Berendam Air Panas Di Felda Residence Hot Springs Sg Klah


Berendam Air Panas Di Felda Residence Hot Springs Sg Klah | Assalamualaikum. Lama peram cerita Berendam Air Panas Di Felda Residence Hot Springs Sg Klah ni. Ana singgah sini masa balik dari Pulau Pinang awal bulan 2 yang lepas. Alang-alang satu jalan kan, moh ler kita singgah semalam dekat sini.
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Berendam Air Panas Di Felda Residence Hot Springs Sg Klah

Sebenarnya lama dah plan nak stay dekat sini. Dari 2 tahun lepas kot. Tapi setiap kali survey mesti sentiasa full. Tak tau kenapa. Memang pelik sangat. Asal nak book je fully booked. Tapi kalau dah ada rezeki tu memang tak ke mana lah kan. Setelah lama mencuba akhirnya dapat juga.

Untuk ke sini, memang senang sangat. Dari lebuhraya Plus amik exit tol Sungkai. Lepas tu belok kiri. Dalam 1km belok kiri ke arah perkampungan Felda Sg Klah ni. Jalan je straight sampai jumpa signboard Felda Residence Hot Springs ni.
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Macam biasa sebab bercuti bertiga saja, dah cukup untuk Ana booked deluxe room. Dekat sini ada 2 jenis bilik je. Satu bilik deluxe macam Ana booked tu, lagi satu bilik jenis villa (1/2/3/6 bilik). Duduk semalam je kan so memadai lah duduk dekat deluxe room je. Harga semalam Ana dapat masa tu ialah RM183. Mahal sebab weekend.

Masa Ana sampai dalam pukul 2 lebih macam tu. Sebab bilik dah ready boleh terus check in. Bangunan ni hanya 2 tingkat je (GF dan 1st Floor). So sila maklum takde lif bagai ye. Kalau dapat bilik atas dan bilik korang pula berat, harap bertabah. Hehe.
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah 
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Deluxe room offer katil jenis queen atau 2 buah katil single. Yang Ana dapat katil queen so senang tak perlu nak combine bagai. Basic amenities semua ada macam tv (siaran asas dan tak berapa clear), mini bar, coffee and tea making, seterika dan papan seterika serta toiletries.
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Bilik semua memuaskan walaupun nampak condition agak old school sikit kan. Toilet memang baru sebab macam baru lepas renovate. Siap ada bath tub lagi. Cuma aircond agak slow. Kena tunggu lama baru rasa sejuk tu.
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Memandangkan masa lunch tak sempat nak makan, kami order je dari bilik. Menu agak terhad seperti mee dan nasi goreng je. Bagi Ana ok je. Sedap lah juga. Habis 2 bungkus mee tu Ana makan. 
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Dah rehat dan solat semua,  dalam pukul 5 lebih Ana turun ke bawah. Masa untuk berendam air panas pula. Tu tujuan utama Ana ke sini.  Nak ke kolam air panas kena jalan kaki sikit. Kolam air panas ni terletak di bahagian belakang hotel. Syok woo dapat berendam dalam air panas tu. Rasa relax je. Kalau rasa tak tahan panas,  boleh siram badan dengan air sejuk dalam tempayan besar yang disediakan di dalam kawasan air panas tu.

Masa operasi kolam air panas ni sampai pukul 7 malam saja. Agak kecewa kejap sebab ingat boleh berendam waktu malam nanti masa sejuk-sejuk kan. Baru lagi feel. 
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah 
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah 
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah 
Bersebelahan dengan kolam air panas ada mini water park untuk kanak-kanak. Tapi masa Ana ke sini tak siap lagi park tu. Kesian ke Syafi lah juga tapi bagi je dia main kejap dekat situ bagi puas hati dia. Sebab nak Mahgrib dah kan. Tak elok nak duduk dekat luar kan masa-masa senja tu. Lagi-lagi tepi hutan tu. I is penakut. Hehe.
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah 
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Masa order makan petang tadi, Ana terus book set untuk makam malam. Mula-mula ingat nak book set steamboat sekali dah penuh katanya. Terpaksa lah amik set nasi dan masakan ala Thai. Ok lah dari kelaparan kan. Set pukul 8 untuk turun dinner.
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Ni lah set makan malam kami. Memang licin semua sebab lapar giler lepas berendam dalam air panas tadi. Kononnya terbakar lah semua kalori dalam badan ni. Konon je. Tak ramai pun turun makan malam hari tu. Memang tenang dan sunyi je rasa.

Dah selesai makan terus naik bilik. Takde aktiviti boleh buat pun. Nak tengok tv pun siaran tak clear. Last-last semua ketiduran. Esoknya turun agak lewat dalam pukul 9 macam tu. Masa ni memang penuh dekat dining hall tu. Makanan pun ada yang dah habis. Berhuhu kejap. Selamat ada menu yang berat lagi.

Dah sarapan bagi Syafi main dekat playground tepi dining hall tu. Suka lah dia bila orang layan keinginan dia. Dalam 30 minit lepas tu naik bilik bersiap untuk check out.
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah 
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah 
Memang kejap je Ana singgah di Felda Residence Hot Springs Sg Klah ni. Sebabnya ada benda nak buat lagi lepas tu. Kalau korang stay lama dekat sini macam 2 malam kan boleh je pergi buat aktiviti rebus telur dan ber mud facial semua tu.
Felda Residence Hot Springs Sg Klah
Felda Residence Hot Springs Sg Klah 
Nak buat family day atau team building pun boleh sebab ada kawasan yang sangat luas dan kemudahan disediakan. Back to nature orang kata kan. Overall Anay puas hati stay dekat sini. Next time kalau datang nak try stay kat villa pula kalau ada rezeki lebih. InsyaAllah  :)



Berendam Air Panas Di Felda Residence Hot Springs Sg Klah Reviewed by Ana Suhana on April 23, 2018 Rating: 5

39 comments:

  1. Besenyer kak ana, tempat pun cantik.

    ReplyDelete
  2. cantiknya tempat ni. bestnya kak ana selalu jalan jalan

    ReplyDelete
  3. tahan pulak si model kecik tu mandi air panas ea. Tak pernah pergi lagi sini padahal dekat je dengan rumah dulu :P

    ReplyDelete
  4. Tak pernah sampai ke sini tapi memang teringin sebenarnya. Seronoknya berendam dalam air panas sekali sekala kan? Tapi walaupun fully booked nampaknya macam tak ramai sangat orang. Kira selesa dan privasilah ya. :D

    ReplyDelete
  5. Syoknya dapat masuk kolam air panas. Saya belum pernah sampai ke sini lagi. Seumur hidup mandi kolam air panas pun tak pernah. Hahahah. Untung la dapat pergi kat sini. :)

    ReplyDelete
  6. Wa.. bestnya.. walaupun de kat tp x pernah pergi.. boleh set holiday kt sini sama2 keluarga..

    ReplyDelete
  7. Bersih air dia kak ye seronok la berendam camtu. Banyak juga orang buat review ke sini. Nanti boleh jenguk-jenguk juga masuk dalam list tempat nak bercuti. Tq kak sharing

    ReplyDelete
  8. lama x datang sini..rasanya pernah 2 kali datang sini bercuti dengan keluarga..suka dengan persekitaran dia agak sejuk dan tenang

    ReplyDelete
  9. Selalu gak baca kat majalah pasal Felda Residence Hot Spring ni..rasa macam nak bawak mak abah ke sini la...menarik walau nampak old school..akak ingat nak bawak mak mandi air panas tu..

    ReplyDelete
  10. Dah pernah bercuti kat sini sekali. Aktiviti ditunggu-tunggu kat sini tentulah berendam dalam air panas tu. Boleh masak telur rebus lagi. Hehe. Malam-malam memang takde aktiviti kat sini jadi kalau dah penat siang tu, malam tu senang je la nak lelapkan mata.

    ReplyDelete
  11. Cantik tempatnya, well manage.
    Mesti rasa ringan je badan lepas mandi air panas tu kan 😍

    ReplyDelete
  12. Cantiknya pemandangan dan tempat ni! KIta yang tengok gambar pun dah rasa tenang dan selesa. Part paling best air panas tu la fuhh

    ReplyDelete
  13. Cantik...tengok bilik pun ok tu kak Ana...Syafi happy onde pun bahagia..hehe..

    ReplyDelete
  14. Nice place for kids to play. I plan my visit there during June school holiday.

    ReplyDelete
  15. Menarik juga.
    Kalau dekat area kampung Mrs. A ada juga Kolam Air Panas Pedas walaupun dekat tapi setakat lalu-lalang je singgahnya tidak huhuhuhu....

    ReplyDelete
  16. Aida x pernah sampai sini, ana. No yg dekat dgn nasi buluh kan? Mcm perasan signboard nyer.
    Thn ni x dpt buka sgt jalan :-(
    Nurin = asrama.
    Syuhada = skola tambahan.
    Coti skola next bulan Ramadhan & Syawal plak hu hu hu...

    ReplyDelete
  17. wow sangat tempat ni...seronoknya tengok tempat mandi tu..mesti bdk2 sukaa kan...moga ada rezeki sampai kesini nanti..

    ReplyDelete
  18. Cantiknya tempat ne. Tak berkesempatan lagi nak singgah ish jelesnya

    ReplyDelete
  19. ohh wow.. not bad tempat dia.. cantik juga. boleh layan kalau ada free nanti utk bext vacation..
    thanks foe sharing here dear.. air
    panas tuh yg best. penat2 blh rendam

    ReplyDelete
  20. Rawlins pun sejenis yang suka berendam air panas. Mungkin time balik rumah keluarga angkat di Teluk Intan boleh la nak bawa mereka ke sana kan. Hehe.

    ReplyDelete
  21. zaman anak2 kecik dulu rajin pegi tpt2 cam ni..
    ni semua dah keluar dari rumah, dah tak ke mana2 dah.
    ibu dia je yang keluar sendiri.

    ReplyDelete
  22. Ibu singgah blog walking hari isnin sis ana. Memang tak duduk diam ana

    ReplyDelete
  23. patut la selalu full. tempat ni best. mesti ramai yang dah lama plan nak stay sini

    ReplyDelete
  24. Wow air panas lama tak berendam dalam air panas macam ni hehehe tempat pun luar dan cantik tengok bilik tu pun selesa boleh lah datang sana...

    ReplyDelete
  25. Sedap ni berendam air panas. Boleh hilangkan sengal2 badan. Last ika pergi last year. Tu pun kat baling. Nanti ika boleh singgah sini.

    ReplyDelete
  26. Dah lama rasanya tak pergi hot springs :3 maka berhuhuhu lah Hana baca review kak Ana yang awesome ni haha ^^

    ReplyDelete
  27. Mmg best bercuti di sg klah nie. Tambah2 kalau ada anak kecik. Mesti dorang suka kan. Jadi kak ana x sempatlah nak rebus2 telur tu ?

    ReplyDelete
  28. Tempat nie tak jauh dari kampung Abang Man Ana, Kak Sue ada juga datang mandi manda kat sini. Lain kali boleh bermalam pulak kan..

    ReplyDelete
  29. Ehh Sg Klah dah cantik macam resort. Dulu Ingat lagi pergi sini rebus telur. Hehehe. Makan sama-sama keluarga. Dulu macam Sungai biasa je. Berpeluh tahun dah berlalu. Nak pi entah bila. Lepas raya nanti plan pi sini nanti. Hehe

    ReplyDelete
  30. Cantik tempat ni. Mandi air panas ni bagus kan? Untuk yang ada penyakit kulit. Rendam kaki saja pon dah nikmat. Kat baling ada satu kolam panas legong. Best dan cantik dah la ni

    ReplyDelete
  31. nampak selesa je Felda Residence Hot Springs Sg Klah ni.. memang sesuai untuk famili menginap.. memang nampak old school sikit tapi yang penting bersih, kemas dna selesa.. adoi.. teringin pulak nak mandi kat kolam air panas.. mesti syok je kan..

    ReplyDelete
  32. syok dpt berendam dlm air panas tu tp kalo cuaca tgh panas mau rs terbakar hehe...dlm bilik ada bathtub syok la sbb bole berendam lg hehe

    ReplyDelete
  33. wah berjaya dapat book..akk ni yg tak dapat lagi..ada kosong tapi korum tak cukup..

    ReplyDelete
  34. Aa kan, boleh jugak plan datang berendam air panas. Hihi. Bilik weekend memang agak mahal la kan. So far drp review ana mek rasa boleh kot repeat lg kalau ad kelapangan.

    ReplyDelete
  35. dah lama dah tak pergi hotspring sg klah ni. banyak dah perubahan

    ReplyDelete
  36. Tak sangka Sg Klah pun ada hot spring yang mempunyai fasiliti yang sempurna. Saya cuma pernah pergi ke hot spring di Sungkai. Mesti pilih satu hari utk kunjung ke Sg Klah tu.
    Eratuku

    ReplyDelete
  37. nti ana g lagi sekali leh cuba mud facial pulak kan. nmpk mnrik yg tu

    ReplyDelete
  38. I admit, I have not been on this web page in a long time... however it was another joy to see It is such an important topic and ignored by so many, even professionals. I thank you to help making people more aware of possible issues. best hot tub gazebos for sale

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.