Puteri Harbour Park Nusajaya - Tempat Menarik di Johor Bahru | Assalamualaikum. Petang terakhir di bandar JB ni Ana ke Puteri Harbour Park di Nusajaya untuk jalan-jalan cuci kata sambil amik angin petang. Pada asalnya Ana nak ke Danga Bay tapi tak tahu kenapa 2 kali waze berhenti di jalan mati. Pelik juga selalu ok je pakcik waze ni. Dah bosan buang masa pusing dekat tempat yang sama Ana terus navigate ke Puteri Harbour Nusajaya, tempat menarik di Johor Bahru.
Puteri Harbour Park Nusajaya - Tempat Menarik di Johor Bahru
Ni pun satu cerita juga. Masa search dekat waze nampak dah nama Puteri Harbour keluar dekat screen tu. Terus tekan ok. Asalnya nampak ok je sekali end up dekat showroom house dekat kawasan perumahan yang sedang dibina. Aik pelik juga dah ni. Nampak ada pengawal dekat situ terus tanya dia. Pengawal tu gelak je sebab dia kata ni perkara biasa. Setiap hari ada je yang sesat ke sini. In fact orang JB pun sesat sama. Memang masa tu Ana nampak banyak juga kereta berhenti dekat showroom tadi juga. Hehe. Rupanya kena navigate ke Puteri Harbour Park. Selamat 5 minit je dari tempat tadi. Kali ni selamat sampai dekat dekat Puteri Harbour ni.
Puteri Harbour Park terkenal dengan Thomas Town dan Hello Kitty Indoor Theme Park. Tapi Ana tak bercadang untuk masuk ke sini tapi hanya berjalan di taman awam yang terletak di luar bangunan. Menarik juga apa yang disediakan di taman awam ni. Jom tengok apa yang ada.
Salah satu perkara yang menarik di sini ialah korang boleh nampak banyak bot-bot mewah berlabuh di Puteri Harbour ni. Ini kerana kawasan ni terletak berhadapan dengan Selat Johor. Dikatakan Puteri Harbour ni merupakan pelabuhan pertama dibina di pantai barat selatan negeri Johor dan satu-satunya pelabuhan bertaraf antarabangsa di selatan Semenanjung Malaysia (
Wikipedia). Just Ana tak pasti boleh atau tak turun ke pelantar di bawah tu. Kalau di
Aviilion Admiral Cove korang boleh turun sampai ke platform bawah tu.
|
Puteri Harbour Park Nusajaya, Johor Bahru |
|
Puteri Harbour Park Nusajaya, Johor Bahru |
Dekat taman ni juga korang boleh jumpa beberapa arca menarik yang dibina menggunakan buluh. Sangat menarik untuk bergambar di kawasan taman ni. Terik matahari petang tak jadi penghalang untuk para pengunjung bergambar sakan. Antara arca yang ada ialah arca tangan berbentuk "Saranghae", arca bentuk belalang kot dan juga taman mini buluh.
|
Puteri Harbour Park Nusajaya, Johor Bahru |
|
Puteri Harbour Park Nusajaya, Johor Bahru |
|
Puteri Harbour Park Nusajaya, Johor Bahru |
|
Puteri Harbour Park Nusajaya, Johor Bahru |
Taman permainan untuk kanak-kanak pun ada di sini. Ada yang dari buluh dan ada yang biasa. Senang untuk ibu bapa bawa anak-anak main di sini. Cuma kena make sure keselamatan mereka sentiasa di pantau.
|
Puteri Harbour Park Nusajaya, Johor Bahru |
cantik viewnya....yg gmbr 1st tu kt langkawi pn ada..disebalik celahan buluh pn cantik
ReplyDeleteHaha pasal orang JB sendiri sesat tu betul kak, ira sendiri pernah terkena jalan pulak dengan orang JB. Jalan dorang memang pusing2 dah macam exit highway. Itu dulu punya cerita ira pergi sekarang rasanya entah macam mana lah gamaknya.
ReplyDeleteCurlassss giler tempat ni. Baru tahu wujud :D
Cantiknya view, siap ada arca tangan berbentuk "Saranghae" :)
ReplyDeleteCantik view sama cantik dengan ana ;)
ReplyDeletecantiknya design.. mcm kat oberC lak..hahaa
ReplyDeleteCantiknyaaa tempat ni :)
ReplyDeletewow cantiknya arca dia! Masa jalan-jalan JB tak menyinggah pulak dekat sini
ReplyDeleteboleh selfie dgn bot mewah tu fefeeling mewah juga la kan
ReplyDeleteAnaaaa.. Dilah yg org jb ni pun tak penah sampai puteri harbour park ni lagi tau.. org jauh dah sampai dulu.. haha
ReplyDeletecantiknyaaaaaa
ReplyDeleteCantiknya kawasan dia..
ReplyDeleteCantiknya tempat ni. Tah bila la nak sampai
ReplyDeletecantiknya kreatif orang buat ni
ReplyDeleteDanga Bay tu kalau dulu panggil Pantai Lido Ana. Masa hakak gi sana tahun lepas diaorg tgh buat construction... tah apa yg nak diubah tak taulah. So tak taulah dah siap ke belum sekarang.
ReplyDeleteBanyak tempat yg hakak tak pernah sampai lagi kat JB ni. Pearl Harbour salah satunya...
Puteri Harbour Park ni memang bagus untuk santai, sambil tunggu keberangkatan ferry pun ok. Jadi tak bosan sangat ^-^.
ReplyDelete