Bufet Ramadan Dengan Lebih 100 Juadah Masakan Melayu Asli di Rajawali Coffee House, Awana Hotel Genting | Assalamualaikum. Lepas "penat" seharian berpuasa, saat-saat berbuka merupakan antara saat-saat yang paling bahagia dan di tunggu-tunggu. Lagi-lagi bila dapat berbuka dengan ahli keluarga tercinta. Tapi sesekali kalau dapat berbuka bersama mereka di tanah tinggi dan tempat sejuk seronok juga kan. Apa kata Ana cadangkan korang untuk cuba Bufet Ramadan Dengan Lebih 100 Juadah Masakan Melayu Asli di Rajawali Coffee House, Awana Hotel Genting.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Bufet Ramadan Dengan Lebih 100 Juadah Masakan Melayu Asli di Rajawali Coffee House, Awana Hotel Genting
Berada pada ketinggian 3,100 kaki dari paras laut, Awana Hotel Genting menawarkan suasana yang nyaman dan tenang kepada para tetamu yang menginap atau singgah ke sini. Di jamu pula dengan pemandangan hutan hijau, Ana pasti rasa penat seharian berpuasa tidak terasa lagi.
Pada Ramadan tahun ini, Awana Hotel Genting mengetengahkan konsep kembali ke zaman silam di mana para tetamu bakal disajikan dengan lebih dari 100 Juadah Masakan Melayu Asli dari popular seluruh Malaysia yang pastinya membuai dan mengimbau kenangan zaman masakan air tangan ibu atau nenek di kampung dulu. Masakan Melayu yang ringkas namun sangat enak. Jom kita tengok menu masakan Melayu Asli yang bakal dihidangkan pada para tetamu nanti.
Apa kata mulakan berbuka dengan sunah Nabi dengan memakan kurma. Kurma yang disediakan di sini ialah kurma premium yang diimport dari Iran, Tunisia dan Morocco. Kemudian mula kan menjamu selera dengan popular food street di Malaysia iaitu Satay di Gerai Satay. Satay di sini akan dibakar pada masa itu juga, so korang dapat menikmatinya secara langsung panas dari dapur membakar. Satay yang disediakan ialah satay ayam, daging dan kambing lengkap dengan nasi impit, sayuran dan kuah kacang.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Seterusnya korang wajih singgah di
Gerai Sup Citarasa Awana kerana dekat sini ada
Sup Gear Box 'Lambreta' yang memang sedap. Ana dah rasa hari tu, memang terbaik. Kuah sup dia pekat dan cukup dengan semua perasa. Berpeluh lah kejap masa hirup sup ni. Jangan lupa cicah sup dengan
Roti Banggali yang disediakan. Tapi macam Ana, Ana suka ratah sup tu sendiri. Baru feel dia lebih lagi. Selain sup gear box, ada lagi sup lain seperti
sup daging dan sup perut yang tidak kurang enaknya.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Dan puas hirup sup, apa kata korang cuba pula
Spit-roasted Australiab Lamb dengan homemade Sos Black Pepper dan Sos Mint. Ana suka dengan tekstur lembut kambing bakar dekat sini. Yang penting tak liat dan senang nak kunyah.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Bersebelahan dengan kambing bakar pula ada
menu pilihan Rajawali Coffee House ni iaitu
Ayam Percik dengan Sos Percik Merah dan juga
Rojak Ayam. Masa puasa ni ayam percik antara menu wajib ada betul tak? So korang boleh lah try sendiri kesedapan ayam percik di sini.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Bagi pencinta makanan laut, korang boleh ke
Gerai Ikan Bakar kerana di sini terdapat beberapa ikan segar tempatan yang dibakar seperti ikan
Kembung, Siakap, Kerapu, Keli, Tenggiri, Patin, Terubuk, Tongkol, Cencaru dan
Talapia yang wajib dimakan samada dengan Air Assam, Budu, Cencaluk, Sambal Belacan atau Sambal Celup.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Tak cukup dengan ikan bakar, korang juga boleh menikmati hidangan popular Terengganu juga tau dekat si
ni iaitu Celup Tepung. Korang pilih je nak celup tepung apa sebab semua ada -
ketam,
udang,
sotong,
ikan,
bebola. Favorite Ana sudah semestinya udang dan ketam. Sedap dan memang puas hati sangat. Mana taknya, saiz udang besar-besar belaka. Akhirnya terubat juga keinginan nak makan celup tepung.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Nampak macam dah banyak menu Ana tayang kan. Tapi korang perasan tak menu utama takde lagi. Mana lengkap Masakan Melayu Asli kalau takde nasi kan. Tak original lah macam tu. Apa kata korang teruskan menjamu selera dengan menikmati juadah lauk pauk yang pelbagai yang disediakan. Antara lauk pauk utama di sini ialah
Gulai Lemak Daging Salai, Asam Pedas Ikan Pari, Rendang Tok, Patin Tempoyak, Pajeri Terung, Tempe dengan Kentang dan
Tauhu Jepun dengan Cendawan. Favorite Ana ialah Gulai Lemak Daging Salai dan Tempe dengan Kentang. Bila makan terus teringat dekat masakan mak dekat rumah. Sama sedap sama hebat.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Selalu bila makan nasi ni, kalau dapat makan dengan ulam-ulaman dan kerabu memang sesuai sangat. Silap hari bulan makan sampai tak pandang kiri kanan dah sebab asyik sangat. Kerabu pula ada pelbagai jenis. Pilih je mana yang korang berkenan. Ada kerabu Kacang Botol, Kerabu Taugeh, Kerabu Mangga, Kerabu Perut Lembu dan Kerabu Kaki Ayam. Pilihan Ana ialah kerabu mangga. Masam manis kerabu mangga tu boleh potong rasa muak tau.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Istimewa hidangan nasi dekat sini tak terhad pada nasi putih je sebabnya
Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Briyani, Nasi Buluh Ayam Berempah, Bubur Lambuk dan juga
Nasi Dulang Peha Kambing. Banyak kan. Menu popular di Perak iaitu Nasi Buluh Ayam Berempah adalah
menu pilihan chef so korang wajib cuba ok.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Tu tak termasuk lagi
Nasi Kandar Penang dengan
Kari Kepala Ikan, Kambing Masala, Kari Sotong, Chicken Prathal dan
Sayur Dalca. Haa banyak kan. Rambang mata tak tahu nak makan yang mana satu kan. Relax...korang ada masa yang sangat cukup untuk rasa setiap satu menu ni. Just chill and enjoy the foods.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Tapi kalau rasa tak mampu nak makan nasi lagi, korang boleh cuba
Roti John, Murtabak, Roti Canai, Roti Telur, Chappati, Dhosai dan
Idli. Makan dengan kuah kari atau kuah asam pedas tadi. Sure terangkat.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Nak makan mi pun ada tau. Ada
Mee Kari, Char Kuew Teow, Laksa Johor, Laksa Kedah, Mee Jawa, Mee Bandung, Mee Sup dan
Mee Rebus. Banyak kan. Sampai tak tahu nak makan yang mana.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Tu belum lagi masuk
Sotong Kangkung. Ni pun Ana suka. Sedap dan paling best saiz sotong besar-besar pula tu. Puas hati dapat makan. Kalau dekat luar, amik sikit je dah berapa harga dia kan. Dekat Rajawali Coffee House ni, amik lah banyak mana korang nak. Janji tak membazir.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Melengkapkan hidangan berbuka, jangan lupa untuk mencuba lebih kurang
57 homemade kuih muih tradisi seperti
Kuih Lapis, Bingka Ubi Kayu, Kuih Talam, Lepat Pisang, Badak Berendam dan banyak lagi. Tak lupa bubur dan pengat seperti
Bubur Cha-cha dan
Pengat Pisang Raja. Pastinya pencuci mulut di sini akan mengimbau kenangan zaman silam bersama keluarga.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Akhir sekali, bilas tekak dengan air pilihan rakyat Malaysia seperti
Air Bandung, Sirap Selasih, Air Soya, Air Mata Kucing, Air Asam Boi, Teh Tarik dan
jus buah segar.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Amacam, menarik kan hidangan Masakan Melayu Asli di Rajawali Coffee House, Awana Hotel Genting ni. Apa lagi, bawa lah keluarga dan sahabat handai berbuka di sini nanti. InsyaAllah berbaloi-baloi. Tempat pun selesa sangat. Kalau korang berbuka masa hujung minggu, akan ada persembahan Ghazal untuk menghiburkan korang semasa berbuka.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
Oh ya, jangan risau nak berbuka dekat sini sebab restoran ni mempunyai sijil Halal JAKIM. So boleh makan tanpa was-was.
|
Bufet Ramadan di Awana Hotel Genting |
📌 - Waktu Operasi :
18 May 2018 - 13 Jun 2018
(6.30 petang - 10 malam)
💲- Harga :
RM110 (dewasa)
RM55 (kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas)
💲 - Early Bird sebelum 20 Mei 2018 :
RM99 (dewasa)
💲- Gold Package :
RM260 untuk 2 orang termasuk bermain golf 9 lubang seorang
💲- Tawaran Berkumpulan
(min 30 orang) :
Percuma untuk 3 orang tambahan
☎ Untuk maklumat lanjut atau untuk menempah,
sila hubungi 019-3880390 / 03-64369000 samb 7605
Fav EE sotong kangkung tu. Boleh bagi cadangan berbuka di sini nanti
ReplyDeleteWah banyak juga menu yang disediakan ye Ana. Ada 100 juadah masakan Melayu Asli tuh yang buat rambang mata nak cuba setiap menu.mestilah nak rasa kesedapan dan keenakkan semua menu yang disediakan. Untung Ana dapat makan dulu. Jealous kita tau. Nanti pergi bercuti, boleh singgah sini cuaba menu yang ada.
ReplyDeletehohoho... sana sino semua review buffet ramadan. pose cukup x? dah habis ganti lum? kekekekeke
ReplyDeletesedap2nya menu.. kalau bg kak nowa
ni mau kembung pwrut. fullllllll...
anyways.. lama x kw genting.. kalau
kesana blh cuba nanti
woww.. buffet ramadhan masakan melayu asli tuuu.. susah nak dapat makan makanan melayu asli ni kalau kat KL ni.. Tapi yang ni dekat Genting lagi la.. time sejuk-sejuk.. dapat pula menjamu selera masakan melayu asli.. fuh.. mesti makan pun bertambah.. tengok menu pun sedap-sedap semuanya.. tapi satu kepala rm110.. fuh.. terbuka luas mata tiba-tiba.. hehe.. apa-apa pun kalau masakan melayu asli yang dihidangkan tu lazat.. duit bukan masalah.. janji berbaloi.. ye tak
ReplyDeletePerghhh.... Terliur nengok menu -menu buffet ramadhan kat Awana Genting. Rasanya lagi berbaloi-baloi ambik Buffet ni kalau ada kat sana dari makan ala carte. Lagi banyak pilihan dan tempat pun selesa.
ReplyDeleteAna....jahat laa....sedapnya semua especially sotong kangkung tu..tu fav akak tu..alaaaaa...terus rasa nak cari sotong kangkung balik ni...ada satu tempat kat Kuang best gak sotong kangkung dia..bila tiba ramadhan ramai yang cari masakan melayu yang sedap dan dah lama tak jumpa kan..
ReplyDeleteTerliurny tengok sup gearbox tu.makanan dia semua nampak menyelerakan ! Lapar terus.memang fav masakan melayu,kuah lemak ni
ReplyDeleteSekarang ni macam-macam buffer Ramadhan ditawarkan kat hotel-hotel mewah kita jadi rambang mata. Tengok kat Awana Hotel Genting ni banyak gila makanan dan semua menyelerakan kita rasa nak tido bermalam boleh buka puasa dan sahur kat sana heheheheh...
ReplyDeletesedapnyaaaa semua2 lauk tu. lapar terus rasa.. ayam percik sedap!
ReplyDeleteKerabu tu menariklah kak Ana...semakin dekat Ramadhan semakin meriah promosi buffet untuk orang ramai...
ReplyDeleteSampai ke genting kak ana naik yer. Ya Allah salah timing lah baca blog kak ana nie. Makanan semua nampak menyelerakn betul. Macam2 pilihan. Confirm rambang mata tak tahu mana nak start dulu. Harga pulak berbaloi dgn apa yg ditawarkan.
ReplyDeleteMakanan semua sedap giler... Sup gearbox tu memang harus repeat next time kalau datang kan!
ReplyDeletememang sedap semua lauk pauk dekat sini..memang haritu makan nak rasa semua. Suka sup dia, nasi dia. Siap ada teh tarik tu. Lagi ketam dia lembut, makan macam tu..hehee. Memang terbaikla makan dekat sini. Dahlah cuaca sejuk, pastu makan panas-panas..best giler
ReplyDeletemeriah betul. siap ada steamboat. air ikat tepi pun ada. power lah!
ReplyDeleteOk! Hana is jealous haha ^^ Nice reviw kak Ana!! :D
ReplyDeletebila kat tempat sejuk mcm kt Genting ni, memang rasa lapar jer lepastu dapat pulak sup panas..fuhh memang terangkat hehe
ReplyDeleteSayang nya tahun ni sis tak dapat join untuk preview buffet ramadan kat sana sebab sis ke perhentian.
ReplyDeleteMemang makanan kat sana sedap-sedap dan banyak pilihan. Harap-harap bulan puasa nanti dapatlah sis ke sana berbuka
makan best dekat tempat sejuk pulak tu.. sotong kangkung tu nampak sedap sgt..dgr kata supnya sedap...uiikk mmg bertambahla mkn ye
ReplyDeleteLepas ni kalau ke Genting Highland masa bulan Ramadan tidak perlu bimbang untuk mencari-cari lokasi berbuka puasa. Dekat sini dah macam-macam tersedia. Tinggal kita mai bawa duit je. Makan sampai 10 malam gitu. Hahaha
ReplyDeleteThe weather is crazy hot lately going up to Genting for ramadan buffet sounds like such a great idea and look at the variety of food, makes me so hungry just by looking at it and now it's the middle of the night, mana dapat benda benda mcm ni hahaha.
ReplyDeleteBest gila kot kalau makan buka puasa kt genting mcm ni...dah la sejuk2 tu kan...weee best gila...kompem memang makan banyak...lauk pun sedap2 tengoknya
ReplyDeleteLama betul tak pergi Genting Highland ni. Kalau pergi masa Ramadan boleh singgal makan di Awana Hotel Genting ni. Lauk pun pelbagai pilihan dan semua nya nampak sedap. Kambing golek dengan ayam percik betul bagi terliur lah.
ReplyDeleteBanyaknya pilihan lauk kat sini. Tentu seronok dapat berbuka di tanah tinggi. Makan sedap di tempat sejuk hehehe
ReplyDeleteHarga package yang ada semua menarik. Yang nak main golf boleh. Klu organisasi pon ada tawaran. Makan semua hebat hebat. Anyway, selamat berpuasa in advance.
ReplyDeleteAwana Hotel Genting menyajikan lebih dari 100 makanan? Waahh.... banyak sekali ya? Bakal ramai nih pengunjung buffet ramadhan di bulan puasa nanti.
ReplyDeleteBanyak tu 100 lebih menu yang disajikan. Harga pun berpatutan.
ReplyDeleteMahu berjam jam mengadap ni.. Sedap betul tengok ayam percik, sup perut tu.. Pendek kata semua nampak menyelerakan
Tengok gambar lauj-pauk, konfem menyelerakan waktu berbuka puasa nanti..Dapat lak makan kt tempat sejuk
ReplyDeletengences habis tengok makanan ni semua ana oii
ReplyDeleteana... kenapa mesti dera kita ni.. tengok gambar terasa tak sabar nak bulan puasa tau
ReplyDelete