Hotel Review - Hotel Pegasus Seksyen 15 Shah Alam
Hotel Review - Hotel Pegasus Seksyen 15 Shah Alam | Assalamualaikum. Balik dari bermain di Dreamworld Playland The Starling Mall, Ana straight menuju ke Shah Alam untuk attend lagi satu event. Event habis dalam pukul 5 macam tu. Esoknya ada lagi satu event cooking show Pacific West pun di Shah Alam juga. Pikir kan kesian En Suami nak drive Selayang -Shah Alam 2 hari berturut, kami sekeluarga decide untuk check in di sana je terus. Survey punya survey kami decide untuk menginap di Hotel Pegasus Seksyen 15 Shah Alam.
Hotel Review - Hotel Pegasus Seksyen 15 Shah Alam
Nak cari hotel ni senang sangat tau sebabnya ia terletak di bangunan Ideal Conversion Centre (IDCC) Shah Alam. Dari Federal Highway arah dari bulatan Kayangan ke Padang Jawa korang akan nampak hotel ni di belah kiri korang. Amik exit ke Kawasan Perindutrian Shah Alam untuk ke hotel Pegasus ni. Jangan terkeliru dengan Pegasus Inn pula sebab jarak antara 2 hotel ni dekat jer.
Terdapat 4 jenis bilik di tawarkan di Hotel Pegasus ni iaitu bilik Superior Queen, Deluxe Queen, Excutive Suite dan Deluxe Double / Twin Room. Masa menginap di sini Ana tempah bilik Superior Queen dengan harga RM135 semalam termasuk breakfast untuk 2 orang.
Bilik Superior Queen ni berkeluasan 16m2 dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti berikut:
Bilik Superior Queen ni berkeluasan 16m2 dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti berikut:
- Televisyen
- Mini bar
- Kettle
- Almari baju 2 pintu
- Meja tulis
- Seterika dan papan seterika
- Toiletries
- Shower with water heater
- Coffee and tea
Komen peribadi :
1. Bilik Superior Queen ni agak luas untuk kami bertiga bergerak bebas. Keadaan bilik pun bersih dan susun atur perabot pun baik. Selesa lah si Syafi berlari sana sini.
Hotel Pegasus Shah Alam |
Hotel Pegasus Shah Alam |
2. Toilet sangat luas dan bersih. Shower area pula ada glass partition so takde nak risau lantai licin atau basah lepas mandi.
Hotel Pegasus Shah Alam |
3. Parking space sangat banyak di sepanjang bangunan IDCC serta di kawal oleh security guard. Cuma kalau ada wedding agak susah nak dapat. Tapi lepas tu merata-rata petak parking kosong.
4. Berdekatan dengan bandar Shah Alam. Hanya 5 minit perjalanan dari hotel ke SACC Mall.
5. Terdapat banyak kedai makan dan restoran di sekitar hotel termasuk fast food restaurant. Salah satu restoran yang Ana recommend ialah Restoran Mios Kitchen. Boleh jalan kaki je nak makan dekat sini.
6. Saluran tv hanya ada saluran tidak berbayar ; RTM, tv3, tv9 etc. So sila expect yang siaran tidak berapa clear untuk certain channel.
Hotel Pegasus Shah Alam |
7. Masa Ana baru masuk bilik ada masalah aircond di mana aircond tetiba tak berfungsi. Almost 1 hour diperlukan untuk baiki masalah tersebut kerana melibatkan keseluruhan bilik di tingkat tersebut.
8. Breakfast sangat simple dan tidak banyak menu. Tiada station telur seperti kebanyakan hotel. Pagi tu ada mee goreng, nasi goreng, bubur, roti dan frozen food goreng. For me personally ok jer tu. Lebih dari kenyang dah tu.
Hotel Pegasus Shah Alam |
Hotel Pegasus Shah Alam |
9. Ruang menunggu yang sangat selesa disediakan di bahagian lobi. Ada banyak tempat duduk so takde istilah kena berdiri sementara nak tunggu proses check in. Reka bentuk kawasan menunggu ni pun sangat menarik.
Hotel Pegasus Shah Alam |
10. Secara keseluruhan Ana sekeluarga puas hati menginap di Hotel Pegasus ni. Bagi yang tercari tempat untuk menginap di Sha Alam boleh lah cuba stay di sini.
Laman Sesawang :
Emel:
No Telefon:
03- 5036 8888
Alamat :
IDCC Shah Alam
Jalan K 15/K Dataran Otomobil
Seksyen 15
40200 Shah Alam
Selangor
Hotel Review - Hotel Pegasus Seksyen 15 Shah Alam
Reviewed by Ana Suhana
on
December 03, 2017
Rating:
Wow..menarik la hotel INI.
ReplyDeleteMesti seronok kan
Wahhhhhhh! First time dengar hotel ni. Tak oerasan lak ada hotel ni di seksyen 15. Interior dia pun cantik ...hihi
ReplyDeleteAda nmpk hotel ni ... sesuai utk yg nk tdo di Shah Alam... harga nmpak ok..
ReplyDeleteClean and comfortable hotel. How big is the Sq feet? Is time to go vacation.
ReplyDeleteMenarik juga hotel nie Ana.. lain kali kalau penat niaga kat Stadium Shah Alam, nak balik jem pulak kan.. tido sini je lah.. hehehe..
ReplyDeletenice gila hotel dye. in shaa Allah nnt klu dtg dgn family boleh try
ReplyDeletewah, nampak best hotel ni..hotel boleh duduk untuk saje-saje..hehe
ReplyDeleteBagus juga pilihan menginap semalaman kan. Nampak menarik dan selesa sahaja hotel Pegasus ni.Rasanya not bad jugak breakfast dia tu tapi biasa mesti ada telur kan. Hehe.
ReplyDeleteNampak sgt comfy. Mcm dekat rumah pun ada suasana dia. Maybe next timeririey naik kl dgn member boleh melencong stay kt sana 😁
ReplyDeletenampak best nyaaa. suka la kak ana ni, suka cek in hotel best2. kadang kena jugak tido kat hotel amik mood luar dari rumah. hehhee
ReplyDeleteSuka kombinasi warnanya lah kak....putih...bersih,damai..dan buat bilik atau ruang yang luas....bertambah luas..
ReplyDeleteMenarik la hotel ni ana...kalau tersesat kat Shah Alam dgn family boleh la duduk sini...
ReplyDeleteNampak selesa lah hotel nie. Luas pon luas. Mujur dorg fix AC tu. Kalau tak, boleh mintak refund. Wifi sampai tak ke belik-bilik ? Certain hotel, wifi tak sampai ke bilik. Benci bila xdpt connect wifi. Susah nak buat kerja.
ReplyDeleteLooks like a very comfortable hotel, will intro to my friends who are coming by this holiday.
ReplyDeleteJanji dekat2 dengan hotel ada kedai yang menarik..kami biasanya cari hotel yang ada menu brekpes best2..hehe- jmr23.com
ReplyDeleteCantik rupenye Hotel Pegasus ni. Since saya memang duduk Shah Alam, tak pernah lah pulak nak check in dekat sini.
ReplyDeleteWow ok la hotel ini, the room is quite spacious and new.
ReplyDeleteekon tk berfungsi dkt sejam..stress juga tu..nk2 plak kalo cuaca tgh panas
ReplyDeleteTQ so much for your information and sharing. cantik tempat nyaa. btw, Love ur blog! keep blogging<3
ReplyDeleteSuka duduk hotel sebab deko bilik rasa tenang je kan Ana haha.... Kat rumah mcm mcm benda yg disumbat haha...
ReplyDeleteALahai.... bila masa pulaklah nak tido hotel Shah Alam ni, setakat Shah Alam dgn Cheras tu masih boleh balik hari lagilah rasanya
Cantiknya hotel..sesekali bercuti duk hotel mcm nih memg rileks je..
ReplyDeletehari-hari duk lalu lalang jew wah cantik design hotel ne.
ReplyDeleteNAmpak selesa hotel ni.
ReplyDeleteWah menariknya! Ika suka betul dengan konsep hotel. Santai dan tenang.
ReplyDeleteNampak macam menarik je ruang dalam bilik air... risau anak teruja lepak lelama dekat dalamnya.
ReplyDeleteMenarik juga.. Mana tahu tetibe kena ke shah alam.. boleh stay sini..
ReplyDeleteMenu breakfast tu kalau banyak sangat pun pening gak nak memilih kan ana..
salam perkenalan dari abahomestay. Mengapa nak duduk hotel kalau duduk homestay lagi best & ruang pun luas & menjimatkan. Menyediakan perkhidmatan homestay murah di Shah Alam & internet secara percuma
ReplyDelete