Early Dinner di Jibby East | KL East Gallery, Taman Melati


Early Dinner di Jibby East, KL East Gallery Taman Melati | Assalamualaikum. Kisah minggu lepas. Balik je dari event Kidzania, perut dah start berbunyi. Tengahari tu sempat lah jamah sizzling yee mee tapi menjelang petang dah lapar semula. Di sebabkan En Suami offer nak amik dekat LRT Gombak, Ana pun ajak lah dia dengan Syafi untuk Early Dinner di Jibby East, KL East Gallery Taman Melati.
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Early Dinner di Jibby East, KL East Gallery Taman Melati

Dah lama sebenarnya Ana plan nak try makan dekat Jibby East ni . Siap plan nak celebrate besday En Suami dekat sini tahun lepas. Tapi masa tu was was halal ke tak kafe ni kan. Dan baru-baru ni bila Ana dijemput untuk perasmian produk terbaru Umairah Uzma di Jibby East dan para tetamu dihidang dengan beberapa menu di sana, baru Ana tau kafe ni halal. Tiada menu alkohol dan pork. Dan pekerja kebanyakan beragama Islam.

So petang tu Ana bertiga ke sana. Masa tu takde orang sangat. Ada lah dalam 3 meja termasuk anak Datuk K. Tak ingat siapa nama dia. Tapi walau takde orang, kebanyakan meja dah ada tanda reserve. Hanya tinggal 1-2 meja je yang kosong. So kalau korang nak makan dekat sini especially malam better call and make reservation.

Menu dekat sini tak banyak pun dan kebanyakannya menu western lah for sure. Menu Asia macam nasi goreng pun ada tapi terhad pada beberapa menu saja. Tapi kalau setakat nak mencuba sesuatu yang baru boleh lah try dekat Jibby East ni.

Sphageti Carbonara - RM32
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Bila dah tak tau nak order apa yang boleh dikongsi berdua dengan Syafi, sphageti carbonara jadi pilihan. Memula nak order aglio olio tapi pedas sikit katanya so tak jadi. Terpaksa lah onde mengalah order yang ni. Harga nampak mahal kan tapi berbaloi dengan size dan rasa dia. Punya lah banyak chicken slice, mushroom dan isi ayam dalam kuah tu. Sampai tak habis Ana nak makan semua tu especially isi ayam. Kuah carbonara tu pula sangat creamy. Agak memuakkan dan confirm cepat kenyang. Untuk size macam ni bagi Ana boleh makan untuk 2 orang.
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Jibby East Platter - RM35
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Nasi yang dihidang untuk menu ni ialah nasi halia.  So memang terasa lah halia dekat nasi tu. Walau Ana ni bukan sejenis yang suka makan halia tapi nasi ni Ana boleh makan sebab sekali rasa macam nasi dagang pun ada. Tak kuat sangat rasa halia tu. Lauk yang dihidang ada ayam goreng, sambal udang, telur mata dan acar sayur. Semua tu kena dengan selera En Suami. Ni complaint at all. Memang kenyang teruk lepas tu. Sampai ke malam tak makan apa dah.

Coconut Aloha - RM22 / Fries - RM8
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Air ni memang sangat mahal bagi Ana tapi sesekali nak rasa kan. Hehe. Memang lah sedap rasa air kelapa tu bila di blend sekali dengan isi dia. Lepas tu ada pula aiskrim vanila dan buah laici. Pelbagai rasa dalam satu buah kelapa tu. Syafi yang paling melazat. Geram je tengok. Tak segan silu pula tu dok hirup air tu sampai kering. Masa order bukan main poyo order ice lemon tea dia tu. Siap request french fries lagi. Nyampah!!!
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Overall Ana memang puas hati dengan makanan yang Ana order tu. Next time nak cuba order pizza dia pula sebab ramai kata sedap. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih lagi. Layanan pekerja dekat situ pun terbaik. Peramah dan masa kita masuk pun kita di alu-alukan dengan ucapan selamat datang. Keadaan kafe pun tersusun, bersih, selesa dan nampak eksklusif. Sesuai sangat kalau nak buat besday celebration dekat sini. Cuma bab harga agak pricey but its worth with the size and taste of the menu. Sekali sekala boleh lah kan. Kalau selalu botak wallet nak oi. Hehe.
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati
Jibby East, KL East Gallery Taman Melati

Jibby East,
Sunway Montana (U/C)
53100 KL

Waktu Operasi
10.30 pagi - 10.30 malam
(Setiap Hari)

Telefon :
03- 4162 8050








Early Dinner di Jibby East | KL East Gallery, Taman Melati Reviewed by Ana Suhana on March 12, 2018 Rating: 5

31 comments:

  1. cantiknya backdrop first picture tu! Nice suggestion kak ana, nanti boleh la celebrate birthday dekat situ :D

    ReplyDelete
  2. tk pernh smp lg....dkt je...kt area subang pn ada juba jibby & co tp xpernh smp juga hehe

    ReplyDelete
  3. Cantiknya tempat dia.. Carbonara tu nampak mengancam..

    ReplyDelete
  4. sekali sekala ok kot sesuai kalau nak buat suprise birthday ne

    ReplyDelete
  5. Birthday treat ni konfem mesti nak yg lain dr yg lain kan..janji semua happy

    ReplyDelete
  6. Makanan die memang sedap2 kan.. LeYa pun suka

    ReplyDelete
  7. Terliur tgk semua makanan nih Ana..adoiii

    ReplyDelete
  8. Singgah blog walking sis ana. Cantik tempat makan tu

    ReplyDelete
  9. selepas hadir hari pelancaran produk umairah uzma, baru tahu adanya jibby east Kl ni...nampak makanan semua sedap..bolehlah pergi try nanti.

    ReplyDelete
  10. Tempat nya nampak menarik sis...Boleh cuba kalau berkesempatan turun KL nanti

    ReplyDelete
  11. Cantik jugak cafe dia.portion pun nampak banyak sesuai la nak celebrate special day

    ReplyDelete
  12. Harga selayaknya rasa dan kuantiti...sesekali ok kan kak...memang nampak cantik la kak tempat ni...

    ReplyDelete
  13. Environment dia ok akak suka sbb cozy..makanan agak pricey tp worth it x pe..biasa akak makan kat Jibby & Co Bangsar boss blanje so mmg makan tanpa segan silu la..kalau ada special occasion maybe boleh makan kat sini plak..bday cik abe akak 11hb akak x sambut lagi..nanti sambut belated je

    ReplyDelete
  14. Cantik la cafe ni. Tak pernah pegi lagi...

    ReplyDelete
  15. Harga boleh tahan, kalau kena dengan rasa mmg berbaloi sgt.. Menarik sgt makanan tu terliur

    ReplyDelete
  16. coconut aloha tu nampak sedap.. TB tak pernah pi makan kat Jibby East, KL East Gallery Taman Melati ni lagi walaupun agak dekat jugak lokasinya dengan rumah

    ReplyDelete
  17. Lama tak makan sphageti huhu >_< maka Hana pun terjeles tanpa sengaja hahah :3

    ReplyDelete
  18. Tempat pun nmpk exclusive ana.. Haha.. Ni kena menabung dulu kalau nk makan kat situ.. Haha

    ReplyDelete
  19. Menu yang ana order nampak sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete
  20. Kalau tengok harga dan portion makanan tu memang rasa berbaloi

    ReplyDelete
  21. Tengok first gambar, terus tergelak tengok Syafi. Muka dia tu mahal betul. Haha
    Design restoran cantik sangat. Nampak mewah!! Makanan takyah cakaplah kan. Menggiurkan macam biasa. Hehe <3

    ReplyDelete
  22. Wahh...sempat repeat makan sekali lagi di sini ye..

    ReplyDelete
  23. Cantik background Jibby tu. Decoration pon cantik. Makanan nampak sedap.

    ReplyDelete
  24. Menarik tempat nie Ana, makanan pun nampak sedap. Ada rezeki boleh Kak Sue cuba juga nanti kat sini..

    ReplyDelete
  25. liez dh 3 kali dine-in dekat Jibby East. alhamdulillah foods dia tak mengecewakan.. portion pun besar harga affordable juga..kena try pizza atau fish and chips dia mmg terbaik

    ReplyDelete
  26. mmg food dia sedapp...mmg kelaut la diet kalau ke sini..hehe

    ReplyDelete
  27. jibby east tu pm punya ke hehehhe opsss

    ReplyDelete
  28. Sedapnya makan kat situ. Nak cuba lah lepas ni Kat Jibby East kalau singgah KL.

    ReplyDelete
  29. Dekat dengan rumah tapi tak pernah singgah. Tapi bagus la portion dia besarrrr

    ReplyDelete
  30. amboiii syafi bergaya sungguh.. hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.