Bercuti ke Morib Gold Coast Kali Kedua


Bercuti ke Morib Gold Coast Kali Kedua | Assalamualaikum. Lepas check out dari Tadom Hill Resorts Ana sekeluarga terus ke plan kami bercuti ke Morib Gold Coast. Ni merupakan kali kedua Ana menginap di sini. Kali pertama pada tahun 2012.
Bercuti ke Morib Gold Coast
Bercuti ke Morib Gold Coast

Bercuti ke Morib Gold Coast Kali Kedua 


Masa tau kami dapat ke Tadom Hill Resorts tu Ana terus cadang ke En Suami untuk sambung bercuti ke Morib Gold Coast pula. Alang-alang dah ada dekat Banting kan. Banting - Morib hanya 40 minit je compare dari Selayang ni kan.  En Suami pun setuju terus booked bilik melalui Agoda. Memang banyak bilik kosong memandangkan hari tu hari terakhir cuti sekolah. So ramai lah yang dah balik dari bercuti.

Kali ni En Suami dapat booked bilik pada harga RM91 saja. Memang murah sangat kan. Cuma tambah RM10 kalau nak bilik menghadap water park.  First time dulu lagi mahal harga bilik sekitar RM150++. Masa check in deposit sebanyak RM50 dikenakan.
Bercuti ke Morib Gold Coast
Bercuti ke Morib Gold Coast
Bercuti ke Morib Gold Coast
Bercuti ke Morib Gold Coast
Masa check in pukul 3 tapi Ana sampai dalam pukul 2. So just dapat kunci bilik je dulu. Tak boleh masuk bilik lagi sebab bilik belum ready. Pukul 3 baru boleh masuk. So Ana ke Pantai Morib dulu untuk makan-makan.

Dalam pukul 3 lebih Ana dah sampai bilik. Kedudukan susun atur bilik masih sama macam dulu cuma sekarang ni nampak kusam sikit. Tandas pun sama. Jakuzi tetap ada. Best bab toilet ialah keluasan toilet tu sendiri. Balkoni pula agak kotor sedikit dan hitam kaki bila pijak. So kena pakai selipar kalau nak lepak dekat balkoni. Towel pun tak ready. Kata pukul 6 staff tu nak hantar tapi tak hantar-hantar juga. Akhirnya kena call minta towel. Maybe terlupa biasa lah banyak bilik kan nak handle. Basic amenities semua ada. Don't worry.
Bercuti ke Morib Gold Coast
Bercuti ke Morib Gold Coast
Bercuti ke Morib Gold Coast
Bercuti ke Morib Gold Coast
Bercuti ke Morib Gold Coast
Bercuti ke Morib Gold Coast
Lepas Asar Ana sekeluarga turun ke bawah untuk bawa Syafi main air. Harga bilik yang Ana bayar dah termasuk tiket water park untuk 2 orang. So just tambah satu tiket untuk Syafi. Harga dalam RM21 macam tu.
Bercuti ke Morib Gold Coast
Bercuti ke Morib Gold Coast
Kalau nak sewa pelampung, khemah kecik semua ada. Sediakan duit je. Tak silap Ana dulu masa Ana masuk dalam water park ni ada disediakan towel tapi sekarang kena bayar kalau nak guna.  Towel bilik tak dibenarkan masuk ke water park tapi pandai-pandai lah selit macam Ana. Hehe.
Bercuti ke Morib Gold Coast
Bercuti ke Morib Gold Coast
Syafi nampak je water park tu terus teruja. Kebetulan petang tu ada "pesta buih". Bertambah teruja lah dia. Onde daddy pun join sekali. 
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Tapi bila suruh naik gelongsor air dia tak nak. Dia ingat boleh lepas lah. Memang tak lah. Onde daddy paksa dia naik sekali. Tapi memang sekali tu je lah. Haha.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Water park ni di buka dari pukul 10 pagi hingga 7 petang setiap hari. Cuma hari Jumaat dan Sabtu di buka sampai malam. Rasanya main kejap petang tu pun dah penat. Hehe. 

Dekat sini takde room service. So malam tu Ana turun makan dekat restoran belakang tu je. Dulu restoran tu dijadikan bar tapi sekarang dah bertukar kepada seafood restoran. Nanti Ana cerita di entri lain apa yang Ana makan dekat sini. 

Sekali lagi harga bilik termasuk dengan breakfast untuk 2 orang. Tapi Ana tak turun pun sebab nak rehat je dalam bilik. Makan tengahari terus masa balik KL nanti. Pukul 12 Ana dah check out. Tak sabar nak balik rumah sebenarnya.

Overall ok lah percutian ke Morib Gold Coast kali ni. Cuma bagi Ana keadaan bilik dah tak ceria macam dulu.  Tapi bila tengok harga yang dibayar, kira berbaloi lah juga. Tak kan nak expect tip top semua kan. Kena terima seadanya. Janji semua orang happy.


Bercuti ke Morib Gold Coast Kali Kedua Reviewed by Ana Suhana on October 01, 2019 Rating: 5

33 comments:

  1. Mmg best gi sini.. Iris pun da g skli dlu.. Boleh la buat anak2 heppy.. Mndi dalam jacuzi kat bilik pun da syok heheh..

    ReplyDelete
  2. murah harga bilik dia kan....seronok jugak ni bwk bdk2 mandi manda kat sini

    ReplyDelete
  3. bestnya siap ada water park..:)

    ReplyDelete
  4. Ramai yang komplain isu tandas dan bilik tak bersih harap lepas ne pihak GC Morib boleh tingkatkan mutu kerja

    ReplyDelete
  5. amboi onde buli syafi haha betul la tu kak ana, orang dah bagi harga murah terima je lah kekurangan yang dia sorok tu :P

    ReplyDelete
  6. Menarik..bilik pun murah cuma kebersihan jer la jadi masalah..pihak hotel kena amik berat bab ni...

    ReplyDelete
  7. Kurang sana sini sikit-sikit terubat juga kak dengan harga yang ok dan logik....hehe....wahhhhh anak onde mandi buih..perhhhhh syafi...

    ReplyDelete
  8. syafi pun nampak happy..jnji anak hppy dah la kan.. yg mn kurang tu buat pejam mata je laaa hahahaa

    ReplyDelete
  9. Onde dengan daddy Syafi pulak yg kemain happy haha >_<

    ReplyDelete
  10. Marsha tak pernah kesini lagi. Nanti boleh cuba and rasai pengalaman mcm ana

    ReplyDelete
  11. Mommy rasa pernah p morib sekali. Pantai dia xcantik dah kan

    ReplyDelete
  12. teringin jugak nak kesini..best pulak de pesta buih tu.heee

    ReplyDelete
  13. Masa. Bonde pi sana pon Bonde teruja mcm ana.. Ada gak naik gelunsur tu.. Ha ha ha syok giler turun naik... Bila lagi nak rasa yea tak!

    ReplyDelete
  14. Wah sakannya bercuti lepas tadok terus pi morib. Bestnya. Kita rindu nak bercuti.

    ReplyDelete
  15. aka pn pernh stay sini tp xupdate2 entrynya tp dgr mcm2 negatif feedback...ms akak pi pn ada juga kejadian yg membuatkn angin satu bdn....br2 ni ada tgk kwn akak pegi lg truk kena...bilik xready and bersepah...lps tu bila die dpt bilik br still xok juga

    ReplyDelete
  16. eh xabis komen....oh ada buih2 gtu ye skarang

    ReplyDelete
  17. Bestnya.. Tak pernah pwegi gold coast morib lagi. Amboiii.. Pesta buih nampak 😁

    ReplyDelete
  18. Macam best juga gold coast morib ni, siap include breakfast and waterpark ticket😍

    ReplyDelete
  19. bestnye...tak penah smpi lg gold coast

    ReplyDelete
  20. Syoknyaaa kak Ana, Nani tak pernah sampai lagi sini. Paling best dapat main air tu lah kan. Heheh :)

    ReplyDelete
  21. Harga bilik murah kan Ana, tapi tu lah berabuk n hitam kaki tu tak gemar la pulak.. hehehe..

    ReplyDelete
  22. tak pernah lagi lah mai sini
    mmg ada juga plan ke sini
    xpe2 kita tunggu next plan hehehe

    ReplyDelete
  23. Baca kat fb, macam ramai yg review bilik dia poor..huhu teruk sangat ke kebersihan bilik dia

    ReplyDelete
  24. Liez pun tak pernah smp gold coast morib lg. Klau budak2 suka la kan dpt main air mcm ni.. tgk onde syafi lg
    excited hihihi

    ReplyDelete
  25. Seronok nya syafi boleh main air. Nanti boleh try kesini

    ReplyDelete
  26. akak pernah pegi sekali sini itupun sebab ofis ada buat meeting, boleh bawa anak2 sekali. ye biliknya macam kurang bersih sikitlah, air dekat waterpark tu pun macam tak bersih sangat masa akak pergi tu lah

    ReplyDelete
  27. Murah juga harganya tu kalau termasuk breakfast.. Puaslah syafi main air ye..

    ReplyDelete
  28. teringin nak pergi sini..kira okaylah harga tu

    ReplyDelete
  29. wahh suka eh syafi.. hehe.. jd model dia.. btw tmpat ni mmg cantik!

    ReplyDelete
  30. pernah pegi tapi tak sempat lagi nak merasa pesta buih tu..nampak syok jewww

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.