Sate Sedap di Selayang, Batu Caves
Sate Sedap Di Selayang, Batu Caves | Assalamualaikum. Salah satu makanan favorite Ana ialah sate. Korang pun sama tak?? Ana dari kecik sampai dah besar ni tetap suka sangat makan sate. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, kalau dengar mak ayah nak pergi beli sate, bukan main happy lagi. Mana tak nya setahun sekali dapat makan kan. Siap insist nak ikut pergi beli sekali.
Sate Sedap di Selayang, Batu Caves
Masa dulu harga sate baru 40 sen sebatang. Sekarang ni dah sekali ganda harga sate malah ada yang sampai RM2 sebatang pun ada. Mahal jer lebih tapi tak lah sedap mana. Sate Kajang Haji Samuri dulu yang popular pun dah tak sesedap mana. Ana masa kerja dulu berkesempatan buat stock take sampai ke dalam kilang Sate Kajang Haji Samuri tu. Dapat lah tengok proses penyediaan sate ni dari awal sampai akhir. Tapi bab resipi kuah sate tu tetap rahsia!!
Sekarang ni kalau Ana teringin nak makan sate, Ana order je dekat sorang wak sate ni. Dia berniaga dekat medan selera depan ni je. Nak senang call je dulu amik kemudian ikut masa kita nak. Senang kan. Ana dah rasa hampir semua sate dekat Selayang ni tapi sate wak ni yang paling sedap.
Sate Sedap di Selayang |
Kenapa Ana kata sate wak ni sedap? Sebabnya sate wak ni cukup bumbu dia dan sate tu tak kering lepas dibakar. Selalu Ana suka makan sate ayam tapi dekat wak ni Ana paling suka sate daging dia. Sate daging dia punya lah lembut. Orang yang pakai gigi palsu pun boleh makan. Serius ni!! Dah masuk peti esok panaskan pun masih lembut. No wonder lah setiap kali Ana nak amik sate ni Ana nampak bungkusan-bungkusan sate yang telah ditempah tergantung tunggu di amik. Even semua family Ana setuju sate wak ni yang paling sedap di sini. Kuah kacang dia pun sedap. Tak pedas macam sesetengah penjual sate yang lain.
Korang bagi warga Selayang, Gombak dan Batu Caves kalau teringin nak makan sate, apa kata korang try order dekat wak ni. InsyaAllah sedap dan puas hati. Harga sebatang sate ayam ialah 80 sen manakala sate daging ialah RM1.10. (Update : 20 Jun 2018)
Lokasi :
Medan Selera Kampung Bendahara
No Tel :
012- 610 5377 ( Wak Waldi)
Sate Sedap di Selayang, Batu Caves
Reviewed by Ana Suhana
on
January 02, 2018
Rating:
nampak mcm sedap ! teringin pulak.. aiishhh !
ReplyDeletebestnya...ni kalau dah sedap,gerenti kena repeat beli kan
ReplyDeleteAssalamualaikum Dan selamat tahun baru :)
ReplyDeleteSedap sate tu ana
Kalau sedap mesti orang datang lagi
bestnya.. dilah pun suka makan sate tau ana.. kuah kacang tu pun mainkan peranan penting jugak kannn..
ReplyDeleteterliur dah. alahai bila nak jumaat nakpi beli satey haha T.T
ReplyDeleteLama dah tak makan sate.
ReplyDeleteSedapnyaaa! Nanti boleh lah try satay dekat sini pulak :)
ReplyDeleteSedapnya!
ReplyDeletesedapnya nampak ana..
ReplyDeleteKak Sue pun suka satay juga, tapi belum jumpa yang betul-betul sedap..
ReplyDeleteSetuju dengan statement akak. mahal je lebih sedapnya tidak hahahaha. Selalu kena macam tu lepastu menyesal sendiri sebab beli. Wak sate tu taknak buka cawangan pantai timur ke hehe
ReplyDeleteBumbu perapan cukup...kuah kacang dia sedap...memang superb kan kak Ana...tu je rasanya syarat nak bagi sate rasa sedap...lagi lama diperap lagi sedap...PC pun suka sate kak...
ReplyDeleteAdudududu bikin kempunan ni tgok gmbr tu hahhaha.. yela kan kalau sate kering sgt xsedap..bia dia juicy skit bru sedap kan kan hehe
ReplyDeletesamalah kita ana.. mmg hantu sate
ReplyDeleteNasib baik dh makan satay last week...sedapnya plak tgok satay ni lagi sekali
ReplyDeletedekat area rumah lagi..heheh...sedapnya tu ana..nak try lah
ReplyDeletesedapnyaaa kak ana.. fevret sngt. busyra suka satey ayam
ReplyDeleteAdoilah.. Tengok gambar pun dah mengancam..
ReplyDeletedapnye tgk sate tu...nasibaik aritu dpt mkn tp akak paling suka sate kambing
ReplyDeleteYa Allah...sedaonya sate..feveret
ReplyDeleteSedapnya. Lama dah tak makan sate.
ReplyDeleteMaaf ye puan hana nama sebenar bukan wak walti tapi wak waldi
ReplyDeleteSebab tu ayah saya
ReplyDelete