Zon Masa Manusia Yang Tak Sama


Tahukah Kita?? 

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.
                 Maksudnya Apa?? 

Ada yang masih single!!
 .
Ada yang nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah!!
 .
Ada yang dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak!!
.
Ada yang baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung!!
.
Ada yang convo umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap!!
.
Ada juga yang convo umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap!!
.
Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal!!
.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90!!

Zon Masa Kita Semua Tak Sama!!

Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya, tapi masa kita belum sampai!!
.
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70!!
.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza. Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.
.
Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yg sama.
.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama.
.
Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yg 'belakang' kita.
.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yg berlainan.

Because Allah is The Best Planner

ALLAH ada perancangan berbeza untuk kita semua.
.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.
.
You are not late.
You are not early.
You are just on time.
Don't stressing yourself!!
Keep going.
Teruskan dgn apa yg dikerjakan!!
.
Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa Nak Jaga Kita Bila Kita Dah Tua?

Ada orang dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikirannya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
.
Ada orang dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
.
Ada orang ada anak tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.
.
Ada org, anaknya semua lelaki!! Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???
.
Ada orang anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing-masing siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa Masalah Kita Sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia. Di tangan anak. Di tangan suami.
.
Walhal yang jaga kita itu ALLAH.
.
Berapa ramai org yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.
.
Berapa ramai juga orang yang hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak-anak ada di sisi menjaga.

Rezeki Dari Allah!! 

ltulah kita kata rezeki.
.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
.
Yakin
Yakin
Yakin
.
Jangan runsingkan kerja ALLAH. Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.
.
Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan bising masih belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.
.
Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.
.
Jangan pertikaikan "eh nanti tua siapa nak jaga kau." Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti. Sempat ke kita tua? 
.
Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.

Dan ALLAH itu Maha Adil.

Setiap orang akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yang paling penting.
.
Pendek kataALLAH ADA.
.
Jangan takut
.
"ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung"
Zon Masa Manusia Yang Tak Sama Reviewed by Ana Suhana on January 19, 2018 Rating: 5

26 comments:

  1. betul tu..kdg2 kalo kita dh plan tp xjd ada la hikmah tu....

    ReplyDelete
  2. kann...betul sgt tu..ape2pun, biarlah Allah yang tentukan semuanya

    ReplyDelete
  3. apa yang Allah berikan itulah yang terbaik untuk kita kan

    ReplyDelete
  4. betul. setuju sangat. setiap orang tu Allah dah tetapkan rezeki masing2. Yakin dengan ketentuan Allah.

    ReplyDelete
  5. Suka dengan pos ni. Ingatan yang baik. Kadang-kadang kita sebagai manusia suka fikir yang bukan-bukan terutamanya tentang masa depan. Sepatutnya kita didik aje hati dan perasaan tu bahawa Allah is the best planner.

    ReplyDelete
  6. Kan Ana, setuju sangat.. tapi kadang-kadang kita lupa yang semua tu perancangan dari Allah..

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat... Rezeki yang Allah beri dalam pelbagai bentuk dan cabaran. Itu semua pun perancangan Allah jua. Rezeki Allah luas. Kalau nak cepat, usahakanlah sebaik mungkin. Hee...

    ReplyDelete
  8. Thanks for the tazkirah kak Ana :)

    ReplyDelete
  9. Padu!...yakini DIA JIWA RAGA..yang utama jangan pernah lelah berusaha kerana setiap peluh yang menitis berusaha kerana DIA ada juga ganjarannya..terima kasih kak Ana sudi berkobgsi entri ini...salam Jumaat indah..moga kita semua diluaskan pintu-pintu rezeki olehNYA....aminnn.

    ReplyDelete
  10. Setuju kak Ana. Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Rezeki tak sama :)

    ReplyDelete
  11. ye cikyan pon masih single.. tapi yela kan.. xblh mngeluh sbb Allah dah susun cantik2 dah... percaya jela pasti ada hikmah kan..

    ReplyDelete
  12. Allah SWT adalah perancang terbaik dan jangan kita berhenti berharap kepadaNya dalam apa keadaan sekalipun..InsyaAllah pasti ada ganjarannya kan

    ReplyDelete
  13. tq ana.. allah tau apa yg terbaik buat kita. jadilah insan yg bersyukur

    ReplyDelete
  14. Semua Allah buat ada sebab kan Ana..
    InsyaAllah kita cuma usaha selayaknya tapi kalau jalan yang ditetapkan Allah tu berbeza dengan kehendak kita takpe.. Allah pasti ada perancangan yang lebih baik.. 😊💖

    ReplyDelete
  15. yang jaga kita itu ALLAH :')

    Bersangka baik dengan Allah...

    ReplyDelete
  16. betul tu.. masing2 ada zon sendiri.. Allah tahu apa yg terbaik untuk kita.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  17. Betul tu Kak Ana. Allah itu ada. Memanglah, kalau ikutkan naluri sebagai manusia, kita tak puas. Auni kawin cincai, tapi Allah bagi suami baik. Still tak sedar. Pernah mengeluh, kenapa aku kawin koboi je? Orang buat jahat kawin meriah pulak. Hmm padahal... itu dah kitaran Allah plan untuk kita kan? Soal anak pun pernah jadi isu, tapi kalau ada anak, susah jugak dalam keadaan Auni sekarang.

    Allah SWT is a good planner :)

    ReplyDelete
  18. betul tu ana. Allah sebaik-baik perancang. saya dulu lepas kahwin terus lekat tapi tak berpanjangan. lepas 2 tahun (gugur 4 kali) baru datang betul-betul rezeki anak. inshaAllah bakal yang kedua mac nanti

    ReplyDelete
  19. suka dengan pos Ana ini.. memang betul pun apa yang ana kongsikan ini..

    ReplyDelete
  20. Terima kasih up entry ni. Memang eye opener. Saya masih bujang dan adakala terfikir apalah nasib diri kalau ditakdirkan bujang sampai mati. Tapi tulah saya lupa Allah kan ada.

    ReplyDelete
  21. Betul tu. Setuju sangat. Setiap manusia berbeza rezeki mereka

    ReplyDelete
  22. betul. Segalanya telah di tetapkan oleh Allah S.W.T

    ReplyDelete
  23. Kita merancang. Allah merancang yang lebih baik untuk kita. The best planner.

    Bersangka baik dengan segala aturan DIA.

    DIA lebih tahu apa yang kita perlukan :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.