Beriadah Sambil Bertadabur di Taman Metropolitan Kepong
Beriadah Sambil Bertadabur di Taman Metropolitan Kepong | Assalamualaikum. Selamat hari Ahad semua. Ke mana kita hari ni? Ada yang dah bekerja kan hari ni. Ana pagi-pagi tadi lepas Subuh terus bersiap-siap untuk Beriadah Sambil Bertadabur di Taman Metropolitan Kepong.
Beriadah Sambil Bertadabur di Taman Metropolitan Kepong
Dah lama sebenarnya plan nak bersukan dekat sini. Last bulan 11 tahun lepas rasanya. En Suami dok request nak berbasikal setiap minggu. Ye lah beli basikal sampai 2 biji, kononnya sorang satu tapi dok keras kejung je basikal tu dalam rumah. Jangan sampai basikal tu gantung dalam mudah.my dah lah ugut dia. Hehe. Maka pagi tadi malas nak pikir panjang terus Ana bertiga ke sana.
Taman Metropolitan Kepong ni ada yang kenal dengan nama Taman Layang-layang Metropolitan Kepong sebabnya ada tanah lapang khas untuk main layang-layang. Hujung minggu kalau lambat sikit confirm parking dekat luar. Macam tadi Ana sampai dalam pukul 7 lebih,pun parking dah penuh. Selamat ada kosong satu petak. Rezeki bak kata Syafi.
Aktiviti utama kami ialah berbasikal. Syafi duduk dekat seat belakang macam bos. Ana dan En Suami gilir-gilir bawa dia. Penat wooo bawa budak 16kg ni. Lagi-lagi masa naik bukit. Tak cukup nafas rasanya. Dia seronok lah duduk belakang. Tak tahan siap komplen kita bawa slow bagai. Sedap mulut dia je. Dah kira baik Ana tak suruh dia yang bawa Ana. Haha.
Waktu pagi memang ramai yang datang dekat sini untuk jogging dan berbasikal. Makcik-makcik steady je jogging dengan geng-geng dia. Kalau Ana pancit sangat dah tu. Ada yang buat aktiviti kolej juga dekat sini. Memang meriah. Tapi kalau weekdays orang memang kurang. Tapi ada polis bantuan ronda sekali sekala untuk jaga keselamatan. Waktu petang pun ada rondaan dekat sini. Rasa selamat lah juga kan especially pada perempuan.
Ana dapat buat 2 pusingan je. Lepas tu tak larat dah. Lama wei tak bersukan. Memang hilang stamina. Kena selalu berbasikal lagi nampaknya lepas ni. Harapnya kesedaran diri tu masih ada lagi lah. Haha. Dah penat Ana rehat dekat bawah satu menara tinjau dekat sini. Ajak Syafi naik menara tu kejap. Punya lah membebel tinggi lah penat lah. Haha. Menara ni setinggi bangunan 4 tingkat. Menariknya boleh nampak KLCC dan KL Tower lagi tau.
Taman Metropolitan Kepong |
Taman Metropolitan Kepong |
Taman Metropolitan Kepong |
Dekat depan menara ni ada tasik. Tenang rasa duduk dekat sini. Yang best sekarang ni tasik tu dah ada aktiviti air. Dulu masa Ana ke sini takde lagi. Selalu kat tasik-tasik hanya ada paddle boat kan tapi kat sini ada picnic boat. Boleh berpicnic atas tu. Ada meja bulat disediakan dan boleh masuk 6 orang. Harga agak mahal. Kalau naik waktu pagi RM50 untuk 30 minit. Kalau belah petang RM60 untuk 30 minit. Rasa macam nak naik nanti tapi tengok pada availability boat tu dan juga cuaca. Setakat ni hanya ada 4 buah je.
Taman Metropolitan Kepong |
Dalam tasik ni ada banyak giler ikan keli tau. Besar-besar tahap hapa ntah. Geli lak Ana tengok padahal Ana pencinta tegar ikan keli. Kalau kita bawa roti dan baling ke dalam tasik, nanti korang tengok macam mana ikan-ikan keli tu berebut makanan. Ikan lain pun ada juga tapi paling banyak ikan keli.
Taman Metropolitan Kepong |
Belah petang kalau nak main layang-layang memang sesuai. Cuaca tak berapa panas kan. Banyak je penjual yang jual layang-layang dekat sini. Kalau angin banyak memang cepat je layang-layang tu naik. Seronol tengok. Berwarna -warni layang-layang menghiasa angkasa. Eh macam lagu didi and friends lak rasanya.
Tu je lah aktiviti kami 3 beranak hari ni. Syafi sampai rumah dok ulang kata seronok dapat naik basikal dan dapat main belon air. Macam dah bagi hint yang dia nak datang lagi. Kita tengok petang karang macam mana. Kalau semua ok boleh lah berbot sambil berpicnic kan. Korang buat apa pulak hari ni?
Beriadah Sambil Bertadabur di Taman Metropolitan Kepong
Reviewed by Ana Suhana
on
February 25, 2018
Rating:
selamat bertadabur dan beriada ana... hehe
ReplyDeleteMahal juga Naik meja berpayung tu. Ikan di sana asalnya dilepaskan oleh penduduk setempat Dan akhirnya is diberi makan hingga besar begitu. Rindu pula lokasi riadah ini.
ReplyDeleteBestnya TM Kepong tu. Bila tengok ikan keli banyak cenggitu, meremang weyy! Hahahahahaaa
ReplyDeleteSeronok beriadah outdoor. Kita duk rmh je arini sb sharian hujan
ReplyDeleteSeronoknya.....riadah penuh pengisian ni Kak Ana...macam-macam boleh dapat..damai..sihat..lebih mendekati pencipta alam semesta...
ReplyDeleteRuby setiap minggu akan ke sini. Sebab anak-anak dan suami kena berpeluh. Mereka akan emo kalau tak berpeluh. Kalau jumpa bleh la assalammualaikum nanti. Hehehe. Kalau ke sini mesti bawa duit. Hahaha. Milo la, keropok lekor la, Nugget la. Adududud
ReplyDeleteWah cantiklah. Seronok dapat keluar petang" beriadah kan
ReplyDeleteClean and nice place for recreation with family members. Even picnic there will be nice too.
ReplyDeleteseronok riadah. tgok dekat ig tadi. best jee main beskal
ReplyDeleteWah bestnya dapat berbasikal ni. Lama kot tak naik basikal. Last zaman sekolah dulu. Lama kan huhu. Memang besar2 la ikan keli tu, meremang tengok. Dah lama teringin plan nak datang sini. Tapi masa je tak mengizinkan. Mungkin one day
ReplyDeleteCantiknya pemandangan kat sana.. teruja pulak TB nak beriadah kat sana.. tapi jauh sikit kot dari area rumah TB..
ReplyDeletecantik tempat riadah ni. :)
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Mee Udang Asajaya
Pertama kali dengar perkataan 'bertadabur". Means riadah ke? Nampak tenang je kat taman ni. Dulu sealu juga pergi ke Taman Tasik Titiwangsa. Bila dah sorang2, malas lah pula nak pergi. Bagus, aktiviti riadah untuk kekal sihat!
ReplyDeletecantik taman dia dan pemandangan pun cantik.
ReplyDeleteAmboi seronoknya berbasikal ya, macam best la pulak Ana..
ReplyDeleteCantiknya tempat ni ana.. bagus aktiviti ana sekeluarga. Very healthy
ReplyDeleteCantik tempat ni..bersih..rasa selesa nak buat activity kat situ
ReplyDeleteSally selalu je lalu kat area sini tapi sekali pun x pernah singgah lagi...kena ada masa yg panjang la baru dapat menghayati alam sekitar...mmg terkenal dengan layang-layang kalau kat sana
ReplyDeleteBestnya buat aktiviti berbasikal sambil beriadah dengan keluarga.seronok kan
ReplyDeletesy suka sgt berbasikal, masa muda dulu la... skang dah tua...hheee bestnya kalau lepak isni sambil membaca
ReplyDeleteseronok beriadah...gemok2nye ikan keli tu
ReplyDeleteada ikan keli ke kat situ.. bolh mancing tak?.. gemok2 ikan tu geram pulak nengok..
ReplyDeleteGeram tenguk ikan keli tu.
ReplyDeleteI never know KEPONG has such beautiful place and look at that fish.. oh my god.. this gonna make fishing friends happy and excited...lolz
ReplyDeleteRacheal
Cntiknya view dkt situ. Btw kan lama dh busyra x beriadah. Hahaha. Lemak tepu dh ni.
ReplyDeleteBestnya sekali sekala beriadah kat taman macam ni. Lama tak lepak taman, hihi.
ReplyDeletedulu pernah sekali pergi joging dengan dia hehe
ReplyDeleteCantik sangat pemandangan Taman Metropolitan Kepong ni Ana Suhana, bersih..
ReplyDeletePart ikan keli tu memang menggelikan laa, eeeiiii..
Pergh!! Cantiknya taman dia... Part ikan keli tu ohsem giler.. boleh sha bawa amani ngn imani tengok ini..
ReplyDeletedulu masa duduk sri damansara pun rajin juga riadah dekat sini :)
ReplyDeleteNani tak pernah pergi sini. Heheh. Best jugak nak beriadah :)
ReplyDeletebest nya dapat beriadah santai macam ni. cantik betul gambar na..
ReplyDelete