Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur | Menu Popular Pasar Malam untuk Juadah Berbuka Puasa
Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur - Menu Popular Pasar Malam untuk Juadah Berbuka Puasa | Assalamualaikum. Sedar tak sedar lagi 2 bulan kita akan menyambut bulan Ramadhan. Dan kerana bulan puasa semakin mendekat, banyak hotel, resort dan restoran dah mula mempromosikan menu berbuka mereka. Dan baru-baru Ana berkesempatan ke Makan Kitchen untuk diperkenalkan dengan menu buka puasa mereka - Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur - Menu Popular Pasar Malam untuk Juadah Berbuka Puasa.
Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur | Menu Popular Pasar Malam untuk Juadah Berbuka Puasa
DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di Jalan Tun Razak dan berhubung dengan The Intermark. Terdapat beberapa restoran di dalam hotel ini dan salah satunya ialah Makan Kitchen. Untuk pengetahuan semua Makan Kitchen telah mendapat SIJIL HALAL JAKIM.
Untuk menu berbuka puasa tahun 2018 ini, Makan Kitchen akan membawakan tema BAZAR PASAR MALAM kepada para tetamu. Menu BAZAR PASAR MALAM ini diketengahkan kerana ianya amat dekat di hati rakyat Malaysia. Hampir kesemua menu yang ditonjolkan adalah menu popular di BAZAR PASAR MALAM dan berKONSEPKAN GERAI-GERAI.
Masakan Melayu - Resipi Ibunda
MASAKAN IBUNDA menjadi kekuatan dalam menu masakan Melayu di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur kali ini. Ini kerana ramai mempercayai bahawa masakan Ibunda adalah masakan dari resipi yang asli. Antara menu utama Masakan Ibunda ialah :
✅ Nasi Daging Berempah✅ Bubur Lambok Daging
✅ Gulai Ayam Pedas
✅ Rendang Peha Kambing
✅ Kambing Golek
✅ Ayam Percik
✅ Udang Harimau Masak Lemak Tempoyak
✅ Sotong Tumis Kunyit
✅ Labu Kuning Masak Lemak Putih
✅ Sup Kawah
✅ Ikan Bakar Daun Pisang
✅ Satay Bakar
Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur |
Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur |
Selain dari itu, pelbagai ANEKA KERABU dan ULAM-ULAMAN serta POPIA BASAH COUNTER dan NOODLE STATION turut dihidangkan.
Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur |
Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur |
Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur |
Masakan Cina - Oriental Chinese
Untuk masakan Cina, terdapat 6 KAUNTER pelbagai menu dibuka kepada para tetamu iaitu :
1. Heating Lamp Counter
✅ Honey BBQ Chicken
Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur |
2. Steamer Counter Yong Tau Foo
3. Hot Soup Counter
✅ Braised Seafood with Mix Mushroom Soup
✅ Double Boil Sweet Corn and Old Chicken Soup
Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur |
4. Hot Dishes Counter
✅ Chinese Style Noodle with Duck Meat and Prawn Vegetable
✅ Wok Fried Chicken Spicy Chilli
✅ Braised Mushroom with Beancurd and vegetables
✅ Wok Fried Salted Crab with Golden Garlic
Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur |
5. Hainamnese Chicken Rice Counter
6. Chinese Dessert Counter
Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur |
Masakan India - Spices of Indian
Masakan India akan menghidangkan menu-menu popular kaum India yang pastinya menjadi kegemaran semua rakyat Malaysia. Antara MENU UTAMA ISTIMEWA yang boleh dirasai oleh para tetamu ialah :
✅ Nasi Beriyani Ayam
✅ Kambing K Peratal
✅ Kari Ikan Kerala
✅ Wok Fried Dry Spicy Chicken✅ Sambar dan banyak lagi.
Terdapat juga HOT TANDOOR COUNTER, LOCAL INDIAN STREET CUISINE dan HEATING LAMP COUNTER yang pastinya menyajikan pelbagai masakan yang sedap dan menarik.
Pencuci Mulut dan Air
Untuk pencuci mulut, terdapat pelbagai manisan yang terdiri daripada kuih muih, kek, puding, pengat, air batu campur, buah-buahan dan juga aiskrim disediakan. Kaunter air pula terdiri daripada pelbagai air balang dan juga air panas (teh tarik dan nescafe).
Harga Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Minggu Pertama (17 Mei - 23 Mei 2018) RM148 nett
Minggu Kedua (24 Mei - 7 Jun 2018)
RM158 nett
Minggu Ketiga (8 Jun - 14 Jun 2018)
RM148 nett
Early Bird (15 April - 15 May 2018)
RM 128 nett
Untuk maklumat lanjut dan untuk menempah sila hubungi 03- 2172 7272.
Jom Makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur | Menu Popular Pasar Malam untuk Juadah Berbuka Puasa
Reviewed by Ana Suhana
on
March 20, 2018
Rating:
wow banyaknya makanan (^_^)
ReplyDeleteSyoknye, ada banyak menu makanan fav hendak dicuba! Nampak sedap-sedap semuanya... Nak srh bos belanjalah nanti
ReplyDeletebestnya ada banyak pilihan. Ramadhan is coming
ReplyDeleteBanyaknya makanan...akak percaya mesti ada banyak lagi kan..bagus konsep ni sebab mengangkat darjah makanan ala- ala pasar malam di hotel terkemuka..wah..berlumba2 diorang mana- mana hotel promosi pakej buka puasa diorang...
ReplyDeleteYa Allah.. meriahnya makanan berbuka di Double Tree Hotel tu Ana.. bayar lebih untuk pilihan yg banyak mcm ni memang puas hati..
ReplyDeletejap gi nak bisik kat Mr Hubby..mana tau ade rezeki dapat buka posa kat sini...hehehe
ReplyDeleteBanyaknya pilihan makanan. Semua sedap-sedap pulak tu. Mana tau ada rezeki berbuka kat sini nanti
ReplyDeleteNampak menarik ya makanan dia...sure sedap. Nanti2 bila free masa berbuka nanti boleh lah terjah makan kat sana
ReplyDeleteAduhhh i is kenot brain tgk semua mknan sedap2 tu... 😋😋😋
ReplyDeleteYa allah kak..sedapnya..kalau rabia makan semua ni..alamaknya tak bangun lah..heheh
ReplyDeleteSedap sedap semuanya :') tengah puasa dok pikior laa nak makan mcm2 nnti, bila dah berbuka, tak larat xD
ReplyDeletebnyaknya makanan, bnyak pilihan ni yg menarik
ReplyDeleteRambang mata nk mkn yg mn satu...tengok semua sedap
ReplyDeleteSemua nmpk sedap wehh! Teringin nk makan lepas baca entry ni. Huhu. Pilihan bnyk, harga boleh tahan. Kena betul betul lapar kalau nk pegi ni.
ReplyDeleteMenu bercirikan pasar malam? Wah ini sudah best...bercirikan pasar malam tapi masih elegan. Memang terasa macam makan makanan yang sedap2 di pasar malam
ReplyDeleteMacam-macam pilihan makanan ada kat sini kan,rambang mata tak tau nak makan yang mana dah.. ehehe..
ReplyDeletebagusnya konsep dia,, lain dari yg lain kan . makanan pun sedapnyaa
ReplyDeleteGeram pulak tengok pencuci mulut dan air tu...
ReplyDeleteMenarikkk.... macam sedap je semua
ReplyDeleteAla2 gerai la yg best ni
ReplyDeleteDah terasa kemeriahan nak berpuasa..
ReplyDeletewow sedap2 tu makanannya
ReplyDeletesiyes mmg nampak sedap - sedap menu kat sini
ReplyDeletemak aihhh..memacam ada..rambang mata kalau berbuka puasa kat sini..mau sendat perut..air kaler2 tu lagi...oemgeee...
ReplyDeletememang sedap especially crab dia...siapa yang nk kesini mmg kena kaki makan kiki
ReplyDeleteRamadhan memang meriah dengan kepelbagaian makanan. Memang seronok kan bila Ramadhan menjelang. Kita boleh ape sahaja citarasa yang kita inginkan. Yeah... Nyum3x.. Lapar pulak rasa..hehehe..
ReplyDeleteBestnya..banyak pilihan ni
ReplyDeletewah..menu makanan dia semuanya best-best..rambang pulak mata tengok nak pilih nak makan yang mana satu kan
ReplyDeletetgok makanan tetibe pewot bergendang gendut tali kecapi..
ReplyDeletehaha
Meriahnya menu buffet dia.. Geramm sangatlah husniey tengok ni.. 😍😍
ReplyDeleteMahu berjam jam ngadap makanan
Hana tak boleh lah tengok makanan T^T menderita segala usus perut ni heheheh :3 nice review kak Ana ^_^
ReplyDeleteterliur sgt tgk makanan
ReplyDeleteAllahu... Semua nya sedap-sedap. Kecur ailio tengok. Memang ternak lemak betul ni ☺
ReplyDeleteFuhh macam macam hidangan makanan ada. Semua nampak sedap pulak tu :)
ReplyDeleteMeriahnya makanan yang ada. Rambang mata dibuatnya. Rasa semua nak makan
ReplyDeleteWow, meriahnya makanan kak. Terliuq tengok.
ReplyDeleteNak booking cepat lah sebab nak rasa makanan kat Souble Tree by Hilton ni. Booking cepat dapat harga early bird kan.
ReplyDeletewww.liahasty.com
sedap2 nyaaa busyra tngokkk.. pilihan air pun bnykkk..
ReplyDelete