Tempat Menarik di Johor - Taman Negara Tanjung Piai


Tempat Menarik di Johor - Taman Negara Tanjung Piai | Assalamualaikum. Bila kita search di Google tempat-tempat yang menarik yamg ada di Johor, nama Tanjung Piai mesti tersenarai sebagai salah satu tempat yang wajib singgah. Ini kerana Taman Negara Tanjung Piai mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di dalam rekod dunia.
Taman Negara Tanjung Piai
Taman Negara Tanjung Piai
Tempat Menarik di Johor - Taman Negara Tanjung Piai

Masa Ana decide untuk ke Tanjung Piai ni Ana ingat tempat ni tak berapa jauh dengan bandar JB. Tapi rupanya jauh juga kira-kira 75km dari bandar JBAdalah dalam sejam perjalanan. Masa menghala pergi tu memang terasa jauh sebab lepas lalu satu pekan ke pekan yang lain masih tak sampai-sampai lagi. Dengan keadaan jalan yang sibuk dan sesak dengan lori-lori besar sampai terasa penat lah duduk dalam kereta tu. Hehe.
Taman Negara Tanjung Piai
Taman Negara Tanjung Piai

Tanjung Piai yang terletak di mukim Kukup, Daerah Pontian kini menjadi kawasan tarikan pelacongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan kawasan tanah paling selatan di Benua Asia. Secara tepat Tanjung Piai terletak di latitud 01.16 Utara dan longitud 103.30.46 Timur. (Wikipedia).

Taman Negara Tanjung Piai
Taman Negara Tanjung Piai

Tanjung Piai mendapat nama dari pokok paku piai yang tumbuh dengan banyak di kawasan paya bakau ni. Bersempena dengan itu sebuah mercu tanda dibina dari gentian konkrit mesra alam berukiran 20m tinggi dan 10m lebar di bina. Dua pelepah Paku Pian raya diukir di permukaan mercu tanda sebagai tanda mengabdikan nama Tanjung Piai. Warna kelabu pada mercu menggambarkan kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya. Di sebabkan kekayaan hutan paya bakau itu, Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah menggazetkan Tanjung Piai sebagai Hutan Simpan Paka Bakau.

Taman Negara Tanjung Piai
Taman Negara Tanjung Piai

Kerana terletak jauh dari bandar JB, korangyang bercadang untuk ke sini pastikan sampai sejam sebelum ditutup. Kaunter ditutup pada pukul 5. Jika lambat korang tidak akan dibenarkan masuk dan pintu utama akan ditutup. Ini kerana masa yang diperlukan untuk berjalan di dalam kawasan tersebut agak lama.

Tiket masuk berharga RM5 (dewasa) / RM3 (kanak-kanak) untuk warga tempatan dan RM10 (dewasa) / RM5 (kanak-kanak) untuk pelancong antarabangsa. Lepas beli tiket dari kaunter depan korang akan diminta untuk menjalankan pemeriksaan tiket di kaunter di sebelah dalam sebelum dibenarkan masuk.

Taman Negara Tanjung Piai
Taman Negara Tanjung Piai
Taman Negara Tanjung Piai
Taman Negara Tanjung Piai
Dari kaunter tadi nak berjalan ke check point penhujung benua memakan masa sekitar 15-20 minit. Kalau datang belah petang atau tengahari tolong lah bawa payung dan air mineral kerana cuaca sangat panas dan bahang. Memang boleh lencun baju di buatnya. Sambil menikmati keindahan alam sambil bersenam orang kata.

Terdapat pelbagai aktiviti boleh di lakukan di sini seperti berkhemah, memancing, melihat kunang-kunang dan menyaksikan keindahan Selat Tebrau. Kemudahan seperti surau, tandas, kaunter penerangan dan tempat letak kereta disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Jadi kalau korang dah sampai negeri Johor ni jangan lupa singgah ke Taman Negara Tanjung Piai. Ramai pelacong dah sampai ke sini tak kan kita rakyat Malaysia tak nak berbangga dengan tanah paling selatan di Benua Asia ni kan.
Tempat Menarik di Johor - Taman Negara Tanjung Piai Reviewed by Ana Suhana on December 07, 2017 Rating: 5

20 comments:

  1. belum sampai johor lagi..haritu pergi johor pun pergi rumah kawan kawin..lepas tu takde jalan2

    ReplyDelete
  2. cantik yg gmbr 1st tu..ngan view laut tu

    ReplyDelete
  3. lma dah x pegi johor ni. this can be my next destination

    ReplyDelete
  4. LeYa belum sampai lagi ke Tanjung Piai ni... Wahh...ni boleh juga nak pergi ni

    ReplyDelete
  5. saya penah pegi tanjung piai sepuluh thn yg lps...blk kampung ms tu...ms tu tak cntik camni...jln nk msk pun tnh merah je lagi....lps ni kena repeat lg laa....cam cntik je...

    ReplyDelete
  6. penah pegi johor p tak pernah pegi Taman Negara Tanjung Piai...Macam menarik ja, masuk dalam wishlist :)

    ReplyDelete
  7. akak pun ada gambar di hujung benua asia ni ana.. rajin ana berjalan..

    ReplyDelete
  8. menarik..tapi tak tahu bila nak sampai sana akak ni ha

    ReplyDelete
  9. Sangat menarik..oo ya terima kasih datang ke blog Etuza ya

    ReplyDelete
  10. Bestnya kalau boleh pergi ni. Nanti nak ajak en suami lah ke Johor

    ReplyDelete
  11. Saya teringin sangat nak pergi sini lepas Adik saya uploaded gambar dia dekat Facebook. Cemburu.

    ReplyDelete
  12. Dah beberapa kali sampai.
    memang menarik.

    ReplyDelete
  13. penah gi sekali je sepanjang dok johor nih.

    hoho

    ReplyDelete
  14. Teringin nak pergi sini tapi belum kesampaian lagi..huhu

    ReplyDelete
  15. belum sampai lagi kat sana.. cantik tempatnya

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  16. Teringin nak gi.Kena tgk kalendar n plan betul2 sblm gi

    ReplyDelete
  17. Akak pun rasa nak sgt pi sana sbb x pnh sampai lagi..sila bawak akak dan kawan2 lain please...

    ReplyDelete
  18. 2006 masa pegi camping dulu rasanya globe tu lagi besar...
    tahun lepas pergi tengok globe tu da cinonet je :D

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.