Pengalaman Sunat kan Syafi Seawal 3 Tahun Secara Smart Clamp
Pengalaman Sunat kan Syafi Seawal 3 Tahun Secara Smart Clamp | Assalamualaikum. Hari ni Ana nak share entri tentang Pengalaman Sunat Anak Lelaki Secara Smart Clamp. Memula memang tak plan pun yang Syafi akan sunat awal. Tapi disebabkan kejadian dia susah nak buang air kecil, terjadilah kes sunatkan anak lelaki kesayangan Ana ni masa umur dia 3 tahun.
Pengalaman Sunat kan Syafi Seawal 3 Tahun Secara Smart Clamp
Ana dan En Suami memang dah plan nak sunatkan Syafi masa dia sekolah rendah nanti. Senang dah masa tu dia dah besar dan faham situasi sunat tu. Faham tak faham lah kan. Tapi nak di takdirkan Syafi TERPAKSA sunat terlalu awal dari yang di rancang. Masa tu umur dia 2 tahun 10 bulan macam tu.
Peristiwa Phimosis atau Bebird Buta
Nak dijadikan cerita satu hari tu Syafi mengadu sakit masa nak buang air kecil aka kencing. Ana pun hairan juga kenapa sakit tetiba. Ingat sebab bebird dia tersekat dekat pampers ke apa kan. Bila buka tengok takde apa-apa pun. Tapi Syafi still menangis tahan sakit masa nak kencing. Bila Ana tengok sekali lagi nampak bebird dia dah kembung penuh dengan air kencing. Tapi air tu tak boleh keluar.
Kebetulan hari tu Ahad dan En Suami memang ada dekat rumah. Minta dia tengokkan lah sebab Ana memang blurr habis masa tu. Belek punya belek En Suami kata lubang tempat kencing tu tertutup. Atau orang panggil bebird buta. En Suami kena betul-betulkan sikit bagi lubang tu nampak semula. Masa tu baru Syafi boleh kencing. Seksa pula Ana tengok masa tu.
Tak nak buang masa kami terus bawa Syafi ke klinik. Lepas doktor periksa memang sah bebird buta atau phimosis. Phimosis ni terjadi bila keaadan lubang kulit bebird kecil sehingga tidak dapat menarik ke bawah menonjolkan kepalanya. Ini disebabkan kulit tu dah tak anjal dan tak boleh di buka luas. Akibatnya air kencing akan terkumpul dan menghasilkan gelembung pada kulit. Oleh sebab lubang dah jadi terlalu sempit, air kencing akan keluar secara menitik sehingga air kencing tu habis dan keadaan gelembung tadi kembali normal.
Memandangkan musim berkhatan pun dah habis dan umur Syafi pun masih kecik, doktor suggest pergi ke hospital terus. Syafi tak boleh sunat macam biasa di klinik sebab dia memang akan meronta. Lepas bincang dengan En Suami, kami ke Hospital Pusrawi untuk pemeriksaan selanjutnya.
Sampai di hospital, doktor bagi kami masa 2 jam untuk dapatkan air kencing Syafi. Letih sangat masa tu sebab Syafi refuse untuk kencing sebab sakitkan. Lepas dari 2 jam takde juga air kencing jumpa semula doktor. Lepas discuss kami setuju untuk sunatkan Syafi secepat mungkin.
Keesokan harinya Ana datang semula ke Hospital Pusrawi untuk berjumpa doktor pakar yang akan sunatkan Syafi. Lepas jumpa dan doktor pakar dah tengok keadaan Syafi, doktor terus set date untuk sunat kan Syafi secara smart clamp.
Syafi Masuk OT dan Dibius Penuh
Akhirnya hari yang di tunggu pun tiba. Atuk nenek ikut sekali ke hospital. Hari nak bersunat ni sedih sikit. Syafi kena puasa seawal pukul 8 pagi sebabnya dia akan masuk bilik OT untuk disunatkan.
Kenapa sampai macam tu?
Sebabnya macam Ana cerita dekat atas, Syafi masih kecil dan for sure dia akan meronta semasa proses bersunat tu. Jadi doktor akan bius bagi pengsan sekejap semasa dia disunatkan. Bayangkan nak kena bagi dia puasa tu. Kesian sangat. Jadual operation sepatutnya pukul 2 tapi delay sampai pukul 4. Syafi dah start lapar. Just titik kan air kosong je dalam mulut dia.
Dalam pukul 3.30 petang Syafi dibawa turun ke bilik OT. Sementara tunggu turn dia, Ana boleh temankan dia dekat depan bilik OT tu. Seram sejuk berdebar semua ada. Patient lain yang tengah tunggu turn pun ada sekali dekat situ. Tapi semua orang dewasa. Bila turn Syafi sampai, Ana memang tak boleh masuk. Menangis tengok Syafi meronta menangis panggil nama Ana. First time tu kitorang "berpisah".
Sunat Secara Smart Clamp Hanya 15 Minit Saja
Memula Ana ingatkan lama Syafi dalam OT tu. Rupanya kejap je. Dalam 15 minit selesai dah operation sunat secara klamp tu. Memang kejap sangat. Menurut Dr Zubaidi, antara kelebihan bersunat secara Smart Clamp ni ialah :
1. Proses bersunat yang pendek sekitar 10-15 minit sahaja.
2. Alternatif terbaik bagi kanak-kanak atau orang dewasa yang mempunyai penyakit Diabetes, Hemofilia, anak-anak autis atau hiperaktif.
3. Dapat menghindarkan pendarahan yang banyak semasa proses bersunat.
4. Tidak menggangu aktiviti seharian dan kanak-kanak boleh berjalan tanpa menggunakan kain sarung.
Pengalaman Sunat Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp |
Walau hanya 15 minit, tapi Ana rasa macam lama giler. Cemas, resah, berdebar semua ada. Masa tunggu Syafi keluar dari OT, Ana dah sedia tunggu dia dekat bilik rehat dalam kawasan OT tu. Dari jauh Ana dah boleh dengar Syafi menangis tersedu-sedu. Bila katil dia sampai dekat Ana, Ana tengok Syafi menangis sambil mata dia tertutup. Takut agaknya tengok doktor nurse dekat sekeliling dia. Lepas nampak Ana terus dia peluk sekuat hati dia dan akhirnya tertido. Sementara dia tidur tu nurse masih perlu pantau keadaan Syafi dulu. 30 minit lepas tu baru boleh naik ke wad semula.
Dah naik wad still tak boleh makan minum lagi. Sebab ubat bius tu tak habis lagi kan. Tapi Syafi dah haus lapar sangat. Bagi lah minum sikit buat basahkan tekak dia. Nurse bagitau kalau Syafi dah kencing dia boleh discharge. Tapi maybe sebab rasa sakit kan Syafi masih lagi tahan kencing. Berjam tunggu dia kencing. Even after dah boleh minum air pun dia still tak kencing. Paksa punya paksa akhirnya kencing juga tapi sikit je. Tu pun nak dekat pukul 10 malam. Lega lah kitorang boleh balik rumah. Sebelum balik nurse bagitau cara-cara nak bersihkan bebird dia.
Penjagaan Sunat Secara Smart Clamp
Penjagaan untuk sunat secara smart clamp ni senang je sebenarnya. Cuma awal-awal tu Ana sedikit kekok nak bersihkan kawasan bebird dia. Nampak pelik bila tengok clamp tu. Hehe.
Tapi lepas 3-4 hari kawasan sunat tu makin elok. Nak jaga pun senang. Hanya perlu sapu cream setiap hari untuk bagi lembab kawasan clamp tu supaya kulit tak melekat. Tapi satu Ana perasan Syafi takde mengadu sakit pun lepas sunat tu. Memang melegakan sangat.
Ada yang tanya kalau pakai pampers mengganggu ke kawasan sunat tu? Tak ganggu pun. Pakai je macam biasa. Syafi takde pun kata sakit atau tak selesa pakai pampers lepas sunat tu.
Seminggu lepas tu pergi semula ke hospital untuk buka klamp. Ada yang kata sakit masa nak buka clamp tapi sebenarnya tak langsung. Doktor hanya potong beberapa part dah terbuka clamp tu. Syafi menangis masa buka klamp tu tapi bukan sebab sakit tapi sebab dia kata bebird dia doktor buang. Hahaha. Kelakar giler rasanya. Dah selesai semua tu lega sangat rasanya. Alhamdulillah bebird Syafi ok sampai sekarang. Selesai dah bab sunat. Dah tak yah pening pikir nak sunatkan dia nanti. Hehe.
Seminggu lepas tu pergi semula ke hospital untuk buka klamp. Ada yang kata sakit masa nak buka clamp tapi sebenarnya tak langsung. Doktor hanya potong beberapa part dah terbuka clamp tu. Syafi menangis masa buka klamp tu tapi bukan sebab sakit tapi sebab dia kata bebird dia doktor buang. Hahaha. Kelakar giler rasanya. Dah selesai semua tu lega sangat rasanya. Alhamdulillah bebird Syafi ok sampai sekarang. Selesai dah bab sunat. Dah tak yah pening pikir nak sunatkan dia nanti. Hehe.
Caj Sunat Smart Clamp
Caj untuk sunat Smart Klamp ni kalau harga di klinik biasa dalam RM150-RM200. Di Hospital Pusrawi dalam RM500. Tapi kes Syafi kos dia dalam RM3,000++. Memang mahal sebab Syafi guna GA (General Anesthesia). Kos 2 caj pakar lagi kan. Tapi Ana claim guna insurance sebab kes tu kes sunat sebab penyakit dan perlu di warded. Jadi boleh clain insurance. Kalau nak ke hospital kerajaan tak tentu Syafi boleh sunat awal kan. Alhamdulillah semua dipermudahkan.
Pengalaman Sunat kan Syafi Seawal 3 Tahun Secara Smart Clamp
Reviewed by Ana Suhana
on
January 16, 2018
Rating:
alhamdulillah, ada asbabnya kan. Negara Arab semua budak lelaki sunat awal. KAedah klamp ni menarik. Tapi, kosnya pulak tinggi kalau sesaja nak sunat. Aih..risau lak Dzal dan Daim tu. canelah dorang nt sunat
ReplyDeleteKos kalau kat klinik biasa dalam RM150-RM200 rasanya kak. Syafi mahal sebab dia kena GA dna warded. Tu je.
DeleteAlhamdulilah..sumenye da setel...risau plak ank sy yg boboy tuu...pasal sunat ni tak sgt...nsb baik ada baca kt sini..psal smart clamp tu...tp, klo takde pape masalh, bole ke kite sunat awal?
ReplyDeleteBoleh je dear. Lagi di galakkan sunat seawal mungkin.
DeleteSeriau pulak baca. Kecik2 dh sunat. Sangat berani Syafi nie. Sy pernah jugak terbaca kes nie somewhere, mmg kne sunat sbb nak kencing sakit. air kencing terkumpul xleh nk keluar.
ReplyDeleteMujur boleh claim insurans Kak Ana. 3k+ tu banyak. Tp untuk anak sy percaya semua parents akan sanggup walaupon xde ambik insurans.
Terus akak rasa ngilu.mmemang ok eh sunat budak lelaki seawal 3 tahun usia...kalau org tua2 x bagi kan..
ReplyDeleteoh slamat dh syafi bersunat ..nasibaik bole claim insurance kn sbb warded skali..ank buah yg ank arwah aritu pn br bersunat beramai2
ReplyDeleteKesian Syafi.. Nasibla dia pandai mengadu cakap sakit kan, Alhamdulilah semuanya dipermudahkan.. 😊
ReplyDeletecomel je... hahahha.. kesian dia ehhh... bagus jugak awal2 kan.. xla dia malu bila dah besar.. haaha
ReplyDeleteAlhamdulillah semua lancar.. Tapi comel je part nangis ingat doktor buang bebird dia.. haha..
ReplyDeleteAlhamdulillah...mula2 baca..sayu hati...tapi part Syafi nangis kata kata bebird Dr buang...lucu pulak...yeyy bujang dah Syafi...syukur...hikmah dibalik ujian kan kak Ana..
ReplyDeleteComel aje Syafi masa ingat doktor nak buang bebirrd dia.. rupanya Syafi ana pun dah bujang ye. Alhamdulillah Ada lah hikmahnya sunat awal. Setel awal
ReplyDeleteSeriau sha tengok.. Alhamdulillah Syafi okay..
ReplyDeletebila baca tajuk seram umur 3 tahun dah sunat.bila baca yang ana cerita ni kalau ada anak laki nanti kena ambik taw gak pasal ni kan
ReplyDeleteBaru tahu ada rupanya perkhidmatan sunat untuk kanak kanak jugak. Thanks sharing info. Maybe berguna untuk Fatin bila dah ada anak sendiri nanti.
ReplyDeleteTq sharing ana...
ReplyDeletealahaiii.. kesiannya dia..
ReplyDeletedah bujang dah yee..
klamp ni dah popular kan.
Kembali seriau.... Bila baca ni... Teringat time sunat cara sebegini untuk 3 hero Sis dahulu.Anak-anak ok, Momma nya yang menggeletar habis... hehe ... hehee...
ReplyDeleteuish 3 tahun tu, selalu dengar darjah 1 or 6 tahun paling awal pun
ReplyDeleteseriau baca hahaha..sebab akak ada 2 orang ni yangbelum bersunat, cadangnya tahun ni nak sunatkan harap2 oklah budak berdua tu
ReplyDeletekesiannya nak kencing pun tak boleh.
ReplyDeletemacam mana penjagaan untuk sunat smart klamp ni ea? sebab kalau ikutkan anak baru 3 tahun. tak sakit ke kalau bergesel dengan pampers? maaflah pertanyaan mak noob.
mak saya pun ada kata sunat anak awal lagi bagus
Masa ana hari tu just hari2 letak ubat sapu hospital bagi. Bersihkan sikit2 kawasan luar tu.
DeleteMacam syafi sunat pakai klamp memang xbergesel bebird dia dgn pampers. Bebas bergerak juga. Tu salah satu kelebihan sunat guna klamp.
Aah lagi awal sunat lagi bagus sebenarnya. =)
oo..gitu. faham2. kiranya klamp ni tak menyakitkan la ye
DeleteBaru tau Syafi dah bersunat rupanya. Adik n Abang pun sunat cara smart klamp juga, senang nak jaga kan Ana..
ReplyDeleteseram pulak baca, sebab miza pun ada anak lelaki. Tapi alhamdulillah syafi dah selesai satu bab.
ReplyDeleteSeriaunya busyra baca. Dan busyra bru dngr sunat guna klamp ni. Dpt jgk ilmu bru dri entri akak ni.. alhamdulillah smuanya berjalan lncar.
ReplyDeletealhamdulillah berjalan lancar prosesnya =)
ReplyDeleteSebenarnya first time Siqah dengar smart klamp dan first time juga dengar 3 tahun dah sunat. Biasanya darjah 5. Apa pun, alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Moga menjadi imam nanti ye :)
ReplyDeleteMimi pun pkan nak sunat Adhwa awal nanti
ReplyDeleteWah syafi 3 tahun dah sunat ^^ bagusnya dapat elak penyakit kan?
ReplyDeletebagus juga sunat awal untuk kesihatan, anak khaty pun ada lagi 2 orang belum sunat, tak tahu lah nanti sampai masa berani ke tidak nak pergi sunat tu.
ReplyDeleteAnak say pon bru detect bru2 Ni...umur lbh kurang la 2 tahun lbh..xtahu la brp kos skrng?insurance tuh guna insurance apa ye?
ReplyDeleteKos kalau di Pusrawi lebih kurang sana je tuan. Sebab awal tahun lepas kes ni. Saya guna insuran etiqa maybank. Tapi kena consult dengan ejen yang kita amik insuran tu terlebih dahulu.
DeleteNak tnya mcm mana cara nk cuci bahagian corong air kencing tu ye? Ank sy 4 bulan baru je sunat 7/8/18.. doktor just suruh pakai cottonbud je.. sis buat mcm mana dgn ank sis?
ReplyDeleteAah. Saya guna cottonbud je sis. Cuma saya basahkan sikit cotton bud tu. InsyaAllah dalam seminggu cantik dah bahagian sunat tu.
DeleteSalam puan... Macam mana nak claim insurance utk khatan? Insuran apa?
ReplyDeleteSalam. Insuran hanya boleh diguna jika sunat tu disebabkan oleh penyakit. Macam anak saya sebab kes buta. Jadi kes ni diurus pihak ejen dan hospital.
DeleteSalam, nak tanya, macam mana penjagaan after sunat, anak saya pun lebih kurang mcm ni juga umurnya, kena sunat disebabkan lubang kecil. Anak awk,jalan2 tak after sunat? Ke baring je? And ada pantang apa2 tak? Terima kasih, fatimah
ReplyDeleteSalam. Anak saya aktif je lepas sunat sebab ada clamp kan so tak lah rasa ngilu. Pantang hanya benda yg gatal2 je lah. Yang lain takde pantang pun. Sunat jenis clamp ni dlm 2 minggu dah recover almost 100% puan.
DeleteSalam..nak Tanya, hospital bagi cream apa ye? Busy it klinik diorg just bagi ubat than sakit, bengkak ngan antibiotic je ...
ReplyDeleteSalam. Maaf saya tak ingat lah. Maaf sangat2. Tp cream tu untuk lembap kan kawasan sunat tu.
DeleteAssalam puan. Terima kasih share pengalaman ni. Sgt membantu. Nak tnya..masa puan cuci2 bhgian kepala bebird tu..ada tak darah ke? Atau sludge kaler putih? K
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Maaf lambat reply. Seingat saya takde pula dekat bahagian atas tu. Kalau ada pun dkt tempat klamp tu je.
ReplyDelete