Hidangan Bufet Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside, PWTC | Assalamualaikum. Kalau sebut tentang PWTC, mesti ramai antara kita akan kaitkan PWTC dengan pesta buku antarabangsa dan Matta Fair kan? Korang yang setiap tahun ke pesta buku dan Matta Fair tu tau tak dalam PWTC ni ada satu restoran yang menarik dan sangat selesa untuk para tetamu menjamu selera? Lagi-lagi masa bulan puasa nanti. Apa kata lepas penat ber
shopping di Jalan Tar korang singgah dan berbuka dengan Hidangan Bufet Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside, PWTC ni.
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
Hidangan Bufet Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside, PWTC
Pada tahun ini, PWTC memperkenalkan Hidangan Bufet Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam
bermula dari 17 Mei 2018 sehingga 13 Jun 2018. Konsep pasar malam ini diketengahkan kerana menyedari tentang selera kaum Melayu yang lebih gemarkan menu-menu yang ringkas dan kepelbagaian yang boleh didapati di bazar atau pasar malam setiap kali tiba musim puasa. Oleh itu PWTC mengambil pendekatan tersebut dengan menawarkan menu-menu khas pasar malam di dalam keselesaan ruangan berhawa dingin kepada para tetamu yang berkunjung ke sini. Mereka tidak perlu lagi bersesak dan berpanas semata-mata untuk mendapatkan menu-menu pasar malam,
Selain dari menu-menu pasar malam yang ditawarkan, PWTC turut menyelitkan elemen tersebut ke dalam hiasan gerai, pakaian seragam pelayan dan juga cef bertugas. Para tetamu juga akan dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian oleh Kumpulan Picha-Picha featuring Linda Eva sepanjang bulan Ramadan ini.
Menu-menu Khas Pasar Malam
Hidangan Bufet Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam ini menawarkan lebih daripada
300 juadah makanan termasuk 24 buah gerai makanan yang menghidangkan menu seperti apam balik, char kuetiau, roti canai dan murtabak, pisang goreng, nasi dagang, nasi kerabu, burger, roti John, aneka kuih Melayu, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur pisang, sate, yong tauhu, rojak serta air tebu dan air mata kucing.
Selain daripada hidangan pasar malam, PWTC juga menghidangkan pelbagai menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar setiap hari yang diketuai oleh Cef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih. Antara menu kampung yang akan dihidangkan ialah:
Ulam-ulam Dan Salad
Daun Ceylon, Ulan Raja, Kacang Botol, Petai, Tomato, Timun, Daun Pegaga, Jering, Terung Pipit, Bendi, Jantung Pisang, Pucuk Ubi, Tenggek Burung,Daun Gajus
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
Ikan Masin
Ikan Kurau, Ikan Tenggiri, Bulu Ayam, Gelama, Kembung, Talang, Telur Masin
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
Sambal dan Dressing
Sambal Belacan, Cili Kicap, Budu, Cencaluk, Air Asam, Sambal Tempoyak, Sambal Mangga, Sambal Nenas, Sambal Bacang, Pickled Lemon, Pickled Mixed Vege, 1000 Island, French and Italian Dressing
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
Sampingan
Acar Rampai, Acar Buah, Pajeri Nenas, Tahuhu Sumbat, Sambal Tempe & Kacang, Pulut Kuning, Lemang, Ketupat, Ubi & Keledek Rebus, Serunding Ayam & Daging, Rendang Ayam, Rendang Daging, Ikan Masin, Sambal Tumis Ikan Bilis
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
Kerabu
Kerabu Sotong, Kerabu Mangga, Kerabu Ayam, Kerabu Daging, Kerabu Tauge, Kerabu Udang, Kerabu Betik, Kerabu Jantung Pisang, Kerau Paru, Kerabu Nenas, Kerabu Hati, Kerabu Kacang Botol
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
Hidangan Panas
Nasi Putih, Ayam Kampung Goreng Kunyit, Daging Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Tempoyak, Daging Rendang Tok, Kambing Goreng Berempah, Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Sotong Masak Kari Nenas, Udang Sambal Petai, Sayur Pucuk Ubi Lemak Tempoyak, Sayur Pucuk Paku Goreng Belacan
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
Gerai-gerai
Bubur Lambuk, Sup Tulang Lembu Periuk Besar, Sup Kambing Periuk Besar, Kaunter Mi, Nasi Ayam, Nasi Kandar, Nasi Kerabu, Roasted Lamb, Kuih Muih Tradisional, Pelbagai Jenis Bubur, Pencuci Mulut, Minuman Sejuk dan Panas.
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
Pendapat Peribadi
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
Masa food review ni Ana macam rambang giler mata tengok semua menu-menu yang dihidangkan. Dalam banyak-banyak tu, yang paling istimewa pada pendapat Ana ialah menu kambing dia. Sebabnya bukan satu menu je tau tapi ada tiga menu berasaskan kambing (kambing panggang, sup kawah kambing, kambing goreng berempah). Serius ketiga-tiga menu tu memang terbaik. Kambing panggang dan kambing goreng memang lembut isi dia. Senang nak kunyah. Takde istilah liat ke apa. Sup kambing dia pula pekat dan penuh dengan perisa. Makan dengan roti je dah sedap. Jangan lupa untuk makan udang atau sotong sambal petai. Memang padu. Ikan patin tempoyak pun sama. Aishhh semua pun sedap. Memang tak rugi berbuka di sini. Berbaloi-baloi.
|
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC |
Bab kemudahan memang terbaik. Ruang makan sangat selesa dan fully aircond. Tempat solat pun luas dan bersih. Siap berkarpet empuk. Takut lepas solat maghrib korang tertido kekenyangan pulak kang. Tempat parkir pun luas dan selamat.
Pakej Bankuasi / Korporat Berbuka Puasa
Selain dari bufet Selera Ramadan di atas, PWTC juga menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Dewan Bankuasi denga harga RM98 bersih seorang untuk tempahan 100 orang ke atas manakala harga tempahan minima 50 orang ialah RM115 bersih seorang.
Pakej persendirian dan korporat ini termasuk hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, ruang khas solat, serta kadar bayaran parkir tetap RM5 (bermula pukul 6 petang).
Program Beramal Bulan Ramadan
Untuk pengetahun semua, pihak PWTC sentiasa komited dalam menganjurkan kerja-kerja amal sepanjang bulan Ramadan. Di antaranya ialah dengan menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa kepada keluarga fakir miskin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Pihak PWTC juga kerjasama dengan Yayasan Kasih Tauhid dalam program mengedarkan bungkusan makanan untuk berbuka puasa kepada fakir miskin dalam Program Sentuhan Kasih Ramadan siri ke-4.
Selain dari itu, PWTC juga berbesar hati untuk menganjurkan kembali program "Mari Beramal Di Bulan Ramadan" dengan membuat lawatan serta menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan rumah anak yatim yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Harga Bufet Selera Ramadan
Bagi yang berminat untuk menempah atau membeli baucer untuk berbuka di Restoran Riverside PWTC ni, korang boleh boleh hubungi Restoran Riverside di talian 03-26146701/6702 atau 03-26146262 atau ke kaunter tempahan di aras 2, PWTC dari pukul 9 pagi - 5 petang.
Harga Bufet Selera Ramadan :
RM88 bersih - dewasa
RM75 bersih - warga emas
RM45 bersih - kanak-kanak (7-12 tahun)
Harga Early Bird sebelum 16 Mei 2018 :
RM75 bersih
ya Allah.. menu2 semua sedap-sedap. ulam2 .. kerabu2.. tengok gambar pun dah rasa terliur.. boleh la ajak family mak sini time berbuka puasa nanti
ReplyDeleteAlahai ANA...terus perut akak lapar time2 ni ha...nak- nak mata lebih tertumpu pada siput sedut masak lemak cili api..kena pi beli siput sedut gak ni..lama dah tak menyedut..tapi dengan pilihan yang banyak ni buat kita rambang mata kan..harga pun reasonable
ReplyDeleteFuhh terus rasa lapar lepas baca entry ni. Hahah! Macam macam menu ada.
ReplyDeleteLa ingatkan Restoran Riverside ni yang hotel sebelah pwtc tu. rupanya restoran dlm pwtc..betul betul macam bazaar ramadhan dlm dewan. harga not bad dgn kuantiti makanan. Harapnya kualiti pun terbAek la kan
ReplyDeleteBanyaknya juada yang tersedia. Nampak sedap-sedap, terutama masak lemak udang tu.
ReplyDeleteBila nak berbuka puasa, kita mesti nak cari lauk yang simple dan memikat selera. Bila tengok hidangan yang ada ni, Ros pasti ramai yang akan memilih untuk berbuka puasa di sini :)
Baca entry ana masa lunch hour memang buat lapar terus.hidangan dia memang menarik.banyak tempat berbuka nak kena pilih ni
ReplyDeleteAduhai.. menyelerakan betul tengok menu2nya tu. waktu tengah hari pula. berkeroncong perut jadinya! hihi
ReplyDeleteKonsep pasar malam ni la paling mahal dan akan menarik minat orang ramai untuk berbuka di sini nanti. Sape yg betul-betul tekak melayu yg teringin mmg kena cuba di sini.
ReplyDeleteFuh !
ReplyDeleteMemang terbaik dan sangat menyelerakan
harga sebegitu dengan hidangan yg ditawarkan, sangatlah berbaloi kan kak Ana. Sy masih xdpt nak move on dgn ikan patin masak tempoyak nya. Sedap sungguh !! Bertambah nasi jugaklah.
ReplyDeletelapar plak tgk menu2 tu especially ada siput sedut tu...yummmmm...tapai daun getah tu jrg nk jumpa time buffet ramadhan tp akak tk mkn juga cuma slalu tgk time raya je hehe
ReplyDeleteThe price is cheap wei.... And I like the concept so much..
ReplyDeleteMy tummy drumming now after reading your post.... Oh my....
Menu2 pasar malam. Bunyi memang menarik. Kdg2 mmg kita akan rindukan jns masakan seperti ni- simple yg blh dapat kat mana2 dan sedap
ReplyDeleteSaya pun hadir preview mereka haritu.
ReplyDeleteSerius sedap. Rasa authentic Melayu tu.
Paling saya suka sup kambing. Sedap la.
Lagi satu rendang tok. Memang kena
lain dari yang lain ni. biasanya kalau buffet ramada mesti makanan mewah, kali ni makanan pasar malam
ReplyDeletememang sedap sangat sajian yang disajikan dan utk 300 sajian utk harga tu memang berbaloii sangat
ReplyDeleteSemua sajian nampak sedaplah Ana. Rambang mata pula tenfok semua sedap belaka. Bila nak dekat puasa ni asyiklah tengok gambar makanan keje aku ni...Leoas tuh ngidam..hahaha
ReplyDeleteSebut pasar malam tu dah terbayang macam pasar malam. Macam-macam ada.. sedapnya la hai bila tengok satu persatu gambar...harga pon ok dah tu boleh makan puas-puas
ReplyDeleteIf it was me..i would definitely straight head towards the kerabu dishes and the sambal petai... and everything looks so good...at night seeing all these pics is definitely making me hungry...
ReplyDelete300 jenis hidangan masa bulan Ramadan pasti lagi meriah. Pasar Malam Konsep pula tu. Hehe. Jenuh nak makan. Haha. Riverside makanan dia memang sedap. Selalu Ingat tempat tu kecil Tapi ruang kat dalam tu luas. Macam hotel ha.
ReplyDeleteI like the night market concept as you get to try different type of local dishes that usually only can get at Bazaar. The food look good.
ReplyDeletewalaupun dah kenyang...tp lina terliur tengok menu2 ni semua ana...
ReplyDeleteUlaman dan salad serta desert memang curi tumpuan PC dalam perkongsian ni...unik...sebab stail pasar malam...
ReplyDeleteSalam sabtu. Ibu singgah blogwalking blog sis ana. Bila tempat hig class tiru pasar malam. Hehe
ReplyDeleteAn extravagant buffet spread has this wonderful ability to make anyone happy, can't wait to invite my family and friends to try out this buffet at PWTC, the spread will satisfies our cravings.
ReplyDeleteNgeeee sedap2 menu dia Ana.. Nora nampak siput sedut ngn tapai... Macam ni buka puasa mmg puas hati sbb rasa macam dekat pasar atau bazar kann.
ReplyDeleteBanyak pilihan kan Ana, semua sedap-sedap. Harga pun berbaloi dengan apa yang disediakan dalam Buffet Ramadhan kat sini..
ReplyDeleteyang tengok ni pun rambang mata jugak kak ana, bawa tangki kecik memang tak puas nak makan semua haha
ReplyDelete