Brunch di Kafe Sakura Kristal Setapak Central


Brunch di Kafe Sakura Kristal Setapak Central | Assalamualaikum. Cerita hari tu sebelum ke majlis perasmian Umairah Uzma, Ana sempat ke Setapak Central kononnya nak cari baju keje En Suami. Alang-alang sampai tu perut memasing dah lapar jadi kami decide untuk Brunch di Kafe Sakura Kristal Setapak Central.
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Brunch di Kafe Sakura Kristal Setapak Central

Dulu masa keje di Taman Danau Kota selalu lah juga makan dekat Sakura Kristal ni dengan geng-geng office. Last makan dekat sini adalah dalam 4 tahun lepas.  Memang lama sangat. Tapi dalam tempoh tu ada je Ana makan dekat restoran under syarikat Sakura Kristal ni iaitu Makan Culture di Melawati Mall. Pun puas hati juga. 

Sebab lapar sangat katanya,  hari tu kami order sorang satu menu. Selalu 2 menu je kan sebab Ana akan share dengan Syafi. Syafi lah paling beria kata lapar. End up makan tak lah banyak mana. Nyampah.....selamat sayang. Hehe. 

Menu 1 : Char Kuew Teow - RM11.00
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Char kuew teow ni kononnya untuk budak bijak tu. Last-last dia belot makan nasi En Suami. Kecik besar kecik besar je Ana nampak dia. Last-last Ana kena kongsi berdua dengan En Suami. Selamat sedap dan kena dengan selera kitorang. Lagi-lagi makan dengan cili potong, memang padu. Cuma char kuew teow dia tak basah. Lebih macam kuew teow goreng je. Ana prefer yang basah lagi. Tapi overall sedap je.

Menu 2 : Chicken Teriyaki - RM22.00
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Yang ni menu Ana yang punya. Konon nak makan yang light je sekali hamek. Chicken chop dengan kuew teow sekali jalan. Ana suka chicken chop ni sebab kuah teriyaki dia lain dari yang lain. Kuah dia rasa manis-manis wangi. Memang sedap bagi tekak Ana. Mash potato dia pun sama sedap.  Lembut dan tekstur pun licin je.

Menu 3 : The Indon Treasure - RM13
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Pic : GoMakan
The Indon Treasure a.k.a nasi goreng ala indon style. Nampak macam pedas tapi tak sebab Syafi yang paling beria makan. Selalu kalau pedas dia tak kan makan. Nasi goreng tu di datangkan sekali dengan ayam goreng, papadom dan sayur. En Suami kata not bad rasa dia. Gambar pinjam gambar GoMakan. Geram pula bila tengok gambar nasi goteng ni takde dalam HP padala banyak kot Ana amik. Aishh.

Menu 4 : Banana Sundae - RM9
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Saja order ni in case budak kecik tu tak makan banyak so at least ada lah sebiji pisang untuk dia makan. Ingatkan dah makan nasi dah kenyang. Rupanya tak. Habis semangkuk banana sundae ni dia bedal. Ana dapat makan aisrkrim coklat je. Sabar je lah.

Kafe Sakura Kristal ni memang selesa kalau nak lepak dan makan-makan. Service pun agak cepat. Menu makanan pula pelbagai - ada western, ada local menu dan banyak lagi. Bab harga maybe ada yang agak mahal so kena pandai pilih menu untuk nampal berbaloi.  Tapi bagi Ana ok je harga tu. Memandangkan Ana dah banyak kali ke sini tu dah menunjukkan yang Ana memang suka rasa masakan dekat sini. In fact ex-colleague pun suka lepak makan dekat sini. So korang kalau ke Setapak Central dan plan nak makan dekat sini boleh lah Cuba makanan yang ada di Kafe Sakura Kristal ni. InsyaAllah puas hati. Selamat mencuba.

Brunch di Kafe Sakura Kristal Setapak Central Reviewed by Ana Suhana on March 27, 2018 Rating: 5

18 comments:

  1. Banana Sundae tu...woiiit kecur rasa...PC pun bila dah serasi dengan satu-satu tempat makan tu...dan menunya ok...akan ke situ je...

    ReplyDelete
  2. Asyik mengidam ja bila singgah blog awesome kak Ana ni hehe >_<
    .
    Thanks for the nice review kak Ana <3

    ReplyDelete
  3. Selalu gak jumpa resto Sakura Kristal ni tp x pernah nak cuba. Banana split tu nampak sedap sangat. Memang fav anak-anak I. Leh cuba nanti ni..

    ReplyDelete
  4. Awwwww sedapnya Banana Sundae tu... Menu pun menarik.. Sakura Kristal dah lama tak pegi tapi selalu mkn western jerk.

    ReplyDelete
  5. western dia nampak not bad jugak kan...Banana sundae tu rugi kalau tak habiskan...hehe

    ReplyDelete
  6. puas la syafi dapt makan ice crem..

    ReplyDelete
  7. sedapnyer chiken teriyaki tu....untung ana selalu jalan2 cari makan hihi...

    ReplyDelete
  8. tak tahan tengok semua menu fav lak tu huhu

    ReplyDelete
  9. Isk2 mgoda tekak betul arr gegambar mknan ni. I is kenot tahan, terus esok rasa nak cari western food 😜😜😜

    ReplyDelete
  10. makanan semua nampak sedaplah Ana oiiii lapar pulak perut ni haaa. kuih tiow tu mkn ngan cili jeruk sedapnye!

    ReplyDelete
  11. chicken chop dia menggodaaaaa... hehehe

    ReplyDelete
  12. next trip ke Setapak Central boleh la nak try..selalu makan kat Sakura Kristal Melawati jer..

    ReplyDelete
  13. Sedappp, ada satu lagi cawangan kat melawati mall, dah pernah cuba memang sesedap hidangan dorg

    www.cikza.com

    ReplyDelete
  14. Nampak macam sedap je Chicken Teriyaki dan char kuey teow tu Ana, yummss.. Haha pandai Syafi membelot makan makanan daddy dia pulak 😂

    ReplyDelete
  15. wahhh sedap nampak kueytiow goreng tu..

    ReplyDelete
  16. Selamat pagi rabu sis ana. Memang anak ni suka makan makan kat luar. Kena jaga makan juga sebab makanan kat luar banyak perisa tambahan

    ReplyDelete
  17. Auch banana sundae tu time malam camni nampak menyelerakan betul :p

    ReplyDelete
  18. Wah menu yang ana order semua nampak sedap sedap

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.