Burger Ramly Tepi Jalan Tetap Burger Lejen


Burger Ramly Tepi Jalan Tetap Burger Lejen | Assalamualaikum. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu kalau dapat beli burger Ramly ni dah cukup bahagia dan gembira sangat.  Sebab tu Ana kata Burger Ramly Tetap Burger Lejen di hati Ana sekeluarga. Masa tu mak ayah tak mampu nak belikan burger di McD atau KFC. In fact McD Ana start belajar makan masa umur 21 tahun. Itu pun kawan yang belanja dan order kan. Ana memang tak tahu apa-apa pasal McD.
Burger Ramly Tetap Burger Lejen
Burger Ramly Tetap Burger Lejen
Burger Ramly Tepi Jalan Tetap Burger Lejen

Cakap pasal burger Ramly ni, Ana yakin rata-rata peniaga burger tepi jalan, di pasar malam atau di karnival pasti akan guna burger jenama Ramly ni. Dan kita semua dah sebati makan burger berjenamakan Ramly ni kan. Susah nak jumpa peniaga berniaga guna burger jenama lain melainkan peniaga-peniaga yang berniaga burger jenama sendiri di mana mereka akan menggunakan homemade patty mereka sendiri.

Baca juga : Makanan Wajib Beli di Pasar Malam

Menurut Wikipedia, Ramly Burger telah ditubuhkan pada tahun 1979 which is 39 tahun yang lepas. Ianya ditubuhkan oleh Tuan Haji Ramly b Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah bt Andul Manap. Salah satu kilang Ramly Burger ni terletak di Taman Perindustrian IKS,  Mukim Batu berdekatan dengan kawasan rumah Ana. En Suami pernah buat lawatan kolej ke kilang Ramly Burger ni lagi. Sekarang Ramly Burger merupakan antara pioneer burger sejuk beku popular di Malaysia dan Singapura.

Korang selalu kalau beli burger suka burger daging ke ayam?? Kalau Ana sekeluarga kami prefer burger daging. Kadang-kadang je beli burger ayam. Tu pun kalau kes burger daging habis stok kat gerai tu. Macam Ana sendiri, Ana suka juga beli hot dogs dan benjo.  Tengok mood masa tu dan teringin nak makan apa. Hehe. Tapi sekarang ni jarang lah kami beli burger Ramly ni sebab tak elok kan makan selalu. Boleh kira 2-3 bulan sekali baru kami makan.

Macam baru-baru ni bila rasa bosan nak makan nasi atau tak tahu nak makan apa masa ramai-ramai lepak dekat rumah mak, kitorang beli burger tepi jalan je. Senang cerita. Lagipun boleh call je dulu untuk order kemudian datang amik je burger tu. Tak lah lama nak tunggu dekat kedai tu kan. Kali ni semua order burger daging cuma beza isi dalam tu je.

1. Burger Daging Special
Burger Ramly Tetap Burger Lejen
Burger Ramly Tetap Burger Lejen

Kalau sebut burger daging special korang mesti tau kan yang menu ni ada daging burger dan telur. Selalunya daging burger tu akan dibungkus dengan telur kan. Tapi ada juga peniaga ikut style dorang di mana dorang goreng telur macam benjo dan letak atas daging tu. 

2. Burger Daging Special Cheese
Burger Ramly Tetap Burger Lejen
Burger Ramly Tetap Burger Lejen

Yang ni dalam dia sama je macam burger atas ni cuma dia ada letak cheese. Selalunya dorang letak sekeping cheese dalam tu. So nampak lah up sikit dari burger biasa. Haha.

3. Burger Daging Double Cheese Special
Burger Ramly Tetap Burger Lejen
Burger Ramly Tetap Burger Lejen

Haa yang ni kira menu burger paling mewah lah kalau dekat gerai-gerai tepi jalan tu sebabnya burger ni tinggi sikit. Kira macam raja burger lah. Dalam burger ni ada 2 keping daging dan di selang dengan telur dan keju. Extra sos selalunya Ana minta. Hehe. Memang boleh kenyang makan ni sorang-sorang. Yang ni selalu Ana dan En Suami punya order.
Burger Ramly Tetap Burger Lejen

Burger Ramly ni paling sedap bila sayur-sayuran asas diletakkan dalam tu. Contoh sayur yang biasa diguna ialah bawang besar dan timun. Tapi sekarang jarang nak jumpa peniaga yang letak kedua-dua sayur ni. Yang ada kadang sekeping timun je. Sedih tengok. Selalu boleh jumpa masa beli burger di karnival-karnival kan. Tu kira ok lah ada timun sekeping dua. Ada tu kosong saja. Lagi sedih. Hehe.  Tapi burger yang Ana beli ni best. Jangan kata timun dan bawang melambak dia bagi, siap letak nenas dan kobis lagi. Memang terbaik. Bersepah sayur dalam tu. Nampak lah menu tu "seimbang" sikit kan bila ada banyak sayur. Hehe. Semoga terus berjaya business brother ni.

Ni Ana nak tanya, bila last korang makan burger Ramly ni??  Ke ada yang tak makan?? Ke ada burger selain Ramly yang best?  Cer komen sikit.
Burger Ramly Tepi Jalan Tetap Burger Lejen Reviewed by Ana Suhana on January 17, 2018 Rating: 5

31 comments:

  1. Betul la kak Ana..keluarga PC pun masih memilih produk daripada Ramly la kak..dah terbiasa..kena dengan selera dan keinginan.Dulu zaman sekolah bba biasa beli semua bahan mentahnya buat sendiri burger di rumah...tapi memang pilih daging,,ayam kurang la kak.Sekarang beli je..order ikut selera masing-masing..sesekali ok..kerap tak bagus juga kan kak..

    ReplyDelete
  2. kenkadg byrger bodo tepi jalan tu yg sdap kan... ada satu kat sri gombak daily burger depan 7e.. popular kat situ sedap..

    ReplyDelete
  3. eh !! serius tau.. kite belum jumpa lagi burger brand lain tepi jalan yang sedap.. kalau nak tapau burger pun, memang kita cari yang stall Ramly.. hee~ stok kat rumah pun kalau tak brand A, measti Ramly.. lenlain tak best.. banyak tepung.. hee~

    ReplyDelete
  4. Burger tepi jalan memang win!! ^^ heheh

    ReplyDelete
  5. setuju sangat. perasaan dapat makan burger ramly ni feel nya tu wahhhhh tak tergambar ^_^

    ReplyDelete
  6. Last makan a day before practical ended.. Beli yg paling mewah, double special cheese without bawang.. hahahahah..

    ReplyDelete
  7. sedaplah burger tepi jalan tu memang lejen, tengok gambar burger ana ni buat akak rasa nak makan burger pulak

    ReplyDelete
  8. memang kalau pergi pasar malam memang akan ambik burger ramli haha kadang tu bbeli yang pack untuk buat makan. memang sedaplah daging burger ramli ni. meatball ramli pun sha suka!

    ReplyDelete
  9. betul tu....last2 burger ramly juga sedap..harga pun murah :)

    ReplyDelete
  10. Memang betul pelancong luar pun suka juga dengan burger ramlee special

    ReplyDelete
  11. ramly sekarang pun dah ada restoran franchise sendiri kan. hebat pak ramly ni

    ReplyDelete
  12. Akak pun suka..selalu amik yang special with double beef..hehehe...

    ReplyDelete
  13. Husniey suka produk ramly, memang best dan terasa bersih.. nugget dia sedap Ana.. 😍

    ReplyDelete
  14. akk memang suka Ramly Burger..mmg sedap

    ReplyDelete
  15. burger tepi jalan nie lah yg sedap..

    ReplyDelete
  16. ya allah tetapkanlah imanku.. terliur tgk.. burger klasik macam nilah yang paling sedap. kalah mekdi

    ReplyDelete
  17. Nampak sedap pulak burger nie Ana, walaupun kerap dah dok buat burger juga.. hahaha.. Dah nama pun peniaga burger kan, Kak Sue pun guna daging n ayam dari Ramly Ana. Puashati.. meh try kat stall kami pulak Ana..

    ReplyDelete
  18. Memang sedaap burger tepi jalan macam ni. Murah pun murah kan. Heehe :)

    ReplyDelete
  19. Burger Ramly ne tetap di hati. Tapi tak makan selalu dah insaf

    ReplyDelete
  20. Sedapnya akakkk.. adey. Hehe.Busyra kan kalau beli burger confirm beli burger ayam dri burger ramly. Sbb daging ayam dia tu lain dri burger lain. Sedap..

    ReplyDelete
  21. Uish.. Ramly memang lejen.. Rumah sha memang ada je daging berger ramly ini.. Dah try berger lain tak sesedap Ramly..

    ReplyDelete
  22. Yes!! Burger Ramly tetap di hati Siqah. Kebetulan kat area rumah ni ada yang jual burger. Sedap pulak tu sebab dorang pun tak kedekut letak segala macam. Sedap sedap!!

    ReplyDelete
  23. asalam jumaat sis =D

    favourite ju berbanding burger lain. Ju suka ramly daging, sedap ! dan yes macam sis juga ju ok juga dengan ayam tapi lebih pilih daging unless dah takda pilihan, pilih juga burger ayam hikhik

    ReplyDelete
  24. Yeah burger Ramly memang terbaik.. LeYa dan Otomen sendiri akan beli stok daging burger & hotdog brand Ramly ni. Incik Otomen tak suka sgt yg lain...

    Semestinya LeYa memang akan prefer order daging dari ayam..hehe..

    ReplyDelete
  25. sedapnyaa tengok gambar!! haha yes burger tepi jalan is the bestt

    ReplyDelete
  26. Pernah jugak try daging burger lain tapi tak setanding ramly burger. Sedapnya la burger ni.

    ReplyDelete
  27. pergh sdpnya..sha mmg pngemar burger..biasa sha buat sndiri haha..tp xda bun..mkn pakai nasi ja dia punya dgging tu..lazattt

    ReplyDelete
  28. Memang burger kat gerai tepi jalan yu lejen kan Ana

    ReplyDelete
  29. perghh..bertingkat daging. Memang betul, khaty ada juga tempat-tempat sport untuk beli berger ni.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.