Nikmat Bila Dapat Makan Durian
Nikmat Bila Dapat Makan Durian | Assalamualaikum. Sekarang ni dekat area Selayang dah mula nampak banyak penjual-penjual durian "memunculkan" diri di tepi-tepi jalan utama. Kalau sebelum ni susah nak nampak. Tapi mereka masih jual guna timbang kilo. Nak nampak penjual yang jual ikut biji masih lagi susah. Katanya musim durian tahun ni tak berapa nak menjadi di sekitar negeri Perak. Di negeri Pahang rasanya musim durian baru nak bermula.
Nikmat Bila Dapat Makan Durian
Rata-rata keluarga Ana dan keluarga mertua memang hantu durian. Termasuk lah si kecik Ana, Syafi. Tak tahu macam mana dia boleh terjebak suka makan durian sebabnya dia bukan boleh makan something yang ada bau yang kuat ni. Tapi bab durian ada exceptional pula tu. Hehe.
Dah lama sebenarnya Ana sekeluarga cari durian tapi masa ronda-ronda di area Selayang hujung tahun lepas, kebanyakkan durian yang dijual tak berapa nak elok. Dengan harganya yang mahal memang sangat tak berbaloi untuk di beli kan. Nak jadikan cerita masa balik dari pasar malam Khamis lepas, elok pula ada lori durian datang dekat bawah tu. Ramai juga jiran-jiran yang "serbu" lori tu. Ana pun selit sekaki.
Ada 4 jenis durian yang dijual; D24, udang merah, tembaga dan kampung. Semua timbang kilo kecuali durian kampung dia jual 3 biji RM50. En Suami semestinya akan pilih D24 atau udang merah. Bila dah pilih penjual tu kupas kan kulit bagi kita tengok dan rasa sendiri. Kalau ok baru beli. So nampak lah etika yang baik penjual tu amalkan. En Suami pilih 2 biji udang merah dan 1 biji D24. Harga 3 biji RM90 lepas diskaun semua. Harga sekilo RM20 dan sebiji durian je berat dah hampir 2 kg. Masa ni terus teringat macam mana lah perasaan orang yang tak berkemampuan tapi teringin nak makan durian. =(
Sampai-sampai je rumah En Suami terus kupas semua durian tu. Sambil dia kupas sambil Syafi minta suap durian dalam mulut dia. Bila suruh pegang sendiri tak nak. Bila dapat makan bukan main happy. Baru dia rasa nikmat bila dapat makan durian.
Ana pun makan sekali. Bila dah terlajak makan, padahnya perut mula tak sedap. Maklumlah gastrik masih dalam proses nak baik kan. Rasa bloated perut malam tu. Insaf kejap.
Dan semalam nak jadi cerita masa lepak dekat rumah mak, mak cerita pasal durian. Kesian katanya dekat ayah teringin nak makan durian tapi tak leh nak beli sebab mahal. Masa Ana bawa dorang ke Janda Baik baru-baru ni tak boleh nak beli durian sebab kereta full sangat-sangat. Takde ruang nak letak durian. Terus Ana whatsApp En Suami minta beli kan durian dekat area pasar borong. Balik keje tu dia singgah rumah mak hantar durian. Lagi murah rupanya durian di pasar borong. Sekilo RM15 tapi durian kawen lah. Tapi sedap juga. Bukan main suka ayah dapat durian. Siap cakap 2 3 hari ni teringin sangat nak makan durian. Sedih pulak Ana dengar. Memang rezeki ayah dapat makan durian. Sama-sama berkongsi rezeki.
Nikmat Bila Dapat Makan Durian |
Nikmat Bila Dapat Makan Durian |
Nikmat Bila Dapat Makan Durian |
Dan semalam nak jadi cerita masa lepak dekat rumah mak, mak cerita pasal durian. Kesian katanya dekat ayah teringin nak makan durian tapi tak leh nak beli sebab mahal. Masa Ana bawa dorang ke Janda Baik baru-baru ni tak boleh nak beli durian sebab kereta full sangat-sangat. Takde ruang nak letak durian. Terus Ana whatsApp En Suami minta beli kan durian dekat area pasar borong. Balik keje tu dia singgah rumah mak hantar durian. Lagi murah rupanya durian di pasar borong. Sekilo RM15 tapi durian kawen lah. Tapi sedap juga. Bukan main suka ayah dapat durian. Siap cakap 2 3 hari ni teringin sangat nak makan durian. Sedih pulak Ana dengar. Memang rezeki ayah dapat makan durian. Sama-sama berkongsi rezeki.
Nikmat Bila Dapat Makan Durian
Reviewed by Ana Suhana
on
January 10, 2018
Rating:
Alhamdulillah.. Ada juga lagi ye penjual yang jual durian kampung dengan harga 3 biji rm50.. Area kg Sha semua timbang kilo.. Memang tengok jelah Ana..
ReplyDeleteAlhamdulillah..ada tempat baru bermula kak Ana...ada tempat dah habis musim duriannya...rezeki untuk yang tak ada pokok durian atau dusun durian untuk menikmati durian...kena pandai pilih dan rajin survey harga kan kak..kadang jenis buah yang sama tapi harga jauh sangat2 berbezanya...kalau dapat yang masaknya cantik...syukur sgt2....Syafi,,suka makan durian ya..😊
ReplyDeletekita makan durian bergantung dekat satu pokok tu je kat area rumah nie.Buahnya lebat,siapa pergi tengok dulu dialah yg dpat..hihii..jiran depan jual durian Rm8 sekilo
ReplyDeleteSama la kita, semalam pon beli durian gak selepas balik keja, seminggu ni asyik makan durian...Kat sini RM2 sebiji dah, sebab dah banyak sangat
ReplyDeleteSalam puan Ana, salam perkenalan
ReplyDeleteBaru belajar menulis blog, bagus makan durian dengan keluarga
Apatah lagi belanja anak anak dan isteri
Sampai dewasa anak anak kita ingat
Kalau durian sudah semestinya nikmat bila masuk mulut! ^^
ReplyDeletedekat sini pun dah banyak org jual durian , baru-baru nie pun MIL ada beli 4 bijik rm 100++ gitulah...mahal tapi nasib isi dia sedap manis kira tak rugi lah beli
ReplyDeleteIra sendiri pun memang dah lama tak makan durian. Memang mahal yang amat kot orang jual. Isi elok takpe kalau tak menagis. 2 tahun dah belum rezeki lagi nak merasa durian huhu
ReplyDeleteuiiii...mengancam sungguh warna durian tu...durian ni mmg tak kan puas kalau makan..hihi
ReplyDeletesedapnya..
ReplyDeletesedap durian dia...lagi sedap kalau buat cucur atau bubur..
ReplyDeleteAdoyaiii tak tahan mama tgk isi doyan Tu ana..huhu nangis nak makan doyan
ReplyDeleteSaya kempunan sangat sebab tak dapat makan durian. Dekat sini tak jumpa durian pun T__T
ReplyDeleteSedapnya durian, Kak Sue nasib lah tahun nie kebun bapa mertua ada buah dapat la merasa sorang sikit Ana. Alhamdullilah dapat Abah Ana makan durian akhirnya ya..
ReplyDeletehari tu pun kami ada beli jugak. nikmatnya kan
ReplyDeleteSuami Ibu makan durian beberapa ulas je dah demam sekarang ni
ReplyDeleteCantik tgk isinya tu.. Akak dlu kecik2 mmg fav.. Dh besar ni xtau nape kurang.. Tkbole bau.. Tkbole nk mkn ratah gtu.. Kalo mkn ngan pulut ok
ReplyDeleteLawo isi durian tu Ana, sedapnyaa!
ReplyDeletekitorang pun hantu durian. since Dhia br baik demam. Daim masih demam. Puasa durian sekejap hehe
ReplyDeleteWalaupun bau durian semerbak sampai dua tiga pintu tapi tetap jd rebutan.. Hahaha.. Sedap tu durian
ReplyDeleteYa ampun kuningnya isi dia.... juicy banget...
ReplyDeleteLeYa pun hantu durian..
ReplyDeleteAlhamdulillah..penjual tu baik dan jujur. Macam ni lah kita nak.. Sekali lagi alhamdulillah..semoga rezeki Kak Ana dan keluarga bertambah2 kerana memberi IbuAyah yang membesarkan kita makan.
kebanyakan smua skrg lebih guna timbang daa. mmg susa cari pjual yang jual bijik2 ni huhu. last week december tu lakii bini mgidam bubur durian, melantak la suami ju beli durian sampai rm 180. peuwwww
ReplyDeletewahh duriannn. fav jugak ni.
ReplyDeletekat sini dalam rm13 sekilo. memikir jgk nak belinya
sedapnya makan durian. alhamdulillah akak pun dah dapt makan durian tahun ni, tapi ye lah mahal durian sekarang ni hari beli dekat kg rmm22 sekilo itu kira paling murahlah tu
ReplyDeletemahal kan... kena fikir 10 kali nak mkn.. hahahaha
ReplyDelete