Jangan sampai hangus.
4. Tutup api dan masukkan kerang, kacang botol, daun selum dan bawang besar. Gaul sebati dan sedia untuk di hidang.
3. Kerabu Mangga
Bahan-bahan
1. Mangga muda - 3 biji *
2. Cili merah - 2 biji *
3. Cili api - 5-10 biji * (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
4. Bawang besar - 1/2 biji *
5. Kacang tanah - 200 gram (ikut saiz mangga)
6. Ikan bilis - 50 gram
7. Sos ikan
* dihiris
Cara Masakan
1. Kacang tanah dan ikan bilis di goreng secara berasingan. Kemudian di kisar.
2. Semua bahan yang di hiris di campur dengan bahan yang di kisar di atas dan gaul rata.
3. Masukkan gula, garam sedikit dan perasa tambahan.
4. Kemudian masukan sedikit sos ikan dan gaul sehingga rata. Gaul sebati dan sedia untuk di hidang.
4. Kerabu Taugeh
Sumber : Karangkraf
Bahan-bahan
1. Taugeh - 350 gram
2. Bawang merah - 4 biji **
3. Kerisik - 1 sudu makan
4. Jus limau nipis - 2 biji
5. Serai - 2 batang **
6. Bunga kantan - 1 kuntum **
7. Cili padi - 2 biji **
8. Udang kering - 100g (direndam dan ditumbuk halus)
9. Garam
** dihiris
Cara Memasak
1. Bersihkan taugeh kemudian celur sehingga setengah masak. Ketepikan.
2. Tumbuk kesemua bahan kecuali taugeh. Kemudian gaul bersama taugeh sehingga sebati.
3. Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan sedia dihidang.
5. Kerabu Jantung Pisang
Sumber : Rasa
Bahan-bahan
1. Jantung pisang - 1 biji
2. Kelapa putih - 1/2 cawan
3. Limau kasturi - 2 biji (diperah jus)
4. Kerisik - 1 sudu
5. Cili merah - 4 biji
6. Bawang merah - 4 biji **
7. Bawang putih - 3 biji **
8. Belacan **
** dibakar
Cara Masakan
1. Jantung pisang direbus dan kemudian dihiris halus.
2. Cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan dikisar hinggan menjadi pes.
3. Di dalam bekas, gaul semua bahan yang dikisar tadi bersama kelapa parut, garam dan gula.
4. Kemudian masukkan kerisik bersama jantung pisang.
5. Akhir sekali masukkan jus limau dan gaul sebati. Siap dihidang.
6. Kerabu Bunga Kantan
Bahan-bahan
1. Bunga kantan - 4 kuntum **
2. Udang kering - 3 sudu makan
3. Bawang besar - 1 labu **
4. Cili merah - 3 biji **
5. Cili hijau - 3 biji **
6. Jus limau kasturi - 5 biji
7. Gula dan garam
** dihiris
Cara Memasak
1. Basuh udang kering dan tumbuk halus.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan tambahkan perahan limau kesturi, gula dan garam. Gaul rata. Siap dihidang.
7. Kerabu Bayam Brazil & Kacang Botol
Bahan-bahan
1. Bayam Brazil - 2 genggam (anggaran)
2. Kacang botol - 2 biji (potong nipis)
3. Kelapa parut - ½ biji
4. Bawang merah - 3 biji
5. Cili padi - 4 biji
6. Ikan kembung rebus - 1 ekor (amik isi)
7. Sedikit garam dan gula
Cara Memasak
1. Tumbuk semua bahan kecuali kelapa parut.
2. Bila dah lumat, masukkan kelapa parut dan gaul sebati. Masukkan bayam Brazil dan kacang botol.
** Nak tambah tauge dan kerang rebus pun boleh.
** Ikan rebus boleh lebihkan untuk rasa yang lebih sedap.
8. Kerabu Bayam Brazil & Mempelam
Sumber : Mimi Mahmud
Bahan-bahan
1. Mempelam epal - 1 biji (dimayang halus)
2. Bayam brazil - secekak
3. Cili padi - 8 biji
4. Cili besar - 2 biji
5. Bawang merah - 4 ulas (dimayang halus)
6. Belacan - sebesar ibu jari
7. Kelapa parut - sedikit
8. Santan - sedikit
9. Udang kepal
10. Gula, garam & aji
Cara Memasak
1. Tumbuk cili padi, cili besar, belacan, seulas bawang merah dan kelapa parut.
2. Gaul bahan yang ditumbuk tadi dengan mempelam, bayam Brazil, udang kepal, bawang merah yang dimayang dan santan.
3. Perasakan dengan garam, gula dan aji.
9. Kerabu Pucuk Paku
Sumber : Redza Rosida
Bahan-bahan
Sayur-sayuran :
1. Pucuk paku (dicelur)
2. Tauge (disangai tanpa minyak. Sekejap je, jangan lama)
3. Mangga muda (disagat)
4. Bawang besar (dihiris nipis)
5. Kerang (direbus)
6. Kelapa parut putih sahaja (disangai)
Bahan Sambal :
1. Cili besar -10 biji
2. Cili api - ikut kepedasan masing-masing
3. Belacan
4. Air asam jawa
5. Perahan air limau kasturi - 4 biji
6. Ikan bilis -segenggam (disangai / digoreng)
7. Garam dan ajinomoto
Cara Memasak
1. Kisar kesemua bahan sambal kecuali ikan bilis. Kisar kasar saja. Gaul dengan ikan bilis.
2. Masukkan semua sayur dalam bekas dan gaul dengan bahan kisar di atas.
10. Kerabu Peria Bersama Udang
Bahan-bahan
1. Udang
2. Peria
3. Sos ikan
4. Gula
5. Limau nipis
6. Cili padi
7. Bawang merah
8. Bawang putih
9. Daun sup, daun bawang, daun ketumbar
Cara Memasak
1. Celur peria dan udang.
2. Dalam bekas lain, masukkan sos ikan, gula, cili padi, bawang merah dan bawang putih. Gaul bersama perahan limau nipis. Perasakan.
3. Kemudian masukkan peria dan udang, daun bawang, daun sup dan daun ketumbar. Siap untuk dihidang.
11. Kerabu Belimbing Buluh & Daun Selom
Sumber : Laili Adam
1. Belimbing buluh *
2. Daun selom *
3. Bawang besar *
4. Bunga kantan *
5. Kelapa parut
6. Belacan
7. Cili padi
8. Cili merah
9. Isi ikan termenung rebus
* dihiris
Cara Memasak
1. Tumbuk kelapa parut, belacan, cili padi dan cili merah.
2. Campurkan semua bahan dengan bahan yang ditumbuk di atas. Perasakan dengan garam. Belimbing buluh bila dah jadi kerabu tak masam pun.
12. Kerabu Buah Gajus
Sumber : Cik Wan Kitchen (Versi Zaitul Aishah)
Bahan-bahan
1. Buah gajus - 4 biji (dihiris nipis dan perah sedikit untuk buang air pahitnya)
2. Nenas - 1/2 biji (dicincang panjang-panjang)
3. Bawang merah - 2 ulas
4. Lada hitam - 6 - 8 biji
5. Cili api (untuk hiasan)
6. Bawang merah hiris untuk hiasan.
7. Sedikit santan
8. Garam & gula
Cara Memasak
1. Masukkan hirisan gajus dan nenas ke dalam mangkuk besar.
2. Tumbuk bawang merah dengan lada hitam hingga lumat. Masukkan ke dalam hirisan buah tadi.
3. Masukkan gula, garam, bawang merah hiris, cili padi dan santan. Gaul hingga mesra. Siap untuk dihidang.
13. Kerabu Tembikai
Sumber : Misbahul Munirah
Bahan-bahan
1. Serpihan isi tembikai lepas potong
2. Bawang merah (dihiris)
3. Cili padi (dipotong)
4. Belacan
Cara Memasak
1. Kikis lebihan isi tembikai lebihan.
2. Masukkan belacan dan picit sebati. Kemudian masukkan cili api dan bawang merah. Gaul semua sehingga sebati dan perasakan dengan garam. Dah siap.
14. Kerabu Nenas
Sumber : Cik Puan Julieta
Bahan-bahan
1. Cili api
2. Cili merah
3. Belacan
4. Nenas (dicincang)
5. Bawang besar (dimayang halus)
6. Garam dan gula
7. Cuka
Cara Memasak
1. Tumbuk cili padi dan cili merah. Kuantiti cili ikut kepedasan masing-masing.
2. Kemudian letak sedikit belacan, tumbuk separa halus.
3. Di dalam bekas, masukkan isi nenas dan bawang besar dan gaul sebati. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan sedikit cuka. Siap.
* Nak masukkan timun pun sedap. Hiris timun dan campur dalam bekas berisi semua bahan tadi.
Resipi Kerabu Maggi
1. Kerabu Maggi
Sumber : Sirap Limau / Yanie Rosdi
4. Udang
5. Tomato - dipotong dadu
6. Serai **
7. Bunga kantan **
8. Kacang panjang **
9. Daun sup **
10. Daun limau **
11. Perahan lemon / Limau nipis
** dihiris halus
Cara Memasak
1. Pertama sekali, rebuskan maggi terlebih dahulu. Bila dah agak-agak lembut sedikit, celurkan udang / sotong & crab stick. Kemudian toskan.
2. Masukkan cili, serai, tomato, daun sup, daun limau, bunga kantan, dan kacang panjang yang dihiris halus serta perahan lemon / limau nipis.
3. Akhir sekali, guna perencah maggi Thai dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
* Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah sedikit sos tiram dan gula mengikut citarasa.
2. Kerabu Mi Segera Chiangmai
Sumber : Cikgu Danie (Danie's Delight)
Bahan-bahan
1. Mi segera - 2 paket ( direbus dan ditos)
2. Perisa tomyam mi segera - 1paket
3. Minyak Zaitun
4. Sos Nampla - 2 sudu masak
5.Sotong - 1-2 ekor (dicelur)
6. Udang - 5-7 ekor (dikupas & dicelur)
7. Jus limau kasturi - 2 sudu masak
8. Lobak merah - ½ batang *
9. Cili Api - 3-5 biji *
10. Tomato - 1 biji *
11. Bawang Holland - 1 biji *
12. Kacang Panjang -3 batang *
14. Daun Ketumbar *
15. Garam dan aji
** dihiris halus
Cara Memasak
1. Campurkan minyak zaitun, sos nampla dan perisa tomyam. Gaul sehingga sebati.
2. Masukkan jus limau, sotong, udang, lobak merah, cili, bawang, tomato, daun ketumbar dan kacang panjang. Perasakan secukupnya.
3. Kemudian masukkan mi segera dan gaul sehingga sebati. Siap untuk dihidang.
Resipi Kerabu Ayam
1. Kerabu Kaki Ayam Ala Thai
Sumber : FB Onnarecipe
Bahan-bahan
1. Kaki ayam
2. Cuka
3. Perahan limau
4. Cili api *
5. Daun ketumbar*
6. Bunga kantan*
7. Daun limau purut*
8. Serai*
9. Tomato
10. Bawang merah / bawang besar*
11. Gula, garam, aji
*dihiris
Cara Masakan
1. Kaki ayam dicuci bersih dan rebus sehingga boleh tanggal dari tulang. Toskan. Boleh ambil air rebusan jika suka berkuah.
2. Campur semua bahan dan gaul rata. Sedia dihidang.
Resipi Kerabu Daging
1. Kerabu Daging
Sumber : Masakan Melayu Kampung
Bahan-bahan A
1. Daging - 500 gram
2. Lemon - 1 biji / Limau nipis - 3 biji (diambil jusnya)
3. Serbuk lada hitam - 1 sudu besar
4. Halia - 3 cm (diketuk)
5. Serai - 1 batang (diketuk)
6. Garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan untuk dihiris
1. Cili merah / cili api - 2 biji
2. Bawang besar - 1 biji
3. Serai - 1 batang
4. Daun kesom / ketumbar
5. Kacang panjang
6. Bunga kantan
Cara Masakan
1. Rebus semua bahan A bersama sehingga daging empuk.
2. Hiris daging yang direbus tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihiris. Perisakan secukupnya. Sedia dihidang.
2. Kerabu Daging & Mangga
Sumber : Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
1. Daging - 300 gram
2. Lada hitam kisar - 1 sudu teh
3. Minyak masak - 1 sudu makan
4. Bunga kantan - 1 kuntum (Dibelah 2 dan dihiris)
5. Bawang besar - 1 labu **
6. Serai - 2 batang **
7. Cili merah - 3 biji **
8. Cili hijau - 3 biji **
9. Cili api - 5 biji **
10. Mangga muda - 1 biji (Dicincang kasar)
11. Limau kesturi - 3 biji (Diambil jusnya)
12. Gula - ½ sudu teh
13. Garam - secukup rasa
** di hiris
Cara Masakan :
1. Hiris daging kira-kira setebal 1 inci. Gaulkan dengan lada hitam, minyak masak dan sedikit garam.
2. Bakar daging sehingga masak. Sejukkan. Hiriskan kecil.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Gaul rata. Sedia dihidangkan.
Kerabu Berasaskan Perut
1. Kerabu Perut Lembu
Sumber : MyResepi
Bahan-bahan
1. Kacang panjang - 100 gram (dipotong 3 cm dan dicelur)
2. Perut lembu - 500 gram
3. Cili padi - 20 biji (ditumbuk halus)
4. Bawang merah - 10 ulas (ditumbuk halus)
5. Bawang putih - 5 ulas (ditumbuk halus)
6. Udang kering - 2 sudu makan (ditumbuk halus)
7. Bawang besar - 2 biji (ditumbuk halus)
9. Serai - 3 batang (dihiris halus)
10. Limau nipis - 2 biji (diambil jus)
11. Kelapa - 1/2 biji (dibuat kerisik)
10. Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak
1. Perut lembu dibersihkan dan direbus hingga lembut. Kemudian dihiris kecil memanjang. Ketepikan.
2. Ambil bahan yang telah ditumbuk halus dan masukkan ke dalam bekas.
3. Satukan dengan perut lembu, kacang panjang, serai dan kerisik dengan bahan yang telah ditumbuk tadi.
4. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis. Sedia untuk dihidang.
Resipi Kerabu Sotong, Udang, Kerang, Ikan Bilis
1. Kerabu Sotong Suhun
Bahan-bahan
1. Suhun - 50g
2. Sotong - 300g (sederhana besar)
3. Daun kesum - 10 tangkai **
4. Cili api - 3 biji **
5. Cili merah - 3 biji **
6. Cili hijau - 2 biji **
7. Bawang besar - 1 biji **
8. Bunga kantan - 1 kuntum **
9. Jus limau nipis - 2 sudu makan
10. Sos ikan - 1 sudu makan
11. Gula - 1/2 sudu teh
12. Garam - secukup rasa
** dihiris nipis
Cara Masakan
1. Rendamkan suhun sehingga lembut. Celur dengan air panas mendidih dan tuskan kering.
2. Buangkan kulit sotong dan bersihkan. Basuh dan potong bulat.
3. Masukkan sotong ke dalam kuali dan masak selama 4-5 minit. Tuskan.
4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Sedia dihidang.
2. Kerabu Kerang
Bahan-bahan
1. Kerang - 1kg (Bersaiz besar)
2. Pucuk paku hijau - 1 ikat (dipotong kasar)
3. Kerisik - 1 sudu makan
4. Santan pekat - 1/2 cawan
5. Jus limau kasturi - 3 biji
6. Bawang besar - 1 biji (dihiris)
7. Cili api - 10 biji **
8. Cili merah - 3 biji **
9. Belacan **
10. Garam
** dikisar bersama
Cara Memasak
1. Rebus kerang dengan sedikit ait dan garam selama 5 minit. Kemudian tus dan amik isi kerang.
2. Petik bahagian daun hijau pucuk paku, basuh dan rebus dengan garam sehingga lembut. Kemudian tuskan.
3. Masukkan semua bahan dan gaul rata. Sedia dihidang.
3. Kerabu Ikan Bilis
Bahan-bahan
1. Ikan bilis - digoreng
2. Jus lemon - 1 biji
3. Jus limau kasturi - 6 biji
4. Sos ikan - 3 sudu besar
5. Garam dan gula secukupnya
6. Bawang besar - 1 biji **
7. Daun limau purut - 5 helai **
8. Kacang panjang - 5 batang **
9. Bunga kantan - 1 batang **
10. Cili padi - 6 biji **
11. Serai - 3 batang **
** dihiris
Cara Masakan
1. Satukan jus lemon, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan ikan bilis dan bahan-bahan yang dihiris. Kacau rata.
4. Kerabu Kerang Ala Thai
Sumber : Resepi.my
Bahan-bahan
1. Kerang
2. Asam jawa
3. Thai palm sugar
4. Limau nipis
5. Garam
6. Daun ketumbar
7. Sos ikan
8. Tomato
9. Bawang putih
10. Cili api
Cara Masakan
1. Rebus kerang sehingga masak.
2. Tumbuk bawang putih dan cili.
3. Campur kesemua bahan dan gaul sebati. Siap untuk dihidang.
5. Kerabu Suhun & Udang Panggang
Bahan-bahan
1. Udang
2. Sotong
3. Suhun
4. Limau nipis
5. Bawang merah (dimayang halus)
6. Cili padi (dihiris halus)
7. Kacang panjang (dipotong halus)
8. Asam jawa (ambil airnya sahaja)
9. Belacan (dibakar)
10. Garam dan gula
Cara Masakan
1. Rebus suhun sehingga masak. Angkat dan ketepikan bila sudah masak dan toskan di dalam air sejuk.
2. Ambil jus limau nipis dan gaulkan dengan bawang merah, cili padi dan belacan.
3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
4. Rebuskan sotong.
5. Gaulkan kesemua bahan iaitu sotong, suhun dan kacang panjang dengan air asam limau nipis yang sudah dibuat tadi. Kemudian ketepikan.
6. Perapkan udang dengan garam, lada sulah dengan sedikit belacan.
7. Panggangkan udang yang sudah diperap.
8. Campurkan air asam jawa dengan belacan, bawang merah, air limau nipis, cili padi dan garam dan gula. Kacau hingga sebati. Siap untuk dihidang.
6. Kerabu Sotong
Bahan-bahan
1. Sotong - 1/2 kg
2. Bawang besar - 1 biji (dihiris)
3. Bawang putih - 4 biji
4. Cili padi merah & hijau - 8 biji
5. Limau nipis - 2 biji
6. Nisey thai - 1 sudu (boleh ganti dengan gula biasa jika tiada)
7. Sos ikan - 2 sudu
8. Tomato - 1 biji
9. Sedikit daun ketumbar
Cara Masakan
1. Rebus sotong seketika. Angkat dan tos. Simpan 1-2 sudu air rebusan sotong.
2. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili api. Masukkan air rebusan sotong 1 sudu.
3. Masukkan nisey thai, sos ikan. Gaul sebati. Perah air limau nipis ikut tahap masam yang dikehendaki.
4. Tambah bahan perasa mengikut kesesuaian. Kemudian masukkan sotong yang telah ditos dalam bekas. Masukkan bahan yang tumbuk tadi dan gaul rata sehingga mesra cili dan sotong tadi.
5. Tabur tomato yang telah dipotong dadu dan daun ketumbar yang telah dihiris halus. Gaul sebati. Sedia dihidang.
7. Kerabu Sotong Ala Taiwan
Bahan-bahan
1. Bawang putih (ditumbuk kasar)
2. Cili api (ditumbuk kasar)
3. Sos ikan
4. Sos tiram
5. Garam dan gula
6. Perahan air limau kasturi
7. Daun ketumbar (dihiris)
8. Sotong
9. Udang
Cara Masakan
1. Satu kan kesemua bahan kecuali sotong dan udang. Ketepikan.
2. Kemudian sotong dan udang digolek-golekkan di atas kuali yg telah dipanaskan.
3. Masukkan sotong udan udang tadi ke dalam bekas. Tuang kesemua bahan yang telah disatukan tadi ke atas sotong dan udang. Gaul sebati dan siap untuk dihidang.
Resipi Telur Masin
1. Kerabu Telur Masin Ala Thai
Bahan-bahan
1.Telur masin - 3 biji (direbus dahulu)
2. Tomato - 1 biji
3. Bawang besar - 1 biji (dihiris nipis)
4, Limau kasturi - 10 biji (boleh guna cuka)
5. Cili api - 5 biji (ikut kepedasan masing-masing)
6. Daun ketumbar (dihiris halus)
7. Gula & garam secukup rasa
Cara Memasak
1. Rebus telur masin sehingga masak.
2. Kemudian gaul dengan semua bahan sampai sebati. Perasakan secukupnya.
Kena save siap2 respi ni. thanks ana
ReplyDeleteWah bestlah ada 30 resepi kerabu, mudahlah nak buat nanti dah ada resepi dekat sini...
ReplyDelete