Bercuti di Sungai Besar - Jalan-jalan Tengok Sawah Padi Menghijau Sambil Memancing


Bercuti di Sungai Besar Jalan-jalan Tengok Sawah Padi Menghijau Sambil Memancing | Assalamualaikum. Weekend baru-baru ni Ana sekeluarga ke Sungai Besar. Saja jalan-jalan tengok suasana desa pula katanya. Selalu tengok bangunan konkrit je kan sampai sesak mata dibuatnya. Nak juga sesekali belanja mata tengok pemandangan hijau kan. Nak pakai lama kan mata tu.
Bercuti di Sungai Besar
Bercuti di Sungai Besar
Bercuti di Sungai Besar - Jalan-jalan Tengok Sawah Padi Menghijau Sambil Memancing

Perjalanan dari Selayang ke Sungai Besar agak lama juga lah sekitar 2 jam perjalanan. Dah macam boleh sampai Melaka rasanya. Dari Selayang masuk ke Latar kemudian ikut jalan Bestari Jaya dan seterusnya ke arah Tanjung Karang. 2 jam tu smooth je jalan. Takde jammed langsung. Kereta pun tak banyak. Maybe sebab ikut jalan kampung kan.
Bercuti di Sungai Besar
Bercuti di Sungai Besar
Masa dah masuk area Tanjung Karang sampailah ke Sungai Besar ni pemandangan belah kiri sawah padi nan terbengang luas manakala belah kiri parit-parit besar. Sawah padi di sesetengah kawasan ada dah dituai dan ada yang kering dah. Tapi di area Sungai Besar sawah padi masih tinggi menghijau. Cantik-cantik belaka. 
Bercuti di Sungai Besar
Bercuti di Sungai Besar
Kalau dah sampai Sungai Besar tak yah risau nak stay dekat mana sebab banyak sangat homestay ada dekat sini. Cuma kena book awal especially kalau musim cuti sekolah ni. Lambat sikit confirm penuh. Macam homestay yang Ana stay ni nama dia Villa Gemilang Homestay.
Bercuti di Sungai Besar
Bercuti di Sungai Besar
Ada beberapa jenis homestay dekat sini. Ada jenis villa, chalet dan dorm. Harga pula dari RM160-RM200 semalam. Ana suggest villa tu sebab ada 4 bilik dan ada beranda sendiri untuk lepak-lepak dan berBBQ. Harga semalam RM200. Tapi masa Ana ke sini villa tu dah ada orang book. So kena lah amik chalet 2 bilik berharga RM180. Chalet pun agak kecik dan ada beberapa perkara perlu di baiki. The only thing yang Ana suka chalet ni ialah bilik dia ada aircond je.
Bercuti di Sungai Besar
Bercuti di Sungai Besar
Apa yang best pasal villa ni dia ada sediakan kolam memancing. Ada 4 kolam semuanya. 1 kolam di bahagian depan ada ikan keli manakala 3 kolam dekat bahagian belakang chalet ada ikan puyu. Yang kolam keli tu gemuk-gemuk juga ikan dia cuma yang kolam belakang tu banyak anak ikan puyu je.
Bercuti di Sungai Besar
Bercuti di Sungai Besar
Nak memancing dekat sawah pun boleh cuma tak berapa banyak ikan juga. Umpan yang kitorang guna ialah cacing dan cengkerik. Orang paling sibuk nak memancing siapa lagi kalau bukan si Syafi. Tapi yang geramnya dah pegang pancing tu bukan reti pegang elok-elok. Di angkat lah di bawa ke kiri kanak batang pancing tu. Mana lah ikan nak makan umpan tu. Tapi ada sekali rezeki dia dapat anak ikan puyu. Bukan main gembira dia. Menjerit-jerit bagitau atuk dia. At last kena buang semula ke dalam kolam sebab kecik sangat. Ana? Dapat seekor ikan puyu je dekat sawah depan. Yang lain umpan je habis kena makan tapi ikan tak melekat. Haha.
Bercuti di Sungai Besar
Bercuti di Sungai Besar
Kalau nak cari breakfast boleh lah ke medan selera di bandar. Dari homestay tu nak ke bandar dalam 15 minit macam tu. Bila tengok bandar dia teringat bandar Masjid Tanah masa Ana belajar di Melaka 14 tahun yang lepas. Banyaknye kedai jual pakaian. Ada juga kedai DIY Ana nampak. Fastfood pula Ana perasan ada McD, KFC dan Secret Resipe. Yang lain biasa je. Masa tu rasa macam bestnya duduk Selayang. Haha.

Masa balik Ana ikut jalan bandar. Nampak lah gerai-gerai jual kerepek semua. Tapi Ana tak singgah pun sebab sah banyak kerepek dekat rumah. Gerai-gerai jual buah pin banyak. Ana hanya berhenti di gerai jual mentarang je sebab ayah nak. Boleh rebus serai je katanya. Penjual tu kata rasa dia macam kerang. Ye lah kot tu. Ana tak pula makan bola dah masak. Hehe. Korang ada yang dah makan mentarang?

Kalau ikut bandar korang mesti akan masuk bandar Kuala Selangor. Alang-alang dah sampai sana apa kata korang singgah ke Bukit Malawati kejap. Salah sati tempat bersejarah di Malaysia ni tau. Ade ceritanya tersendiri. Rugi tak singgah.



Bercuti di Sungai Besar - Jalan-jalan Tengok Sawah Padi Menghijau Sambil Memancing Reviewed by Ana Suhana on December 12, 2017 Rating: 5

24 comments:

  1. bestnya boleh mancing. asben akk mesti suka ni :)

    ReplyDelete
  2. Seronok juga ya datang rehat-rehat kat sini. Kak Sue dah rasa mentarang tu masa pi food review, rasa macam siput lala kut..

    ReplyDelete
  3. Tenang je bila tgk suasana hijau ni

    ReplyDelete
  4. Cantik nya sungai besar.. sejuk mata memandang.

    ReplyDelete
  5. cantiknya pemandangan sawah tu...

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak mancing kat sawah macam ni..dulu akak merasa gak masa zaman kecik2...seronoknyaaaa

    ReplyDelete
  7. cantiknya... seronok bercuti dalam suasana kampung, dah dekat dah dengan tempat akak tapi asal cuti je balik kg sendiri, x p kg lain.. uwaaa..

    ReplyDelete
  8. Sesekali keluar dari zone rutin ok juga kan kak...aura baru...udara yang berbeza...dikelilingi konkrit...dan dikelilingi alam semulajadi aromanya pun berbeza...semangat pun lain macam..lagi-lagi bila tengok sawah padi...menghijau...Allahu..nikmat sangat-sangat...

    ReplyDelete
  9. syok tgk sawah padi yg menghijau...akak masa ada kursus kt sana dlu2, ada juga singgah tgk permandangan sawah padi siap bergambar tgh panas...smua org lalu lalng tgk kami bergambar hehe

    ReplyDelete
  10. Saya suka tengok sawah padi yang menghijau ni tapi saya tak suka sangat pergi ke sebelah Kuala Selangor sebab panas sangat. Selalu demam lepas balik dari Kuala Selangor dan kawasan sekitarnya

    ReplyDelete
  11. sejuk mata memandang sawah ne, terus teringgal kampung

    ReplyDelete
  12. Seronok juga bercuti dekat tempat macam ni. Dikelilingi sawah padi. Hijau mata memandang ☺

    ReplyDelete
  13. bestnyer...cantik sungguh pemandangan....hijau jer...bagus kalau nak release tension ni...

    ReplyDelete
  14. Wah jauh berjalan pergi sunagi besar

    mesti ana tak lepas kan pergi shopping di sungai besar kan

    katanya murah

    ReplyDelete
  15. Bestnya! Dah lama tak buat aktiviti macam ni, sejak arwah wan dgn tok dah takde. Rindunyaa

    ReplyDelete
  16. Lama tak menjengah ke Sungai Besar. Dulu Rawlins ada keluarga angkat duduk sana tapi now diorang dah pindah jadi orang KL. Bangun pepagi menghadap sawah memang segar kan

    ReplyDelete
  17. alahai seronoknya =D btl tu, lihat keindahan semula jadi ni pun salah satu terapi mata kita =)

    ReplyDelete
  18. Suka suasana sawah. Cantik dan sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  19. Sungai Besar, tempat isteri saya membesar dulu. Hari tu ada la juga singgah semasa buat reunion kat Sabak ... macam2 isteri akan cerita kalau lalu Sungai Besar ni

    ReplyDelete
  20. Melihat sawah hijau macam ni teringat kampung halaman

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. Amboi Ana.. Sweet je gaya memancing tu.. Hehehe

    ReplyDelete
  23. Bestnya suasana kampung. Insya-Allah, boleh pergi ke area sana, damainya tengok suasana hijau di situ.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.