Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak
Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak | Assalamualaikum. Hari ni Ana nak cerita tentang animasi Upin & Ipin pula. Korang suka tengok animasi Upin & Ipin ni tak? Haa jangan pula tak nak mengaku pula. Hehe. Ana?? SETIAP HARI tengok sebab dok layan budak kecik ni. Kadang satu episod beratus kali ulang. Sampai dah hafal tajuk episod tu dan dialog dalam animasi tu. Bila kata dah setiap hari tengok, pastinya ada Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak kan.
Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak |
Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak
Sedikit info tentang Upin & Ipin ni. Pada asalnya Upin & Ipin merupakan watak sampingan dalam filem Geng : Pengembaraan Bermula pada tahun 2005. Dalam filem tu watak Badrul dan Lim merupakan watak utama. Namun atas sambutan yang hebat, siri animasi Upin & Ipin mula ditayangkan pada bulan Ramadhan pada tahun 2009 di tv9. Episod tersebut bertujuan untuk mendidik anak-anak erti menghayati bulan mulia. Kemudian animasi Upin & Ipin terus berkembang sehingga hari ni. Atas kejayaan tersebut, animasi Upin & Ipin telah disenaraikan sebagai Animasi Paling Berjaya di dalam Malaysia Book of Record pada tahun 2011. (Wikipedia)
Bercakap tentang Upin & Ipin ni, pastinya setiap episod yang ditayangkan memberi kesan terhadap kanak-kanak. Dan Syafi juga tak terkecuali. Ana boleh kata dia peminat setia Upin & Ipin. Dan ini secara tak langsung telah memberi pengaruh terhadap perkembangan dan pembelajaran Syafi. So hari ni Ana nak share Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak dalam sudut seorang Syafi.
Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak |
1. Hiburan Sambil Belajar
Walaupun kita nampak Upin Ipin tu satu cerita animasi tapi banyak benda yang Syafi belajar dari satu-satu episod Upin Ipin tu. Banyak episod Upin Ipin yang memberi pelajaran dan nasihat.
Contohnya episod Iqra menekankan kepentingan mengaji dan kenapa perlu puasa dan solat terawih. Sedikit sebanyak Syafi boleh faham kenapa kena mengaji. Manakala episod Masih Ada Sayang menekankan tentang memghargai barang-barang yang kita miliki. Banyak lagi lah nasihat dan pelajaran yang Syafi boleh belajar.
2. Membantu Bertutur Dengan Lebih Lancar
Bab ni memang tak boleh di nafikan. In fact setiap apa yang Syafi tutur Ana perasan dia belajar dari dialog Upin Ipin. Kadang tu kita tak percaya yang ayat atau perkataan tu mulut seorang Syafi tau. Cakap macam orang dewasa dah.
3. Meningkatkan Daya Memahami Situasi
Ni pun perkara yang Ana kagum dengan Syafi. Dia mampu untuk relate satu-satu ayat tu dengan keadaan atau situasi yang dia tengah lalui.
Contohnya satu hari tu ayah Ana nak berkebun sekali hujan turun. Ayah Ana kata kat mak tak boleh nak berkebun sebab hujan. Sound like ayah mengeluh pada pendengaran Syafi. Terus Syafi kata sesuatu yang buat ayah Ana terpegun kejap. Lebih kurang macam ni dialog Syafi dengan atuk dia:
Syafi : " Atuk kenapa?"
Atuk : "Hari hujan atuk tak boleh nak berkebun"
Syafi : " Takpelah. Hujan tu kan rahmat"
Atuk : Gulp.
Atuk tanya mana belajar semua tu. Dengan selamber je dia cakap Opah Upin Ipin yang cakap. Haha. Nampak tak pengaruh Upin Ipin dekat Syafi.
4. Belajar Tentang Kepentingan Makan Makanan Yang Berkhasiat
Salah satu episod yang Ana rekod untuk Syafi tengok berulang kali ialah episod Hasil Tempatan. Episod tu menekankan tentang khasiat makan buah-buahan tempatan. Kebetulan masa tu Ana tengah makan buah naga dan buah tu ada dalam episod tu. Apa lagi Ana pun "basuh" lah Syafi sampai dia dengan rela nak makan buah naga tu. Padahal sebelum tu dia akan elak dari makan buah tu. Siap suruh buat aiskrim buah naga lagi macam kak Rose buat. Haha.
Lagi satu bab sayur susah juga Syafi ni. Hanya selected sayur je dia makan macam lobak merah, kacang panjang dan kacang buncis. Kalau bayam tu kena selit-selit bagi dia tak nampak. Tapi setiap kali dia makan sayur dia akan "membebel" sayur tu berkhasiat elok untuk badan. Baru lah bertenaga kata dia. Nampak??
5. Meningkatkan Kesedaran Menjaga Kebersihan
Ni pun salah satu kebaikan yang Ana boleh terapkan dekat Syafi bila dia tengok cerita Upin Ipin. Macam awal tahun lepas serpihan gigi depan Syafi tertanggal. Bukan main sedih dia menangis gigi dia patah. Tak handsome katanya (tengok video atas ni). Lepas tu Ana terus cerita dekat dia tentang episod Gigi Susu. Dalam episod tu menunjukkan macam mana seksa Ipin bila gigi depan dia bergoyang. Jadi Ana ingatkan Syafi tentang penting jaga kebersihan gigi. Kena rajin gosok gigi dan kurangkan makan gula-gula. Nampak lah kesan episod tu walaupun gigi Syafi makin besar pecah dia. Haha.
Ada lagi satu episod Kembara Kecil-kecilan pun bagus juga. Episod tu menekankan tentang kepentingan menjaga kebersihan bilik. Kalau tak nanti lipas berkeliaran. Syafi bila tengok cerita tu faham lah dia kenapa kena jaga kebersihan bilik. Nak nak bila dia takut lipas juga. Lagi senang nak ingatkan dia.
Banyak lagi sebenarnya pengaruh yang baik yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian. Namun perlu diingatkan bahawa ibu bapa yang paling utama dalam memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan dan pembelajaran dalam menerapkan nilai-nilai murni terhadap anak-anak. Upin & Ipin hanya sekadar satu "helah" sampingan untuk menarik minat anak-anak untuk menjadi lebih baik dalam menjalani kehidupan seharian.
Ni pun salah satu kebaikan yang Ana boleh terapkan dekat Syafi bila dia tengok cerita Upin Ipin. Macam awal tahun lepas serpihan gigi depan Syafi tertanggal. Bukan main sedih dia menangis gigi dia patah. Tak handsome katanya (tengok video atas ni). Lepas tu Ana terus cerita dekat dia tentang episod Gigi Susu. Dalam episod tu menunjukkan macam mana seksa Ipin bila gigi depan dia bergoyang. Jadi Ana ingatkan Syafi tentang penting jaga kebersihan gigi. Kena rajin gosok gigi dan kurangkan makan gula-gula. Nampak lah kesan episod tu walaupun gigi Syafi makin besar pecah dia. Haha.
Ada lagi satu episod Kembara Kecil-kecilan pun bagus juga. Episod tu menekankan tentang kepentingan menjaga kebersihan bilik. Kalau tak nanti lipas berkeliaran. Syafi bila tengok cerita tu faham lah dia kenapa kena jaga kebersihan bilik. Nak nak bila dia takut lipas juga. Lagi senang nak ingatkan dia.
Banyak lagi sebenarnya pengaruh yang baik yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian. Namun perlu diingatkan bahawa ibu bapa yang paling utama dalam memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan dan pembelajaran dalam menerapkan nilai-nilai murni terhadap anak-anak. Upin & Ipin hanya sekadar satu "helah" sampingan untuk menarik minat anak-anak untuk menjadi lebih baik dalam menjalani kehidupan seharian.
Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak
Reviewed by Ana Suhana
on
January 24, 2018
Rating:
Bukan bagi pengaruh pada kanak2 je,Hana yg dah habis skolah ni pun kena pengaruh skali! hahaha ^^
ReplyDeleteAnak sy dok ikut yg Upin Ipin ckp...Yerlahhh!!! hmmmm.....pengaruh besar betul upi ipin niii
ReplyDeleteank zie lagi... dia dah tau timing start citer upin ipin ni.. kita ni tak berpeluang langsungggggggg nak tgok tv..
ReplyDeleteHeheheh anak dara kinah pun suka betul layan upin ipin ni. Banyak pengajaran dan nilai-nilai murni dalam cerita ni.
ReplyDeleteanak buah cikyan suka la sgt upi ipin ni... tp mmg xdinafikan, cerita ni bagus.. byk pengajaran...
ReplyDeletemmg bdk2 suka upin ipin hehe..nk2 kalo dpt jumpa maskot tu lg depa happy
ReplyDeleteUpin Ipin ni ada daya tarikkannya yang tersendiri..anak buah PC...tak ada istilah jemu kak Ana....mungkin kerap sangat tengok,,watak tu dah macam sebati...anak buah PC tak makan durian..tiba-tiba dia nak makan..tanya kenapa..sebab upin ipin makan durian...pakai tuala nak ikut stail uncle muthu ikat kain..hari-hari nak makan ayam goreng..
ReplyDeleteKalau yang ditonton baik...baik sebarannya kan kak...
Upin Ipin ne bukan budak-budak jew family miza semua dah sangkut dengan Upin Ipin ne. Setuju banyak pengajaran dalam setiap sirinya
ReplyDeleteUpin Ipin ni bukan budak budak aje layan, kita yang dah besar ni pun suka jugak tengok. Heheh :)
ReplyDeleteDhia memang semua ikut Upi Ipin,nak pi musim sejuk musim bunga pun mcm Upin Ipin gak
ReplyDeleteAdik pun suka Upin Ipin nie Ana, dengan Ibu sekali layan.. ehehe..
ReplyDeleteJadi polisi dalam keluarga kami, nak tengok kartun mesti ada mak ayah duduk sekali. Bukan apa, kartun sekarang ni ada banyak mesej tersembunyi.
ReplyDeleteTerutama kartun barat. Disney tu pun dah pandai main isu LGBT. Beauty and de bis hari tu tak lulus pasal ni kan.
Upin dan ipin ni alternatif yang lebih baik. Cuma betul lah, tak semua episod bagus. Ada juga mesej dan elemen yang tak berkenan. Ini pentingnya kita duduk dengan anak dan bagi penjelasan
Budak budak selalunya senang ingat benda yg agak aneh mcm Upin dan Ipin tukan Ana...Kepala botak , rambut sebatang haha... sukalah diaorang.
ReplyDeleteBudak budak mmg cepat terpengaruh dengan TV. Cuma kita kena guidelah mana yg baik dengan tidak..
hahaha.. bukan lagi pengaruh kepada kanak-kanak je da.. yang dah dewasa pun sama :D
ReplyDeleteso far kartun Upin Ipin bagus cuma lagi suka yang musim-musim awal dulu :)
ReplyDeleteUpin ipin byk juga memberikan ilmu Dan pelajaran kpd anak2 Serta ibubapa juga. Pada mama episode beekhatan Tu mmg buat bdk2 tak takut utk bersunat
ReplyDeletesaya yang dah layak jadi mak orang pun minat upin ipin. produk tempatan yang sangat layak disokong.
ReplyDeleteapa yg baik kita ambik sbg pengajaran. apa yg buruk kita buang. memang anak2 abam kie minat tgok upin n upin ni..
ReplyDeletejgn kata kanak-kanak..sis JM ni pun kekadang layan jgk :-)
ReplyDeleteWP yang dah warga emas ni pun minat nonton.
ReplyDeletejangan kan anak-anak.. dengan ibu sekali duduk menghafal jalan cerita upin ipin ni tau.. hee~ dok tunggu gak bila la dorang nak besar..
ReplyDeletekazen kcil sha siap tiru ckp upin ipin (ckp KL) sdngkan org sbh..haha..pngaruh upin ipin kuat sgttt
ReplyDeletebukan upin ipin saje, yg lain pun ada baik buruknya. semuanya atas kawalan ibu bapa dan saudara terdekat kan. mudahan dapat yang baik baik la pada kanak kanak. amin
ReplyDeleteAnak anak Mimi pun suka Upin Ipin tau Ana. B
ReplyDeleteSelain tu Mimi bagi diorang tgk Omar Hana dan Didi & Friends. Banyak ajar anak anak ke arah kebaikan
alaaa comelnya dia.. gud boyy..
ReplyDeleteMemang bagus upin ipin ini.. Anak-anak sha pun suka tengok upin ipin ini.. Bukan sekadar kartun tetapi ada banyak kebaikan yang dikongsi..
ReplyDeletecomel nya patung upin ipin. Sampai sekarang khaty pun dok layan juga upin ipin..hihihi. bukan anak-anak ja
ReplyDeleteDah macam satu fenomema...
ReplyDelete