Syafi di Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur


Syafi di Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur | Assalamualaikum. Macam Ana pernah war war kan 2 minggu lepas tentang aktiviti Kidzania Go bersempena cuti sekolah baru-baru ni, Ana sempat lah bawa Syafi untuk join aktiviti tersebut. So hari ni Ana nak share pengalaman Syafi di Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur tersebut.
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Syafi di Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur

Sepanjang Kidzania Go tersebut berjalan selama seminggu, sambutan yang diterima memang sangat menggalakkan. Setiap hari memang panjang lah barisan nak masuk ke Kidzania Go tu. Mana taknya, hanya perlu berbelanja serendah RM38 saja di mana-mana outlet di Quill City Mall dalam satu resit untuk tebus tiket Kidzania Go secara percuma. Memang berbaloi sangat lah.

Di Kidzania Go ni terdapat 8 aktiviti yang menarik disediakan untuk kanak-kanak. So masa masuk dalam tu kena register dulu dekat meja pendaftaran. Kemudian setiap kanak-kanak akan dapat passport untuk dicop di setiap stesen nanti. Jom tengok gambar-gambar di setiap stesen yang ada.

Stesen 1 : Volvo - Stop, Look and Wave
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Di stesen ni kanak-kanak akan di beri penerangan tentang peraturan dan keselamatan di atas jalan raya - berhenti, lihat kiri kanak dan melambai. Memang sangat bagus aktiviti ni dalam memberi kesedaran tentang pentingnya keselamatan atas jalan raya.

Stesen 2 : Court House
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Masuk dalam persidangan mahkamah pula. Dekat sini setiap kanak-kanak diberi kad seorang satu untuk di baca. Kad pertuduhan rasanya. Memandangkan Syafi tak sekolah lagi so memang dia tak reti membaca. So dia akan ikut apa yang fasi baca walau entah apa-apa yang Syafi pronounce. Takpe lah janji dia follow. Kalau ikut di Kidzania KL, court house ni hanya untuk umur 6 tahun ke atas.

Stesen 3 : Sharp Air Quality Control
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Stesen ni menerangkan tentang kualiti udara dan tahap-tahap kualiti udara yang ada serta cara-cara untuk menurunkan pencemaran udara. Kemudian fasi akan bertanya soalan tentang tahap kualiti udara yang ada berdasarkan IPU yang ditulis di papan putih.

Stesen 4 : Mc Donald's Fitness Centre
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Stesen ni paling simple - setiap kanak-kanak hanya perlu tulis nama di atas sijil, beratur kemudian masing-masing perlu timbang berat dan ukur tinggi. Lepas dah selesai semua tu, semua kanak-kanak disahkan secara rasmi sebagai certified trainer di Mc Donald's Fitness Centre gitu. Comel sangat.

Stesen 5 : Magic Studio
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Stesen paling disukai kanak-kanak kerana ada pertunjukan silap mata - silap mata botol air dan silap mata kertas tergantung. Suka lah kanak-kanak tengok magic tu. Lagi suka bila mereka diajar magic trick untuk silap mata tersebut.

Stesen 6 : Scott's Research Lab
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Scott terkenal sebagai satu jenama vitamin / supplemen untuk kanak-kanak. Dekat sini mereka di ajar cara untuk buat gummies. Seronok Syafi dapat belajar pegang lesung untuk buat gummies. Sebelum beredar, setiap seorang dapat sebiji vitamin Scott. Senyum lebar masing-masing.

Stesen 7 : TV Studio
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Siapa yang suka atau berangan nak jadi pembaca berita, berlakon, pengacara dan pengarah, dekat stesen ni mereka akan diberi peluang untuk melakukan semua tu. Siap dengan real equipment lagi. Memang sangat menarik.

Stesen 8 : Recyling Centre
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Stesen terakhir,  stesen kitar semula. Stesen ni menceritakan tentang apa itu kitar semula dan barang-barang yang boleh di kitar semula. Kemudian mereka dibahagi kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan kena mencari guni yang diisi dengan barang-barang yang boleh dikitar semula bersama-sama. Riuh rendah kejap dibuatnya. At the end, setiap kumpulan berjaya cari satu guni. Well done.
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Maka berakhirlah 8 stesen yang ada di Kidzania Go di Quill City Mall Kuala Lumpur ni.  Oh ya di setiap stesen, passport mereka ada di cop dan mereka akan dapat duit bernilai 5 Kidzos. So 8 stesen mereka akan dapat 8 cop dan 40 Kidzos. Boleh simpan duit tu untuk guna di Kidzania KL nanti untuk redeem hadiah. Passport yang berjaya dengan 8 cop akan dapat satu woven bag Kidzania KL. Tahniah pada yang berjaya dan tahniah Syafi kerana berjaya mengikuti Kidzania Go walau banyak drama sebabak berlaku. Takpe first time kan. Nanti lama-lama dab bila dah sekolah harapnya makin ok dan tak takut. Siapa yang sempat ke Kidzania Go minggu lepas, apa cerita korang pula?
Syafi di Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur Reviewed by Ana Suhana on March 28, 2018 Rating: 5

26 comments:

  1. nanti syafi pi kidzania kl lg teruja hehe

    ReplyDelete
  2. ok la syafi ada full cop.. anak zie satu cop pun tak dapat sebb banyak sangat episod drama yg terpksa tempuh hahahaa

    ReplyDelete
  3. Nampak macam Syafi je yang paling kecik hehehehe

    ReplyDelete
  4. untung budak-budak sekarang ni...macam2 ada...bestnya

    ReplyDelete
  5. Best nya..kami blum pernah ke Kidzania GO lg

    ReplyDelete
  6. Lepas ni leh pi Kidzania KL pulak. Leh shopping dgn duit Kidzos. Hehe

    ReplyDelete
  7. seronok tengok..moga ada rezeki Sal nak bawak anak-anak ke Kidzania Go Quill City Mall KL..

    ReplyDelete
  8. Pengalaman untuk Syafi ni...yeyyy...alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. teringin jugak nak bw anak ke Kidzania. tunggu yg sikecik tu ebsar sikit.

    Ana nak kirim Captain America dgn Hulk tu kat kedai RM2 boleh je. nnt Qekra belikan bila balik kampung.

    ReplyDelete
  10. salam singgah. tempat yang sesuai untuk kanak-kanak

    ReplyDelete
  11. Bestnya anak2 zaman sekarang..macam2 aktiviti ada untuk diorg. Kita dulu2 taman permainana jew..huhuhu

    ReplyDelete
  12. Bestnyaaa Syafi >_< kak Hana ni asyik terperap ja kat rumah haha :3

    ReplyDelete
  13. Confirm seronok Syafi main Kan.. kalaulah Syafi mama kecik lagi sure mama bawa

    ReplyDelete
  14. syafi nampak xcited nak explore games dekat situ, nampak seronok sekali.

    ReplyDelete
  15. Besttnyaaa.. Kalau lah zaman Yana dulu pun ada mcm nie hehehe

    ReplyDelete
  16. lebih kurang kidzania la ye ni ana? akak ni kidzania pun tak pernah pergi lagi

    ReplyDelete
  17. One.day nak bw budak2 tu ke sini gak..tp kena tgu next time prromolah

    ReplyDelete
  18. Syafi...ajak mama pi Kidzania KL plak..lagi best...hehehehe....

    ReplyDelete
  19. seronoklah syafi ada kawan ramai dan happy buat macam² aktiviti

    ReplyDelete
  20. Lepas nie jom kita pergi Kidzania KL pulak ya Ana..

    ReplyDelete
  21. bebudak dan kidzaniia tak dapat dipisahkan hehe

    ReplyDelete
  22. Seronok lah syafi p kidzania ya. Auntir aina tak sempat nk bawak Zahra p.

    ReplyDelete
  23. hahahaha muka syafi nak nangis tapi tahniah sebab dia berjaya habiskan walaupun ada setesn yang dia tak berapa nak faham :D

    ReplyDelete
  24. Untungkan kanak-kanak sekarang dah boleh buat macam aktiviti kat kidzania. parent dah payah risau & runsing fikir nak bawa anak pergi mana kan.

    ReplyDelete
  25. Macam macam aktiviti yang menarik boleh anak nak buat di kidzania.untung budak sekaang.time kita dulu tak ada program macam ni kan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.