7 SUNAH NABI MUHAMMAD SAW YANG LAYAK DIHIDUPKAN
7 SUNAH NABI MUHAMMAD SAW YANG LAYAK DIHIDUPKAN | Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Marilah kita perbanyakkan selawat sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Kalau di lazimi tak sampai 5 minit pun dah boleh selesai 100 kali selawat tu. Selain selawat, hari ni Ana nak kongsi dengan korang semua 7 sunah Nabi Muhammas s.a.w yang layak dihidupkan oleh kita sebagai seorang umat Baginda.
7 SUNAH NABI MUHAMMAD SAW YANG LAYAK DIHIDUPKAN
Pertama :TAHAJJUD
➖➖➖➖➖➖➖➖
Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.
Kedua : BACA AL-QURAN SEBELUM TERBIT MATAHARI
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat!
Ketiga : MASJID
➖➖➖➖➖➖
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkah kan kaki ke masjid dahulu, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Ke-empat : SOLAT DHUHA
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, manfaat solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.
Ke-lima : SEDEKAH
➖➖➖➖➖➖➖➖
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda.
Ke-enam : WUDHUK
➖➖➖➖➖➖➖➖
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwudhuk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhuk sentiasa akan merasa seperti selalu bersolat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia ... Ya Allah”
Ke-tujuh : ISTIGHFAR
➖➖➖➖➖➖➖➖
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah Swt. Lazimi istighfar sekurang-kurangnya 100 kali s
7 SUNAH NABI MUHAMMAD SAW YANG LAYAK DIHIDUPKAN
Reviewed by Ana Suhana
on
November 10, 2017
Rating:
Kalau ikutkan mcm tak delah susah mana nak buat sunnah baginda tu kan Ana..
ReplyDeleteTapi dah kata hikmahnya besar, mmg beratlah nak amalkan...mcm Ana katalah berselawat tu kalau dilazimi 5 minit pun capai 100 kali...tp tulah....selalu je kita leka huhu
Kita mulakan...tidak mengapa pada awalnya agak sukar..tapi lama kelamaan menjadi terbiasa...lakukan dan amalkan sunnah tanda ingat dan cintai Baginda Rasulullah SAW.
ReplyDeleteSalam Jumaat.terima kasih perkongsian ini kak Ana :)
saya selalu nmpak ade sorang staff ni selalu solat dhuha..surau kami seblah toilet..jadi bila saya nak ke toilet mmg selalu nmpk die..die mmg murah rezeki..motor besar..jelas kebesaran allah kat situ
ReplyDeletebanyak lagi yang mrs pip kena usahakan nak buat....
ReplyDeletekadang2 lupa nak istighfar, padahal bukan susah mana pun kan ...;((
semoga kita semua istiqamah melaksanakan sunnah baginda Rasulullah SAW.
ReplyDeletenampaknya kena mantapkan lagi esp dari segi solat sunat ni. tq ana mengingatkan mama
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan. salam Jumaat
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian. Kena print out dan tampal dekat tempat senang nampak. Kadang-kadang benda simple boleh terlupa. Rugi tak amalkan.
ReplyDeleteterima kasih sis ana atas peringatan bersama ..
ReplyDeleteGood sharing Ana, semoga kita semua terus istiqomah perbaiki diri dan amalan kita. Kalau dah biasa buat apa yang Ana kongsikan nie, jadi terbiasa dan sayang nak tinggalkan Ana..
ReplyDeleteTerima kasih kak atas peringatan. Sentap jiwa rasanya huhu
ReplyDeletenak jaga wudhuk tu paling susah sebab suka nau kentut :P
ReplyDeleteSemoga kita sentiasa dipermudahkan untuk buat semua itu.. Banyak lagi sis kena perbaiki..
ReplyDeletebanyak jugak perlu diperbaikan. terima kasih atas perkongsian ni :)
ReplyDeleteGood sharing. Sama sama kita perbaiki dan tingkatkan amalan kita
ReplyDeletetq kak ana. sma2 kita tingkatkan amalan kita. InshaAllah.
ReplyDeleteKita buat dengan niat ikhlas dan juga jaga hak sesama manusia
ReplyDeleteSemoga Allah terima ibadat kita