Berbuka Puasa Dengan Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang
Berbuka Puasa Dengan Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang | Assalamualaikum. Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Dan banyak antara kita dah mula merancang untuk berbuka beramai-ramai dengan ahli keluarga dan rakan taulan. Tidak kurang juga para majikan yang ingin menghargai jasa pekerja dengan mengadakan majlis iftar bersama sambil mengukuhkan ukhwah. Kalau masih takde idea nak berbuka di mana, Ana cadangkan korang untuk Berbuka Puasa Dengan Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang.
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang |
Berbuka Puasa Dengan Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang
Selasa baru-baru ini, Ana dan Syafi berpeluang untuk menghadiri sesi media review untuk menu Berbuka Puasa Dengan Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang. Menurut Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang iaitu Encik Mashor Din, tema Buffet Aneka Selera dipilih pada tahun di mana semua orang boleh menikmati hidangan utama dan pencuci mulut yang lazat dari barisan buffet yang dihidangkan.
Untuk Buffet Aneka Selera ini, pelbagai MENU TRADISI dan MENU TEMPATAN yang pastinya enak bakal disajikan kepada para tetamu sepanjang bulan Ramadan nanti. Menurut Chef Eksekutif Royale Chulan Bukit Bintang; Raja Kamaroszaman antara MENU ISTIMEWA yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadan nanti ialah Rendang Itik, Nasi Arab, Kambing Golek, Gulai Kawah dan Bubur Lambuk.
Selain dari itu, pihak hotel turut menyediakan ruang solat yang selesa untuk para tetamu menunaikan solat.
Menu Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang
APPERTIZER
Acar Rampai, Kerabu Taugeh, Kerabu Ulam, Kerabu Ayam, Kerabu Mangga, Telur Masin, Puyuh Goreng Rempah, Ulam-ulaman Tempatan, Aneka Jenis Keropok, Aneka Jeruk, Ikan Masin
Sambal Belacan, Sambal Ikan Bilis, Sambal Tempoyak, Sambal Cili Hijau, Sambal Kelapa, Air Assan, Sambal Kicap, Budu, Cincalok
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang |
SUP
Sup Tulang Rawan bersama Serunding Daging, Serunding Ikan, Roti Benggali, Mee Hoon Kuning
STALL 1
Bubur Lambuk
STALL 2
Pulut Kuning
Gulai Kawah
Rendang Itik
STALL 3
Kambing Golek dengan Sayur Butter
Nasi Arab
MENU UTAMA
Labu Masak Lemak Putih Udang Kering👆
PENCUCI MULUT
Cheeser Tart, Cream Caramel, Sago Gula Melaka, Assorted Pudding, Assorted French Pastries, Assorted Malay Pastries, Fruit Tart, Cream Puff
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang |
Aneka Biskut Raya, Dodol, Buah Kurma, Rempeyek, Bahulu, Serawa Durian
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang |
Selain menghidangkan pelbagai menu di atas, sepanjang bulan Ramadan ini, Royale Chulan Bukit Bintang akan melancarkan SUMBANGAN RAMADHAN - KASIH RAMADHAN. Tahun ini adalah tahun ke-4 program ini di jalankan dan ianya merupakan sebahagian dari aktiviti CSR hotel. Sumbangan adalah dari pekerja hotel sendiri dan juga dari para tetamu hotel sebanyak RM10 seorang. Semua hasil sumbangan akan diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Shifa.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Delia Zamir di talian 016-2167480 atau emel ke delia@royalechulan-bukitbintang.com.
BUFFET ANEKA SELERA
SUNFLOWERS BRASSERIE
SUNFLOWERS BRASSERIE
ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG
7 PETANG - 10 MALAM
HARGA :
16 MEI - 14 JUN 2018
DEWASA : RM98
KANAK-KANAK / WARGA EMAS : RM60
HARGA PROMOSI:
16 MEI - 20 MEI 2018
DEWASA : RM78
KANAK-KANAK / WARGA EMAS : RM60
Berbuka Puasa Dengan Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang
Reviewed by Ana Suhana
on
March 29, 2018
Rating:
Diam tak diam dah nak puasa kan kak Ana....Allahu..buffet ramadhan ni bagus..memberi ruang dan peluang sekeluarga berbuka bersama-sama..kemudian terus bertarawih bersama-sama..bab pencuci mulut tu...memang best...
ReplyDeleteAllahu sedap pulak nampak betik tu.. selalu biasa2 je.. hahaha
ReplyDeleteMeriahnyaaa..rambang matalahhh...
ReplyDeleteKalau akak mesti makan yang menu Kerabu tu. Lepas tu telan buat yang beraneka. Harganya rm98. Wow
ReplyDeleteSangat meriah... Menjelang bulan Ramadhan... banyaklah makanan dihidang.. Hehehe..
ReplyDeleteBagai terasa-terasa bahang ramadhan dah...sana sini dah hebat buat promosi Iftar kan..untuk company dan persendirian boleh la rancang sessi berbuka dengan staff dan orang tersayang di sini..cepat- cepat booking
ReplyDeletewow .banyaknya makanan.(^_^).
ReplyDeletemakanan semua sedap kan...harga pun oklah..berpatutan..puas makan
ReplyDeleteBulan puasa dah dekat, ramai yang puasa ganti. Boleh lah buka puasa di sini
ReplyDeletesedap-sedap segala menu yang ada.
ReplyDeleteYa Allah sedapnyaaa.. rindu Malaysiaa..TT
ReplyDeletewah dah nak dekat puasa dah ni, nak kena ganti puasa lagi 3 hari ! huuu, nasi hujan panas tu nampak sangat menyelerakan, time untuk makan huu ! ;)
ReplyDeleteBahang Ramadhan kian terasa. Banyak menu menarik
ReplyDeleteRoyal Chulan pun not bad makanan dia kan. Sedap² belaka. Tak sabar nak menanti Ramadhan.
ReplyDeleteBestnya makan-makan lagi. Semuanya sedap-sedap. Mampu tengok jer lah. Nak puasa dah tak lama lagi kan.
ReplyDeletebestnya makan2 semua menu nampak sedap dan menyelerakan tu
ReplyDeleteMeriah nya makanan kt buffet ni , mau rambang mata klu ty nk pilih.
ReplyDeleteKak Sue paling suka sup kat sini, sedap..
ReplyDeleteBoleh tahan harga kat Royal Chulan hotel ni..makanan pon banyak..buffet ramadhan wajib makn kambing golek tu..sedap oo..
ReplyDeleteThe dessert looks nice and delicious. Will book a table to have it with my children during this Ramadhan to try it out.
ReplyDeletelapar terus tengok buffet dia macam2 makanan nanti boleh la ajak husband makan sni
ReplyDeletefuyoo time bukan bulan puasa pn dah terliur bagai lagilah kalau bulan puasa ni mmg tak tahan la tgk makanan semua sedap2
ReplyDeleteya allah sedapnya makanan tu.terliur dh ni
ReplyDeletePelbagai juada disajikan di sini ya. Memang kenyang lah berbuka di sini. Harga pon berpatutan. Bawah seratus okay lah. Xde lh rasa “berat” sgt. Kira berbuka sambil menderma. Wahh ! Tambah2 menderma pd bulan ramadhan, berlipat-lipat ganda lab pahala nanti insyaAllah
ReplyDeleteSekarang ni tengah sibuk semua hotel buat promosi untuk buka puasa hehehe awal betulkan. Tapi tengok makanan kat sini menyelerakan juga boleh lah ajak rakan office pergi.
ReplyDeletePart berbuka di hotel ni mmg bertambah2 sbb menu dia sedap2
ReplyDeleteMenu dia sangat pelbagai dan sedap-sedap pula tu
ReplyDeleteSedapnyaaaaa >_< patutkah Hana makan skrin laptop hahaha *gurau ja :3
ReplyDelete.
Thanks for the review kak Ana <3
Eh harga masih dibawah seratus. Macam tak percaya pulak sebba perasan mostly buffet ramadhan tahun ni lebih dari seratus harganya. Jarang jumpa yg bawah 100
ReplyDeleteFuhh..belum puasa pun dah rambang nak pilih menu..ce time puasa nti..hehehe
ReplyDeleteThe colorful desserts caught my attention. I think this is a good place for buka puasa, will let friends know.
ReplyDeleteFuhhh lagi beberapa bulan je nak masuk bulan puasa. Best sungguh. Ruby anak kecil lg dua tiga tahun ni. Jarang dah berbuka di hotel. Sekarang Adam dah besar. InsyaAllah plan berbuka di sini. Hehe
ReplyDeleteThis is a huge feast. Seronok kot tengok lauk pauk Yang pelbagai camni. Nyesal baca pagi pagi. Lapar dah . Hehehe
ReplyDeleteni kalau tengok entry ni masa bulan puasa, lagilah seksa..haha..nampak sedap semua menu do royale chulan BB..tapi nak kena sana, agak jauh gk ni
ReplyDeleteif i remember correctly i did visit here a few times...should visit again for this ramadhan....loving their wide range of food selection.
ReplyDeleteSesap sedap memu yang ada. Tapi Mimi aim.bubur lambuk tuh hah..Nampak sedap..hehehe
ReplyDeleteCantik gambar.. guna kamera apa nie? jeles tengok... eh terliur tengok ;)
ReplyDeletemenu sedap sedap wakk hehhee
ReplyDeleteMengancam jiwa tengok makanan ni,dengan pakej yang murah,sangatlah berbaloi
ReplyDeleteTahun ni makanan dia serius sedap-sedap. Sis asyik terbayang-bayang je kambing dia tu..sedap yang amat, 3 kali sis ulang makan..hehehe
ReplyDeleteTerliur kak tgk makanan dia, semua sedap2.
ReplyDeleteMenariknya menu2 dia..
ReplyDeleteThe setting remind me of traditional Malay cooking in Kampung. I miss the food so much. Now I can enjoy it at Royale Chulan. The food looks so tempting.
ReplyDeletedia ketengahkan makanan kampung which is great! Happy sangat tengok apalagi kalau makan :D
ReplyDeleteMenu sambal, kambing, ayam, nasi semua sedap lah. terliur dah ni. nak juga rasa!
ReplyDeletewww.liahasty.com