Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?


Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?  | Assalamualaikum. Selamat berChill Chill di hari Ahad korang. Masak apa hari ni?? Ana dapat kebenaran big boss untuk cuti memasak masa hujung minggu. Sebabnya memang tak kan lekat dekat rumah hujung minggu ni. Ada je aktiviti dari pagi sampai ke malam. Tu je lah hari yang boleh En Suami bawa kami 2 beranak keluar jalan-jalan.
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni? 

Ni cerita semalam. En Suami ajak ke Quill City Mall di KL. Nak pick up simcard Unifi di sana. Hanya kiosk tu je yang buka on weekend. Ni wonder punya ramai orang dekat kiosk tu. Selamat just nak pick up simcard je so tak perlu beratur semua. Lepas dah selesai amik simcard memandangkan En Suami ada  voucher Aeon yang belum guna hasil dari menang hadiah di mudah.my Ana ajak lah dia "belanja" Ana dengan Syafi. Hehe. Nampak tak pengorbanan seorang suami. Dia yang dapat voucher tapi isteri dan anak-anak yang bedal. Haha.

Ronda punya ronda tekak pun dah haus. Masa Ana lalu dekat bawah tadi Ana ternampak ada kiosk Chill Chill. Teringat orang kata air teh dekat sini sedap. Dok viral je sejak dua tiga menjak ni. Ana ni walaupun dikatakan food blogger yang aktif tapi banyak je benda-benda viral Ana lambat cuba. Bila benda tu dah suam suam kuku baru Ana dapat cuba. Jadi semalam Ana try lah beli air Cha Yen a.k.a Iced Thai Tea ni. Nampak memang menarik sebab warna air dia pekat giler. No wonder Cha Yen ni top selling di Chill Chill ni. Cer tengok video ni, tak ke tergoda korang bila tengok. Haha. 
A post shared by Chill Chill (@chillchill.my) on
Masa nak order kita boleh pilih samada nak ice,  blended  atau hot. Ana for sure order yang ice punya. Harga lepas GST ialah RM8.37 sebotol besar tu. Ok lah bagi Ana harga tu. Kalau tengok menu dekat bawah ni ada a few thai tea yang kita boleh pilih. Semua ada rasanya yang tersendiri.
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?
Gambar : Zomato

Bila Ana dah rasa sendiri, hhmmmmm memang sedap rupanya. Patutlah semua dok puji kata Cha Yen ni sedap. Memang kaw kaw rasa teh ais dia. Pekat dan manis cukup rasa. Orang kata kalau dah rasa Cha Yen ni dah tak pandang teh ais mamak dah. Haha exaggerate sangat ayat ni. Bayangkan kalau si kecik Ana tu pun tak berhenti minum Cha Yen ni. Bukan main tau dia ni. Maka berebut lah dua beranak ni kejap dalam kereta. Selamat daddy dia sejenis daddy cool. Beralah je dengan 2 orang ni. Haha. Nyesal beli satu je. Tapi bagus juga. Kalau beli banyak kembong perut di buatnya. Memang terkentut-kentut lepas tu. Hahahaha.
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?

Ana memang jarang sangat minum sejenis teh ni lagi-lagi teh tarik. Setahun boleh kira berapa kali je. Tapi nampaknya lepas ni maybe seminggu sekali kot Ana nak beli Cha Yen ni.  Macam tersuka sangat pula. Tapi ramai kawan-kawan kata ada menu yang lain sedap juga. Antaranya Red Plum Fruittea ni. Favorite adik Ana. Setiap kali pergi mall mesti beli Red Plum Fruittea.
A post shared by Chill Chill (@chillchill.my) on

Ada juga yang suggest Coconut Iced Blended dia. Nampak menarik juga ni. Ana suka juga minum air kelapa tapi yang pure tu lah. Aiskrim  kelapa pun Ana suka. Dan tak mustahil Ana akan suka Coconut Iced Blended ni juga kan. Boleh try juga nanti ni.
A post shared by Chill Chill (@chillchill.my) on

Korang yang baca ni mesti dah biasa beli dekat Chill Chill ni kan. Apa favorite air korang? Share lah sikit. Boleh Ana cuba nanti. Eh korang tau tak yang Chill Chill ni satu bumbung dengan Boat Noodle mangkuk bertingkat-tingkat tu?? Dah cuba menu baru di Boat Noodle?? Kalau belum apa kata korang ke Boat Noodle sekarang juga sebab menu baru ni limited time je tau. Nak tau apa menu baru di Boat Noodle tu baca di sini <<<< MENU BARU BOAT NOODLE >>>> 
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni? Reviewed by Ana Suhana on January 28, 2018 Rating: 5

26 comments:

  1. sedap sedap but ray lg suke greentea. hehe

    ReplyDelete
  2. Aduh... kena pergi jugak ni.. Haritu Auni tengok je.. nak beli takut tak sedap, sebab sebelum ni minum thai tea (kat kedai lain) .. menghampakan... Auni tersangatlah suka Thai Coffee..

    ReplyDelete
  3. Mimi kurang minum teh ni ana. Kalau minum pun teh o je. Tp tgk air teh ni memg kaw

    ReplyDelete
  4. Tak pernah try lagi yang ni. Selalu minum yang coconut blended je :D

    ReplyDelete
  5. sha dah try yang greentea! bekas dia cantik, sayang nak buang haritu haha

    ReplyDelete
  6. Tengok saiznya...puas minum ni kak Ana..berais pulak tu...adududu...nikmat..kalau PC jumpa rasanya harus mencuba juga ni...PC cuba coconut ais blanded en Suami Cha Yen..nanti boleh kongsi-kobgsi...*moga hajat tercapai ni*

    ReplyDelete
  7. ala sini jarang la nak jumpa Chill Chill ni😞😞😞

    ReplyDelete
  8. haussssssslg ni hehhe..cha yen mmg sodap

    ReplyDelete
  9. haihhh
    rasa macam sekarang nak pi beli
    hahaha

    ReplyDelete
  10. waaaaaa.. menyelerakan.. sedap..

    ReplyDelete
  11. Hana suka semua jenis perisa! hahah biasalah perut naga! mana ada undang2 semua boleh hadam hahaha ^^

    ReplyDelete
  12. waaa menariknya menu2 air kat situ. time tengah panas ni terliur la kan tengok air ais pekat2 macam ni. sedapnya air tu ana....

    ReplyDelete
  13. Boleh tahan harganya.
    Boleh tekejut orang kampung macam WP ni.

    ReplyDelete
  14. Tgk kaler pun dia nampak law ana. Sedapnya boleh Cubalah nanti

    ReplyDelete
  15. Rasanya macam Kak Sue pernah cuba juga air thai tea nie kat Chill Chill nie, memang sedap Ana..

    ReplyDelete
  16. oo kira teh ais la ni. sedap nampaknya tu

    ReplyDelete
  17. wah..nampak sedap kan..lemak berkrim

    ReplyDelete
  18. Alaaaa...kena terjah boat noodles lagi la ni...

    ReplyDelete
  19. sedap sgt lah tu dari setahun beberapa kali jek minum terus ke seminggu berkali lak hihih

    ReplyDelete
  20. Benda benda gini anak anak hakak sukalah kot. Hakak kuranglah....maklumlah tekak org senja hahahaa....Takut weyh nak minum manis banyak banyak....
    Jarang sangat order teh kalau kat luar, ambik yg O,O aje selalunya

    ReplyDelete
  21. baru terlintas nak ckp bekas dia ala2 boat noodle .. hehe.. rupanya ada sepakat.. comel sngt!

    ReplyDelete
  22. Nampak sedap k.ana. tapi aina tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  23. Tak pernah try lagi ana.. tak berjaya terserempak dengan kioks chill chill nie.. hehehe

    ReplyDelete
  24. memang nampak menggoda anak tekak ni, panas-panas ni minum memang sedap la

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.