Restoran ZZ Sup Tulang - Tempat Makan Popular di Johor Bahru


Restoran ZZ Sup Tulang - Tempat Makan Popular di Johor Bahru l Assalamualaikum. Ada lagi rupanya entri trip ke Johor tak habis lagi. Kalau tak tengok semula mau dah basi cerita tu baru nak share. Tapi bila dah lama camni banyak lah info hilang. Tapi takpe Ana share je jugak. Hari ni Ana nak cerita tentang tempat makan popular di bandar Johor ni iaitu di Restoran ZZ Sup Tulang, Johor Bahru.
Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru
Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru
Restoran ZZ Sup Tulang - Tempat Malan Popular di Johor Bahru

Lepas kepenatan berjalan di Zoo Johor, masa pun menunjukkan masa untuk makan tengahari. Apa lagi masa tu terus search tempat makan yang best dekat area-area tu juga. Sekali jumpa Restoran ZZ Sup Tulang ni. Dekat sangat dengan Zoo Johor. Tak sampai 5 minit perjalanan. Memandangkan Ana sampai sebelum orang keluar makan so banyak lah tempat kosong yang ada dekat sana. Tapi lepas tu makin lama makin ramai dengan orang.

Restoran ZZ Sup Tulang ni antara carian paling popular tempat untuk makan di Johor ni. Restoran dia dari luar nampak macam kecik je tapi bila masuk luas juga rupanya. Tempat makan dekat sini pula yang menariknya boleh bersila di bawah pondok-pondok. Kalau tak nak bersila pun tak pe ada je banyak meja makan yang berkerusi disediakan.
Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru
Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru
Menu yang disediakan pula ada nasi campur, nasi ayam, sup tulang, sup daging, ayam penyet, mee rebus, pisang goreng dan banyak lagi. Memang banyak pilihan lah orang kata. No wonder ramai suka datang ke sini. Hari tu Ana order, ayam penyet, nasi putih + sup daging, mee rebus daging dan pisang goreng. Dengar kata pisang goreng dekat sini terbaik. Moh ler kita cuba ye.

1. Mee Rebus Daging 
Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru
Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru
Personally Ana suka mee rebus daging dekat sini sebab rasanya yang manis-manis keledek. Tak pedas tu yang penting sebab Ana dah biasa makan mee rebus manis dari kecik lagi. Daging dalam tu pun lembut. Syafi pun suka makan mee rebus ni. Portion mee tu bagi Ana quite banyak juga so berbaloi kongsi berdua dengan Syafi. (Sila abaikan muka selenge tu sebab baru balik zoo kan)
Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru
Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru
 2. Nasi putih + Sup Daging 
Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru
Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru
En Suami kata sup dekat sini terbaik. Dia kalau bab-bab sup memang nombor 1. Memang terasa rempah-rempah dalam sup tu. Bila kita hirup sup tu kita boleh tau sup ni di reneh lama untuk dapat kan aroma yang wangi tu. Makan dengan nasi kosong dan sambal cili dah cukup dah tu. Sesuai untuk orang yang demam juga sup daging ni.

3. Nasi Ayam Penyet
Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru
Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru
Nasi ayam penyet dia biasa-biasa je. Tak sesedap nasi ayam penyet dekat restoran-restoran ayam penyet lah for sure. Tapi kalau nak merasa makan ayam penyet boleh je lah kalau nak cuba dekat sini. Makan dengan sup daging tadi kalau nak tambah rasa sedap tu.

4. Pisang Goreng
Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru
Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru
Macam yang dikatakan pisang goreng dia sedap dan rangup. Makan masa panas-panas memang terbaik. Cicah pula dengan sambal kicap cili, memang sedap sangat. Dah kenyang makan mee rebus tadi pun masih boleh telan pisang goreng dekat sini.

Overall Ana sekeluarga puas hati makan dekat Restoran ZZ Sup Tulang ni. Walau ada baca beberapa komen negatif tentang restoran ni sebelum ke sini tapi masa Ana singgah makan semuanya ok. Takde masalah langsung. Servis pun boleh tahan cepat dan bagus. Sesuai untuk yang terkejar masa nak balik ke pejabat semula. Harga jangan risau kerana harga di sini sangat berpatutan dan standard harga di restoran yang lain. Yang pasti tak terlalu mahal. Serius!!









Restoran ZZ Sup Tulang - Tempat Makan Popular di Johor Bahru Reviewed by Ana Suhana on December 16, 2017 Rating: 5

31 comments:

  1. unik tempat restoran dia macam di pendalaman (^_^).

    ReplyDelete
  2. nanti nak cari kedai ni.nampak sedap

    ReplyDelete
  3. Nampak gambar pun boleh agak mee nya banyak, lapar pulak hehe. Orang johor memang familiar kak dengan sambal kicap apa apa jenis makanan wajib dengan sambal kicap. Ada orang tak boleh makan pisang goreng tu sambal kicap tapi akak ni nampak lah jenis tak pilih makan :P

    ReplyDelete
  4. mee rebus tulang tu sedapnyerrrr....yummy....mana nak carik ni....hihi

    ReplyDelete
  5. Tempat makan pun tengok macam selesa , terliur lah tengok semua- semua gambar ni kalau pergi johor nanti ada rezeki boleh try sup tulang kat sini ..

    ReplyDelete
  6. Alamakkk silaplah bukak waktu tengah hari ni. lapar jadinya kita. nampak sedap. nanti boleh cuba ni. :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaa sup, tekak 2 3 hari mgidam sup je ni. Btw cantiknyaa tempat makan tu, msti tenang je lepak lepak ni.

    ReplyDelete
  8. Peminat sup mesti kena singgah ni. Tp first time pulak tgk mkn goreng pisang cicah sup. Hehe

    ReplyDelete
  9. wahhhhh tgk gambar dah tahu mcm sedap... nak jugak pergi sana nanti nie@

    ReplyDelete
  10. environtment tempat makan macam best n selesa je.. tapi paling best tengok sup tu.. adoi.. terliurrrr.. kegemaran TB dan Hubby

    ReplyDelete
  11. Kak Sue suka kalau tempat makan boleh bersila macam nie, makanan pun nampak sedap semua..

    ReplyDelete
  12. Amboi terliur kita tengok. Bestnya makanan kat sini boleh lah masuk wishlist kalau datang JB nanti hee

    ReplyDelete
  13. Mee rebus daging tu...slurpppppp...nikmatnya...

    ReplyDelete
  14. Kak Anaaaaa... Menariknya menu2 tu.. D:

    ReplyDelete
  15. Nyesal buka blog ni di tengah malam. Terus rasa lapar dan nak makan sup tulang..

    Restoren dia nampak best dan tenang ja. Sambil makan boleh santai-santai

    ReplyDelete
  16. Pekatnya sambal pisang goreng !! =D

    ReplyDelete
  17. Kalau tengok dekat suami restoran ada sup ajak dia boleh pergi ni.. Tapi alahai jauh di johor xpe la tunggu kalau ada peluang ke johor boleh singgah ni

    ReplyDelete
  18. Selalu kalau pergi bercuti area sana mesti blur tang cari kedai makan sedap. Tq share, boleh masuk dlm list nanti :)

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  19. Nasi putih makan dengan sup panas-panas pun dah menyelerakan kan? Pasni, desert lak pekena pisang goreng dgn sambal kicap..fuhh.. - jmr23.com

    ReplyDelete
  20. tak pernah lagi sampai johor . Ada rezeki pergi johor boleh la pergi makan tempat yang kak ana review ini , tengok tempat pun agak selesa dan menyelerakan .

    ReplyDelete
  21. Tak bleh tahan la masuk entry ni...bergelodak perut jadi lapar semula...sampai hati tayang sup tulang

    ReplyDelete
  22. Pekat gila sup dia. YA Allah ni kalau bawak ayah saya ni, comfirm die suka hirup hirup sampai licin. Memang die suka sangat sup tulang macam ni

    ReplyDelete
  23. sup my fevrettt!!! sedap sngt. pekat tngokkk tuuu

    ReplyDelete
  24. i always love sup tulang! sure must jot this down and go for a visit if i happen to be in KL!

    ReplyDelete
  25. Sini mmg sedap mi rebus tulangnya. Cuma kalau datang malam, nyamuk agak byk.


    Jemput singgah baca artikel terbaru saya

    ReplyDelete
  26. ya Allah, rasa lapar balik lepas tengok entri ni. semua gambar makanan ni buat neeza kecur liur. rindunya nak balik johor.

    ReplyDelete
  27. Sedapnya menu-menu dia.. Mengancam tekak..

    ReplyDelete
  28. Sedapnya nampak menu dia..suka mkn sup tulang..n goreng pisang tu pon wajib order kan..ada cili kicap tu..dap nya

    ReplyDelete
  29. Seem the restaurant offer nice local delights. See the pictures make my saliva come out. Yum.. Yum..

    ReplyDelete
  30. Wahhh seronoknya tengok menu dia! Kena datang dan cuba sendiri ni!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.