Dinner di Washout Laundry & Cafe | Lokasi Penggambaran Drama Dia



Dinner di Washout Laundry & Cafe - Lokasi Penggambaran Drama Dia | Assalamualaikum. Korang layan tak drama Dia yang ditayangkan di TV3 setiap Jumaat - Ahad tu?  Ala yang pelakon dia Janna Nick,  Irwansyah dan Adi Putra tu. Ana kekadang layan juga kalau dah takde cerita nak tengok. Walaupun drama ni macam lambat lagi nak habis tapi Ana dah tau ending dia macam mana. Ni gara-gara blogger Mimi Azirah lah ni punya pasal. Hehe. 
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe
Dinner di Washout Laundry & Cafe - Lokasi Penggambaran Drama Dia 

Kalau korang perasan ada beberapa babak dalam drama tu lokasi Adit dan Aira dating di sebuah kafe. Kafe tu nama dia Washout Laundry & Cafe terletak di Taman Samudera atau lebih tepat di belakang Giant Batu Caves. Ana perasan Kafe ni masa on the way nak makan di Restoran K'Chiang Mai Ikan Bakar di area tu juga.
Tapi bukan sebab drama tu Ana nak makan dekat sini tapi sebab adik Ana dah beberapa kali makan dekat sini. Katanya sedap set combo dia. Kebetulan minggu lepas Kak Rozana nak jumpa Ana nak pass barang katanya. Dia set jumpa dia Giant Batu Caves. Memandangkan kafe ni dekat belakang tu je Ana set jumpa dekat sini je. Lagipun memang Ana nak dinner sekali. Dekat Giant Batu Caves tu pun takde kedai yang menarik untuk di terjah lagipun.
Masa Ana sampai dalam pukul 8 macam tu tak ramai orang lagi. Tapi ada beberapa meja dah tertulis reserve atas dia. Lepas dapat menu terus kitorang order. Tak nak lama-lama kang lambat pula makanan sampai. Sementara tunggu makanan siap, Ana perasan pelanggan semakin ramai datang termasuk pelanggan di meja yang ditempah tadi. Selamat Ana sampai agak awal. Kalau tak berjemaah order dengan dorang. 
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe
Menu 1 : Beef Burger - RM14.90
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe
Tengok je dah nampak sedap. Pandai pula En Suami order menu macam ni. Ana yang tengok ni pun jadi tak tahan nak rasa sekali. Memang sedap burger dia. Isi daging tu homemade rasanya. Walaupun daging burger tu tebal but still lembut dan juicy. Siap ada cheesy fries lagi. Yang dalam mangkuk tu black pepper sauce. Sedap juga. Tapi Ana suka makan burger tu macam tu saja sebab dah sedia sedap. Next time nak order burger ni juga.

Menu 2 :Aglio Olio (RM10.90) + Chicken (RM6.00)
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe
Macam biasa sebab kena kongsi dengan Syafi, Ana order lah spaghetti aglio olio ni. Add chicken chop sebab makan untuk 2 orang kan. Spaghetti dia biasa lah rasa aglio olio lah. Nak expect rasa apa pula kan.  Bila makan dengan chicken chop tu jadi sedap juga dan paling penting mengenyangkan.

Menu 3 : Cheesy Fries - RM7.90
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe
Sebab tak cukup cheesy fries dalam menu burger En Suami kami add side dish ni. Kenapa ntah rasa sedap sangat fries dia ni. Cheese leleh dia bukan main banyak. Tak kedekut langsung.  Memang berbaloi order. Sekejapan kosong bakul fries ni.

Memula Ana plan nak order set combo  dia yang femes amos tu. Sekali set tu untuk 3-4 orang. Boleh sampai 5 orang Ana rasa. Memandangkan Ana bertiga je jadi tak lah sanggup nak order menu besar macam tu. Ada je set menu untuk couple tapi En Suami tak berkenan. Layan je lah. Tapi Ana belanja korang tengok menu yang Ana cakapkan ni.

Set Combo : Monster Platter - RM59.90

Set Combo : Couple Platter - RM36.90


Nak jadi cerita masa tengah makan tu tetiba gelap sekejap. Arrgghhh sudah black out pulak ke?? Dah lah Ana tengah layan makan sedap ni. Rupanya staff kafe nak buat suprise besday pelanggan yang reserve meja tadi. Sambil staff tu bawa kek ke meja tu sambil staff lain nyanyi ramai-ramai.

Syafi pula yang teruja tengok. Siap request nak macam tu bila besday dia nanti. Hahaha. Boleh lah dipertimbangkan sebab Ana cadang nak ke sini lagi. Nak cuba banyak menu lain yang nampak sangat menarik. Kafe pun selesa dan bersih. Nak bawa family sekali sebab nak celebrate besday Syafi kan. Kita tengok macam mana nanti.

Instagram :







Dinner di Washout Laundry & Cafe | Lokasi Penggambaran Drama Dia Reviewed by Ana Suhana on January 30, 2018 Rating: 5

20 comments:

  1. liez pun dah pergi washout.. tp xsempat lg nak buat entry hahaha
    sedap jugak.. dan portion byk..

    ReplyDelete
  2. wahhh.. sedap nampak cheezy fries tu ana.. mmg patut pun tambah order lagi.. haha

    ReplyDelete
  3. kakkkk.. terliur tengok makanannya.. hehehe :D

    ReplyDelete
  4. tap.. tap.. adoi terliur tengok Cheezy Fries ana ne

    ReplyDelete
  5. Amboi...bestnye... Ni yang buat LeYa nak ajak Otomen pergi ni..hehe..

    ReplyDelete
  6. Nanti bila pergi lagi ajak Hana ya... hahah ^^ gurau je...

    ReplyDelete
  7. Waaaa Syafi dah request ya...mesti Syafi gembira kan kak...tengah makan...tetiba terpadam lampu...nyanyi ramai2 bawa kek...terliur pulak tengok cheesy fries tu..adoi.

    ReplyDelete
  8. sedapnya menu2 dia ana...jauh la nak ke batu cave tu hihi

    ReplyDelete
  9. Wah menarik ni..... Hakak ingat pun nak cari cafe yg boleh sambut besday mcm nilah....
    Yelah Ana, hakak yg dah kenyangg ni pun rasa terliur tengok berger telur terkeluar tu hahaha...apatah lagi Ana cerita berger dia juicy dan tebal.. ohhh mmg sodap omak kau sungguh ni hihi

    ReplyDelete
  10. menarik sungguh beef burger tu...rasa lapar la pulakkk

    ReplyDelete
  11. Wow makanan dia boleh masuk Di tekak mama.. mmg suka makanan mcm dlm menu dia Tu.. memula ingatkan kedai Dobi haha

    ReplyDelete
  12. cheezy fries tu macam padu jer
    hahaha

    ReplyDelete
  13. Menarik nie Ana, boleh la plan untuk birthday Abang nanti nie..

    ReplyDelete
  14. akak peminat citer DIA sbb fav actor akak ada dlm tu saper lg kalo bkn adiputra...oh tk prasan scene adit n aira mkn kt cafe ni...dkt tmn samudera je..dkt sgt ngan la kalo nk try...nmpk menarik tu..fries tu mmg cheesyyyyy

    ReplyDelete
  15. Apa ni...?? rasa dizalimi kak ana oiii... Pantang betul nampak gambar makanan sesedap ni.. ai is laparrrrrrr....!! Haritu tengok nama laundry ni terus terbayang tempat basuh baju.. haha

    ReplyDelete
  16. Wah terliur tgk makanannya.Harga pun ok.

    ReplyDelete
  17. Set combo tu nampak ohsem sangat.. Puas hati makan tu..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.