Cheesy Cheese vs Classic Original Kek Span Oree
Cheesy Cheese vs Classic Original Kek Span Oree | Assalamualaikum. Korang suka makan kek span? Kalau Ana, Ana memang minat sangat makan kek tapi kalau kek span, Ana suka kalau kek span tu lembut dan gebu. Ingat lagi masa dulu-dulu setiap kali pergi kedai kek, kek span yang dijual ada satu jenis je. Tapi sekarang dah ada banyak flavor. Salah satunya ialah Cheesy Cheese vs Classic Original Kek Span Oree ni.
Cheesy Cheese vs Classic Original Kek Span Oree
Kisahnya lepas lunch di restoran Sepiring dekat Sunway Putra Mall, kitorang jalan-jalan nak cari something nak bawa ke rumah mama. Masa tengah jalan tu tetiba terbau satu bau yang punyalah sedap. Terus ajak En Suami tengok apa yang semerbak bau dia tu. Bila dah dekat kitorang nampak ada satu kiosk baru dekat depan tu - Kek Span Oree. Tengok packaging dia macam comel je, memang sesuai sangat lah nak bawa ke rumah mama. Kata nak jadi menantu solehah kan. Haha.
Kek Span Oree ni ada 3 flavor macam yang korang boleh tengok dekat gambar atas tu - Classic Original , Cheesy Cheese dan Sticky Chocolate. So hari tu Ana beli 1 Cheesy Cheese dan 2 Classic Original.
Sebagai seorang yang meminati sejenis cheese cake, so Ana try test Cheesy Cheese dulu. Kalau tengok pada gambar ni cheese di letak di bahagian bawah kek. Kira macam ada satu layer cheese lah dalam kek span Cheesy Cheese ni.
Nak potong kek span ni mudah je sebab dah ada macam garisan atas kek tu. Pisau kek pun disediakan. Memandangkan kek span tu lembut dan gebu so senang sangat lah nak memotongnya tu. Takde istilah kek bersepah lepas potong tu sebab tekstur dia cantik je. Rasa dia? Sebijik macam kek span makan dengan Cheesedale. Siapa suka Cheesedale mesti suka Cheesy Cheese ni. Tapi boleh jadi muak kalau makan banyak. So tips dia potong nipis-nipis. Reverse phsycology orang kata. Hehe.
Manakala untuk Classic Original, adik ipar Ana kata sedap. Tapi bagi Ana, Classic Original ni sedap kalau makan bersama dengan air kopi atau air teh o masa minum petang dekat pangkin luar rumah. Cewah. Kalau makan macam tu rasa dia macam kosong. Ayah Ana pun tak berapa nak gemar. Selalu kalau kek lembut-lembut macam tu dia nombor satu yang suka tapi bukan Kek Span Oree ni. Tapi kalau Cheesy Cheese kemungkinan dia akan suka. Next time nak try Sticky Chocolate pula.
Overall untuk Cheesy Cheeze tu memang Ana suka lah. Walaubagaimanapun, kedua-dua kek Span Oree ni memang tak dinafikan yang kek dia sangat lembut dan tekstur kek pun kemas. Sesuai nak dijadikan buah tangan sebab packaging dia comel. Harga pula maybe macam agak mahal tapi bagi Ana kalau nak mencuba ni masih berbaloi. Selamat mencuba korang.
Sebagai seorang yang meminati sejenis cheese cake, so Ana try test Cheesy Cheese dulu. Kalau tengok pada gambar ni cheese di letak di bahagian bawah kek. Kira macam ada satu layer cheese lah dalam kek span Cheesy Cheese ni.
Kek Span Oree |
Kek Span Oree |
Kek Span Oree |
Cheesy Cheese vs Classic Original Kek Span Oree
Reviewed by Ana Suhana
on
March 14, 2018
Rating:
owhhh nampak macam gebu kek tu
ReplyDeleteAkak suka kek ni..sila kan Ana buatkan utk akak..dengarnya ana tengah gigih belajar buar kek kan..haha
ReplyDeletenmpk geboooo tuuuu
ReplyDeletelina suka yg original classic...
ReplyDeleteYeah.. LeYa memang lah peminat kek.. Lagi2 kek spa yang gebu gebas ni.. Huwaaaa...macam dah lama pulak rasanya tak makan kek span ni.. Okay...misi mencari dan membeli..hehe..
ReplyDeletesedapnya kakak...terliur
ReplyDeletesedap..
ReplyDeletethis looks really good and fluffy, would definitely give it a try someday. Passed by the shop a couple of times, usually there is a queue
ReplyDeletegebonya cheese tu jugak yang paling tertarik
ReplyDeleteaduhai..mana nak cari dekat johor ni..kena ke sunway putra mall lah nampak gayanya ni :)
ReplyDeletesedapnya..ada cheese pulak tu..memang rasa nak beli je ni
ReplyDeletesedap kek ni, haritu kak ipar shu ada belikan, sedap! yang penting tak muak
ReplyDeleteterliurnya tengok kek span cheese ni kak anaaa!!!
ReplyDeleteTerliur tgk kek span oree tu..lama x mkn cheese kek haha..
ReplyDeleteternyata sangat menyelerakan...
ReplyDeletekalau dapat isteri pandai buat..
Fuh !..
bertuah sungguh badan ini ..
hahahaha
Alahaiii mengidam lagi hahah :3 nice review kak Ana ^_^
ReplyDeleteBaca kat sini tapi aroma kek tu rasa dah menusuk dalam hidung...hikhikhik
ReplyDeletealahai sedapnya utk minum waktu petang dgn secawan nescafe tarik..hehe
ReplyDeleteKak Sue pun suka kek span Ana..
ReplyDeleteMarsha pun suka kek span gini. Mesti suka yang coklat punya..hihi
ReplyDeleteMemnag sesuai buat buah tangan.. Packaging dia comel amat..
ReplyDeleteWah..nampak sedap! Takpe nanti kita buat versi diri sendiri, nak pergi sana jauh sangat kan
ReplyDeleteDekat Aeon sini ada outlet dia Ana.kalau singgah Mimi lalu je..tak oernah nak try pun.hahaha
ReplyDeleteuzu lagi suka cheesy cheese heheh
ReplyDeleteyummynya lelagi nampak nampak cheese cair2 tu
ReplyDeleteSedao nye tengok kek, nampak gebu dan sedap. Memang terliur dah ni.
ReplyDeletewww.liahasty.com
mak oi.. kalau part gambo makanan,
ReplyDeletememang tak boleh tahan.. nampak betul gebunya....
dapnyaaa... apa yg penting tntang kek ni, kalau lembut tu mmg sedap la dek tekak.. puas hati makan kan kak ana.
ReplyDeleteBerapa lama kek tu boleh tahan room temperature????
ReplyDeleteBased on experience saya, 2 hari tu masih ok. Cuma yang cheese tu better makan dalam sehari.
DeleteAssalam. Actually siapa sebenarnya owner kek span oree ni, org melayu Islam atau bukan Islam
ReplyDeleteMcm mana Nak cari yg jual kek span nie.. Ada x tempat ya atau boleh tempah...
ReplyDeleteYang ni saya beli di kiosk dalam Melawati Mall. Tapi kalau nak tempah kek span, di area Selayang ada. Gerobok kek pejol fb dia.
Delete