Makanan Halal di Medan Selera Sky Avenue Resorts World Genting Highlands | Assalamualaikum. Kalau semalam Ana dah share dengan korang tentang
Snow World dan Genting Bowl, so hari ni Ana nak share dengan korang tentang tempat makan pula. Ingat lagi 8 tahun lepas, kalau lapar dekat Genting ni pakat makan McD je. Tu pun harga boleh tahan mahal. Tapi itu cerita dulu. Sekarang ni dah senang nak cari makanan yang murah dan Makanana Halal di Medan Selera Sky Avenue Resorts World Genting. Macam-macam juadah dan menu yang sedap dan berpatutan dijual di sini.
|
Medan Selera Sky Avenue |
Makanan Halal di Medan Selera Sky Avenue Resorts World Genting Highlands
Korang perasan tak kalau kita berada di tempat sejuk perut kita akan cepat je rasa lapar? Ke Ana sorang je? Kisahnya masa ke Genting Ahad lepas, pukul 9 tu Ana dah breakfast agak berat juga lah. Makan bihun dan kuih. Lepas tu baru jalan sikit dah start rasa lapar. Tengok jam dah pukul 1. No wonder lah. Masa untuk cari nasi dah ni. Al-maklumlah sejenis perut Melayu nak juga cari nasi untuk lunch. Ade ke orang jual nasi dekat Genting ni? Haa ada lah kalau korang Makan-makan di Medan Selera Sky Avenue Resorts World Genting ni.
Medan Selera Sky Avenue di Resorts World Genting ni baru saja dibuka kepada orang pada Februari yang lepas. Ianya terletak di
LEVEL G SKY AVENUE MALL dan boleh
MEMUATKAN HAMPIR 270 - 350 ORANG pada satu-satu masa.
|
Medan Selera Sky Avenue |
Masa operasi Medan Selera ni pula bermula pada pukul
8 PAGI - 10 MALAM SETIAP HARI. Maknanya apa? Maknanya korang boleh lah brekafast, lunch dan dinner dekat sini je. Senang cerita kan. Takut muak?? Haa jangan jump into conclusion cepat sangat. Meh tengok menu apa yang ada dekat Medan Selera ni.
|
Medan Selera Sky Avenue |
Menu Popular Malaysia Pada Harga Murah
Istimewa tentang menu di sini ialah korang boleh pilih pelbagai jenis masakan di bawah 5 kaunter yang pastinya menawarkan masakan yang menjadi favorite kita semua. Menu-menu tersebut merupakan menu popular yang ada di seluruh Malaysia. Semua ada di sini. Jom tengok menu-menu yang ada.
1.
RICE & SPICE
|
Medan Selera Sky Avenue |
Di bawah kaunter Rice & Spice terdapat pelbagai menu nasi kegemaran kita semua. Antaranya ialah Nasi Lemak dengan Rendang Tok, Nasi Briyani dan Nasi Kandar Ayam Berempah. Suami Ana hari tu makan Nasi Kandar. Terangkat juga lah rasa dia sebabnya tu antara menu pilihan chef. Haruslah sedap kan.
|
Medan Selera Sky Avenue |
|
Medan Selera Sky Avenue |
|
Medan Selera Sky Avenue |
2. NOODLES
3. LAKSA
|
Medan Selera Sky Avenue |
Bersebelahan dengan kaunter Noodles ialah kaunter Laksa. Dekat sini korang boleh jumpa pelbagai jenis laksa popular yang ada dekat Malaysia ni. Antaranya ialah Laksa Johor, Laksa Kelantan, Asam Laksa dan juga Laksa Nyonya. Menarik kan?
|
Medan Selera Sky Avenue |
|
Medan Selera Sky Avenue |
|
Medan Selera Sky Avenue |
|
Medan Selera Sky Avenue |
4.
WESTERN ASIAN
|
Medan Selera Sky Avenue |
Bosan dengan menu tempatan? Jangan risau sebab dekat Kaunter Western Asian akan disajikan dengan makanan dari negara Arab. Semua dimasak dengan kasih sayang gitu. Dekat sini korang boleh pilih samada nak Shawarma Ayam atau Kambing, Grillef Chicken Shish Tawook and Kebab, Roasted Chicken Leg with Rice dan Seafood Rice. Menu Timur Tengah pun ada seperti Zaatar Manakich, Mohamara dab Cheese Bread.
|
Medan Selera Sky Avenue |
|
Medan Selera Sky Avenue |
|
Medan Selera Sky Avenue |
|
Medan Selera Sky Avenue |
|
Medan Selera Sky Avenue |
Masa dekat sini hari tu Ana amik Fish Fillet with Rice. Serius memang berbaloi. Portion punya lah banyak, lepas tu rasa pun sedap. Nasi yang dihidang ialah nasi arab. Ana beli juga Chicken Shawarma. Pun sama berbaloi. Fries dia pula terbaik.
|
Medan Selera Sky Avenue |
5. CRISPY CHIPS
|
Medan Selera Sky Avenue |
Kalau kata korang nak makanan selain dari nasi, korang boleh ke kaunter Crispy Chips ni. Dekat sini korang boleh jumpa menu popular Barat seperti Crispy Fried Chicken, Chicken Popcorn, Fish & Chips, Calamari Rings dan French Fries. Pilih je mana yang korang berkenan.
|
Medan Selera Sky Avenue |
|
Medan Selera Sky Avenue |
|
Medan Selera Sky Avenue |
|
Medan Selera Sky Avenue |
Macam Ana bagitau dekat atas tadi yang Medan Selera ni beroperasi seawal pukul 8 pagi. So korang boleh lah brekafast dekat sini. Istimewanya untuk breakfast, Medan Selera ni menawarkan
RM12 LIGHT BREAKFAST SET di mana korang boleh pilih samada nak makan
Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Mee Goreng, Nasi Goreng, Roti Telur, Roti John, Kari Ayam dengan Roti Puri atau banyak lagi. Set ni didatangkan sekali dengan air (panas/sejuk).
Kalau yang nak cepat tak nak makan lama-lama sangat korang boleh je grab makanan yang ada di kaunter
SALAD & DESSERT. Dekat sini ada pelbagai
salad, puddings, buah potong dan pencuci mulut seperti Som Som Gula Melaka, Sago Gula Melaka, Potato Samosa, Bahulu. Kuih Lapis Sarawak dan banyak lagi lah.
Menarik kan Medan Selera Sky Avenue ni. Macam-macam menu makanan tempatan dan Barat ada dekat sini. Akan datang akan ada banyak lagi menu akan di tambah untuk memberi lebih pilihan kepada pengunjung yang singgah ke sini. Tentang harga pula, korang jangan risau. Sebabnya masa Ana survey hari tu Ana tengok semua harga yang diletak sangat berpatutan. Bermula dari
RM15 hingga RM25. Senang cerita lebih kurang dengan harga kafe dekat KL ni. Sangat berbaloi dengan portion yang diberi. So selamat mencuba.
Baru ni ada pi. Tapi tak terjumpak pulak medan seleranya. Adoi... last-last turun balik then makan dekat GPO ja. makanan dalam gambaq ni pun best-best.
ReplyDeleteSebab kawasan atas lepaih sampai tu nampak macam dekat singapore pulak. Hehehe..
bestnye. ade byk makanan kt situ
ReplyDeleteAda terbaca pasal tempat ni semalam. Memang cool gila! Cantik, luas dan menunya pun banyak pilihan. Nanti kalau ke sini memang target nak cuba juga medan selera sky avenue ni! 😍
ReplyDeleteSenang kan dah ada tempat makan macam nie, tak risau dah kalau ke Genting..
ReplyDeleteWow! Boleh makan banyak makanan ni... Great to hv a nice medan selera like this.....
ReplyDeletemore new places to go and eat...
tak pernah lagi smpai ke food court ni, bila tengok ni macam2 jugak ada kan, tengok dari gambar-gambar tu semua pon macam menarik jee, macam sedap jee hehee, insyaAllah nanti if pergi sana lagi nak try lah makan kat food court dia tuu 😃
ReplyDeleteAlahaiii... Baru lepas makan dah lapar balik tengok makanan-makanan ni. Amboiii... Jauh nya dia makan.. hehehe... Dah lama tak naik Genting.
ReplyDeleteLama I tak pergi Genting. Nampaknya banyak perubahan sekarang dan ada food court lagi. Lain kali jikalau I pergi, pasti try makanan kat sini.
ReplyDeleteMenu dia semua nampak sedap memang kena plan trip to genting la lepas ni
ReplyDeleteKalau harga berbaloi memang ok sangat lah. Selalunya pergi Genting mesti banyak habis duit dekat makan sebab mahal.
ReplyDeleteMemudahkan ditambah dengan kepelbagaian menu yang memenuhi citarasa..
ReplyDeletebagusnya dah ada foodcourt...aritu pegi belum ada lagi...mmg susah sgt nak mkn kat genting dulu sebab semua tempat penuh saja..
ReplyDeleteBerpatutan juga harganya. Hari tu pergi genting, xjumpa pulak food court nie. Nk makan fast food ya Allah mahal sungguh. Lepas nie boleh lah makan kt sni kalau dtg sana
ReplyDeleteI haven tried this food court in Genting, last round I went it wasn't open yet, the crispy chips looks so good can't wait to have a bite!
ReplyDeleteWah! baguslah dah ada food court sekarang.
ReplyDeleteMrs.A pun dah lama tak gi GH.
Dulu susah nak cari makan kat sini terutamanya nasi kalau ada pun yang kat dalam hotel sejenis yang mahal hahaha...
Assalamualaikum Wrmbth, Salam blog walking dari Maznee sis ana suhana.
ReplyDeleteWAh jalan jalan pergi genting pula ya
YA ALLAH SEDAP2 NYA MAKANAN TU..KALAU RABIA ADA DEKAT SITU KAN.CONFIRM HABIS MAKANAN TU..
ReplyDeletekenapalah terscroll time malam malam ni😫 lapar lain mcm hahaha
ReplyDeleteWah..mmg byk pilihan..tak mcm dulu..ada jgk tgk vlogger yg lain tunjuk food court ni..nak ke sana bila la agaknya kan hehe sbb hilma nak naik tu agak ssh sikit sbb jalan dia yg buat pusing2 hahah
ReplyDeletekalau tempat sejuk dan banyak berjalan mesti lapar. anyway, makanan wester tu nampak sedap.
ReplyDeleteSebaiklah tadi dah melantak berpinggan-pinggan hahah kalau tak risiko besar tetiba mengidam hahah >_<
ReplyDelete.
Thanks for the nice review kak Ana ^_^
Wah lazatnye tgk udang melongkar gitu
ReplyDeleteWow dah ada medan selera kat atas sana senang lah nak cari makan hehehehe harga boleh tahan juga mampu untuk makan dan banyak pilihan...
ReplyDeleteMenarik Ana! Tempat dia pun luas, nampak selesa dan menu pun pelbagai. 1 stop centre untuk makan dari breakfast, lunch ngan dinner terus. Senang nak cari makan kalau sampai ke sini nanti :)
ReplyDeleteFuhh semua nampak sedap ni kak Ana. Terliur tengok. Hahah!
ReplyDeleteFuhh semua nampak sedap ni kak Ana. Terliur tengok. Hahah!
ReplyDeleteWahh dah ada medan selera ya kat sana. Tak pernah cuba lagi makan kat sini. Nanti naik ke sana sis nak try lah
ReplyDeleteWah...menarik.. Dah ada medan selera di Genting.. Masa pergi dulu xde pun lagi ni. Dah boleh cuba dah ni kalau ke sana..
ReplyDeleteTak tau pun ada medan selera kat sana hehe. sedpanyaa nasi kandar ketam tu huhu . sllu g sini makan kat tempat lain sbb tau kat sini ada meda slera hehe
ReplyDeleteSedapnya tengok makanan banyak-banyak tu. rasa lapar terus tauuu!!! Dah lama tak ke Genting. Tapi kalau sekarang ni musim cuti sekolah memang ramai sangat lah orang kan...
ReplyDeleteBetul tu. Waktu degree dlu, time winter je mesti jd gemok sbb perut lapa n keje asyik makan je. Haha. Btw menariknya tempat ni. Kalau pegi genting nanti nak singgah
ReplyDeleteSemua nampak sedap. Sampai tak tau nak pilih yang mana. Kalau pi genting sini memang fav place. Lagi pula waktu bulan puasa. huhuhu. semuanya nak ngap
ReplyDeleteI haven't given a go at the food court at Genting but it looks really good. Last I was there I didn't manage to check it out but will definitely do so the next time around.
ReplyDeletesedapnya laksa tu...klau liez g genting lagi nak mkn laksa tu la
ReplyDeletesejuk-sejuk dekat sky avenue tu mmg cpt laparkan naseb senang nak makan sebab banyak ada banyak pilihan dekat situ
ReplyDeletealahaiii dapnya kak anaaa.. tempatnya pun nmpak mewahh. suka tngok <3
ReplyDeletekat tempat sejuk ni mmg akan lapar sokmo...dh lama tak gi Genting...
ReplyDeleteNora tak jumpe pun tempat makan kalau naik Genting. Tak macam dulu mudah utk access. Tapi next time akan cari jugak sebab nampak menarik sangat.
ReplyDeleteperghhhh
ReplyDeleteseronoknya
saya juga tak dapat lagi pergi sana
Rendong tu Bonde Suka sangat he he he
ReplyDelete