Segarkan Diri Dengan Air Kedondong Man Java


Segarkan Diri Dengan Air Kedondong Man Java | Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua. Salam dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Dan Ana doakan agar kita semua mendapat keberkatan hari yang penuh barokah ini. Banyakkan berselawat san bersedekah. Semoga apa yang kita lakukan beroleh ganjaran di sisi Allah SWT.
Air Kedondong Man Java
Air Kedondong Man Java
Segarkan Diri Dengan Air Kedondong Man Java

Kalau awal tahun ni Ana dah cerita tentang Air Kelapa Laut Man Java, hari ni Ana nak cerita tentang Air Kedondong Man Java pula. Tapi sebelum tu meh Ana kongsi khasiat biah kedondong terlebih dahulu.

Khasiat Buah Kedondong :

1. Bertindak sebagai ubat batuk yang baik
2. Membantu proses pencernaan
3. Sebagai ubat sakit perut dan cirit birit
4.  Berfungsi untuk mengatasi amenia dengan membantu pembentukan sel darah merah
5. Mencegah penyakit jantung kerana khasiat kalsium yang ada di dalamnya
6. Baik untuk penglihatan mata
7. Kandungan zat gizi membantu ketahanan daya tubuh badan
8. Sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas
9. Mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
10. Membantu kesihatan tulang dan gigi

Banyak kan khasiat buah kedondong ni. Ana masa kecik-kecik dulu siap panjat pokok buah kedondong nak petik buah dia. Memang suka sangat buah kedondong ni. Kalau buat jeruk pun Ana suka. Tapi kalau air kena tengok pada siapa yang buat sebab susah nak jumpa air kedondong yang sedap.

Baru-baru ni kebetulan attend event yang sama dengan Kak Sue, Ana order siap-siap air kedondong ni. Kak Sue blogger juga. Suami kak Sue lah yang buat air kedondong ni. Ana order 2 botol. Kita test dulu lah kan. 1 botol Ana bagi dekat ayah 1 botol Ana minum sendiri. Rasa dia???
Air Kedondong Man Java
Air Kedondong Man Java
Haruslah sedap u olls. Serius ni. Ayah Ana yang punya cerewet bab air ni pun puji kesedapan air kedondong Man Java ni. Siap nak order lagi. Air kedondong Man Java ni memang fresh rasa buah kedondong tu. Rasa macam makan buah kedondong sebenar pun ada. Cukup masam manis dia. Istimewanya air kedondong Man Java ni ialah asam yang dibancuh dalam tu. Memang nikmat habis. Tak caya tengoklah tinggal suku je air dalam botol tu.
Air Kedondong Man Java
Air Kedondong Man Java
Air kedondong Man Java ni boleh terus minum tau. Tak perlu nak bancuh bagai. Senang sangat. Simpan dalam peti bagi sejul betul, lepas tu korang terus minum. Memang rasa segar lepas tu. Tak caya try lah nanti.

Nak order air kedondong Man Java atau Air Kelapa Laut Man Java, korang whatsApp je nombor dekat bawah ni. Boleh simpan stok untuk bulan puasa nanti terus kan. Selamat mencuba.

Ps : Kak Sue kalau baca ni nanti boleh lah bagi Ana diskaun sebab Ana dah promote baik punya ni. Hehe.

Harga :
Botol Kecil : RM3
Botol Besar : RM10

Tel :
012 5854998 / 012 5844736

Email:







Segarkan Diri Dengan Air Kedondong Man Java Reviewed by Ana Suhana on April 06, 2018 Rating: 5

23 comments:

  1. hah akak pn dh dpt juga merasa air kedondong man java..pure rasanya sedap

    ReplyDelete
  2. lama dah ngidam jus kedondong kak su ne belum rezeki lagi nak dapat. InsyAllah sebelum puasa ne harap dapatlah

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaaa...ini tidak adil..akak tak dapat rasa lagi....nak jugakkkkkkk

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Ana sudi review Air Kedondong Asam Boi Man Java.. Boleh, boleh nanti akak bagi upah ya.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. Wahhh..nampak sedap.. nak try lah nnti beli kat kak sue

    ReplyDelete
  6. Di tempat saya pun ada jual juga air man java ni. Banyak stokis nampak

    ReplyDelete
  7. segar sgt rasanya kan. mmg fresh dan byk khasiat

    ReplyDelete
  8. sedapnyer masam manis kan....nak belli lah nanti..

    ReplyDelete
  9. Bila boleh rasa ni....hehehe....bila dah siap bancuh ni yang memudahkan...

    ReplyDelete
  10. Hana tak pernah rasa lagi kedondong dalam bentuk cecair hehe tapi boleh tahan meleleh jugaklah air liur ni baca review kak Ana haha :3

    ReplyDelete
  11. Salam hujung minggu dari Ibu, Semoga keluarga sihat dan dilimpahi rahmat.

    Besar nikmat.sedap minum air kedondong masa panas

    ReplyDelete
  12. Mama singgah blog walking. Semoga sihat sis Ana. Senang minum kat rumah saja kan

    ReplyDelete
  13. Tak pernah try lagi air ni. Some day.... salam ujg mgu Ana 😁

    ReplyDelete
  14. dah pernah rasa air kedondong man java ni. memang seriussss sedappp! lagi lagi bila air tu tengah sejuk perghhh rasa nak telan dua botol terus hahaha.

    ReplyDelete
  15. wow first time taw air ni..kena rasa ni

    ReplyDelete
  16. Dapat minum time panas nie memang menyegarkan..

    ReplyDelete
  17. Sedapnya...dapat minum time panas nih memang sedap

    ReplyDelete
  18. Serius sedap, lagi lagi kalau dah simpan dalam peti.

    ReplyDelete
  19. sedapnyaaa. hrga pun brpatutan.. time panas2 ni.. mmg segar la..

    ReplyDelete
  20. Waaaa. Nak try juga la jus kedondong..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.