Chomel Baby - Breast Pump & Bottle Cleanser Pencuci Serba Guna
Chomel Baby - Breast Pump & Bottle Cleanser Pencuci Serba Guna| Assalamualaikum. Zaman sekarang tahap kepekaan masyarakat Malaysia terhadap barangan yang berunsurkan asli dan bebas kimia semakin meningkat. Saban hari ada saja produk bebas kimia di pasarkan di pasaran tempatan kerana produk seperti itu semakin mendapat sambutan yang sangat baik. So hari ni Ana nak share dengan korang satu produk pencuci untuk mencuci barang anak-anak yang selamat dan asli iaitu Breast Pump & Bottle Cleanser dari Chomel Baby.
Chomel Baby - Breast Pump & Bottle Cleanser Pencuci Serba Guna
Produk Chomel terdiri dari 3 barang iaitu Breast Pump & Bottle Cleanser, Toy & Surface Cleaner dan Baby Laundry Detergent. Dan untuk kali ni Ana nak share tentang Breast Pump & Bottle Cleanser dulu sebab produk ni memang Ana guna setiap hari.
Apa yang paling Ana suka tentang Breast Pump & Bottle Cleanser ni ialah bahan-bahan yang di gunakan adalah berasaskan tumbuhan dan bebas kimia. Ini bermakna tiada paraben, SLE, alkohol dan klorin. Jadi ianya sangat selamat untuk digunakan khususnya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Bila tiada bahan kimia digunakan, sabun yang terhasil tidak meninggalkan sebarang kesan dan bersifat lembut ke atas tapak tangan.
Chomel Baby Breast Pump & Bottle Cleanser |
Selain dari bebas bahan kimia Breast Pump & Bottle Cleanser ini juga boleh digunakan sebagai multi purpose cleanser. Haa kenapa Ana kata multi purpose cleanser?? Sebabnya pencuci ni bukan hanya terhad untuk kegunaan mencuci breast pump dan botol susu atau pacifier, tapi boleh digunakan untuk mencuci sayur atau buahan dan juga barang-barang permainan anak-anak. Dengan satu produk macam-macam kita boleh guna. Boleh jimat duit juga dah tu. Best kan.
Chomel Baby Breast Pump & Bottle Cleanser |
Nak guna Breast Pump & Bottle Cleanser ni mudah saja. Untuk botol susu, pacifier atau pam susu, korang hanya perlu pam pencuci ke atas span atau berus pembasuh dan cuci kawasan yang diingini. Kemudian bilas dengan air bersih hingga bersih. Macam Ana, Ana akan bilas dengan air panas untuk botol susu tu. Botol jadi lagi licin dan bersih. Manakala untuk buah dan sayur, korang boleh guna macam nak cuci botol susu tadi atau korang larutkan cecair pencuci ke dalam bekas berisi air dan rendam buah atau sayur selama 15 minit sebelum bilas dengan air sehingga bersih. Mudah kan.
Lepas guna Breast Pump & Bottle Cleanser ni Ana memang recommend korang beli produk Chomel ni. Memang elok dan selamat untuk anak-anak. Produk Chomel telah lulus ujian dermatologi untuk kulit sensitif. Harga pun mampu milik. Untuk 500ml Breast Pump & Bottle Cleanser di atas ni harganya hanya RM25 sahaja. Dan bagi setiap pembelian RM80 ke atas korang akan menikmati penghantaran percuma. Untuk info lebih lanjut, korang boleh hubungi pihak Chomel seperti di bawah :
Laman Sesawang :
Emel :
No Tel :
016-7750 888
Instagram :
Facebook :
Chomel Baby - Breast Pump & Bottle Cleanser Pencuci Serba Guna
Reviewed by Ana Suhana
on
November 03, 2017
Rating:
best kan ana sabun cuci chomel ni...
ReplyDeleteyup ana...lina suka guna sangat guna produk chomel..botol pun bersih jer...paling best yakin sangat bila cuci sayur dan buah
ReplyDeleteproduct chomel tk pernh dgr..tq for sharing
ReplyDeleteAda juga pencuci chomel ni..sng nak bsh botol baby n mainan yg bersepah tu..haha
ReplyDeleteini yang kita cari bebas kimia selamat untuk semua
ReplyDeletelepas guna mesti rasa bersih dan selamat kan..
ReplyDeleteWow bagusnyaa. Bermanfaat dan selamat digunakan. No worries :D
ReplyDeletebiasa pakai pureen je..hahaa kalu ok boleh try
ReplyDeletemmg mesra baby kedua-dua produk ni. takde bahan kimia kan
ReplyDeleteAlahai nama brand tu Chomel ya... ingatkan baby comel.
ReplyDeleteBagus sekarang ni dah banyak pilihan.
Bermakna brand Chomel ni sangat sesuai digunakan oleh ibu bapa yang anaknya mengalami exzema kan kak Ana..
ReplyDeleteTerima kasih kak perkongsian...banyak brand dipasaran cuma perlu lebih bijak dan teliti ketika hendak memilih dan membeli...
Kinah pun dah guna yang ni. Memang puas hati sangat. Lemak-lemak susu yang melekat dibotol pun mudah tanggal.
ReplyDeletePendek kata kira produk dari Chomel ni seperti 3 beradik kan sis =D
ReplyDeletedan ju setuju dengan statement sis, pengguna sekarang lebih peka dalam mementingkan kandungan bebas kimia berbanding sebelum ni =D
Mimi guna toy & surface cleanser..memg bagus
ReplyDeleteMimi guna toy & surface cleanser..memg bagus
ReplyDeleteProduk yang bagus..
ReplyDeleteYou have done a great job on this article. It’s very readable and highly intelligent. You have even managed to make it understandable and easy to read. You have some real writing talent. Thank you. https://bestelectricbreastpumpguide.net
ReplyDelete