Lexis Suite Penang Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Peribadi | Assalamualaikum. Kalau korang yang follow Ana dekat IG mesti perasan baru-baru ni Ana ke Pulau Pinang dan menginap di Lexis Suite Penang sempena hadiah harijadi Ana dan Syafi. Kalau tahun lepas kami ke
Grand Lexis Port Dickson jadi tahun ni kami ke Lexis Suite Penang pula. Secara peribadi bagi Ana sekeluarga Lexis Suite Penang Antara Hotel Yang Terbaik pernah kami stay selain
Hotel Ramada di Melaka.
|
Lexis Suite Penang |
Lexis Suite Penang Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Peribadi
Lexis Suite Penang terletak di Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan agak jauh dari Georgetown kira-kira 30 minit perjalanan. Kalau kita dari highway PLUS, nak ke sini kena exit melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang sebab Teluk Kumbar ni antara daerah paling hujung di sini. Kira macam Rawang, Bukit Beruntung suatu masa dulu. Tapi Ana perasan yang kawasan ni sedang pesat membangun. Banyak bangunan sedang dalam kerja pembinaan di sana sini.
|
Lexis Suite Penang |
Ana sampai Lexis Suite Penang dalam pukul 2.30 petang macam tu. Masa parking kereta tengok macam takde orang sangat. Parking kereta pun agak lengang. Dari parking Ana terus turun ke lobi untuk daftar masuk. Rupanya dekat lobi ni ramai je orang menunggu nak masuk bilik. Waktu
daftar masuk dekat Lexis Suite Penang ni pukul 4 tau korang which is agak lambat compare dengan hotel lain yang selalunya dalam pukul 3. Tapi jangan risau
once bilik ready je korang boleh terus masuk. Sementara tunggu bilik ready Ana lepak lah dekat lobi tu. Ada je tempat menunggu disediakan. Selesa lagi. Welcome drink pun disediakan.
|
Lexis Suite Penang |
Dalam 30 minit menunggu akhirnya bilik kami pun ready. Ana dengan Syafi lah paling excited. Hehe. Naik semula ke tempat parkir untuk amik beg dan terus ke tingkat 10 untuk ke bilik. Dari tempat parkir ni kalau nak naik ke bilik korang kena guna kad bilik yang diberi. Kalau tak korang tak boleh nak tekan nombor tingkat bilik korang. Ni salah satu ciri keselamatan yang ada dekat Lexis Penang ni.
Bestnya Bilik Suite Pool Executive
Sampai-sampai je depan pintu bilik Syafi orang pertama yang nak touch card buka bilik. Berlagak macam orang besar je gaya dia. Geram je Ana tengok. Lepas je pintu terbuka, dia juga jadi orang pertama masuk dan terus melompat atas katil. Siap kata "selesanya dapat baring atas katil ni"!!. Sabar je lah. Tapi memang excited woo bila masuk bilik ni. Mana tak nya terlalu besar untuk kami bertiga.
|
Lexis Suite Penang |
Ana booked bilik
Suite Pool Executive dekat sini untuk 3 hari 2 malam. Harga semalam Ana dapat ialah RM380 melalui Agoda.com. Harga tu lepas guna kupon Digi dan rebate dari Agoda sebab selalu tempah melalui Agoda Apps. Bagi Ana harga tu berbaloi sangat dengan keadaan bilik dan perkhidmatan yang ada dekat sini. No wonder ramai yang ke sini bawa family besar untuk bercuti sebabnya bilik dia memang besar. Boleh muat 8 orang dengan selesa.
Untuk bilik yang Ana booked tu ada 2 katil double di bahagian ruang tamu tu. Satu katil boleh muat 3 orang. Dekat hujung katil tu ada satu kerusi "malas" di setiap satu katil. Nak tidur dekat atas tu pun boleh sebenarnya. Berhadapan katil ada meja panjang dan TV. Dalam salah satu ruang meja tu ada mini fridge. Channel untuk TV ok lah tak berapa banyak tapi who cares kan. Kita datang untuk bercuti bukan nak tengok tv. Wifi pun ada tau. Tapi Ana guna personal data je sebab banyak giler quota tak guna lagi.
|
Lexis Suite Penang |
Dari ruang tamu ada satu pintu untuk ke ruang mandi. Keluar je dari pintu tu, dekat belah kanan ada
shower area with bath tub dan dekat belah kiri ada tandas dan almari baju yang luas. Dalam almari tu ada
safety box, jubah mandi, seterika dan papan seterika. Bersebelahan tandas ada ruang untuk bersolek.
|
Lexis Suite Penang |
|
Lexis Suite Penang |
Dari ruang mandi tu ada lagi satu pintu untuk ke balkoni. Dekat balkoni ada ada
private pool, sauna room dan juga meja untuk melepak. Bila dah ada pool dalam bilik Syafi lah paling enjoy. Mandi tak ingat dunia sampai kecut kulit tangan kaki dia.
|
Lexis Suite Penang |
Apa yang menarik dekat Lexis Suite Penang ni ialah di Tingkat 8 disediakan satu ruang untuk bermain untuk para tetamu yang menginap di sini. Kalau kata kita malas nak tunggu dekat lobi sementara dapat bilik, kita boleh ke tingkat 8 ni. Tak pun kalau rasa bosan dan nak keluar bilik kejap boleh je ke sini. Dekat tingkat 8 ni macam-macam permainan untuk seisi keluarga. Antaranya ada mini indoor park untuk kanak-kanak, ada permainan memanah,ada meja-meja yang menyediakan permainan congkak, karom, uno stacko, permainan chess dan dam, ada table tennis, gym, pusat karaoke dan juga swimming pool. Kesemua tu free je tau kecuali karaoke.
|
Lexis Suite Penang |
Sepanjang 3 hari dekat sini memang Ana happy dan puas hati sangat.
Bilik dah lah besar, bersih pula tu. Kelengkapan yang disediakan pun semua tip top. Takde istilah tuala kotor ke hapak ke. Takde langsung.
Breakfast pula like a heaven. Macam-macam menu ada. Ada menu tempatan macam nasi lemak, char keow teow Penang, kuih muih dan mee bersup. Ada menu makanan Arab macam nasi Arab. Ada menu Jepun macam udon dan sushi. Ada western food macam pelbagai jenis salad, yogurt, muffin dan macam-macam lagi. Ana sampai boleh lepak situ lama-lama sebab banyak sangat makanan.
Pekerja dekat sana pun freindly and helpful. Siap datang ke meja serve kan Ana udon sebab Ana bagitau counter Udon dah habis. Best best best sangat.
Kalau ada peluang ke Pulau Pinang lagi confirm Ana nak repeat ke Lexis Suite Penang ni lagi. Walau jauh dari bandar tapi dengan apa yang Ana experience memang worth every money spend. Korang kalau ada rezeki nak ke Pulau Pinang moh leh try stay dekat sini. InsyaAllah puas hati.
memamng tak keluar bilik dah camne ana makanan semua sedap-sedap
ReplyDeleteInysAllah nak check in sini jugak
bestnya ada kolam renang sendiri...jadi takdelah malu kan kita² ni nak berendam..
ReplyDeleteCantiknyaaa Lexis Penang ni Ana..
ReplyDeleteEkslusif sangat 😍
Dap jalan jalan Penang.. Rinduuu
Kalau fisilitinya ok...layanannya ok...rasa setimpalkan kak dengan nilai yang dikeluarkan...lg satu ada kolam renang tu yang best...kalau ada ank2 dah boleh riadah terus..
ReplyDeleteWoW!!! Cantik dan selesa sangat Lexis Suite Penang ni.. Bolehlah ni jadikan honeymoon dengan Incik Otomen Taro bila berkelapangan.. Terbaikkklah Kak Ana
ReplyDeleteBestnya Ana, memang sesuai untuk berehat-rehat nie. Tak kuar bilik pun tak apa, semua dah ada kan..
ReplyDeleteLexis Suite ni memang selesaaa tak kira lah dekat mana mana cawangan pun. Heheh. Paling syok sebab ada pool tu lah.
ReplyDeletedgr review bgus jugak.. best la ana jalan2 smpi ke Penang hehee
ReplyDeleteSiqah tunggu Ana buat review hotel ni since tengok gambar kat IG. Bestnya hotel ni. Lagi berbaloi bila harga murah dan dapat stay kat hotel camni. 3 hari 2 malam memang puas duk sini.
ReplyDeletemurah Ana dapat harga Lexis ni. Jimat banyak
ReplyDeleteomg the poollllll
ReplyDeleteCantiknya bilik dia..yg spesial lexis ni ada pool dlm bilik..klu ada budak2 mmg suka la dorang..
ReplyDeleteHotel Lexis memang cantik!
ReplyDeleteBest pegi time cuti-cuti... weee!! ^^
ReplyDeletekhamis depan rabia bercuti di kb
ReplyDeleteluas bilik hotel dia :D
ReplyDeletemewahnya bilik dia... cantik pulak tu...
ReplyDeletesronok die check in lexis penang..dlu ms matta fair nk check in lexis hibiscus yg pool mcm ni ms tu promo rupanya kt penang..nasibaik ms nk byr tgk blk ..ingtkn kt PD rupanya kt penang hehe sbb murah sgt sbb yg kt penang br opening...syok syafi mandi pool ngan dlm bathtub lg ye
ReplyDeletearitu bulan 1 plan nak ke sini sambut bday suami tapi cancel ke cameron je. next time boleh ke sini post-confinement holiday ke nanti. hahaha
ReplyDeletebtw, cafe untuk breakfast ok tak? dedulu masa duduk di grand lexis, time breakfast banyak sangat lalat.
Cafe breakfast ok sgt. Bersih dan kemas. Xde lalat apa pun. Menu pun meriah.
Deleteseronoknya cuti2 Penang..happy holiday Ana
ReplyDeletecantiknya bilik dia kak ana. kemas je tngok.. lamanya tak bercutiii.. :(
ReplyDeleteCantik hotelnya..
ReplyDeletebest. salah satu hotel yang masuk wishlist mek.
ReplyDeletetapi bila nak visit tak tahu la.
huhu
hat dekat ni tak sampai-sampai lagi, dok plan nya ntah bila nak jadi
ReplyDeletehai ana, ada contact nomber hotel lexis penang ni x?
ReplyDeleteCuba call no ni sis 04-6282888
Delete