Snow World dan Genting Bowl Kini Dibuka di Resorts World Genting


Snow World dan Genting Bowl Kini Dibuka di Resorts World Genting | Assalamualaikum. Siapa teringin nak main salji macam cerita Frozen tu? Korang tau tak dekat Malaysia ni pun korang berpeluang untuk merasai seperti berada di musim sejuk sama seperti di luar negara tu. Tak percaya jom teruskan membaca apa yang Ana nak share ni.
Snow World Resorts World Genting
Snow World Resorts World Genting 
Snow World dan Genting Bowl Kini Dibuka di Resorts World Genting

Snow World di Resorts World Genting ni terletak di LEVEL 2 FIRST WORLD PLAZA  dan merupakan WINTER WONDERLAND TERBESAR DI MALAYSIA dengan keluasan seluas 22.8k kaki persegi.

Korang tau tak suhu dalam Snow World tu boleh mencecah sehinggae -6°. Mesti korang boleh bayangkan sejuk dia macam mana kan. Bayangkan masa kita bercakap boleh nampak asap keluar dari mulut kita. Sama macam yang selalu kita tengok dalam tv tu. Masa tu Ana rasa macam berada dalam musim salji yang sebenar pulak. Hehe. Memang excited giler.

A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Dalam Snow World ni ada beberapa aktiviti yang korang boleh buat. Antaranya ialah korang boleh cuba menggelongsor di CRESTA RUN TOBONGGAN SLIDE. Ana hari tu tak sempat nak naik sebab dok kejar Syafi main salji. So korang kena try naik gelongsor ni.
Snow World Resorts World Genting
Snow World Resorts World Genting 
Untuk kanak-kanak, Ana pasti dorang mesti teruja dapat main PLAY SLIDE sambil pegang salji macam dalam cerita Frozen tu. Pusing lah puas-puas dengan Play Slide tu. Lepas tu acah-acah MAIN BALING BOLA SALJI gitu. Kata winter wonderland kan.
Snow World Resorts World Genting
Snow World Resorts World Genting 
Yang bestnya Snow World ni korang boleh merasa suasana waktu siang dan malam musim sejuk dengan bantuan LED LIGHT ANIMATION SCHEME.
Snow World Resorts World Genting
Snow World Resorts World Genting 
Snow World Resorts World Genting
Snow World Resorts World Genting
Bagi yang kaki bergambar, di WINTER DOWNTOWN ada mural dinding yang sangat menarik yang menonjolkan suasana musim salji sebenar.  Antaranya ialah English Tea Shop, a French bakery, an Italian Pizzeria dan banyak lagi. Berswafoto lah sehabis gaya dekat situ. 
Snow World Resorts World Genting
Snow World Resorts World Genting 
Snow World Resorts World Genting
Snow World Resorts World Genting 
Memandangkan suhu yang sangat sejuk dalam tu, korang hanya dibenarkan untuk 30 MINIT sahaja. Maknanya hanya 30 minit diperuntukkan buat para pengunjung setiap sesi. So korang kena well spend masa dalam tu. Rugi bayar kalau tak sempat nak explore semua dalam tu.

Snow World dibuka setiap hari bermula pukul 9.30 PAGI - 11.20 MALAM. Harga tiket adalah termasuk harga sewa baju sejuk, gloves, kasut dan topi sejuk.

HARGA :
DEWASA : RM40
KANAK-KANAK / WARGA EMAS : RM30

Lepas dari main salji, kalau rasa nak buat aktiviti yang boleh legakan kesejukan tu apa kata korang ke GENTING BOWL pula yang terletak di TINGKAT 3 FIRST WORLD PLAZA. Hanya naik satu tingkat je dari Snow World tadi. Syok juga sesekali main bowling dekat tanah tinggi ni kan.
Genting Bowl Resorts World Genting
Genting Bowl Resorts World Genting
Dekat Genting Bowl ni terdapat 28 LANE BOWLING menanti korang. Kalau plan nak buat tournement bowling pun boleh. Alang-alang tu buat sekali family day terus kat sini. Nak lagi meriah main lepas pukul 6 petang atau malam sebab korang boleh rasa main bowling dalam GLOW IN THE DARK. Dekat sini je korang boleh rasa semua tu. 
Genting Bowl Resorts World Genting
Genting Bowl Resorts World Genting
Ana sempat lah main 2 game hari tu walaupun banyak ke laut bola tu pergi. Haha. Tapi seronok bukan main. Tak hingat dunia kejap orang kata. Score ke tak Ana masa main ni? Korang tengok lah sendiri video bawah ni:
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Genting Bowl Resorts World Genting
Genting Bowl Resorts World Genting
Waktu operasi Genting Bowl ialah 12 TENGAHARI - 12 MALAM (Isnin - Jumaat) / 10 PAGI - 12 MALAM (Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah, Cuti Umum).

HARGA :
SEBELUM 6 PETANG :
ISNIN - JUMAAT : RM6.40
SABTU, AHAD, CUTI SEKOLAH, CUTI UMUM : RM8.50

SELEPAS 6 PETANG : 
ISNIN - JUMAAT : RM7.50
SABTU, AHAD, CUTI SEKOLAH, CUTI UMUM RM9.50

Korang tau tak yang anak-anak korang boleh masuk ke tempat-tempat menarik yang ada di Resorts World Genting ni pada harga combo 2 atau combo 3 yang bermula pada harga RM60 sahaja. Harga combo ni korang boleh dapat hanya melalui GENTING REWARDS MEMBER'S CHILD. Nak tau lebih lanjut tentang rewards ni korang boleh hubungi talian +03-6101 1118 atau layari laman sesawang www.rwgenting.com.

Kalau rasa dah penat main bowling tu dan perut pun dah lapar lepas keluar dari dunia salji tu,  korang tak perlu nak jalan jauh-jauh sebabnya korang boleh jumpa banyak outlet makanan berdekatan. Antaranya ialah Wendy's,  The Baker's Cottage, Texas Chicken, Pizza Hut,  Kenny Roger's Roasters,  Marrybrown, Jr Curry House dan juga Boat Noodle. So selamat berhibur dan berJJCM.

LET REDISCOVER GENTING BECAUSE EXCITING THINGS ARE HAPPENING NOW AT RESORTS WORLD GENTING!!

Snow World dan Genting Bowl Kini Dibuka di Resorts World Genting Reviewed by Ana Suhana on March 23, 2018 Rating: 5

42 comments:

  1. Wishlist Dhia nak main salji...boleh mark sini hehehe. Daddy pn ada lan nk p genting juga

    ReplyDelete
  2. Wowww.. bestnya Ana... kalau anak2 nampak ni memang confirm diorg akan ajak g genting.. hehe

    ReplyDelete
  3. akhirnya dh buka kembali..lastyear bln 10 akak pi tutup...tp sbb dh pernah masuk mmg syok la main snow...suhu -5 sejukkkkk

    ReplyDelete
  4. Yeah dah bukak dah. Kena tunggu EE bawak jew dah lama anak-anak berzikir nak main salji

    ReplyDelete
  5. lom dpt naik GH lagi, ana.
    dok bertangguh hi hi. konon nak tunggu theme park siap la.
    syok nyer. aida pernah gi yg kat icity. Allahu Akbar, sejuk giler situ.
    tapi takde time limit. seingat aida bleh kuar masuk.

    ReplyDelete
  6. ari tu zie pegi closed under contruction.. murah dah tu klu dah include glove, baju, topi.. akan masuk checklist, tungguuuuuuuuu.. huhuu

    ReplyDelete
  7. dah bukak ye ...pasti lebih luas dari yg dulu kan

    ReplyDelete
  8. Tak dapat main salji betul, main salje kat Genting pun jadilah kan kak. seronoknyaaa sejuk-sejuk tu. Lama tak ke genting. boleh ni ajak kawan-kawan!

    ReplyDelete
  9. waktu2 panas kat KL mmg kena pergi sini leh rasa sejuk..hamboiii macam kat oversea gituu

    ReplyDelete
  10. Tak pernah sampai ke Genting. Bagus info ni. Sekurang-kurangnya dapat juga Del rasa Genting tu macam mana. hehe~ #done follow blog sis http://cakapsinilah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  11. BESTNYER ANA....NAK G LA NNT...NAK MAIN SALJIII

    ReplyDelete
  12. Memberi ruang dan peluang bersalji di dalam negara sendiri..

    ReplyDelete
  13. Best nye dapat main salji. Take payable Naik flight jauh jauh. Sejam he drive Dari kl day dapat rasa main salji.Price pun tak Mahal.

    ReplyDelete
  14. Such a long time I have not step at the snow world. Is like going to country that has four season. The bowling lane has improved de.

    ReplyDelete
  15. Bestnyaaa..esok akak nak naik genting..bleh la terjah sini bawak dania..mesti dia seronok

    ReplyDelete
  16. Alamakkk.. Rindunya nak ke Genting! Ini ada Snow World dan Genting Bowl lagilah kena datang bawak adik2. Meati diorang suka ni! Hihi

    ReplyDelete
  17. salam.
    wah bgusla.da mkin maju hehe.
    bila la nk buka permainan outdoor kat genting tu..huhu lamo nunggu aihh ^o^

    ReplyDelete
  18. Wah bestnya ana main bowling kat snow bowl...minggu ni Marsha plan nak naik genting. Boleh la ke sana nanti. Ramai tak kat genting ana?

    ReplyDelete
  19. Thank you Ana for sharing this..
    Husniey haritu terfikir juga nak pergi GH tapi tak tahu nak buat aktiviti apa.. Lainkali boleh try masuk kat snow ni..

    ReplyDelete
  20. Wah..bestnya nanti nak gilah main salji lps tu post kat fb konon kat London...haaaa..

    ReplyDelete
  21. Wahhh kak Ana pegi Snow World tak ajak2 Hana pun heheh :3 nice sharing!!! ^_^

    ReplyDelete
  22. Per ah sekali masuk snow world tu pun tahun 2009 kot.. mmg seronok sgt.. ni klau bawak qaseh dan niyaz lg best .. bowling blm cuba lg sbb liez tak minat bowling

    ReplyDelete
  23. Wow dah ada Snow World dan juga Bowling kat Genting boleh lah pergi nanti hehehehe memang nak pergi sana pun hujung minggu ni bestnya tak bosan boleh main macam-macam kat sana walaupun taman tema tak siap lagi...

    ReplyDelete
  24. Pergh, not bad lah harga boling tu. Untung yang berada kat Genting Highland harga murah kot. Dahla tempat baru.

    ReplyDelete
  25. Harga masuk snow wonderland tu pun tak ade lah mahal sangat kan. Boleh dah ni nanti pergi sekali lagi ke genting dan masuk snow wonderland ni.. WoW!! Murah betul harga bowling tu.. Best3x... Boleh lah ke Genting memandangkan dah lama tak ke sana

    ReplyDelete
  26. bestnye main salji. last dpt pegang salji thn lps, masa pegi lake tahoe. teringn jugak nk bawa anak2 main salji. tp tkut dorang tak thn sejuk plak. harganye agak ok sebab termasuk jaket n gloves. igt kena bawa winter jaket sendiri

    ReplyDelete
  27. Bestnya Ana, nak ajak Abang Man n anak-anak ke sini jugak nanti lah..

    ReplyDelete
  28. Wah syioknyaaaa...mmg dalam plan nak bawak anak2 ke Genting ni..rasa mcm kena stay 3D2N kan...so xda la rushing sangat nak wat aktiviti kat sana kan

    ReplyDelete
  29. AIrah tak pernah pergi gentinf lagi sedihnyaaaa
    Banyak aktiviti boleh buat kat sini kan lepas ni kena pergi jugak

    ReplyDelete
  30. snow world ni pernah pergi sekali je...

    Tapi rasa nak feel the real snow go oversea.. hahah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. As for now, dapat pergi snow world sini pun more than happy =)

      Delete
  31. Pernah masuk snow world ni sekali time umur 19 gitu fuhh sejuk gila macam masuk peti beku hihihi

    ReplyDelete
  32. Bestnya ana Dan Syafi main seleji

    ReplyDelete
  33. Bestnyaa snow world tu. Next time boleh lah pergi jugak, harga pun berpatutan :)

    ReplyDelete
  34. Cool... I mean really cool... Cool attraction... Finally it open again and really missed the moment there...

    Racheal

    ReplyDelete
  35. Last time pergi tak jumpa tempat ni melainkan kawasan construction sepanjang jalan.. Harus repeat cari berpandukan info Ana..

    Thanks for sharing 💕..

    ReplyDelete
  36. cute la syafiii.. <3 btw harga tiket dia berpatutan. best pun best busyra tngok..

    ReplyDelete
  37. Wah bestnyer pergi ke sini. Saya pernah pergi 3 tahun lepas. Memang sejuk. Macam masuk peti ais.

    Tapi salji dia agak kasar la. Macam ais kisar. Tapi bestla untuk rasai sendiri salji di negara panas macam kita ni

    ReplyDelete
  38. sekali masuk rm40 dapat jecket and glove ke?ke ade extra charges?

    ReplyDelete
  39. sekali masuk rm40 dapat jecket and glove ke?ke ade extra charges?

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.