Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej


Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej | Assalamualaikum. Wah excited nak cerita tentang pengalaman pertama Ana belajar buat roti. Lama giler kot teringin nak belajar akhirnya Ahad lepas berjaya juga dapat buat roti. Belajar dengan MIL je. Untuk kali pertama ni Ana belajar buat 2 jenis roti sekaligus sebab bahan asas dia sama jer. So senang lah kan, jalan sekali je. Tak lah leceh mana rupanya. Tu kalau belajar. Kalau tak belajar memang ingat susah selalu. Hehe. Ni kalau 2-3 kali buat insyaAllah menjadi. So Ana share kan resipi dan cara-cara nak buat roti ni. Instant vidoe pun Ana tunjukkan sekali tu. Selamat mencuba.

BAHAN-BAHAN DOH
Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej
Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej
1. Tepung Gandum - 200g **
2. Tepung Roti - 400g **
3. Butter / Planta -70g **
4. Yis - 1 paket **
5. Gula Castor - 80g **
6. Garam - 1 sudu teh **
7. Air sejuk -280g **
8. Bread Softener - 1 sudu besar **
9. Telur - 1 biji **

** Masukkan semua bahan asas di atas ke dalam satu bekas dan uli hingga menjadi doh. Boleh uli manual (sehingga menjadi doh) atau guna breadmaker. Selepas di uli bahagi kepada 2 bahagian (sebahagian untuk roti sarang lebah dan sebahagian untuk roti sosej). Biarkan doh rehat dalam 30 minit untuk doh mengembang.


ROTI SARANG LEBAH
Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej
Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej
BAHAN-BAHAN

1. Kekacang *
2. Grated Cheese *
3. Butter - 2 sudu besar **
4. Gula Perang - 2 cawan **
5. Susu Cair  - 2 cawan **
6. Esen vanila - 1 sudu kecil **

** Bahan untuk topping
**  Bahan untuk sos buttescoth

CARA-CARA

1. Ambil sebahagian doh yang dah di uli dan pecah kepada doh bulat yang kecil dengan berat 30g setiap satu. Bentuk doh menjadi bulat (rounding). Kemudian susun di dalam dulang sehingga penuh. Pasti kan doh tidak di susun rapat-rapat kerana doh akan mengembang sekali ganda.

* salut jari dengan minyak masa bulatkan doh untuk elak doh melekat di jari.

2. Bila doh dah siap disusun di dalam bekas,  susun kekacang di bahagian atas. Kemudian spray sedikit air ke atas susunan doh, tutup bekas tersebut dan biarkan doh berehat seketika (proofing) dalam 15-20 minit. Masa ni doh akan mengembang 2 kali ganda.
Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej
Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej

3. Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan kemudian bakar doh tadi selama 30 minit.

4. Selepas 20 minit di bakar, keluarkan sekejap untuk ditaburkan grated cheese di bahagian atas. Kemudian bakar selama 10 minit lagi. Selepas roti selesai dibakar, sejukkan seketika sebelum dihidang.

* Grated cheese tu boleh je nak tabur awal-awal. Ana masukkan lewat supaya cheese tu tak terlalu keras.

5. Sementara tunggu roti sarang lebah siap masak, kita buat sos butterscoth. Dengan api sederhana, cairkan gula sehingga menjadi karamel. Kemudia masukkan susu cair dan esen vanila. Kacau. Masukkan butter. Kacau sehingga pekat dan tutup api.

6. Hidangkan roti bersama sos butterscoth.
Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej
Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej


ROTI SOSEJ
Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej
Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej
BAHAN-BAHAN

1. Sosej - direbus sekejap
2. Sos cili
3. Mayonis
4. Herbs

CARA-CARA

1. Potong doh kepada potongan kecil. Kemudian roll doh kecil tersebut sehingga menjadi panjang

2. Lilit sosej dengan doh yang di roll panjang tadi dan masuk ke dalam bekas kertas.

3. Spray sedikit air ke atas susunan doh, tutup bekas tersebut dan biarkan doh berehat seketika (proofing) dalam 15-20 minit. Masa ni doh akan mengembang 2 kali ganda.
Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej
Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej

4. Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan kemudian bakar doh selama 20-25 minit.

5. Apabila doh selesai di bakar, hias dengan sos cili, mayonis dan herbs. Sejukkan seketika sebelum dihidang.

Short Video Untuk Rujukan


A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on











Resipi Roti Sarang Lebah dan Roti Sosej Reviewed by Ana Suhana on March 06, 2018 Rating: 5

30 comments:

  1. Marsha pernah buat dulu ikut resepi gugel...kali ni nak try resepi ana pula.

    ReplyDelete
  2. Menariknya tengok roti sarang lebah ana tu..

    ReplyDelete
  3. adik akak pernh wat yg roti sarang lebah...suka tgk org buat roti...dapnye

    ReplyDelete
  4. bestnya.. roti kalo tangan ni keras kejung haa.. kalo donut ok sikit.. kena beli breadmaker ni sebab roti jenis main banyak uli.. tangan x sado =D..

    ReplyDelete
  5. Hana selalu jugak buat roti macam ni dengan Mama ^^ resipi Kak Ana macam extra sikitlah heheh thank you sudi kongsi resipi!! ^^ <3 nanti boleh buat experiment~

    ReplyDelete
  6. Rajin ana..lps ni tempah dgn ana je lah hehe..akk ni memanjang je buat buat busy

    ReplyDelete
  7. nmapk mcm senang, kalau zie yg buat mau jadi cekodok kang hahahaa

    ReplyDelete
  8. pernah buat sado tangan miza menguli hehe. Nak kena buat tabung breadmaker lepas ne

    ReplyDelete
  9. bestnya buat roti sendiri. Dah lama tak menguli ni. Tengah kumpul tabung breadmaker....sikit lagi...hehe

    ReplyDelete
  10. Akak suka nak belajar buat roti tapi tu la..tangan tak seni kan...bab masak lauk dah expert dah

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap roti sarang lebah tu, terliurnya husniey tak pernah rasa lagi.. 😂

    ReplyDelete
  12. gebunyaa.Sedap ni petangg petangg :p

    ReplyDelete
  13. Boleh PC cuba ni...terima kasih kak Ana kongsi resipi...

    ReplyDelete
  14. terliur pulak tengok gambar roti ni. kena cuba pulak rasanya lepas ni. hehe

    ReplyDelete
  15. Wow indahnya kejadiannya.. tentu rasany pun sesap

    ReplyDelete
  16. Nampak macam senang juga nak buat, boleh lah cuba nanti. Anak-anak Kak Sue suka juga makan roti, buat sendiri puashati ye Ana..

    ReplyDelete
  17. Nampak macam sedap, nanti kalau free boleh try buat kat rumah nanti...tq tuk resepi sis

    ReplyDelete
  18. Tak pernah buat dan makan pun..macam senang je.nak buat tu..Next weekend nak try jugak

    ReplyDelete
  19. Amboi pagi pagi dah lapar tengok roti segar dari oven

    ReplyDelete
  20. Bestnya buat roti. Resipi dah ada tapi tak tahu bila nak membuatnya. Rasa macam nak masuk kelas meroti jer.

    ReplyDelete
  21. tak pernah cuba lagi buat roti ni

    ReplyDelete
  22. Wah dah boleh meniaga nampaknya Ana hihi....
    Hakak suatu masa dulu, suka buat roti.... la ni sawan malas dah mai, tu yg jangankan roti, habuk roti pun tak de hihi

    ReplyDelete
  23. Nampak gebu dan sedap sangat roti kak Ana ni. Next time boleh lah try buat pulak :)

    ReplyDelete
  24. Roti sarang lebah tuh lagi lama uli lagi gebu kan

    ReplyDelete
  25. Ya ampun.. Terliur kita nengoknya.. Tq share resepi.. Feveret nie =)

    ReplyDelete
  26. Ya ampun.. Terliur kita nengoknya.. Tq share resepi.. Feveret nie =)

    ReplyDelete
  27. Bak cuba lah resepi menarik dia weekend ni. Mudah ja kan. xpayah beli kat luar dah.

    ReplyDelete
  28. best meroti ni, ana.
    save bajet.
    aida kalu menguli, setengah kilo.
    then buat la beberapa roti utk makan 2-3 hari.
    buat sendiri, kita tahu ketahanannya.
    ada member ofis aida, siap jual. memang ramai order.
    aida x la sampai menjual. makan sendiri aje.

    ReplyDelete
  29. ehemm nampak menyelerakan...
    singgap ke Season jugak jawabnye ni kang..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.