Erya by Suria Hill Country House Janda Baik - Trip Hujung Tahun Yang Mendamaikan
Erya by Suria Hill Country House Janda Baik - Trip Hujung Tahun Yang Mendamaikan | Assalamualaikum. Selamat tahun baru 2018 semua. Entri pertama tahun 2018 ni Ana nak cerita tentang percutian Ana sekeluarga ke Erya by Suria Hill Country House Janda Baik pada hari Khamis yang lepas. Kali ni bercuti dekat-dekat je sebab malas nak hadap jammed masa menghala KL nanti. Jarak antara Selayang ke Janda Baik hanya 40 minit perjalanan jer. Dari karak highway exit ke perkampungan Bukit Tinggi. Bukan Colmar Bukit Tinggi tau jangan salah jalan pula.
Erya by Suria Hill Country House Janda Baik - Trip Hujung Tahun Yang Mendamaikan
Erya by Suria Hill Country House Janda Baik |
Erya by Suria Hill Country House Janda Baik |
Kali ni Ana ajak mak, ayah dan sorang adik ikut sekali. Memeriahkan suasana katanya. Lagipun mak ayah suka kalau pergi tempat-tempat macam ni. Dapatlah dorang merasai suasana desa yang berlatarbelakangkan alam semulajadi yang sangat mendamaikan dan dikelilingi bukit bukau yang menghijau. Sama macam view di Intan Payung Janda Baik ni.
Erya by Suria Hill Country House Janda Baik merupakan sebuah resort yang mempunyai 16 unit bilik yang terdiri dari bilik Deluxe dan Deluxe Premier. Tiada lif disediakan sebab bangunan ni hanya 2 tingkat je.
Bilik Penginapan
Erya by Suria Hill Country House Janda Baik |
Ana booked 2 unit bilik deluxe dengan harga RM180 (Khamis) dan RM195 (Jumaat) semalam untuk sebuah bilik. Ana request bilik bersebelahan dan bilik tersebut hanya available di tingkat paling atas je. Walaupun hanya 2 tingkat je tapi jenuh juga nak naik bila bawa barang yang banyak. Dan untuk warga tua agak penat juga dorang nak naik ke bilik.
Bilik deluxe di sini mempunyai 2 unit katil super single dengan keluasan bilik 258m² yang boleh memuatkan 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Antara kemudahan yang ada didalam bilik ialah tv Led dengan beberapa channel Astro, meja sisi, sebuah kerusi, meja kopi, mini bar, sejadah, Al-Quran, almari, water heater dan toiletries. Kemudahan seterika dan pengering rambut perlu request dari penjaga di kaunter bawah.
Masa Ana melangkah kaki masuk ke dalam bilik, Ana perasan yang keadaan bilik sangat kemas dan bersih termasuk bilik air. Bilik air pun agak luas cuma shower area takde curtain so masa mandi bilik air akan jadi basah. Lantai tak licin pun but still kena berhati-hati.
Ruang Makan
Di tingkat bawah terdapat sebuah ruang makan terbuka. Memandangkan tiada kemudahan kettle dan tea complimentaries disediakan di dalam bilik, pihak resort menyediakan air teh dan kopi yang sentiasa panas di ruang makan ini. Para tetamu pada bila-bila masa boleh amik air yang disediakan tersebut. Pinggan dan cawan semua ada di sini kalau nak guna.
Sarapan pagi pun dekat ruang makan ni juga. Sarapan pagi untuk 3 hari 2 malam di sana sangat simple. Sarapan hari kedua menunya ialah bihun goreng, nasi lemak, roti dan jem serta cereal. Hari berikutnya ada lontong, mee goreng, kuih samosa, roti dan jem serta cereal. Tapi bagi Ana lebih dari cukup sebab bukan boleh makan banyak pun.
Lunch dan dinner tidak disediakan. Kalau nak lunch korang boleh keluar ke arah pekan Janda Baik dalam 3km kerana terdapat beberapa kedai makan yang menjual pelbagai lauk pauk kampung. Kalau malas nak drive korang boleh jalan kaki dalam 5 minit ke sebuah kedai makan yang terletak di sebelah resort. Manakala untuk dinner korang boleh request dari kitchen resort untuk makanan bergoreng seperti mee goreng dan nasi goreng dari pukul 6.30 petang sehingga 9 malam sahaja.
Aktiviti Menarik
Memandangkan tema bercuti ke sini ialah back to nature so aktivit yang boleh dilakukan di sini ialah aktivit berkaitan dengan nature lah juga. Takde swimming pool dekat resort ni tau sebab di belakang resort terdapat sebatang sungai yang sangat jernih.
Bila dah ada sungai rugi lah kalau tak mandi sungai kan. Bukan selalu dapat terjun mandi sungai. Lagi-lagi air sungai dekat sini sangat jernih, sejuk dan bersih. Memang syok habis walau badan sampai menggigil dibuatnya. Terdapat kawasan yang airnya cetek sesuai untuk anak-anak. Tapi ibu bapa perlu sentiasa pantau anak-anak sebab air agak deras.
Selain dari mandi sungai, Ana sempat join ayah memancing ikan sungai. Banyak juga hasil tangkapan 3 hari tu. Ikan tengas yang paling banyak kitorang dapat. Ana dapat lah tangkap beberapa ekor ikan dan paling kelakar terpancing tuntung. Menggelupur nak lepas kan semula sebab tuntung ni sejenis yang menggigit. Bila dah gigit susah nak lepaskan. Terpaksa potong pancing nak lepaskan tuntung tu.
Di dalam kawasan resort ada kawasan lapang di tepi sungai sesuai untuk aktiviti sukaneka. Memang seronok dapat bercuti bersama keluarga dan sahabat handai sambil lakukan pelbagai aktiviti games dan sukaneka di sini. Suasana tenang dan aman. Takde pencemaran dan rasa segar je.
Antara aktiviti lain yang boleh di lakukan ialah aktiviti lasak ATV. Tapi nak naik ATV ni kena keluar dari resort sikit. Ada satu kawasan padang menyediakan ATV untuk disewa.
Kesimpulan
Secara peribadi Ana dan keluarga enjoy stay 2 malam di Erya by Suria Hill Country House Janda Baik. Memang sangat menenangkan dan sunyi. Cuma kalau korang nak stay dekat sini bawa lah kettle dari rumah. In case dapat bilik atas jenuh nak nak turun amik air panas. Bawa lah juga makanan segera kalau tengah malam tetiba lapar kan.
Lagi satu nak ke sungai agak memenatkan bagi warga tua atau orang yang sakit kaki sebab kena naik turun tangga dan bukit yang agak tinggi. Ana yang muda remaja ni pun semput turun naik tangga dan bukit tu. Hehe. Apapun Ana memang plan nak ke sini semula. Rasa tenang dan aman stay di Erya by Suria Hill Country House Janda Baik ni. Korang yang nak merasa suasana macam ni boleh lah ke sini. Tak jauh dari KL/Selangor.
Erya by Suria Hill Country House Janda Baik - Trip Hujung Tahun Yang Mendamaikan
Reviewed by Ana Suhana
on
January 01, 2018
Rating:
Boleh Cubalah nanti. Selesa Dan harga pun berpatutan juga
ReplyDeleteBest bercuti tempat macam ni back to nature
ReplyDeleteTengok gambar pun dah rasa tenang, apa lagi bila physically ada kat sana
ReplyDeleteCantiknya Kak Ana suasana dia. Best laa. Tengok pon macam boleh rasa betapa tenangnya dekat sana. Dengan air sungai lagi, dapat memancing jugak tu.
ReplyDeleteOk jugak ye tempat ni... rasa damai jer... boleh masuk dah list percutian nih.. Hehhe...
ReplyDeleteAduhai.. Teruja sangat tengok entri ni. Cantik... ❤ agak tenang jugak kan kak ana :)
ReplyDeleteseronok kalau pergi beramai2 kan..mcm akk ramai ahli yg x balik serentak jadi mood bercuti tu kena cuti la dulu..hehe
ReplyDeleteSubhanaAllah...indahnya...beristirehat dan mendekati alam semulajadi...nikmat mana yang hendak kita dustakan....PC tengok kak Ana kongsi gambar pun dah rasa seronok kak..rasa nyaman dengan kehijauan...Allahu..mesti sejuk je...bau embun pagi yang segar...
ReplyDeleteSelamat tahun 2018 untuk akak sekeluarga ya.
Lama dah tak pergi Janda Baik. Kalau pergi sini nanti, bolehlah kot cuba book tempat ni tapi macam kena minta ground floor je sebab Mama saya tak larat naik tangga :/
ReplyDeleteMenariknya tempat percutian ni. Sempena cuti sekolah akan datang mungkin boleh pertimbangkan pulak percutian di Gambang
ReplyDeletehttp://www.hudakamil.com/2017/11/ekspedisi-pengembaraan-gambang-safari-park.html?m=1
Nadia dulu masa belajar suka sgt pergi Janda Baik sebab belajar dkt Gombak. Jadinya, nak ke Janda Baik tak jauh. Suka sgt bila time senja and malam sebab sejuk sgt sgt. hihi.
ReplyDeleteBest best Janda Baik
Macam best juga kan tempat nie Ana.. Abang Man mesti suka tempat macam nie..
ReplyDeletebestnya ana.. erya by suria memang best.. umpan apa pancing ikan tu ana?
ReplyDeleteMemang damai dan nampak selesa tempatnya :) Selamat tahun baru 2018 kak Ana & family ;)
ReplyDeletebestnya ana.. dilah dah lama teringin nak pegi janda baik ni.. sbb rasa tenang dan mendamaikan jer..
ReplyDeleteSelesaaa nampak tu, ada pulak sungai memang best.
ReplyDeletebestnya kak anaa.. busyra pernah baca review pasal janda baik memang best org ckp..
ReplyDeleteBilik hotel dia just nice. Simple dan tak serabut. Tapi yang best tu ha. Dapat main air sungai. Mesti sejuk tak ingat ni
ReplyDeleteKita pernah pi janda baik ni sekali ja masa belajar dulu..pegi balik hari...
ReplyDeleteMmg best mandi situ...
Next time boleh purpose kat husband bercuti kt sni kot
Menariknya.. Kalau gi sini memang back tu naturelah..
ReplyDeleteTetiba rasa nak pegi jugak..lama sangat dah tak mandi sungai cumanya Sal nak bawak mak , tetiba kena fikir panjang sbb mak dah tua...takkan nak tinggal kat rumah sensorang...sian pulak
ReplyDeletebestnya dapat main sungai, nampak menarik tempat ni sebab sha pun sukakan tempat yang nature daripada banyak banyak bangunan tu, dah boleh masuk list tempat nak pergi ni
ReplyDeleteDamai je tengok suasana dia.
ReplyDeleteKalau nak lari dr hiruk piruk kl yg sentiasa busy bolehlah nanti ke sini
Percutian yang menarik. Janda Baik ni tak la jauh dari KL nun. Saya pernah tinggal di Cherengin Hill. Sini tak pernah try.
ReplyDeleteWow.. bestnya dah lalam teringin nk ke sini. Tp belum berkesempatan. Yg paling best boleh memancing. Joran dia ada buat sewa ke? Tk yah lah kita susah2 nk bawak.
ReplyDeletejanda baik always close to nature!
ReplyDeletewill go and get this resort for next outing!
Buat family day pun okey nih
ReplyDeletewow cantiknya view !!!!I suka sangat lebih lebih lagi siap ada sungai !
ReplyDeleteagak menarik jugak! suitable for family and friends gathering. boleh mandi tepi sungai lagi!
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
saya ada voucher dr erya suria utk cherating... belum berkesempatan utk pg.. di sini nampak sesuai utk mrk yg suka alam semula jadi...
ReplyDeleteBestnya enviroment dia k.ana. rasa tenang ja.
ReplyDeletePernah juga ke Janda Baik ni, tapi dah lupa singgah tempat yang mana. Masa tu berkelah sehari sahaja. Memang tak jauh pun dari KL. Oklah pihak resort sediakan air panas sentiasa. Seronok main sungai!
ReplyDeletesuka tengok aktiviti family macam ni... Bonde rindulah nak pancing ikan macam tu... bestnya la hai
ReplyDeleteCantiknya tempat tu. Aktiviti sesama keluarga pun tak padat sangat. Just nice je. Hehe. Boleh plan next trip ke sini pula. Hehe
ReplyDeleteBestnya bercuti dengan family. Saya suka juga trip ke kawasan hutan penuh dengan alam ni.
ReplyDeletetenang nmpk tmpt tu..ada sungai tp sian plak kalo org tua yg sakit kaki nk naik turun tgga tu kn
ReplyDeleteWow! Ni menarik. Memang tengah cari tempat untuk buat family day pun. Terjah lepas ni!
ReplyDeleteComelnya keluarga kak Ana ^^ heheh best betul dapat riadah dan tenangkan fikiran :)
ReplyDelete