Pacific West Memperkenalkan Cheezy Fish Fillet Dengan Formula Baru Yang Dipertingkat



Pacific West Memperkenalkan Cheezy Fish Fillet Dengan Formula Baru Yang Dipertingkatkan l Assalamualaikum. Hujung minggu yang lepas Ana telah berkesempatan menghadiri satu acara memasak (Cook Show) yang dianjurkan oleh Pacific West bersempena dengan Karnival Tefal di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Karnival Tefal tersebut telah berlansung selama 3 hari dan diskaun yang hebat telah ditawarkan untuk kesemua barangan Tefal.

Pacific West Memperkenalkan Cheezy Fish Fillet Dengan Formula Baru Yang Dipertingkatkan

Untuk pengetahuan semua, Pacific West talh ditubuhkan di Australia pada tahun 1995. Sejak itu, Pacific West telah berkembang menjadi satu nama jenama makanan laut yang disukai ramai di mana produknya telah dinikmati oleh berjuta-juta rumah di seluruh dunia hari ini dan telah menjadi pilihan utama setiap keluarga. Produk Pacific West boleh didapati di lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia dan yang terbaru di Disneyland (Paris, Hong Kong dan Shanghai).

Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Pacific West sepanjang tempoh penubuhannya ialah melalui penganjuran acara utama antarabangsa seperti Sukan Olimpik Sydney, Pertandingan Tenis Wimbledon, Kelab Bola Sepak Manchester United, World Rugby dan banyak lagi.
Cheezy Fish Fillets
Baru-baru ini, Pacific West telah melancarkan Cheezy Fish Fillets dengan formula baru yang dipertingkat. Seperti yang kita tahu, keju adalah salah satu makanan yang paling disukai di seluruh dunia kerana rasanya yang lazat, berkhasiat dan boleh di makan dengan pelbagai cara. Kerana memahami keadaan itu Pacific West telah mengolah keju kepada sesuatu yang lebih baik melalui Cheezy Fish Fillets yang baru ini. Isi ikan fillet yang berwarna putih asli dihiasi dengan campuran keju premium Mozzarella dan Nacho kemudian disalut dengan serbuk roti Jepun yang rangup  memberi satu aroma yang unik dan lazat.

Seperti yang diberitahu di atas, semasa karnival tersebut berlangsung satu cara memasak telah dianjurkan oleh Pacific West dengan kerjasama Tefal dan Yum Yum. Beberapa resipi masakan yang ringkas dan mudah disediakan telah dikongsi melalui demo masakan oleh Chef Leong (Chef Pasific West).
Cheezy Fish Wholemeal Bread Pocket
Cheezy Fish, Caesar Salad and Cajun Crisp Onion Flower
Trio Canape Cheezy Fish Fillets
Selain dari Chef Leong, Chef Bryan dari Yum Yum Publications dan Dr Ezani, pemenang Master Chef Malaysia turut dijemput untuk berkongsi beberapa resipi sihat yang mudah disiapkan. Chef Bryan telah menyediakan Oriental Spring Roll with Tempura Fish Fillets dan Pickles with Spicy Garlic Calamari Rings.
Appertizing Crispy Calimari with Pickes
Tempura Fish Fillet with Mixed Vege Springs Roll
Manakala Dr Ezani menyediakan masakan Melayu menggunakan Pacific West Black Pepper Tempura Fish Fillets dan Pacific West Salt and Pepper Squids.
Salt and Pepper Squid with 3 rasa sauce
Salted Egg Yolk with Black Pepper Tempura Fish Fillet
Baca juga : Resipi Salted Egg Yolk with Black Pepper Tempura Fish Fillet

Melalui resipi-resipi di atas ini menunjukkan dengan adanya produk berkualiti dari Pacific West ini kerja-kerja memasak boleh menjadi sangat mudah dan senang serta boleh menjimatkan banyak masa. Ini kerana rangkaian produk Pacific West telah dibangunkan dengan teliti oleh pasukan Chef Kuliner dan Teknologi Makanan mereka dengan menambah nilai dan memperkayakan gaya hidup pengguna dengan:

Kemudahan - Sedia di masak dalam masa seminit, langsung dari dari freezer ke fryer /oven.

Inovasi - Penciptaan produk baru yang dengan menawarkan pelbagai pilihan dan rasa.

Kualiti - Pilihan makanan laut dan bahan makanan yang berkualiti tinggi yang selaras dengan akreditasi piawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa BRC, IFS, HACCP dan YUM!. Produk Pacific West juga disahkan HALAL.

Bagi yang berminat untuk mencuba produk Pacific West, produk-produk ini boleh didapati di semua kedai runcit utama di Malaysia seperti Cold Storage, Sam Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Grocer Village dan banyak lagi.

Berita baik untuk pembeli barangan Pacific Wets di mana dari 15 November 2017 hingga 15 Januari 2018, Pacific West juga bekerjasama dengan Holiday Tours & Travel Sdn Bhd (Pejabat Pulau Pinang) sedang menganjurkan satu pertandingan 'Win Your Dream Holiday' di mana pembeli berpeluang untuk melancong ke Australia Barat, Perth (4H3M) atau ke Bali (4H3M) dengan pembelian sekurang-kurangnya satu (1) produk Pasifik Barat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pacific Careline di 1800 888 389 atau log masuk ke laman web rasmi www.pacificwestfoods.com dan laman Facebook www.fb.com/PacificWest.my.


Pacific West Memperkenalkan Cheezy Fish Fillet Dengan Formula Baru Yang Dipertingkat Reviewed by Ana Suhana on December 02, 2017 Rating: 5

27 comments:

  1. makan sambil tengok movie ni best ni hehehe

    ReplyDelete
  2. Amboi sedapnya sia masak. Ika cuma pandai goreng ja. Hat lain tak tau. Maklumlah bujang hehe

    ReplyDelete
  3. senang dimasak ni kan..anak-anak mesti suka fish fillet..nak nak penuh dengan cheese - jmr23.com

    ReplyDelete
  4. Tempura Fish Fillet with Mixed Vege Springs Roll sanfat menarik minat PC la Kak Ana...ada vitamin..ada protein..lengkap...

    ReplyDelete
  5. Anis suka gila brand ni even a bit pricy tp sedap..! Selalu goreng je la... Hehe

    ReplyDelete
  6. Wow sedapnya. Terliur kita tau...da la favaroute Qiya fish fillet ni...

    ReplyDelete
  7. tak pernah tahu pulak pasal brand ni tapi nak menangis tengok gambar semuanya sedap! Cheese dia menggoda :O

    ReplyDelete
  8. Dulu selalu jugak maska fillet brand ni. Tapi sejak ekonomi merundum, kena berjimat sikit hahahaha

    ReplyDelete
  9. Tak sempat nak pergi haritu. Sebelum ni pernah join cooking show dorang. Product Pacific Weast memang sedap. Dah pernah makan. Bolehlah cuba resepi yang disediakan :)

    ReplyDelete
  10. Sedap kan Tempura Fish Fillet, Kak Sue nak cuba masak resepi Ana kongsi tu nanti..

    ReplyDelete
  11. Produk sejuk beku ni pun sesuai dijadikam hidangan kalau tiba2 kita buntunx tau nak makan apa kan...

    ReplyDelete
  12. Macam sedap jugak ni, boleh cuba tengok gambar pun dah mengancam

    ReplyDelete
  13. Ya Allah ! Favourite kot kalau kat makanan tu ada cheese gitu! Nak try la beli nanti :D

    ReplyDelete
  14. teringin nak cuba fillet fish tu... macam menarik jer... Bonde suka makan ikan dari ayam...

    ReplyDelete
  15. Peminat cheese mesti suka ni dan wajib cuba. Kena cari ni

    ReplyDelete
  16. Lately macam dah jadi trend terkini, semua keluarkan produk berasaskan cheesy... Sampai dalam peti ais bro pun ada juga...

    ReplyDelete
  17. Pacific west always my favorite brand. I like the fish fillet and tempura

    ReplyDelete
  18. Sesuai nak buat breakfast atau snack ye.. boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  19. memang suka guna produk pacific west, memang berkualiti sangat lagi2 fish fillet itu

    ReplyDelete
  20. aritu ms kt sacc tu dpt gk merasa fish fillet ni sodap

    ReplyDelete
  21. Wah cheezy fillet tuh nampak sedap.. Kena cari nih

    ReplyDelete
  22. Pernah jugaklah beli brand ni tapi jarang jarang sanagt...

    ReplyDelete
  23. wow very nice photos! anyway you reminded me that i belum post my pacific west post jugak! haha

    ReplyDelete
  24. tak dan nak reka resepi yang ana share tu sekali goreng jew selesai dengan budak dua ketui ne.

    ReplyDelete
  25. Saya memang suka makan fish gillet dari Pacific West ni tp tak makan cheese huhu... jd tak berani nak beli selain dr yg biasa huhu

    ReplyDelete
  26. Sha tak pernah lagi cuba jenama ini.. Nampak macam best je.. menarik nie..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.