Family Dinner di Restoran BBS Junction


Family Dinner di Restoran BBS Junction | Assalamualaikum. Sabtu lepas Ana bawa mak ayah dan adik-adik untuk Family Dinner di BBS Junction. Tanda terima kasih sebab tolong jayakan majlis hari jadi seminggu yang lepas. Mak paling excited bab-bab makan ni. Pantang ajak cepat je dia angguk setuju. Haha.
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Family Dinner di Restoran BBS Junction

Kisahnya satu hari En Suami ajak makan luar. Plan nak pergi ke Restoran Chief Ikan Bakar tapi punya lah ramai orang dekat sini. Cancel terus sebab malas nak menunggu lama. Punya pening tak tahu nak makan apa ni. Tetiba teringat Restoran BBS Junction dekat Bandar Baru Selayang ni. Selalu masa lalu tengok ramai je orang makan dekat sini. So why not we give a try kan. Bila first time dah makan, tersuka lah pulak. Tu yang repeat ajak mak ayah semua.
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Menu dekat sini memang simple - basically masakan ala Thai dan masakan bergoreng. Macam biasa kitorang kalau order mesti akan order ikan. Ikan hanya ada ikan siakap dan kembong sahaja. Ikan lain memang takde. Setakat sotong udang tu ada lah. Ok jer bagi Ana. Janji sedap kan. Moh ler tengok apa yang Ana order malam tu.

Menu 1 : Siakap Masak Sweet Sour - RM40
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Kalau tengok gambar bukan main meriah hiasan ikan ni. Timun, tomato, lobak merah, bawang besar merata-rata dia tabur. Tak kedekut langsung. Bab rasa pula semua cukup rasa. Ikan garing kuah sedap. Ni makan berdua je pun tak terasa muak. Ayah Ana yang punya cerewet bab makan siap boleh tambah nasi (which is amazing) bila rasa siakap sweet sour ni.

Menu 2 : Siakap Masak Tiga Rasa - RM40
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Menu tiga rasa ni agak pedas sikit tapi manis-manis pedas sebab ada nenas dalam tu. Pun sedap juga. Yang tak suka manis sweet sour boleh try tiga rasa ni. Lagipun tiga rasa ni tak memuakkan pun.

Menu 3 : Telur Bistik - RM6
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Telur bistik ni penuh dengan bahan dalam tu. Isi utama ialah ayam dan sayuran. Nampak kecik tapi bila makan dengan nasi, boleh kongsi sehingga 3 orang.

Menu 4 : Kailan Ikan Masin - RM5 / Kangkung Goreng Belacan - RM5
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Rasa standard macam kedai lain. Favorite En Suami ni bila ada ikan masin. Habis licin kuah dalam sayur tu dia bedal.

Menu 5 : Tomyam Campur - RM7
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
En Suami dan adik kata sedap. Ana tak boleh nak makan tomyam ni sebab agak pedas. Tak berani nak makan. Hari tu rasa sikit je dah rasa pedas dia. Isi dalam tu agak meriah juga.

Menu 6 : Cendawan Goreng - RM5
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Sekali pandang nampak macam sotong goreng campur kan. Ana pun confuse sebenarnya. Haha. Tapi meriah dengan sayur dan bahan. Berbaloi.

Menu 7 : Nasi Goreng Pataya - RM7.50
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Menu adik bongsu Ana. Bukan main order nasi goreng. Kata tak lalu nak makan sekali licin sepinggan. Makan dengan tomyam memang lah sedap jadi dia.
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Dalam setengah jam licin semua makanan atas tu. Alhamdulillah semua puas hati dan kenyang. Makanan semua sedap. Actually masa Ana tau ayah nak ikut Ana dah berdebar sebab takut lambat makanan siap. Orang bukan main ramai masa tu. Tapi tak sampai 10 minit order semua makanan sampai serentak. Memang cepat giler. Terbaik servis dekat sini. Kedai pun sangat bersih. Kalau tak, tak kan dapat kebersihan premis kelas A. Cuma dekat sini terang-terang ada GST. Hehe. Sila lah bertabah. Ok bye.

Alamat :
No 27 Jalan 2/8 Dataran Templer
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor

Waktu Operasi :
5 petang - 2 pagi





Family Dinner di Restoran BBS Junction Reviewed by Ana Suhana on February 27, 2018 Rating: 5

22 comments:

  1. lapar tgk ikan tu..yummm....servis cpt mmg bagus la..nk2 kalo tgh lapar kn

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak buat aktiviti makan- makan macam ni..bestnya....

    ReplyDelete
  3. Semalam Hana dinner dengan family kat umah ja hahaha ^^ nice place btw ;)

    ReplyDelete
  4. Gembira bila dapat makan ramai-ramai..makan sama-sama...lagilah kalau keluarga yang kita bawa tu berpuas hati..kita yang bawa ni bersyukur lain macam..

    ReplyDelete
  5. aduh cik ana..lapa terus bila tgk gamba ni

    ReplyDelete
  6. Ruangan dalam restoran nampak menarik.. Menu pun not bad..Seronok dapat makan ramai-ramai camnie kan Ana..

    ReplyDelete
  7. Terus rasa lapar, eh macam kedai yang kita pi makan hari tu ke Ana?

    ReplyDelete
  8. Pernah makan sekali kat sini masa bujang dulu hehe lama benar . Memang sedap masakan kat sini nak repeat lagi lah

    ReplyDelete
  9. Tom yam tu nampak pekat dan sedap. Syabas

    ReplyDelete
  10. wahhh
    seronok lah ramai2 makan
    makanan pun nampak sedap2 tu
    meriah

    ReplyDelete
  11. Wahhhh sedap2 n yg syr tu murah lah. 😁😁

    ReplyDelete
  12. sedapnya tomyam semua ni adoyaii lapaqq

    ReplyDelete
  13. wah..seronoknya dapat makan sekeluarga macam ni :)

    ReplyDelete
  14. menarik..restoren bersih,makanan pun nampak sedap sangat tu

    ReplyDelete
  15. Sedapnyaa semua menu tu kak Ana. Terliur tengok. Hahha!

    ReplyDelete
  16. Jauh jugak tempatnya kat Selayang. Tapi kalau nak JJCM boleh je ni pergi. Menu semua pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  17. bestnya mkn besar ramai2 ngan famili..mknn pun sedap2 belaka...

    ReplyDelete
  18. wah makan besar ye kak ana. hehe. sedap!

    ReplyDelete
  19. Rajinnya ana jalan jalan cari makan dengan keluarg tersayang ya. Murah rezeki Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  20. makan bersama family kat mana pun best, tapi msakan ni semua nya buat orang terliur

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.