Majlis Ulang Tahun Kelahiran Syafi Yang Ke-4 | Assalamualaikum. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Sabtu lepas genap Syafi 4 tahun. Kejap sangat masa berjalan. Rasa macam baru je bersalin kan Syafi. Nak throwback jap lah kenangan bersalinkan Syafi.
Ingat lagi 2 hari sebelum bersalin masa tengah bangun tidur perasan baju tidur basah. Cuak dah masa tu sebab ingat air ketuban dah pecah. Tapi takde rasa sakit pun. Masa tu dah lewat 5 hari dari EDD. Sampai hospital harus kena seluk nak check bukaan. Tapi doktor tu macam sure tak sure. Panggil doktor senior recheck. Confirm takde bukaan lagi. Maybe hanya leaking je pagi tu. First time lah merasa kena seluk. Doktor pertama tu buat tak sakit pun tapi doktor senior tu buat terasa juga. Balik dari hospital masih terasa rasa kena seluk tu. Dan Ana perasan dah start keluar lendir kecoklatan. Esoknya sempat lagi shopping siang hari dan malam tu sempat juga pergi makan malam. Masul je tengah malam dah start rasa sakit setiap 5 minit. Memang tak boleh tido. Pagi esok lepas solat terus siap-siap ke hospital. Ikutkan masa tu kalau tak keluar tanda lagi memang kena serah diri pun sebab lewat 7 hari dah. Pandai Syafi timing. Hehe. Sampai hospital doktor check dan 7cm buka. Terus masuk labor room. Dari 7cm nak ke 10cm tu lambat sampai kena induce. Masa ni sakit jangan cakap. Gigit tangan sendiri pun tak rasa apa dah. Tepat pukul 1.54 petang akhirnya Syafi selamat keluar dan dengan bangganya dia batuk depan daddy dia. Hehe.
|
Syafi dari baru lahir sampai sekarang |
Dan Sabtu lepas sempena birthday dia, Ana plan buat majlis kecil-kecilan. Hanya panggil both family dan adik-beradik beradik. Memang mula-mula plan nak sambut dekat Washout Laundry and Cafe tapi sebab agak mahal nak panggil semua jadi Ana buat dekat rumah mak je. Lagi berbaloi-baloi.
|
Acara potong kek |
Menu utama malam tu ialah homemade bihun soto air tangan dari mak Ana. Kami adik-beradik rewang siang tu. Sup soto tu mak reneh selamat 5 jam bagi betul-betul pekat. Alhamdulillah semua yang makan kata sedap. Siap ada yang minta tapau bawa balik lagi.
|
Menu malam tu |
Menu tambahan ialah
sate Wak Walti yang pernah Ana share entri hari tu. Sate sebagai backup je takut tak cukup bihun soto tu. Pencuci mulut ada
agar-agar Milo dan cocktail. Tak sangka cocktail dapat sambutan yang hangat. Nanti Ana share resipi ye. Cewah. Hehe.
|
Suprise cake untuk Syafi |
Dah kata birthday celebration kan mesti lah ada kek. Kek tu Ana gamble tempah 4 hari sebelum majlis. Alhamdulillah Pejol boleh buatkan. Kek ni Ana order dari Gerobok Kek Pejol dekat area rumah je. Sebelum ni Ana ada order dan share entri
Mango Cheese Cake sedap di Selayang dari Gerobok Kek ni juga.
|
Adik beradik Ana |
Haruslah
kek bertemakan Upin Ipin since Syafi peminta no 1 animasi popular ni. Nak jadikan kek tu istimewa Ana letak gambar Syafi sekali. Suka sangat dia. Dari kek sampai dalam pukul 6 sampai majlis mula dalam pukul 8 tak sabar-sabar nak makan kek tu. Tak tentu arah dia jadinya. Kelakar sangat. Kek ni dalam dia moist choc dan berat lebih kurang 2 kg. Harga RM95 termasuk RM25 untuk gambar tu.
|
Syafi dengan Nenek Ecah (Mak Ana) |
|
Ciksu dengan Ayahngah ( in-laws) |
|
Family in-laws |
|
Sepupu sepapat |
So far majlis berjalan lancar. Walau hanya kecil-kecilan tapi meriah. Suka sangat tengok Syafi gembira bila orang datang dekat majlis hari jadi dia. First time sambut macam ni kan mestilah dia excited. InsyaAllah next year boleh sambut dekat sekolah pula dengan kawan-kawan pula. Semoga Syafi membesar dengan sihat dan berjaya menjadi anak soleh yang berjaya di dunia dan akhirat hendaknya. InsyaAllah.
happy birthday shafi. kalau celebrate kat rumah best sebab tak perlu nak cepat2 balik...
ReplyDeletehepi belated birthday shafi =)
ReplyDeleteRinduu nak celebrate macam ni T^T Hana since masuk skolah menengah selalu celebrate dengan kengkawan je.. hohoho btw Happy Birthday Syafi!!! ^^
ReplyDeleteSelamat hari lahir syafi.. Meriah majlis.. Sedapnya makanan
ReplyDeletehappy birthday shafi.. celebrate dengan family lagi meriah kan.. lagi best sebab dapat berkumpul ngan adik-beradik..
ReplyDeleteHappy birthday syafi.meriahnya.
ReplyDeletetengok gambar dari baby tu aww comelnya dah besar dah sekarang. Walaupun kecil tapi celebrate dengan orang tersayang lagi bermakna kan kak ana?! Happy birthday syafi semoga membesar dengan sihat dan cerdas. :D
ReplyDeletehappy birtday syafi. Jadi anak yang soleh yaa :D
ReplyDeleteHappy birthday Syafi... Comelnye kamu.. Jadi anak yg soleh ye
ReplyDeletehappy besday shafiiii....
ReplyDeleteAlhamdulillah...Selamat ulangtahun kelahiran Syafi..4 tahun dah..syukur...dah nak sekolah pun....moga menjadi saham dunia akhirat ibu ayah...amin.
ReplyDeletelawa kek Syafi. Happy 4th Birthday ! :)
ReplyDeleteHappy Birthday syafi. Best buat majlis macam ne boleh eratkan kekeluargaan
ReplyDeletehappy bezday shafi semoga membesar dgn sihat dan dimurahkan rezeki
ReplyDeleteHappy belated birthday syafi...
ReplyDeleteHappy Birthday Syafi comel. Memang sedap pun soto tu Ana.. ehehe..
ReplyDeleteHappy birthday Syafi comel dan pandai.. Moga jadi anak yang baik sokmo..
ReplyDeleteSelamat HariLahir Shafi. semoga menjadi anak yang soleh.
ReplyDeleteHb Syafi
ReplyDeleteSemoga jadi anak soleh
Happy 4th birthday Syafi.
ReplyDeleteSemoga menjadi anak soleh yang membahagiakan keluarga.
hepi besday syafi, moga membesar dengan sihat, cmerlang dunia & akhirat
ReplyDeleteHappy Birthday Syafi! Meriah dengan makanan. Heheh :)
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Syafi. Meriahnya birthday dia. Comel ja kek upin ipin tu.
ReplyDeleteBanyaknya makanan..auntie nak sikit. Hehe..happy birthday Syafi
ReplyDeleteHepy belated besday boboyy. Hehe. Why u so cute syafii <3
ReplyDeleteSalam ulangtahun yang ke-4 buat anakanda Syafi
ReplyDeletehepi birthday Syafi! meriah nampaknya birthday walaupun buat sendiri di rumah. jimat tapi lebih selesa. soto nampak menyelerakan
ReplyDeletemeriah sambutan busday syafi bersama keluarga..makanan pn sedap tu
ReplyDeletemeriah sambutan birthday syafi dikalangan keluarga lg best kan. happy birthday syafi, semoga membesar menjadi nak yg sihat dan insan yg soleh
ReplyDeleteeh eh berdebar pula baca pengalaman ana bersalin.. kena induce mmg la sakit kan aduhh
ReplyDeletehepy blated bday. :)
ReplyDelete